Tuesday, May 1, 2012

Mahrajan Kawad Kaki dan Hari Keusahawanan MAHISS 2012

Bismillahirrahmanirrahim

 Khamis, 19 April 2012
“Jap aku just nak tanya, ni dah formasi ke berapa ni?”
“Dua,”  Jawab ana ringkas. Pandangan mata tertumpu pada bayang-bayang dia di dalam lopak air berdekatan. Beberapa orang kawan dia yang sedang bermain-main bola tadi berhenti melihat mesyuarat tingkap ini. Adik-adik Pandu Puteri juga sedang menunggu. Haish, dahlah Arifah dan Tasha tiada petang ni.

“Baru dua? Tiga empat dah buat dah?”
“Tak, esok belajar tiga, isnin empat,”
“Oh korang bertanding bila sebenarnya?”
“29,”
“Oh 29? Bukan Sabtu ni?” dia bertanya seolah-olah tak cukup jelas 29 hari bulan itu bukan hari Sabtu ini.
Ana hanya mengangguk.
“Oh maknanya tak masuk daerah la? Just just untuk sekolah la?”
“Em, sekolah,” ringkas lagi jawapan ana.
“Bukan sabtu ni la kan?”
Ya Allah apa pasal la mamat ni eardrum rosak ke. Takpe, sabar sabar.

“TAK, 29 Ahad depan,” ana meninggikan suara sedikit. Geram. Memang la bukan Sabtu ni tapi seminggu tu takde la lama mana. Baru formasi kedua kowt. Dia diam. Jam sudah menunjukkan 5.40 petang.
“ Sepuluh minit arh bro,” ana bersuara mengharapkan dia bertolak-ansur.
“Ok, sepuluh minit,” dia mengangkat tangan tanda setuju. Ana berpaling semula menghadap plantun yang masih dalam barisan.
“Berlatih betul-betul la wei. Tough sikit ah! Kata nak menang!!! ” laung dia sambil berjalan keluar daripada court. Ana menghela nafas berat, tak berpaling ke arah suara itu. Bila pulak aku pernah cerita dengan kau ktorang nk menang ke kalah ke. Ana berjalan perlahan –lahan di barisan hadapan adik-adik plantun.

“Buat betul-betul. Akak tak suka dorang,” ucap ana ringkas.

Ahad, 29 April 2012

“Ramai unit lain kata Pandu Puteri banyak improve. Puteri Islam, Pengakap, even Bomba yang hebat tu pun cakap Pandu Puteri banyak kemajuan. Jadi hari ini buktikan pada dorang yang tanggapan tu tak salah. Bolehhh???”

“Bolehhhhhhh !!!!!!!!” sahut plantun Pandu Puteri beramai-ramai. Ana tersenyum penuh makna. Ana faham baju seragam yang dipakai itu membawa satu aura dan semangat yang sukar ditafsirkan, takkan sama seperti hari-hari latihan biasa. Hari ini hari penentunya. Semoga mereka dapat buat yang terbaik.

 **********************************************************************************

Okey cukup cerita tu nnti kita sambung. Hari keusahawanan tahun ni Batch Eminent 95 bukak gerai
sampai tiga tapak woo. Alaaa bunyi je tiga tapak, tak de la gempak mana pun. Haha.
Tapi best la first tyme jaga gerai. Memang seronok jerit jerit 
maribeli maribeli maribeli duastengah duastengah duastengaaaahhh !
Waffle Farisha sangat diminati ramai (uhuk2 ana pun ada tolong bancuh sekali ek :P)
Alhamdulillah jualan agak laris walaupun awal-awal mereka menghadapi masalah elektrik..
Ana tak ada waktu tu sebab masih bersama uruskan Pandu Puteri sebelum dorang masuk dataran.

Oh ya... em apa nama benda tu.. Chocolate Mountain Fountain Foundue
argh Coklat Bersama Buah,  ya mari memartabatkan bahasa Melayu -,-
Coklat tu pun ada masalah sikit ada ke patut beli coklat masak memang tersumbat la mesin tu.
Tapi dengan penuh kreatifnya Cik PKU bersama Cik Baiti telah mengatasi masalah ini, membuatkan mesin tersebut kembali berputar walaupun dengan kelajuan yang sangat perlahan.



Jey, Anis, Baiti
Mari beli mari beli
Yeah go Eminent 95
BSMM PUTERI
Puteri Islam. Jangan main-main dengan mereka . Hebat ni.
Masing-masing COMEL .. cuak tak cuak .....
Sebelum apa-apa jadi TANGKAP GAMBAR DULU :)

Check uniform... haish kite pulak yang berdebo
GO PANDU PUTERI !!


Haaaaahhhh reti pun belok L !


Sempat tgkap formasi ni je.. pastu kamera buat hal ! sadis betul la..

**********************************************************************************

Maka dengan itu diumumkan pemenang-pemenang bagi kategori berikut:

GO Putera
1) Kadet Polis (KEPO)
2) Kadet Bomba
3) Kadet Pertahanan Awan (KAPA)

NGO Putera
1) Kadet Remaja Sekolah (KRS)
2) Pengakap
3) Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM)

GO Puteri
1) Kadet Polis (KEPO)
2) Kadet Bomba 
3) Kadet Pertahanan Awam (KAPA)

NGO Puteri
1) Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM)
2) Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM)
3) Persatuan Pandu Puteri Malaysia :)))
4) Pengakap
5) Kadet Remaja Sekolah (KRS)

Waktu Ustaz umumkan tu, ana dah excited gila peluk-peluk Baiti kat (refer to above photo) . Setelah Majlis penutup bersurai secara unofficial, Dalila datang peluk, kita peluk erat-erat. Lepas tu yang lain pun datang.

"Akak !! Kita menang !!!!" Kita semua pun peluk ramai-ramai. Semua orang happy, lebar je senyum. Kita dah buktikan kita boleh buat! Alhamdulillah.... terima kasih ya Allah :')


Apa-apa pun, tahniah kepada semua plantun dan ketua plantun setiap kadet. Kalah menang tu adat pertandingan, yg penting kita semua dah buat yang terbaik.
Boleh lah tinggalkan Maahad dengan tenang lepas ni :')
Wassalam, Musirrah.




.

No comments:

Hidup ini adalah keyakinan dan PERJUANGAN.. dan PERJUANGAN mukmin yg sejati tidak akan berhenti kecuali kedua tapak kakinya, TELAH MENGINJAK KE PINTU SYURGA...

-Imam Ahmad ibn Hanbal-