Bismillahirrahmanirrahim
Kadang-kadang aku pelik
Dunia ni penuh dengan kasih sayang yang disalah ertikan
Kasih sayang yang kalah bertemu keegoan
Bila berdepan hujan lebat
Payungnya masing-masing
Aku pelik
"Membuang yang anggap kau permata
Menghargai yang anggap kau sampah,"
Mungkin seseorang perlu mati
Baru manusia belajar menghargai
Mungkin seseorang perlu hilang
Baru yang lain sedar apa itu sayang
Mungkin ada yang perlu pergi
Baru mereka nak cerita apa lagi yang tersembunyi
Aku sendiri tak pasti
Takut dengan masa hadapan yang menanti
Takut dengan esok yang mendatang
Entah sampai bila
Ketakutan dan kesedihan ini akan bertemu ajalnya
Atau mungkin tiada
Dihantui silam yang membayang
Terhakis impian semalam
Terlalu takut mimpi ngeri berulang .
Lama aku bertahan. Tak sangka .
Lepas satu demi satu yang merobek hati
Yang tinggal cuma keyakinan pada Tuhan
Yang tinggal cuma harapan pada Dia
Kerana bahagia itu milik mutlak Dia
Esok bukan milik aku.
Bukan milik kau.
Bukan milik sesiapa.
Esok hanya milik Dia .
Yang kusandarkan segalanya.
Some things you hope they never happened.
But some things are certain.
Berdenyut kepala. Mungkin perlu tidur.
Malam, dunia.
wassalam.
Musirrah.
No comments:
Post a Comment