Sebulan yang lalu sangat-sangat mendefinisikan apa itu 'sibuk'. Sampai aku menulis di Salam Media pun berkisar kesibukan dan kelapangan, perihal apa erti menjadi diri sendiri. Menyumbang penulisan dalam Salam Media sangat memberi peluang untuk aku berkongsi pengajaran tentang peristiwa yang berlaku dalam hidup aku, namun secara bebas 'emosi'. Aku 'terpaksa' menulis dengan kekerapan 3 hari sekali secara professional dan ruhiy, bukan sekadar tembak-tembak rambang seperti menulis di status sendiri. Hadafnya mengislah diri dan menyeru orang lain. Terima kasih ya Allah atas peluang yang telah Kau berikan.
SINGKAP. Demikian tajuk short film yang telah berjaya kami hasilkan setelah penat lelah selama sebulan lebih, mengintai masa di celah-celah fatrah Test 1 Universiti Yarmouk.
Idea asal dipelopori oleh Anis Suhailah dan Zuhairah Musz'inah. Perbincangan ambil masa sangat lama. Hampir dua minggu juga kami berbincang part jalan cerita dan message yang ingin disampaikan, sehinggalah bermula 21 Mac shooting pertama. Kami sudah lambat seminggu dari timeline asal kerana sepatutnya 15 Mac sudah mula shooting tapi pada waktu itu kesibukan menghalang kami dari duduk semeja membincangkan kata putus. Tambahan lagi empat orang daripada kami menjadi AJK untuk program Badan Kebajikan Anak PAHANG yang akan diadakan hujung bulan tersebut. Juga dengan pelantikan Farhana sebagai Roisah baru untuk Qism Ekonomi dan Perbankan Islam, semuanya agak membataskan waktu kami untuk bermeja bulat bersama.
bergosip waktu plan shooting tak jadi sebab kelas tutup haha |
penampilan istimewa: engku haslinda. hehe |
bersama sahabat Talamians di Padang Yarmouk pada hari terakhir shooting; scene last. |
Aturan Allah mengatasi segalanya. Seminggu terakhir sebelum tarikh terakhir submit video iaitu 31 Mac, seminggu yang sangat mencabar. Dengan malam yang penuh dengan meeting, liqo usrah, kena pula aku ada exam tilawah minggu itu, dengan banyaknya program dan acara yang perlu pergi untuk menjaga hati orang, dengan jadual mengaji aku dengan ummi setiap hari melalui Skype. Masa dirasakan sangat singkat. Aku seboleh-bolehnya cuba meletakkan ummi sebelum apa-apa, tapi ada masanya tetap memerlukan sokongan dan fahamnya seorang ibu, bila aku tak mampu dan tak daya lagi nak mengawal semuanya dalam satu-satu masa.
Minggu itulah adanya air mata yang mula tumpah. Adanya suara yang mula meninggi. Adanya malam-malam yang tidak tidur sehingga pagi. Adanya perselisihan faham. Atau lebih tepat, konflik dalaman aku sendiri. Seminggu ini sangat membuatkan aku memaknai sedalam-dalamnya message yang cuba kami sampaikan kepada masyarakat melalui short film kami tersebut. Seakan semuanya berlaku kepada diriku sendiri.
Kehidupan ini yang membentuk kita menjadi siapa diri kita.
Belajar memahami. Belajar berbaik sangka. Dan belajar merasai.
Adapun, tak semua benda mampu difahami. Sesetengah perkara, kau cuma perlu terima. Terima seadanya. Kerana memahami mungkin bisa jadi mustahil dalam sesetengah perkara.
Bukankah aku dahulu juga sering menyempitkan duniaku sendiri? Merasakan hanya aku yang paling sakit di antara semua orang. Merasakan semua orang perlu fahami diri aku. Ya aku kira itu dahulu. Sahabat-sahabat yang dahulu aku pernah peningkan kepala mereka, aku pernah sesakkan dada mereka, mereka masih ada di sini. Nah, di sisi aku hingga kini. Mereka tidak memahami pun. Sehingga kini mereka tak memahami. Tapi mereka MENERIMA. Mereka menerima bahawa aku dibentuk dengan kehidupanku, dibentuk dengan sesuatu yang mereka tak mungkin mengerti kerana mereka tak pernah mengalaminya. Dan mereka memahami bahawa aku perlukan masa untuk menjadi matang, untuk sembuh.
Maka apa alasannya untuk aku tak cuba menerima manusia-manusia lain yang 'bagai cerminan aku yang dahulu'. Ketika Tuhan sudah menyelamatkan aku dari kesempitan jiwa itu, apa alasannya untuk aku membongkakkan diri merasa suci? Apa alasannya untuk aku memenangkan ego ku sendiri?
Ada saat-saat aku berdiam. Dan aku jadi faham oh ini rupanya definisi "diam itulah yang buat kita menang". Menang daripada melayan ego dan emosi sendiri.
وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا ۚ وَاذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنتُمْ عَلَىٰ شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ النَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنْهَا ۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ
"Dan berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuhan, lalu Allah mempersatukan hatimu, sehingga dengan karuniaNya kamu menjadi bersaudara; sedangkan (ketika itu) kamu berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari sana. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk,"
[Ali Imran: 103]
Tarbiyah Tuhan itu sangat indah. Dia membenarkan aku untuk merasai dahulu apa yang aku cuba sampaikan pada masyarakat agar aku tidak menjadi orang-orang yang tergolong dalam "kabura maqtan 'indallah an taquluna ma laa taf'alun".
Alhamdulillah dengan izin Allah pada malam 31 Mac itu KREM memutuskan bahawa tarikh akhir penghantaran video dianjakkan kepada 3 April. Gembiranya aku tak terkata. Dua hari weekend aku manfaatkan untuk memperkemas segenap sudut yang ada, membaikpulih poster dan trailer. Sehingga akhirnya tanggal 2 April 2016, trailer dan full movie Silent Short Film; SINGKAP by Talam Pictures telah selamat sampai ke meja penggerak program FEMES.
antara babak dalam SINGKAP #zuhairahmusz'inah |
antara babak dalam SINGKAP #nadiahidris |
antara babak dalam SINGKAP #anissuhailah #engkuhaslinda |
|
Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Semoga Allah memberi yang terbaik setelah semua penat lelah selama ini. Selama video-video yang aku edit, ini yang pertama aku ada perasaan yang sangat izzah dengan message nya. Kerana Tuhan bagi aku rasa satu-satu , agar aku beramal dengan apa yang aku seru.
Terima kasih Nadiah, Zue, Sue, Paan sebab bersama aku selama ni, tertinggal SD Card, tertinggal kasut, tertinggal beg, tertinggal tripod. Sanggup lari balik ambilkan bagai. Terima kasih semua yang tak henti-henti beri sokongan dan kekuatan kepada kami. Terima kasih jugak Raihanah sebab gigih tolong aku cari skateboard si Benny dari Carefour sampailah ke Irbid Mall. Haha. Yang ni paling kelakar.
Moga Allah beri yang terbaik. Doakan kami :')
Wassalam.
Musirrah Naim.
No comments:
Post a Comment