Bismillahirrahmanirrahim
Sekarang perjalanan sebagai pelajar, yang cuba menjaga niat untuk
menuntut ilmu kerana Allah, mungkin lebih mencabar dari zaman Maahad
dulu. Setelah Allah dah tambahkan lagi satu bab lain dalam cerita
kehidupan ini. Bab yang aku kira, muka-muka surat nya paling basah
dengan air mata, hingga dakwat kisahnya kembang, tak boleh lagi dibaca,
tak mampu lagi difahami oleh sesiapa..
Takdir yang Allah
hantar selepas selesai zaman persekolahan.. Mustahil disini mampu
melupakan apa yang berlaku dihadapan mata. Tatkala tembok kebahagiaan
runtuh sekelip mata, kasih sayang hancur berkecai seperti kaca.. kerana
egois dan hasad manusia. Atau mungkin, semua itu memang rapuh
dari awal, aku tak mengerti..
Semenjak nya, ruang penulisan kehilangan jiwa. Andai ada tawa, semuanya palsu belaka. Andai ada
senyuman hanya direka-reka. Andai ada yang lawak, cuma dipaksa.
Hingga kini tiada pelangi yang muncul lagi.. awan tetap mendung.. di mata aku sudah hampir setahun awan mendung. Di mata mereka mungkin lebih lama..
Aku fikir nak berubah cuma semudah tu.. Rupanya tak..
Mesti ada turun naik, takkan pernah selamanya berjaya je..
Kadang aku terfikir, kenapa mana-mana tempat aku pergi, mana-mana bumi aku berpijak, benda yang sama berulang. Ujian persahabatan dan perasaan yang sama akan dilalui, cuma dengan orang-orang yang berbeza..
Aku tengah mengisi borang MARA ni haha.. tensen dengan aggreement yang perlu di settle kan. Oh ha'ah.. aku pilih tawaran MARA. Aku pilih Syariah Ekonomi dan Perbankan Islam.
Semua ni tak mudah. Tak ada yang mudah kat dunia ni. Disitulah mahalnya syurga Allah.
Kita hidup bukan untuk please orang lain. Asalkan jadi diri sendiri, aku bahagia.
Kat sini aku ada housemates yang dah macam adik-beradik aku sendiri :')
Aku selalu harap dorang tak pergi Mesir, aku harap kita tak berpisah, tapi itu mustahil kan..
" Esok nak settlekan masa depan.. Jalan hidup ni masih jauh..
Banyak benda lagi penting nak fikir. Kita kejar cita-cita dulu ya :') #BeStrong ,"
Cerita jodoh bertasbih bersujud ke apa-apa, sudah-sudahlah. Habiskan belajar 4 tahun ni dulu..
AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN :')
Wassalam, Musirrah.
No comments:
Post a Comment