Sunday, September 27, 2015

FAQs

Bismillahirrahmanirrahim



And the FAQ goes: "Macam mana kau boleh pakai purdah ni?"


Wadi Rom, 220915

***************

Aku budak Selangor. Orang kampung panggil budak KL. Zaman lower form dulu selekeh je. Naik upper form dah mula la belajar melaram sikit-sikit. Pakai pashmina labuh. Yelah, kawan-kawan semua dah mula berhias kan. Cuma make up je aku tak pernah apply. (Takde kena mengena dengan insecure, girls just dress up for themselves, rasa suka pakai la). Budak Selangor, cakap pun Manglish. Bukan nak bajet ke apa, cuma dah terbiasa. Tinggal tak pakai I You je, sebab kami budak sekolah agama, jadi tak biasa. Mungkin kalau aku sekolah biasa dah lama aku guna. Itupun, dalam kalangan kawan-kawan aku, aku antara yang outdated jugak la. Pakai pun biasa-biasa je. Cuma lepas sekolah tu belajar bergaya lebih sikit. Kadang-kadang aku tidak menjaga sangat kelabuhan tudung. Mana yang ada aku rembat aja. Lupa sudah akan prinsip menjaga kelabuhan tudung melepasi paras pinggang yang sering dipegang kemas sewaktu zaman persekolahan dahulu. Aku hanyut sedikit sebanyak seiring dengan trend fashion yang berkembang di negara kita cehh apa ni geli pulak rasanya.

And after three years being a school graduate inclusive two years of hard life at my college, I finally flew to Jordan for another two years of degree. I brought just a few long shirts, baju kurung and jubah. Tudung bawal 60'. No pashmina or shawls. Beg penuh dengan makanan je.

And the FAQ goes; "Tak pakai shawl dah ke jedda?"

"Hee.. tak bawak pun. Kat sini aku nak pakai biasa-biasa je," jawabku menyusun ayat. Sesekali aku cermin diri. Skirt labuh yang sudah hampir setahun aku berjaya menjadikannya kewajipanku melainkan terpaksa berseluar dalam aktiviti lasak. T-shirt labuh dan tudung bawal 60'. Menutup paras pinggang seperti dahulu. Simple. Aku rasa tenang bersederhana begini. Ia buat hatiku lebih tenteram dan jauh dari bangga diri. Penampilan ini buat aku beringat yang aku ke sini bukan untuk menyibukkan diri dengan pakaian, melawa ataupun berhias. Aku ke sini untuk menyibukkan diri dengan ilmu dan pengajian. Aku budak Selangor, yang akhirnya berbalik pada penampilanku yang lama sebelum aku kenal erti bergaya.

It has been a month here. Sini waqi' ramai je pakai purdah. Back then I started to search of something I've been searching for since long ago. Tentang perihal secebis kain yang menutupi wajah itu; yang pernah menjadi impian yang aku kuburkan suatu masa dahulu. Setiap akak-akak dan sahabat baru yang berpurdah atau berniqab yang aku jumpa, akan aku tanya.

"Kenapa akak pakai purdah?"

Termasuklah sahabat karibku sendiri. Jawapannya pelbagai. Ada yang berhadafkan kesihatan, keselamatan, ada juga yang mahu menuruti sunnah, mahu menjaga diri dari pandangan ajnabi, dan lain-lain. Lama aku memikirkan semua ini. Yang aku nampak, mereka semua berhadafkan sesuatu yang akan menjadikan diri mereka lebih terpelihara.

"Yang penting niat kita. Sekarang purdah dah jadi fitnah. Kita tak nak bila kita pakai kita jadi sebahagian dari fitnah," ujar salah seorang sahabatku. Dia tidak berpurdah, namun sentiasa meraikan keputusan dan perbincangan tentang ini. Aku senang bertanya pendapatnya.

"Itulah. Kalau dah pakai, tak boleh sesuka hati berbalas komen dengan lelaki," ujarku menginsafi diri.

"Itulah yang jadi fitnahnya. Tak kira lah kita pakai purdah ke tak,"

Semua orang tahu, aku orang media. And you know what, bila perempuan pegang kamera they will look damn trendy and professional in jeans, blouse kotak-kotak plus shawl. Selangor sangat. I used to have dilemma before attending a kenduri as a photographer, 'nak pakai kain ke nak pakai seluar ya..'. Dua hari aku bertenggek depan almari tu fikir. And yeah alhamdulillah I ended up with a long skirt.

"Kalau ana pakai purdah, tak terbatas ke kerja-kerja video dan shooting?," tanyaku lagi.

"Kalau kau pakai, lagi senang urusan. Urusan lagi senang nak dijaga. Kalau dengan syabab tak melalut. Tak cakap out of topic,"

"MashaAllah,"

"Nanti dah fikir masak-masak share la dengan ana,"

"InsyaAllah,"

Penting bagi seseorang mencari hadaf terbaik yang bakal menjadikan dirinya istiqamah. If you don't have something strong to hold to, you won't hold it much longer. I  work on with my istikharah and istisyarah, sampai suatu hari yang tenang aku merasakan Allah seolah bersamaku dalam keputusan ini. Mereka kata bakal bawa amanah yang berat. Kalau kau bersedia untuk berubah, kau akan tabah.

"Bagi aku kain purdah ini macam perkahwinan. Ramai orang kata lepas kahwinlah dia nak berubah. Kahwin bukan satu point atau magic yang akan buat kau berubah. It may be a pendorong but not a turning point. Sama macam purdah. Jangan pernah harapkan kain tu mengubah kau. Kain tu cuma akan membantu dan mengingatkan kau pada hadaf kau untuk pelihara diri. Sebab tu before kau berpurdah kau dah kena bergerak dulu untuk baiki diri tu,"

And that one day another FAQ goes;
"Ehh.. Bila start pakai ni? Macam mana boleh terfikir nak berpurdah?"

Alhamdulillah.. Doakan istiqamah..

Panjang jawapannya. Kalau kita berjumpa tepi jalan, aku tak mampu menghuraikannya di situ.



Setiap orang berbeza cara dalam menjaga hati mereka. Dan aku, aku sangat merasakan hati aku bisa terjaga melalui pemakaian.. Dulu sewaktu aku buat keputusan untuk istiqamah memakai skirt labuh, aku juga punya hadaf. Kerana apa? Beberapa lama dahulu aku mempunyai masalah penerimaan terhadap kaum lelaki setelah berlaku beberapa perkara, semuanya buat aku rasa aku perlu berdiri atas kaki sendiri. Perempuan tak perlukan mereka. Hampir sahaja aku ini bermentaliti feminisme. Berseluar buat aku rasa ganas, tak mudah dipermainkan atau dipandang lemah lagi. Tapi semua itu cuma meresahkan hati. Ia ternyata bukan fitrah yang aku cari atau miliki. Lalu aku mula menyarung skirt labuh untuk memujuk egoku agar tunduk dan mengembalikan ketenangan hatiku. Alhamdulillah, Tuhan iringi usaha ini dengan kasih sayangNya. Sehingga kini, aku selesa berkain ke mana-mana.

Begitulah juga aku berbalik kepada hadafku. Bersederhana dalam pemakaian ternyata dengan izin Allah berkesan dalam mendidik hatiku menjadi sederhana dan rendah hati. Sedikit sebanyak, segala daki-daki jahiliyyah; amarah, dendam, semuanya bagai perlahan-lahan berlalu pergi meninggalkan daerah hati. Setelah scarf, inner tudung, tudung, armsock, stokin, seluar panjang di dalam skirt labuh, keputusan untuk menambah purdah sebagai sehelai lagi aksesori dalam penampilan adalah keputusan yang amat mujahadah bagiku. Setiap perempuan inginkan senyumannya dilihat semua orang, kerana pada senyuman itulah terletaknya kecantikan sebenar. Diakui tanpa ragu, meletak gambar di laman sosial itu adalah sesuatu yang menggembirakan. Aku pernah melalui semua itu, kerna aku juga seorang perempuan. (Jangan salah erti, tiada kena mengena dengan lelaki. Perempuan memang suka sahaja nampak cantik walaupun untuk sesama perempuan dan dirinya sendiri).

Aku juga bukan perempuan yang dikategorikan cantik sehingga berupaya menjadi fitnah terhadap lelaki. Yang kata mereka; "Tak dinafikan dia cantik. Mana-mana lelaki yang lihat pun pasti akan tertarik,". Aku bukan perempuan itu. Aku cuma seorang perempuan yang merasakan wajahku ini fitnah bagi hatiku sendiri, membuang waktuku memikirkan tentangnya, dan menutupinya menjadikan hatiku lebih tenang dan yakin menghadap dunia. Hatiku lebih sederhana. Tidak banyak masa terbuang melayan awkward berhadapan syabab atau melayan keinginan mencoret kata-kata gurauan dengan ajnabi. Kerana semuanya lesap apabila kau mula menjaga diri dengan secebis kain ini.

Bila kau hormat prinsip kau sendiri, mereka juga akan menghormati prinsip kau.

Mungkin sahaja dibelakang aku hanya diketawakan, sebagai seorang perempuan yang hanya berangan-angan dalam perjalanannya menggapai solehah.. Aku tidak mengambil kisah.. Aku juga tidak tahu apa yang menanti di masa hadapan. Semoga Allah terus menguatkan. Tiada seorang pun yang sempurna walaupun setelah dia menyarungkan sehelai kain ini pada wajahnya. Yang aku tahu, aku mendapat sesuatu yang aku cari selama ini;

Kebahagiaan. Bahagia dalam ketaatan.

Irbid
1.58am
270915

Wassalam. Musirrah.







No comments:

Hidup ini adalah keyakinan dan PERJUANGAN.. dan PERJUANGAN mukmin yg sejati tidak akan berhenti kecuali kedua tapak kakinya, TELAH MENGINJAK KE PINTU SYURGA...

-Imam Ahmad ibn Hanbal-