Monday, February 18, 2013

bidadari

Bismillahirrahmanirrahim


"Setakat bagi nasihat memang mudah. Kau nampak pakar-pakar motivasi tu ? Kau nampak ustaz ustazah tu ? Dorang semua hidup senang, bahagia. Where the hell yang diorang tahu apa-apa pasal orang macam kita ?"

Dalam dunia ni mana ada orang yang buat apa yang dia cakap. Mana ada.

Manusia memang susah untuk menerima nasihat. Apatah lagi apabila nasihat itu daripada orang yang menjalani kehidupan lebih baik daripadanya. Hati rasa menyampah. Kau tak rasa apa aku rasa boleh cakap la.

Ada satu saat dalam kehidupan, satu detik dalam perjalanan. Kita akan rasa jaaaaaaauh sangat dari Tuhan. Mushaf sudah mula berhabuk, penandanya sudah lama tidak berganjak ke muka surat baharu. Tasbih sudah menghilang.. Sejadah hanya terbentang 5 minit setiap waktu solat. Tiada lagi malam yang hidup dengan ibadah seperti dulu. Tiada lagi doa-doa yang dipanjatkan dengan penuh pengharapan dan tangisan.

Duhai hati. Apa yang telah terjadi ?
Kecewa sangatkah kau pada takdir ini ? Sehingga Tuhanmu.. perlahan-lahan kau tinggalkan..
Gugur semua nasihat yang dahulu kau beri kepada manusia lainnya.
Merajukkah ?
Seorang anak mungkin layak merajuk dengan ibubapanya, kerana masing-masing tak sempurna.
tapi apa mungkin layak, seorang hamba merajuk dengan Tuhannya?
hanya kerana cahaya tak kelihatan disebalik langit gelita
tak bermakna kasih sayang Allah itu tidak ada.


aku rase macam nak gile. kan best jadi org gile. tkyh pikir pape. hahaha -..-
npe la aku lahir lambat
tak, nape la aku ni lahir
kalau tak lahir kn sng. jadik bidadari syurga je. hahaha
jangan laa camtu
nak jadi bidadari syurga tingginya citacita :')
nak jadi bidadari syurga tanpa lahir ke dunia, haha
tapi nk wt cne dah lahir
dh besar dh un
takpe Allah bersamasama dekat dengan orang yang sabar
someone said to me bidadari kat syurga jeles dengan wanita dunia yang boleh bersabar dengan ujian Allah sbb makamnya sgt tinggi
haha ada sebab kita lahir kat dunia ni
haha k aku nak peluk kau boleh tak :')
hahahah
yekee
eh mesti laaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
wanita kan hebat Allah kata 
jangan putus doa ye
tu je la aku boleh tolong




Ya Allah Tuhanku..
Ampunkan aku untuk setiap nafas yang dihela dengan amarah dan pertikaian
ampunkan aku untuk setiap nadi yang berdenyut dengan dendam dan keegoan
Tuhanku peganglah aku jangan dilepaskan
Hujan petir ini terlalu lama,
jangan biarkan aku mati di dalamnya..


wassalam, Musirrah.

No comments:

Hidup ini adalah keyakinan dan PERJUANGAN.. dan PERJUANGAN mukmin yg sejati tidak akan berhenti kecuali kedua tapak kakinya, TELAH MENGINJAK KE PINTU SYURGA...

-Imam Ahmad ibn Hanbal-