post ni macam self-centered sikit hahaha sorie for that .
alhamdulillah. as expected , paling kurang 7 paling banyak 9. Last2, 8 :)
8a 3b alhamdulillah. Tahniah semua orang ! Tahniah tahniah.
SPM bukan penghujung, ia baru permulaan. Kita sama2 mulakan hidup baru, lepas ni kita belajar rajin-rajin, baiki kesilapan kita selama ni.
InsyaAllah, ada rezeki yang besar Allah sediakan untuk kita di masa akan datang.
Sekarang masanya untuk menggodek segala isi internet dan laman sesawang untuk mengetahui siapakah yang sudi menerima diri ini.
Dulu aku teringin nak belajar jauh sikit tak keluar mesia keluar selangor pun jadilah.
Serius do aku nak blaaaaaaaahh jauh2.
Tapi U yg ada pengajian islam semua banyak kt selangor. Maka aku pun cubalah tolerate dgn sains hayat, sains bla2. At least boleh la aku ke sabah serawak ke.
Sehinggalah aku pergi Karnival Pendidikan MARA dgn Farisha tempoh hari , jumpe pakcik GMI ni.
Pakcik GMI, PWTC, 17 Mac '13
Berinspirasi kan kata-kata ini, semangat aku untuk menggapai bintang kini telah kembali membara (subahanallah ayattt) . Aku pun meng-kansel-kan segala pilihan berkaitan sains kat borang upu-online aku. Betul ckp pakcik tu, belajar semua orang boleh belajar. Tapi nak kerja esok ? Aku tak dpt bayang 20-30 tahun aku nak habiskan hidup aku mcm mana dgn sijil Sains sedangkan impian aku selama ni memang Pengajian Islam.
Mengumpul sebanyak mungkin ilmu agama kemudian menyebarkannya kepada masyarakat .
Kalau ditanya tentang target matlamat dimasa depan , itulah sahaja jawapan aku.
Asasi, Diploma, Ijazah kt luar negara . Mana-mana yang Allah hadiahkan, insyaAllah aku tak kisah.
Walaupun dalam hati teringin ke luar dari Malaysia, tp yang aku cari sekarang adalah ilmu.
Itu yang aku cuba bisikkan pada hati aku.
Moga dengan ilmu itu, aku dapat meyakini bahawa benarlah Islam is perfect but Muslims are not. Moga dengannya aku dapat memahami benarlah ada keindahan disetiap takdir Allah. Moga dengan ilmu itu dapat aku pulang kepada Allah dan membawa lebih ramai lagi manusia pulang kepadaNya.
Aku tak ada cita-cita hebat untuk kerja dengan gaji besar. Asalkan aku bermanfaat pada masyarakat cukuplah.
Aku tak ada cita-cita untuk pagi keluar kerja petang baru balik selama 5 hari seminggu.
Aku prefer bebas, kerja dengan orang tapi jadual sendiri.
Penulis, penceramah. Aku tak tahu. Allah akan tunjukkan jalannya. Aku yakin.
Future itu simple bagi aku. Follow the flow, if its meant to be, it will find its way.
He gave you dreams for you to share,
So that you may benefit the Ummah by making it come true. -afiqsazlan.Wassalam, Musirrah.
No comments:
Post a Comment