Thursday, April 4, 2013

simpang dunia

Bismillahirrahhmanirrahim


Perjalanan menuju Tuhan itu hakikatnya tak mudah, terlalu banyak simpang yang perlu dipilih. Walaupun simpang-simpang itu kesemuanya mempunyai papan tanda, tapi masih ramai yang tersesat jalan. Kerana yang melangkah bukan kaki, tetapi hati.

Maka aku. Saat hati aku ini semakin rosak , aku melangkah melalui simpang yang salah.
Disitu aku melihat terlalu ramai orang, yang cuba mencari sebuah kebahagiaan.
Kenapa ? Kenapa memilih jalan ini ?
Mungkin mereka seperti aku, penat dengan jalan-jalan yang sempit dan berduri. Penat dengan jalan-jalan yang pedih dan menyakitkan. Atau mungkin sahaja mereka tidak perasan akan papan tanda di simpang tadi sebelum mereka masuk.

Beberapa langkah aku menapak, hari demi hari berlalu. Jalan itu tak seperti yang aku biasa lalui.
Segalanya nampak indah tapi kegelisahan terus menghantui , seakan dibayangi amarah dan murka Allah.
Kerana rahmat Tuhan itu terlalu luas, Dia sentiasa menunggu hambaNya untuk pulang kepadaNya. Tanpa berlengah lagi, aku berlari pulang. Syukur kepada Allah, aku sudah pulang. Dan aku tak mahu kembali ke situ lagi. Cukuplah.

Beep beep. One message received. Lamunan aku terhenti.


"Wey mana kau. Wey peluk aku weh peluk aku. Aku nk nanges kt kau. Mana kau. 
Kenapa tough sgt life ni ,"
6.22 p.m

Aku meniti baris-baris ayat di skrin Nokia 1661 berusia hampir 4 tahun itu. Air mata rindu bertakung. Ku gagahkan diri untuk membalas yang termampu buat sahabat tersayang walaupun aku juga sedang berperang di medan dunia yang sama tapi tak serupa.

"Aku ada kat sini. Aku tak pernah tinggalkan kau. Kau pun jangan tinggalkan aku ya. Aku yakin ALLAH tak pernah tinggalkan kita. Hidup ni memang menyakitkan, aku tahu. Kau ada aku jangan risau. Kita berdua ada ALLAH. ALLAH dengar semuanya sayang,"
6.46 p.m





Mutiara jernih itu merembes laju membasahi pipi, cepat-cepat ku kesat dengan hujung lengan baju. Aku memejamkan mata. Aku sayangkan dia. Kalau boleh , setiap saat aku nak berada disamping dia dan katakan, "Allah sentiasa ada bersama kita," . Tapi kita seakan tak berjodoh. Aku tak tahu mengapa takdir selalu menjauh dan memisahkan kita, masa seakan dengki melihat persahabatan aku dan dia. Sahabat paling memahami yang pernah aku ada, mengapa mesti begini kisah kita ?

Setiap dugaan yang Allah berikan membuat jiwa remaja ini meronta. Rupanya, memaksa jiwa untuk sabar dan redha tak semudah yang aku bebelkan kepada orang lain selama ini. Ianya lebih sukar, lebih perit bila dihadapi sendiri.

Tetapi, mungkin itulah yang sepatutnya. Simpang dunia yang penuh dengan halangan dan kepahitan yang memualkan. Mereka kata, itulah simpang yang membawa kesudahan yang baik. Itulah jalan orang beriman dan bertaqwa, jalan-jalan yang dilalui oleh kekasih Allah. Rupanya begini sukar untuk menggapai cinta Allah.

Semua orang buat silap, tak ada sesiapa yang sempurna termasuklah kita.
Maka pilihlah untuk sabar dan redha, walaupun kita ada alasan untuk kecewa.


Allah cintakan orang pemaaf.
Wassalam, Musirrah.

No comments:

Hidup ini adalah keyakinan dan PERJUANGAN.. dan PERJUANGAN mukmin yg sejati tidak akan berhenti kecuali kedua tapak kakinya, TELAH MENGINJAK KE PINTU SYURGA...

-Imam Ahmad ibn Hanbal-