Friday, March 30, 2012

attitude and personality

Bismillahirrahmanirrahim

" I don't have an ATTITUDE  problem, I just have a PERSONALITY you can't handle,"



" The ugly things they say about you doesn't make them any prettier. Ignore them,"
Wassalam, Musirrah.

.

Sunday, March 25, 2012

sampaikan yang benar walaupun pahit

Bismillahirrahmanirrahim


Aku mungkin bukan orang yang akademiknya hebat, jauh sekali berbakat dalam pidato dan debat
Aku bukanlah orang yang selalu kuat semangat, kerana aku nampak tabah tapi hatiku tidaklah kuat
Aku mungkin tak pandai membina ayat sebagus kamu, dikagumi dan disayangi semua guru-guru

Saudara,
Kita mungkin hidup berkongsi dunia, tapi kita takkan pernah berkongsi perasaan yang sama
Ada masanya aku buat kamu berkecil hati, ada masanya kamu pula buat aku terasa
Setiap manusia sensitif pada perkara yang berbeza. Aku sakit di sini kamu pula sakit di sana.

Kalau kamu disakiti tetapi kamu mampu terimanya, baguslah,
diamkan diri, tak perlu memberi tahu org yang menyakiti kamu tentang apa yang kamu tak puas hati.
Tetapi apabila esok kamu disakiti lagi, jangan salahkan dia atau mengungkit tentang apa yang dia pernah buat dulu. Kerana itu salah kamu. Kamu yang tidak memberitahunya awal-awal kamu sakit hati dengan perbuatannya.  Dia mana tahu apa yang kamu tak suka. Di dunia ini bukannya ada ensiklopedia  
"Facts about            nama kamu            " yang dia boleh baca tentang diri kamu. Kalau ada sekali pun apa ke bermakna sangat kita dalam hidup dia sampai nak bazir masa baca ensiklopedia tu -,-

  "Sampaikanlah yang benar walaupun pahit," [Muttafaqun 'Alaih]    

Kita bukan malaikat, kita manusia biasa.
Kalau rasa hati tak mampu tanggung certain2 gurauan, berterus terang awal-awal.
Wassalam, Musirrah.




.

Friday, March 16, 2012

delayed

Bismillahirrahmanirrahim


1) Hoho Kejohanan Merentas Desa, 3 Mac 2012

First tyme dapat nombor SEPANJANG BERTAHUN DI ALAM PERSEKOLAHAN.  Seriously, ana bukan orang kuat sukan selama ni. Dah la selalu semput, nak kejar cik Siti Aieshah memang tak mampu la kan. Tapi sejak masuk Form 5 ni rasa minat pulak nak exercise. Dulu malas nak PJ , sekarang tak sabar sangat nak PJ and sukaaaa sangat main Bola Baling walaupun tak reti sangat, hehe. Alhamdulillah, berkat doa ummi, cikgu2 dan sahabat2, pertama kalinya Nur Jehaada dapat nombor 4 :')))
Thanks Mawadd for the pic :)

Untuk kategori P1, nombor 3 sampai 8 semua rumah kuning, hebat tak, hehe. Alhamdulillah. Walaupun kita dapat tempat ke 3 keseluruhan, but it's still a great honour right? KOT bulan 7 ada lagi.

Aduhai, kenapalah dah tahun terakhir persekolahan baru nak belajar bersukan. Kenapa tak buat elok-elok dari awal-awal. Tanpa disedari, this is the first and the last :( .
Ana akan rinduu saat-saat nak termuntah sebelum naik jejantas waktu nak smpai sekolah. Rindu saat-saat Dayah dengan Sya Iz jerit dari jauh "Jedda, nombor empat !!" . Rindu saat-saat terduduk depan cikgu, mata dah nampak berbalam-balam. Rindu saat-saat nak tarik nafas dalam-dalam tapi tak mampu ! Rasa macam bernilai sangat harga sekecil molekul oksigen. Sangat bernilai. Lepas ni tak ada merentas desa dah dalam kamus hidup.... Huhu.. Ana akan rindu semangat KEJORA sampai bila-bila.



2) Orait, UJIAN BULANAN, 5 Mac - 9 Mac 2012

Abang: Amboih ada orang tu dapat nombor 4 la. Haha. Tahniah.
Jehaada: Hehe alhamdulillah. Excited sangat ni.
Abang: Habis tu merentas desa ni, hari Isnin cuti la?
Jehaada: HAHA haram nak cuti, EXAM ada la -,-

Ya, seperti yang tertera dalam dialog di atas, hari Isnin berikutnya kami ada ujian bulanan Mac. Okay minggu ujian berlangsung dengan "baik". Ana rasa ana tak pernah buat exam Biology seTERUK tu bahkan paper Addmaths lagi menyeronokkan daripada Biology. Believe it or not ?? Believe je la.

3) First impression doesn't counts


Kadang-kadang kan, orang yang kita ingat dia teruk, kasar, dingin, rupanya dia baikkk sangat.
Dan orang yang kita ingat dia baik, alim, sopan, rupanya dia cakap dengan kita macam apa je.
Seriously terbalik dari first impression. Hoho bro, nak bajet mahal tak layan perempuan pun tak bermakna awak kena cakap kasar-kasar. That's not cool okay, not cool.
Dan nak tunjuk awak baik pun tak bermakna awak kena ayat bunga gila-gila siap icon smiley berbakul-bakul.
Buat biasa je la. Moderate ok, moderate.Yeah, girls please take note too, alright :)


Wassalam, Musirrah.




.

Wednesday, March 14, 2012

kita dan sijil pelajaran malaysia

Bismillahirrahmanirrahim


 ESOK BILA KAU DAPAT RESULT SPM TAK STRAIGHT, 
      KAU AKAN MENYESAL TERINGAT      
       MASA-MASA YANG KAU BAZIRKAN SELAMA INI       

Serius. Tahun SPM. Siapa je yang rasa dia ada ciri-ciri calon SPM? Rasa macam tak exam.
Dulu waktu Darjah 6 dengan Form 3, macam mana kita belajar eh? Rasanya tak ada stress macam ni.
Dulu pun kita balik hari-hari  pukul 5 petang jugak, malam tusyen jugak. Sabtu ahad pack jugak.
Tapi kenapa rasanya dulu tak penat macam sekarang eh?
Dulu pun kite jahat-jahat jugak, bukan baik pun. Tapi kenapa dulu boleh semangat belajar sekarang tak eh?

Adakah sebab dulu kite tak ada FB, sekarang kite ada FB ?
Adakah sebab dulu kite tak ada apa-apa jawatan, sekarang dah ada jawatan ?
Adakah sebab dulu ekzema kite tak teruk, sekarang dah melarat ?
Adakah sebab dulu kite ibarat 'anak tunggal' kat rumah, sekarang kakak abang dah balik so tak boleh concentrate belajar ?
Adakah sebab dulu kite duduk kelas bawah so kite rasa SEMANGAT nak buktikan pada semua orang yang kite pun boleh berjaya , tapi sekarang kite duduk kelas atas yang hari-hari kena PAKSA je belajar ?

*tak perlu nak 'kite-kite' sangat la kan -,-

Kenapa dulu boleh buat, sekarang tak boleh ??
Atau mungkin, apa yang kita alami dulu sama je macam sekarang.
Cuma kita dah LUPA detik-detik penat lelah kita waktu tu ?

Dulu waktu Form 3, Sains ana 40+% je markah mula-mula. Sejarah pun 50+% je susah sangat nak naik.
Tapi ana boleh je improve hari demi hari, bulan demi bulan. Dan ana TAK TUSYEN pun dua subjek tu.
Macam mana ana buat , ana tak ingat. Tapi .. kalau dulu boleh buat, siapa kata sekarang tak boleh? 
Kita mesti boleh improve Addmaths walau kita tak tusyen sekali pun.
Kita mesti boleh buat Biology, Chemistry dengan Physics jugak.
Semua benda tu senang , kita je yang masih malas-malas tak reti nak usaha kuat-kuat.

Kau beli 9A PMR dulu dengan mata sembam stay up dan power speck yang naik mendadak.
Maka untuk SPM, beli lah 11A pelus dengan nilai yang sama tetapi ditambah dua kali ganda.
[kalau nak mahal lagi, beli 11A+ dengan FB. Sudi ? Haishh .. ]

Tahun PMR tak sama dengan SPM. Striving plans kena tukar, berpijaklah di bumi nyata.
Tak semua orang yang beri kau semangat waktu kau PMR dulu ada waktu kau SPM. 



belajar kuat-kuat ,
Wassalam, Musirrah.




.
Hidup ini adalah keyakinan dan PERJUANGAN.. dan PERJUANGAN mukmin yg sejati tidak akan berhenti kecuali kedua tapak kakinya, TELAH MENGINJAK KE PINTU SYURGA...

-Imam Ahmad ibn Hanbal-