Bismillahirrahmanirrahim
90 darjah
"Kau memang rukuk tak habis ke?" bisik sahabat disebelahnya perlahan. Dia yang sedang membelek telefon bimbit pintar mencari apps Zikir Ma'thurat, menoleh dengan wajah kosong. Masing-masing masih bersarung telekung usai solat asar berjemaah bersama-sama dengan yang lain.
"Eyh?" hanya itu respon spontan yang mampu keluar dari bibirnya, hairan dengan pertanyaan itu.
"Kau rukuk tak cukup 90 darjah tu," ujar sahabatnya lagi, memberi huraian kepada soalan yang dikira masih belum terjawab sebentar tadi.
"Ohhhh," dia tergelak kecil, memahami maksud temannya.
"Ha'ah, setakat tu je boleh. Sakit," dia menyambung, tersenyum sambil sebelah tangan kanannya dilipat, mengusap bahagian belakang badan sendiri.
"Oh yeke.. Sori," balas sahabatnya dengan wajah serba salah sambil memegang bahunya lembut. Dia hanya menggeleng dengan senyuman yang tak lekang dari bibir. Kemudian masing-masing mula membaca zikir ma'thurat dalam suasana petang yang redup itu.
Seketika dia termenung, memikirkan keputusan x-ray tempoh hari, tentang tulang belakang yang sedikit membengkok dan tidak normal itu.
'Tapi doktor cakap tak bahaya,' bisik hatinya. Dia kemudian menjungkit bahu untuk diri sendiri lalu kembali memberi perhatian kepada bacaan Ma'thurat yang terganggu.
Pelangi Senja
Malam itu langit dilitupi angkatan awan mendung. Bulan gagal bersinar hebat seperti selalu. Dari tadi, kedengaran suara sahabat-sahabatnya dari tingkat bawah. Meriah sungguh. Namun kemeriahan itu tidak menarik perhatian dia untuk turut serta. Pena yang rancak menari dari tadi setia menyumbangkan dakwatnya dek catatan seorang anak rantau. Tingkat atas rumah Semi-D model baru itu sedikit suram, hanya diterangi nyalaan sebuah lampu kalimantang. Sesekali hembusan angin malam meniup masuk melalui celahan ruang tingkap besar yang terbuka.
"Weh raya mana tahun ni? Korang balik kampung bila?"
"Tema baju raya korang warna apa tahun ni??"
Kedengaran suara-suara mengajukan soalan dalam keriuhan itu. Dia tersentak. Pen ditangan berhenti kaku. Saat kegamatan suasana di ruang tamu bawah tidak berubah, dunia tiba-tiba terasa sunyi untukknya.
Lama fikirannya kosong sebelum tersentak sendiri. Jam menunjukkan hampir pukul 1 pagi. Dia bangkit menutup buku tulis lalu menghayun langkah lesu menuju ke bilik yang dikongsi bersama tiga orang kawan lagi. Malam ini nampaknya dia yang paling awal masuk tidur. Setelah katil double-decker itu dipanjat dengan berhati-hati, dia duduk dibirai katil yang berhampiran dengan tingkap. Langsir diselak. Cahaya neon dari lampu-lampu jalan masuk menerangi sedikit bilik yang gelap itu. Dingin bayu malam menyapa wajah.
"Dik, balik awal lah. Kita mana ada kampung," suara berusia hampir separuh abad itu terngiang-ngiang seakan berbisik disebelah telinganya. Dia menghela nafas perlahan. Ingatannya memutar kembali apa yang berlaku di masjid tadi;
Usai solat tarawih lapan rakaat disusuli witir, mereka ramai-ramai bergerak keluar untuk menunggu bas kolej datang menjemput pulang ke asrama. Masjid Sultan Ahmad Shah atau lebih dikenali sebagai Masjid Negeri Pahang itu sememangnya menjadi tumpuan ramai memandangkan ia terletak betul-betul ditengah pusat bandar.
Ketika berjalan ditengah-tengah kumpulan sahabat-sahabatnya, matanya terhenti pada dua susuk tubuh yang sedang duduk bersama-sama di salah sebuah pondok rehat di perkarangan masjid. Seorang lelaki dan seorang perempuan lewat 70-an, mungkin suami isteri. Dalam cahaya lampu jalan yang samar-samar, dia melihat mereka menjamah moreh bersama-sama sambil bergurau senda. Perempuan tua itu sesekali menyuapkan makanan kedalam mulut suaminya, masing-masing berbual rancak seakan tak habis cerita untuk dikongsi. Setiap garis kedutan di wajah keduanya seakan melakar kisah tentang hidup mereka. Wajah yang semakin dimamah usia, usia yang terlalu senja. Tetapi senyuman mereka nampak.. bahagia.
Dia terkaku dihadapan pondok itu dari jauh. Di kotak fikirannya lantas terbayang satu persatu daripada dua 'wajah kesayangan hamba'. Kedua-dua insan yang jasa-jasa mereka tak mungkin terbalas. Kedua-dua insan yang terletak redha Allah atas redha mereka.
Manik-manik jernih bergenang dikelopak matanya, semakin sarat, lalu mengalir sepi. Langit Kuantan mula menyimbah gerimis ke bumi, seakan turut berkongsi kepiluan hati. Dentuman halus guruh sayup-sayup kedengaran. Dia melontar pandangan jauh sejauh-jauhnya keluar, memerhatikan resmi rintik-rintik hujan yang gugur menjadi wasilah rahmat Ilahi.
Aku selalu fikir itu kisah dongeng.
Kerana di perjalanan ini aku tak pernah mengalaminya.
Pelangi kutemu cuma tahan sekejap pagi atau tengahari.
Sekali hilang, tak pernah kulihat semula.
Sebenarnya, pelangi di waktu senja itu bernarkah ada ?
Tertutup jangan jumud. Terbuka jangan hanyut.
Ramai para da'ie atau orang-orang belajar agama yang berfikir mereka sudah selamat daripada ikhtilat. Walhal ikhtilat
itu bukan sekadar tepuk tampar lelaki perempuan, duduk rapat-rapat atau
berpegang-pegangan. Ikhtilat itu juga adalah tentang cara bergaul dan
berkomunikasi antara berlainan jantina. Apakah atas dasar urusan atau
berbual meleret-leret tanpa ada isu yang jelas. [kopi dan pasta]
"Konsep yg kak pegang lebih kurang macam ni, kita berkawan dan kita bergaul bila ada urusan. Dalam
urusan tu yang tak salah kalau nak bergurau senda untuk menghidupkan
suasana atau orang sebut, cipta chemistry. Lagipun ramai-ramai
macam sekelas atau sekumpulan tu takpe sgt. Tapi, pandai-pandailah jaga," "Kerana percayalah, bagaimana kamu menjaga dirimu dengan ikhwan sekarang
adalah cerminan bagaimana suamimu menjaga dirinya dari akhawat juga," - anonymous
_____________________________________________________________________________________
Kalam Penulis #eheh XD
fuh marathon. lamanya tak menulis ! PUAS.
Aku ingat kisahnya dah boleh bermula. Tapi, belum apa-apa lagi tamat macam tu je. Haha sad life of me ^^ takpelah Allah ada perancangan sendiri untuk kita. Kalau dia-dia taknak kawan dengan kite, ramai lagi yg nak kawan dgn kite. Appreciate kay. Life's simple chillax yo. Aduii keyboard lappy hurup F buat problem laa gigih aku nak nekannya tahuuu.
Alamak KIBA dah nak habis. Aku nak ikut bebudak denstost gi Mesir boleh tak huhu. Weh aku slalu pikir apsal la aku tak masuk UIA je haritu huhu tapiiiii , haaa haa ! tak elok sesal mendua LOL ok2 Allah knows best :3
"Hopefully raya ni raya paling best untuk Jedda!," 12.37am
ohmyy this message is really haha patut hantar skali dgn sekotak tisu. oh dan sekotak milo
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN :D
aku happy tengok korang happy eh seryes ni hahaha *kesat air mata*
they said craziness wipe out the tears. hmm it actually works. *for a while
well, how about a try? :P
stay strong and study
wassalam, musirrah.
1 comment:
lately ni tgk jedda mcm sedih je. be strong jedda :')
Post a Comment