Friday, July 18, 2014

izinkan

Bismillahirrahmanirrahim

Izinkan aku, Tuhan
memberi perhatian pada kehidupan akhirat
bukan pada penipuan dunia lagi
memberi perhatian pada ummah
merawat luka-luka pada aqidah masyarakat
banyak yang perlu hati ini belajar
belajar jadi tough dan tabah
kerana aku juga sebahagian daripada ummah yang bermasalah

Izinkan aku, Tuhan
menghabiskan sisa-sisa Ramadhan ini
dengan memperbaiki kerosakan hati
mencuci bersih karat-karat yang melekat
jemputku menjadi insan yang Engkau pilih
yang Kau beri peluang menumpang di Ramadhan,
biar keluar daripadanya dengan meraih keampunan

Izinkan aku, Tuhan
mengutip kembali cebis-cebis maruah
menetapkan seteguh-teguh langkah
meneruskan perjalanan menujuMu
yang sering aku tersungkur, tersembam di tengah-tengah

Peganglah aku, Tuhan
dalam hati ini terasa kosong bila jauh dari rahmat
Allah tak pernah berganjak ke mana-mana
Hamba yang sering lari berpaling dariNya.
sangka dunialah kebahagiaan yg dicari
rupanya cuma pasir-pasir tak bererti

Kalut.
huru hara.
bukan sedih. bukan terasa.
cuma rasa macam sedang kusut dalam dada
tapi cuba bertenang
turun naik iman lumrah nya
esok nanti akan pulih dengan bantuanNya
Izinkan aku, Tuhan.
menjadi sebahagian dari orang-orang yang Engkau cinta.


wassalam.
Musirrah.











No comments:

Hidup ini adalah keyakinan dan PERJUANGAN.. dan PERJUANGAN mukmin yg sejati tidak akan berhenti kecuali kedua tapak kakinya, TELAH MENGINJAK KE PINTU SYURGA...

-Imam Ahmad ibn Hanbal-