Saturday, January 9, 2016

hati.

Bismillah.

"Aku dah tahu kenapa hati kau tak tenang,"

"Huh?"

"Kau tahu apa beza kau dengan Rabiatul Adawiyah?"

"Mestila banyak beza.."

"Bukan, beza kau tak nak kahwin, dengan Rabiatul Adawiyah tak nak kahwin,"

"....."

"Kau tipu diri kau sendiri,"

Bergema.

Hening.

"Kau takut nak kahwin sebab kau takut disakiti. Sebab kau takut hilang apa yang kau ada dipertengahan jalan. Sedangkan Rabiatul Adawiyah takut berkahwin kerana takut perkahwinan itu akan menjauhkan dia dari Rabbnya. Kau takut berkahwin kerana takut hilang dunia. Sedangkan Rabiatul Adawiyah takut berkahwin kerana takut kehilangan Tuhannya!"

Seakan sedas tembakan tepat menembusi jantung. Bergema bunyinya dalam ruang ilusi. Jasad rebah. Darah merah mengalir perlahan dari luka tembakan. Air mata ukhti jatuh. Berjuraian. Suara tak mampu keluar untuk meraung pedihnya kesakitan. Wasangka dan ketakutan datang menghurung ukhti itu. Ruginya kelukaan, kegelisahan dan ketakutan ini, sebab tidak disandarkan pada Tuhan.

"Rupanya kau menghurung sebuah ketakutan jika kehilangan dunia yang sangat besar dalam jiwa kau, ukhti. Rupanya hati kau karat dengan wahn. Hati kau memang patut mati!"

Teriakan itu bergema lagi. Dan darah terus mengalir.

"Pintalah hati baru daripada Tuhan, ukhti. Dia akan beri. Walaupun telah berkali-kali Dia beri kau hati yang baru, Dia akan beri lagi dan lagi. Selagi kau tak jemu meminta, berharap, merayu dan mengemis, Dia akan beri," suara itu mula menangis hiba. Melihat kematian hatinya sendiri.

"Tuhan, matikan sahajalah aku setelah taubatku Kau terima dan setelah Kau sucikan segala dosaku... Aku sudah malu mahu meminta hati yang baru.." terdengar esakan perlahan menanggung kesakitan. Sayu. Memanggil Tuhan. Dalam hela nafas di pengakhiran.

Tersentak.

Hening masih membaluti ruangan mimpi.

Hanya keseorangan. Tiada suara aneh. Tiada tembakan. Tiada darah. Tiada luka.

Entah kematian bagaimana yang terbaik di sisi Tuhan untuk kita. Aku mahu mati sebaik sahaja Tuhan memberi aku hati yang sudah bersih lagi. Aku mahu jasad ini mati sebaik sahaja hati ini hidup kembali, sebaik sahaja ia bersedia untuk sebuah kehidupan yang abadi.





إلـيــك إلـــه الـخـلـق أرفــــع رغـبـتــي
Ku persembahkan kepada Mu tuhan sekelian makhluk, harapanku
وإن كـنـتُ يــا ذا الـمــن والـجــود مـجـرمـا
Sekalipun aku seorang yang berdosa wahai yang Maha pemberi dan pemurah
ولـمــا قـســا قـلـبـي وضـاقــت مـذاهـبــي
Tatkala keras hatiku dan sesak perjalanan hidupku
جـعـلـت الـرجــا مـنــي لـعـفـوك سـلـمــا
Ku jadikan rayuan daripada ku sebagai jalan mengharap keampunan Mu
فـمـا زلــتَ ذا عـفـو عــن الـذنـب لــم تـزل
Maka bilamana Engkau yang memiliki keampunan menghapuskan dosa yang berterusan ini
تــجــود و تـعــفــو مــنـــة وتـكــرمــا
Kurniaan Mu dan keampunan Mu adalah rahmat dan kemuliaan

ألــســت الــــذي غـذيـتـنـي وهـديـتـنــي
Bukankah Engkau yang memberi aku makan dan hidayah kepadaku
ولا زلــــت مـنـانــا عــلـــيّ ومـنـعـمــا
Dan janganlah Engkau hapuskan kurniaan anugerah dan ni'mat itu kepadaku
عـسـى مــن لــه الإحـســان يـغـفـر زلـتــي
Semoga orang yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku
ويـسـتــر أوزاري ومــــا قــــد تـقــدمــا
Dan menutup dosa2ku dan setiap perkara yang telah lalu

فــإن تـعـف عـنــي تـعــف عـــن مـتـمـرد
Sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan
ظــلــوم غــشــوم لا يــزايـــل مـأتــمــا
Kezaliman, penganiayaan yang tak akan terhapus di hari berhimpun kesedihan
و إن تنـتـقـم مــنــي فـلـســت بــآيــس
Dan jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa
ولـــو أدخـلــوا نـفـسـي بـجــرم جـهـنـمـا
Sekalipun dosa2ku itu memasukkan diriku ke dalam neraka

فصيـحـا إذا مــا كــان فـــي ذكـــر ربـــه
Dia adalah seorang yang fasih ketika menyebut/mengingati tuhannya
وفيما سواه في الورى كان أعجما
Dan bilamana dia bersama selain tuhannya di dunia ini dia membisu
يـقــول: حبـيـبـي أنـــت سـؤلــي وبغـيـتـي
Dia berkata: Kekasihku, Engkaulah tempatku meminta dan berharap
كـفــى بـــك للـراجـيـن ســـؤلا ومـغـنـمـا
Cukuplah Engkau bagi yang berharap sebagai tempat bergantung dan memohon

أصـــــون ودادي أن يـدنــســه الـــهـــوى
Kupelihara kasihku yang dicemari nafsu
وأحــفــظ عــهــد الــحـــب أن يـتـثـلـمـا
Dan aku jaga janji kasih yang telah tercalar
فـفـي يقظـتـي شــوق وفــي غـفـوتـي مـنــى
Di saat ku jaga, aku rindu, dan di saat ku lelap aku berharap
تــلاحــق خــطــوي نــشــوة وتـرنــمــا
Mengiringi langkahku dengan penuh semangat dan berulang2

فـجـرمـي عـظـيـم مـــن قـديــم وحــــادث
Maka dosaku adalah besar dari dulu dan kini
وعـفــوك يـأتــي الـعـبـد أعـلــى وأجـسـمـا
Sedang keampunan Mu yang mendatangi hamba adalah lebih agung dan lebih mulia





Musirrah Naim.
Irbid
090116





No comments:

Hidup ini adalah keyakinan dan PERJUANGAN.. dan PERJUANGAN mukmin yg sejati tidak akan berhenti kecuali kedua tapak kakinya, TELAH MENGINJAK KE PINTU SYURGA...

-Imam Ahmad ibn Hanbal-