Tuesday, July 17, 2012

Kejohanan Olahraga Tahunan SMKA MH 2012

Bismillahirrahmanirrahim

10 minit sebelum masuk trek, ana tak boleh, jantung ana laju sangat.
Tak lari lagi dah berdegup selaju ni.
Dengan taraf kesihatan yang tak berapa nak baik lagi sejak demam 3 hari lalu
Segala bendalir-bendalir tak sihat rasa penuh je dalam paru-paru ke tak tahu la dia duduk mana
Nak beli Mucinex tadi tak sempat pulak
Allahumma solli 'alaa saiyidina Muhammad.... tenang kan hati aku ya Allah
jantung kalau tak tenang, lari nanti cepat pancit, ana rasa la
ana carik Allyana di barisan 100m P1... peluk-peluk

"all doakan kite"
"mestilah doa ! mesti ! jedda boleh buat ! "

" P1 4X400, masuk trek !"
Ana melangkah perlahan.. QM serahkan baton
Terngiang-ngiang orang kata kalau baton jatuh, larian batal. Seluruh larian.
Ana tak pernah lari dengan baton. Ye, memang tak pernah lari pun selama ni waktu kejohanan.
Cuba try test. Ingatkan baton tu licin HAHA jahilnya -,-
Genggam, biar selesa. Sekali dengan tudung, macam sho selalu buat.
Elak sebaik mungkin daripada terselak mana-mana yang tak patut.
Jaga setiap aurat yang ada sebaik mungkin. 
Nak lari laju-laju, nak mudahkan urusan Kak Mira, Wani dan Qeha.
Tak mahu dorang penat lebih atas kepenatan yang sepatutnya ana bayar awal-awal larian. InsyaAllah.

Ke garisan....
Sedia.........
PRETTTT !

Jedda, aku doakan kau dah sihat Ahad ni, kau kena sihat jugak, aku nak tengok kau lari
Jedda buat elok-elok,  kuning boleh !
Kau yang kata kita tak boleh cuak, tak boleh risau kan ??
Kau kan selalu cakap kat ktorang Allah ada, Allah bantu !
Jehaada bila lari bayangkan ada A besar kat depan tu, hehe, ummi sentiasa doakan
Kalau akak lari, akak bayangkan semua masalah akak tinggal kat belakang.. 

Kak Miraaaaa, baton ! Ana cuma mampu jerit dalam hati.
First runner, kuning sampai dulu. Ana tak tahu apa jadi lepas tu.
Ana terjelepok kat situ jugak. Sama, sama macam apa yang ana rasa lima bulan lalu
Sampai-sampai sekolah lepas merentas desa..

Hasbunallahu wa ni'mal wakiil 
Cukuplah Allah sebagai penolong bagi kami dan Dialah sebaik-baik pelindung.
 




Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Benarlah doa seorang ibu sangat penting dan terlalu besar maknanya.
Benarlah pemikiran dan hati ada peranannya dalam mengawal kekuatan jasad.
Benarlah solat mampu menyembuhkan kembali otot-otot dan saraf yang tak berapa sihat.
Benarlah setiap apa yang ditentukan Tuhan itu ada hikmah dan pengajarannya.

Seronok bila cerita macam ni
Tahun pertama tak pegang kamera jerit-jerit sebelah padang dari pagi sampai tengahari
Tahun pertama masuk padang menyumbang pingat
Itu cuma penyedap hati, walhal tahun pertama itulah
tahun terakhir
tahun terakhir merasa semua ini
ana tak kisah Kejora tak menang,
kesian Zuhal, biarlah diorang merasa juara
Kejora dah dua kali rasa, cukup hebat dahh tu
tapi kan.. ketua Zuhal.. em.. seriously kau kena bersyukur budak-budak puteri kat baris belakang ni semuanya masih berakal waras. Kalau tak memang kau dapat banyak kasut free tengahari tu.
Aku kena letak sepuluh hengget kot kat tabung MISKAT selasa ni.

ktorang rumah Kuning macam teruja dapat perbarisan nombor dua
Padahal rumah ktorang lah guna kos paling sikit untuk perbarisan
Dengan salotep, peniti bersepah-sepah kat kostum
Barner pun tahun bila-bila ntah punya 
Tertanya-tanya kenapa boleh menang.. mungkin sebab lain dari yang lain ?
Ktorang macam apa ek, robot? penjenayah ? superhero ?
Lawakkk, memang betul lah tu, lain dari yang lain, haha
Apa-apa pun, alhamdulillah, tak sia-sia la tido 3.30 pagi menjahit..


Wassalam, Musirrah.



No comments:

Hidup ini adalah keyakinan dan PERJUANGAN.. dan PERJUANGAN mukmin yg sejati tidak akan berhenti kecuali kedua tapak kakinya, TELAH MENGINJAK KE PINTU SYURGA...

-Imam Ahmad ibn Hanbal-