Saturday, December 31, 2016

padam

Bismillah.

Mungkin terakhir untuk tahun ini. Biar aku tulis ikut kata hati. Tanpa padam semula. Kerana aku dah penat memadam. Masaku telah tamat. Mungkin kau akan faham atau tidak faham. Aku takkan padam.

Empat tahun sudah berlaku adegan ini. Adegan aku tulis dan padam. Tulis dan padam. Akhirnya tinggal helaian tak berhasil apa-apa lantas merasa diri dangkal tak berguna.

"Biar mati ku mencuba demi bahagia. Biar sakit dilukai dapat ku rasa. Biar nadiku terhenti demi ke syurga,"-sejati

Aku bergerak ke fasa-fasa baru dengan izin Tuhan. Meninggalkan sisa sisa ketidakmatangan yang membunuh impian.

Aku bangun tanpa kalian sadari. Melainkan mereka yang setia berada di sisi.

2016 tak sia-sia.

Sumpah, aku tak padam. Kecuali nak betulkan typo sebab aku menulis dalam gelap.




Ya maafkan aku kerana berada dalam kebodohan selama ini. Tak ada siapa suka jadi bodoh. Tapi aku bagi tahu kau, kebodohan tak abadi. Hanya Tuhan yang abadi.

Selamat tahun baru. Selamat mencari syurga yang kau impi.

Dari aku, perempuan yang mungkin tidak sama lagi.

311216
2.13am,
Irbid, Jordan,

No comments:

Hidup ini adalah keyakinan dan PERJUANGAN.. dan PERJUANGAN mukmin yg sejati tidak akan berhenti kecuali kedua tapak kakinya, TELAH MENGINJAK KE PINTU SYURGA...

-Imam Ahmad ibn Hanbal-