"Aku nak jadi macam akak tu," buat kesekian kalinya aku mengadu.
"Jadi sahajalah diri kau sendiri," dia tetap tabah menjawab.
"Tapi aku ni banyak cakap, bising, kadang-kadang emotional, kadang-kadang gelak kuat, result tak gempak, study macam mana pun result tak boleh nak lawan dorang. Orang2 tu pandai menulis benda-benda akademik, cepat pick up, berani, rajin.."
"Kau benar-benar fikir kau tak ada kelebihan langsung?"
"Aku nak jadi macam orang-orang solehah tu! Dorang baik, sopan, pendiam, cakap pun lembut, ayu, penyabar. Semua orang suka orang macam tu,"
Senyap.
Aku tahu, kau tak ada modal untuk menafikan.
Susah benar kita nak puas hati dengan diri sendiri.
Kadang-kadang lelah. Kecewa. Kita sudahlah tak mampu nak melihat kelebihan diri kita. Kita sebenarnya berharapkan kata-kata semangat, bahawa kita tidaklah seteruk yang kita sangka. Tapi, mungkin salah kita kerana berharap pada makhluk. Aku tahu aku tak hebat. Mungkin pemalas. Entah. Itu yang selalu mereka mengiakan pada aku. Bila kita rasa kita rajin, tiada siapa pula yang mahu memberi pujian? Mungkin takdir jalan aku bukan seperti mereka itu. Kalau benar dinilai semuanya berdasarkan pointer atau markah entah sampai mati agaknya aku ni akan nampak kurang pandai daripada mereka. Ada sahaja perkara yang aku bangga dengan diri aku sendiri, dan aku mengharapkan mereka nampak kemajuan itu. Tapi aku silap. Allah lebih sayang aku jadi Dia tak mahu aku riya' atau berharap pada dunia. Mungkin yang terbaik adalah cukuplah aku sendiri nampak kemajuan diri aku, dan terus berusaha ke arah lebih baik lagi. Kalau meletakkan dunia sebagai kayu ukurnya dan manusia-manusia sebagai pengadilnya, kau bersedia sahajalah untuk kecewa. Senang.
"The only person you have to beat is yourself,"
Semua orang sukakan pujian dan penghargaan. Aku juga sangat sukakannya. Sebab itulah aku sering menghadiahkannya pada orang, kerana bagi aku, aku akan gembira dan terhibur jika dihadiahinya. Walaupun seringan ucapan "Terima kasih,". Semua orang yang kenal aku pasti tahu ayat klise aku setiap kali dan setiap hari berjumpa orang (perempuan);
"Kau nampak cantik la harini,"
"Akak ni comel la,"
"Hebatnya akak ni nanti boleh la ajar saya,"
"Bagusnya awak rajin belajar. Saya nak jadi rajin jugak,"
"Subahanallah nampak berseri-seri la,"
Ataupun sewaktu bersalaman ku ucap "Moga Allah mengampuni kita selalu,". Ya aku memang sangat mengambil berat akan perkara-perkara kecil seperti ini kerana aku tahu aku tak punya sumbangan besar yang mampu ku salur untuk merapatkan ukhwuwwah kita atau meraih perhatianmu kerana aku bukan orang hebat.
Aku juga tidak berapa reti mengawal emosi (bagi aku). Aku geram dengan diri sendiri setiap kali aku marah kemudian aku layankan, aku bersuara, sedangkan aku sudah berazam untuk diam apabila marah. Tapi sekali lagi mungkin benar, cukuplah kita sendiri yang melihat kemajuan diri kita. Tak perlu orang lain menilainya.
They told you to be yourself. Then they judge you.
Mungkin aku juga buat ini pada orang lain.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Itulah beza antara aku dan kamu
Kita sama-sama menghadapi kehilangan dan perpisahan
Tapi kau menghadapinya dengan cinta, kasih dan air mata
Sedang aku telah menghadapinya dengan dendam, kecewa dan sengsara
Ia justeru menjadikan kita berbeza, sahabatku
Setelah kehilangan itu hatimu pasti diselebungi cinta dan kasih
Ia seindah-indah perkara yang perlu abadi selamanya
Namun kehilangan yang aku hadapi menyelaputi hatiku dengan ketakutan dan kekecewaan.
Malah dahulu dengan kegelapan
Ia tak baik untuk kesihatan hati
Dan aku memerlukan masa yang sangat lama untuk merawatnya
Hingga kini kekecewaan mungkin telah hilang
Namun ketakutan itu belum pergi
Bukan maksudku ujianku lebih berat darimu
Bahkan kaulah yang lebih tabah antara kita
Kerana kehilangan ku hanya di dunia
Kehilangan yang kau hadapi adalah buat selamanya
Bahkan ujian bukan untuk dibandingkan
Kerana setiap ujian itu paling berat menurut setiap makhluk
Maafkan aku untuk setiap hak-hak yang tidak tertunai
Tuhan sahaja mengetahui betapa mutiara-mutiara kekuatanku selama ini
Adalah dari kalian yang sentiasa di sisi.
Wassalam. Musirrah.
No comments:
Post a Comment