Sunday, September 6, 2009

Merdeka

bismillahirrahmanirrahim..



Diambil dari http://suluhhati.blogspot.com/
 

Tika jasadku bebas ceria
Mampu
miliki apa sahaja
Apakah hatiku telah merdeka?

Tika bangganya
kita mengibar jalur gemilang
Sedangkan
agama, budaya jua bahasa semakin hilang
Apakah kita sudah merdeka?

Tika yang
kaya ketawa bahagia dengan kenyang perutnya
Dan si
miskin menangis derita dalam kelaparannya
Apakah kita sudah merdeka?

Tika negara berbangga
tanahnya kini milik sendiri
Padahal
minda warganya masih memuja budaya pengkoloni
Apakah kita sudah merdeka?

Tika jasad kita bebas sebagai hamba sesama manusia
Tetapi jiwa tidak punyai
rasa hamba kepada Pencipta
Apakah kita sudah merdeka?

Tika kita merasa aman tiada peperangan
Tetapi jiwa masih resah
tanpa rasa berTuhan
Apakah kita sudah merdeka?

Tika kita begitu patuh akan
undang-undang dan akta ciptaan manusia
Namun masih sombong
melanggar hudud jua hukum-Nya
Apakah kita sudah merdeka?

Tuhan, merdekakanlah
jiwa juga jasadku
Daripada berpaut di
jajahan makhluk-Mu
Kepada bernaung di payungan
rahmat jua jagaan-Mu

Tuhan, kekalkanlah kemerdekaan negaraku dalam redha-Mu
Simbahi taufiq jua hidayah-Mu kepada pemimpinku, ya ALLAH..
Semoga suatu hari nanti tertegak syariat-Mu
Dalam hati setiap kami..


Layak ke kita untuk kibarkan panji kemerdekaan?





























No comments:

Hidup ini adalah keyakinan dan PERJUANGAN.. dan PERJUANGAN mukmin yg sejati tidak akan berhenti kecuali kedua tapak kakinya, TELAH MENGINJAK KE PINTU SYURGA...

-Imam Ahmad ibn Hanbal-