aku sedar, aku bukan perempuan macam tu..
kau tak perlu jadi perempuan macam tu. kekalkan sahajalah menjadi siapa diri kau.
entah.. prejudis orang..aku kenal kau dah lama. sejak bila kau pernah kisah prejudis orang ?
tapi kadang-kadang..
jangan banyak melayan bisikan mcm tu. berbahagialah kita menjadi orang-orang yang asing, sahabatku.
tak semua orang ada rezeki untuk hidup dalam kehidupan yang dia impikan. tak semua orang diizinkan Tuhan untuk bersahabat dengan org-org yg ingin dia dekati. tak semua orang mempunyai kekuatan untuk bertahan. dan kerana itulah Allah sentiasa menurunkan halangan. kerana Allah sayang. bunga masih segar mengharum sudah makin menghilang. jangan biarkan hari ini, ada sekuntum lagi yang layu menyembah bumi, melupakan cinta yang kekal abadi. kerana itulah Allah tak mengizinkan. kerana Allah sayang.
hari ini aku kian memahami, kalamullah yang kerap kali ku dengar itu menjadi seakan pertama kali, berdesing mengambil ruang di pancaindera pendengaran yang dipinjam dari Tuhan.
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan
janganlah pula kamu bersedih hati,
padahal kamulah orang-orang yang
paling tinggi (darjatnya),
jika kamu orang-orang yang beriman.” [Ali ‘Imran: 139]
.
" berbahagialah kita menjadi orang-orang yang asing, sahabatku, "ya, aku berbahagia. kerana takdir yang berlegar dalam kisah hidup kita jauh berbeza dari mereka.
kerana Allah sayang kita
wassalam, Musirrah.
.
No comments:
Post a Comment