Thursday, May 29, 2014

Wida' Untuk Senior

Bismillahirrahmanirrahim



Dalam menjalani hari hari dalam kehidupanMemikul amanah ilmu, impian dan harapanKadang hati yang lemah terasa ingin menyerahKadang mengeluh; mengapa jalan ini terlalu panjang.


Maka saksikanlah, 

Jalan perjuangan ini tak dihampar dengan karpet merah
Yang ada cuma pasir. 
Kadang berduri, kadang berbatu.
Menuntut mereka yang kental jiwanya, kuat hatinya
Kemas gerak kerja dan menjaga masa
Menjaga hubungan dengan Allah
Menjaga hubungan dengan manusia

Ramai yang lupa
Andai perjuangan ini mudah
Mahar apa yang akan dibawa ke jannah ?

Kerana Tuhan tahu perjuangan ini payah

Tuhan hadiahkan kita sebuah ukhuwwah
Ada sahabat-sahabat yang setia menemani
Setiap detik tangis dan tawa
Menjadi penguat hati dan pengingat semula 
Tatkala diri jauh dari Pencipta

Kerana Tuhan tahu perjuangan ini berat

Tuhan rahmati kita dengan para murabbi
Saf asatizah yang tak pernah lelah mencurahkan bakti
Tabah melayan karenah anak didik tercinta
Demi melihat syabab dan fatayat harapan agama
Membersihkan kembali ekonomi dunia 
Bebas daripada debu-debu  dosa

Pada setiap insan yang pernah hadir dalam kehidupan ini,

Ada meninggalkan pengajaran yang tersendiri
Allah itu mengaturkan pertemuan
Kemudian Allah ajar banyak perkara
Setelah itu Allah takdirkan perpisahan
Untuk kita belajar erti sebuah kekuatan

Moga setiap kenangan yang tercipta

Mahupun setiap kasih yang terbina
Dalam hati ini takkan pudar ditelan masa
Awan mediterranean dan khatulistiwa tak punya banyak beza
Kerana Bumi Syam dan Malaysia
Masih dibawah langit yang sama :')

[Nur Jehaada, 11 May 2014]







End of Second Semester.
End of First Year.

Wassalam. Musirrah

No comments:

Hidup ini adalah keyakinan dan PERJUANGAN.. dan PERJUANGAN mukmin yg sejati tidak akan berhenti kecuali kedua tapak kakinya, TELAH MENGINJAK KE PINTU SYURGA...

-Imam Ahmad ibn Hanbal-