Monday, July 28, 2014

Bismillahirrahmanirrahim



Tak boleh lelap mata malam raya. Fikir terlalu banyak benda, mungkin.
Sesal dalam hati seakan belum habis. Entah bila baru boleh lupakan segala penyesalan ni.
Entah bila bayang-bayang semalam akan berhenti mengekori.

Hela nafas.

Berat.

Kalau lah masa itu boleh diundur. Akan aku undur jauh-jauh. Sejauh hampir dua tahun yang lalu. Sejauh hari kejadian. Sejauh hari pertama semua ini berlaku. Sejauh itu.
Akan aku tukar pilihan aku kepada sebuah keredhaan, bukannya putus asa. Akan aku pilih simpang akhirat, bukannya dunia.
Dan kemudian semua yang pernah berlaku ini takkan berlaku. Dan pasti semua yang memberatkan fikiran sekarang takkan terjadi. Dan pastinya tak ada rasa bersalah yang mengejar ke mana sahaja aku pergi, seakan cuba mengawal masa depan nanti. Dan pastinya sekarang boleh hidup tenang. Dan pastinya diri tak terasa kotor seperti ini.

Tapi Allah kata semua ini perlu berlaku.
Aku tak tahu kenapa. Aku nampak hikmahnya, tapi hati masih meronta-ronta.
Masih sesal yang tak terhingga.

Menabur kata-kata yang memakan diri. Tak mengapa kalau aku yang sakit hati, tapi tak sanggup kalau orang lain yang terluka. Kerana ketidakmatangan aku menyusun kata-kata. Kerana pendek akal aku tak bertunjangkan syariatNya. Ya disiplinnya tiada apa yang terkota, tapi kemanusiaannya, semua ini tetap mengikat kuat. Rasa bersalah ini takkan hilang, aku tak reti jadi kejam.

Perancangan Allah memang penuh rahsia..
Semoga aku terus yakin, tidaklah Tuhan itu bawa kita sejauh ini untuk meninggalkan kita.
Moga kesilapan lalu jadi bekalan menempuh jalan dakwah dan tarbiyah.
Bila sampai masa yang dijanjikan , Tuhan akan jawab semua persoalan kau.
Dan kau akan faham kenapa semua ni perlu berlaku.

It's a part of growing up.




Ramadhan yang banyak mengajar. Alhamdulillah.
Eid Mubarak.

Wassalam , Musirrah.

No comments:

Hidup ini adalah keyakinan dan PERJUANGAN.. dan PERJUANGAN mukmin yg sejati tidak akan berhenti kecuali kedua tapak kakinya, TELAH MENGINJAK KE PINTU SYURGA...

-Imam Ahmad ibn Hanbal-