Jangan ditanya mengapa kita semakin jauh
Tak usah dihairankan mengapa kita tak lagi seperti dulu
Tak perlu disoal akan jurang yang tercipta
Kalau kehadiran tidak disenangi, apa guna kita terhegeh di
situ lagi
Andai kewujudan hanya merimaskan, apa guna kita berada dalam
satu kumpulan
Ini juga tentang maruah dan nilai diri
Sahabat itu yang menerima diri kau seadanya
Sahabat itu, tak mengawal hidup sahabat lain dengan
syarat-syaratnya.
Melukut tak berharga, masakan orang terasa kehilangan bila
ia tiada
Orang tak rasa rugi walau sesen
Rindu apatah lagi, mustahil mungkin.
Bukan niat memburukkan, ini hanya luahan..
Yang mendekatkan kita pada Allah dan pertemuan denganNya,
yang masih setia menjadi payung kita tatkala hujan terlalu lebat,
Barulah kita panggil sahabat.
Entah keberapa kali kunukil sendiri..
Sejujurnya sepanjang
persahabatan kita hati ini banyak terluka
Namun kerana sebuah
ukhuwwah aku gagahkan jua
Kerana hubungan sesama manusia itu tanggungjawab masing2
dengan Pencipta,
Senyum ini tetap aku cuba maniskan walaupun rasanya semakin
tawar
Kerana hati ini tak mampu berdusta lagi yang ia telah sekian
lama tercalar,
Tapi bagaimana mungkin persahabatan ini dibaikpulih
Jika tembok antara kita semakin tinggi kalian bina,
Dan hanya aku seorang yang terkial-kial cuba meruntuhkannya
Dengan linangan air mata.
Wassalam, Musirrah.