Bismillahirrahmanirrahim.
Balik hostel ngantuk gila. Dalam otak berkira-kira, nak
tidur dulu ke nak buat assignment terus?
Duduk depan meja study. Tekan butang on laptop.
Termenung.
2.05pm, 27 Dec.
Usai Kuliyah Banat dan Salam Jamaie terakhir untuk Sem
ini. Dia menuju ke arah seorang mu’allimah yang sedang berbual dengan
pelajar-pelajar. Dia berdiri di hadapan pensyarah muda itu, segan.
“Ustazah..” perkataan pertama yang meluncur keluar. Ustazah
tersebut berpaling dengan wajah cool masih tak berubah. Dia tersengih tawar
sambil menghulur tangan untuk bersalam. Segan masih menebal. Perasaan
serba salah yang merantai hati sejak semalam belum hilang. Ustazah menyambut
huluran salam, lalu digenggam tangannya dengan sangat erat.
“Mintak maaf Ustazah..” ujarnya bagai melepaskan satu beban
di jiwa. Ustazah menepuk bahunya. Mungkin faham maksud di sebalik lafaz maaf yang terluah.
“Usahakan untuk dapat 4.0 flat sem 1 ni,” balas pensyarah
itu kepadanya. Air muka dia jadi bertambah mendung.
“Boleh lagi ke ustazah? Tinggal Final je ?” tanyanya merujuk
kepada carry-marks yang seakan-akan hidup segan mati tak mahu. Ustazah
tersenyum. Sejenak kemudian dia dan beberapa orang rakan lain menjadi mustami’
tazkirah tak dirancang oleh Ustazah.
Rasa semangat sikit. Sebab ustazah juga pernah gagal.
Tapi tengok sekarang ustazah berjaya.
Pulun. Juhud. Usaha. Allah tengok semua tu. Bukan
natijah.
Ustazah juga pernah lalui benda yang sama. Ustazah juga
pernah rasa peritnya mujahadah.
Ustazah juga pernah mengalirkan air mata dalam perjuangan
menuntut ilmu ini.
Ustazah kata jangan tinggal solat malam, beri manfaat
pada manusia, mudahkan urusan orang dan Allah akan mudahkan urusan kita.
Mudahkan urusan orang dan Allah akan mudahkan urusan
kita.
Tersentak.
Earphone yang terpasang ditelinga mendendangkan sebuah
nasyid yang menanggung terlalu banyak memori untuk dia kenang lagi.
Ingatannya yang dari tadi terawang-awang, kini terbang
lebih jauh merentasi masa lampau. Ustazah bukan orang pertama berpesan macam
tu. Ustazah bukan orang pertama beri nasihat begitu. Ada insan-insan lain yang pernah
berpesan perkara yang sama. Suatu masa dahulu. Dia pejam mata rapat-rapat.
Basah.
Permata Ayah Bonda by Firdaus.
Wajah disembam ke meja belajar yang bersepah dengan buku
dan barang-barang lain.
Hati yang penuh parut-parut lama itu memang senang
berdarah kembali, lagi-lagi bila waktu tertekan dan emosi yang tidak stabil begini.
Telefon yang berada dalam genggaman serasa nak di hempas
sekuat hati, nak baling sejauh mungkin. Seketika kemudian, ia vibrate dengan bunyi kicauan. Dengan malas dia membuka tetingkap whatsapp message yang baru sahaja bertamu.
Sigh. Hatinya mula membebel sendirian membaca pesanan ringkas itu.
Coz I don't do ithar with boys, mind you.
Nafas dilepaskan berat. Seberat bebanan yang berkecamuk
dalam fikiran dan jiwa.
Final dah nak dekat. 3 hari lagi. Final Semester
1.
Semester 1 Ijazah Sarjana Muda Syariah Ekonomi dan
Perbankan Islam, Yarmouk University, Jordan.
Laptop terpasang. Spontan mata tertancap pada desktop
background.
…………………………..
.Rindu.
Teruskan perjuangan. Teruskan kehidupan.
Sekarang ni bukan Maahad lagi. Sekarang ni DegSya.
Ya Allah
berikanlah kami kefahaman para nabi, ingatkan kami apa yang kami lupa.
Berilah kami kekuatan YA ALLAH.
Post terakhir 2013.
Post terakhir 2013.
FINAL SEM 1
02 JAN 2014-13 JAN 2014
We don’t
play surrender, remember?
Wassalam. Musirrah.
No comments:
Post a Comment