Monday, February 22, 2016

bakti.

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ini cuaca sangat mendamaikan. Tidak terlalu panas, tidak terlalu sejuk. Angin sepoi-sepoi bahasa yang kadang perlahan kadang kuat, meniup dan mengalunkan jubah berwarna turquoise dan trench coat berwarna hitam yang kupakai. Sehelai kain yang menutupi wajah turut sama beralun mengikut rentak angin. Aku berjalan sendirian menyusur laluan pejalan kaki. Dari Kuliah Adab, merentasi kawasan hadapan Kuliyyah Tarbiyyah, melalui Duwar Sa'ah yang menjadi titik tengah ataupun centre Universiti Yarmouk. Monumen Huruf 'Y' melambangkan 'Yarmouk' seperti yang terlakar di dalam logo jamiah, terbina gah di tengah-tengah duwar. Sesekali aku tutup mata untuk merasai ketenangan dari hembusan angin, kerana hari ini angin seperti angin pantai. Seperti pantai Kampung Anak Air, Kuantan, yang dahulu sering menjadi tempatku mencari ketenangan saat hati gundah. Yang sering ku pakir motosikal di bawah pohon-pohon rimbunnya, dan duduk di atas pangkin-pangkin tua milik orang-orang kampung. Sesekali berjalan tanpa kasut di pesisir pantainya, berjalan jauh, seakan tidak mahu berpatah semula. Ada waktu-waktu yang lain, aku duduk di tengah-tengah alam, berlunjur menghadap pantai, membiarkan baju kurungku terbasahkan oleh pepasir pantai yang lembab. Ah rindunya. Terlalu rindu aku pada pantai dan pepasirnya itu. Yang banyak menemukan aku dengan diriku sendiri, dan Penciptaku. Yang masin lautannya telah banyak bercampur dengan masin air mataku.

Aku buka mata. Kembali ke realiti. Semalam cuma tinggal mimpi.

Kesakitan semalam hanya tinggal mimpi. Cuma kadang kala bila dilihat semula parut yang berbekas, aku tersedar kembali bahawa semuanya adalah realiti. Yang telah berjaya aku redah kerana cintanya Tuhan pada aku.

Di hadapanku ada jalan yang panjang. Hakiki atau majazi, serupa bagiku. Tempat ini asing sekali. Tiada pantai, tiada bangunan tinggi, tiada kehijauan yang menyejukkan mata. Hanya debu yang berterbangan ditiup angin, yang boleh nampak beliungnya jelas depan mata. Gersang. Sesak. Tandus ciri madani.

Tapi di bumi tandus ini lah hati aku disirami sehingga basah. Di bumi kering inilah aku belajar membaja iman dan taqwa. Agar dapat aku tuai di akhirat sana dengan sebaik-baik hasil. Aku sudah cukup malu kepada Allah atas dosa-dosa silamku. Aku sering cemburu melihat manusia yang sikit pun tak pernah ada arang terconteng hodoh di kanvas sejarah hidupnya. Kadang berteleku sendiri di hadapan Tuhan, terasa sangat kotor dan hina. Aku kira memaafkan diri sendiri itu sangat sukar, walaupun mungkin Tuhan telah lama menebar luaskan maghfirahNya untukku seluas lautan yang kurindui. Semoga.

Jauh aku berjalan ditemani angin. Mungkin angin rindu dari orang-orang yang aku cinta di Malaysia. Kerana rasanya terlalu damai. Cukup untuk membawa mindaku terimbau segalanya tentang tanah tumpah darah yang hampir setengah tahun ditinggalkan.

Lagi pula aku baru pulang dari Annual Grand Meeting (AGM) PERMAI yang berlangsung hari ini. Menyaksikan pertukaran rasmi saf kepimpinan PERMAI sesi 15/16 kepada sesi 16/17. Melihat susuk-susuk tubuh yang hebat menaiki pentas menggalas amanah menjaga komuniti, aku terimbau memori berkerja di dalam PERMAIYA dahulu bersama rakan-rakan kepimpinan yang lain. Teringat detik-detik saf kepimpinan kami bertukar tampuk kepada adik-adik junior, semuanya terakam kemas dalam memoriku ini. Sedikit rindu mengetuk hati. Sekarang dah tak akan ada semua itu. Berada atas pentas, berada dalam meeting sebagai orang atas. Kerana tarbiyah menuntut segalanya bermula dari bawah. Bahkan jika sudah di atas pun, tetap takkan dikenali orang. Lantas ringan sahaja jiwa ini mendendangkan puisi buat hiburan hati sendiri.


Detik takkan kekal
Detik akan berlalu pergi
Seperti waktu-waktu dahulu berangkat meninggalkanmu
Seperti zaman kanak-kanak kini sudah dikubur batu
Seperti kebahagiaan keluarga yang hanya mimpi ilusi
Mungkin mimpi paling indah yang pernah Tuhan beri

Dan tarbiyah yang membina diri
Moga takkan terkubur mati 
Seperti jahiliyyah yang telah kau campak buang jauh jauh
Semoga.

Ajarkan hatiku, Tuhan. Untuk ikhlas dalam amal
Dalam keadaan tidak dikenali manusia
Kerna kini aku memilih beramal di balik tirai 
Medan ini takkan menjanjikan kalam penghargaan dari orang
Medan ini cuma ada kau dan Engkau

Medan bakti ini 
Menuntut keikhlasan hatiku sendiri
Kerana hadafnya adalah menyentuh hati-hati manusia
Dengan sehabis keupayaan yang ku ada

Perpenat lelah lah duhai jiwa
Sibukkan dirimu mengejar pandangan Tuhan
Tak mengapa berbakti tanpa secara rasmi dikenali komuniti
Khidmat kau kini berfokus menyentuh hati-hati
Bukan sekadar menyentuh mata-mata
Dengan hasil multimedia yang kau cipta

Ini pilihan,
Membawa diri dan manusia mencari Tuhan
Menjaga tarbiyah juga ertinya menjaga komuniti
Mungkin takdirnya PERMAIYA itu tempat terakhir aku mencurah bakti,
Secara dikenali.



"Dia ok je? Ada buat emoji-emoji tak," tanyaku kepada seorang sahabat yang aku cinta. Rindu untuk berbual panjang seperti dulu. Sahabat yang juga sama-sama berada dalam saf kepimpinan PERMAIYA dahulu. Sahabat yang tak pernah lepas genggam tangan dalam jalan perjuangan. Dia kini berada sebagai pimpinan batch, diketuai syabab yang juga seorang ikhwah. Aku letak hashtag #littlethingsmatter dalam message ku. Saja. Sebab dia seorang yang sangat ambil berat perkara kecil-kecil.

"Kita orang ada emoji ni dengan ni je," balas dia menunjukkan emoji 'OK' dan 'Good'.

"Tapi dia ada 'haha'. Kau tahu, aku jihad gila taknak 'haha'. Err," balasnya lagi. Aku ketawa. Geli hati memikirkan kita juga berjihad dalam perkara yang sama.

"InsyaAllah, jihad tu Allah kira," balasku sambil tersenyum. Walaupun tetingkap Whatsapp itu tidak merakam senyuman rinduku untuknya. Aku tahu, aku tak perlu risaukan dia. Dari dulu, itulah dia. Itulah dia yang sering menjadi qudwah untukku. Bila aku tahu dia adalah akhowat, baru aku faham kenapa dia adalah dirinya. Kerana dia adalah seorang da'ie !



"Jadi perempuan cuma ada dua pilihan; 
Menjadi sebaik-baik perhiasan, atau menjadi sebesar-besar fitnah," 
-Quoted-



Wassalam, Musirrah.




Friday, February 19, 2016

Of Life & Keakhowatan.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum! It's nearly ten days since I burst out such mumblings in this canvas cehh sejak bila kesah sangat, selama ni ten months tak menulis tak kecoh pun. Seronok jugak dah dapat balik jiwa nak menulis ni. Biarlah. Aku mintak izin nak perasan matang sikit ye. Ahakhak.

Of Life & Keakhowatan.

# Ini Musim Sejuk Kami ! a.k.a It's Our Syita (IOS) 2016.

Jam menunjukkan pukul 6.40 petang. Sudah hampir satu jam setengah meeting penyelarasan berjalan. Zakiyah sebagai mas'ulah program masih lagi berada di hadapan, memperjelaskan setiap inci perjalanan program. Sesekali matanya melirik ke arah jam. Kadang-kadang mata aku ralit melihat seraut wajahnya sehingga hilang fokus kepada penerangannya. Wajah itu sangat mendamaikan. Bersih. Berkarisma. Matang. Walhal kami sebaya. Tapi punya perbezaan yang sangat ketara. Bagaimana seorang pelajar Medik Tahun 3 yang rata-rata mengetahui betapa berat beban pelajaran yang mereka pikul, namun dia boleh menjadi sekomited itu dalam dakwah dan tarbiyah ini? Pastinya Tuhan telah rezekikan dia keberkatan masa yang sangat ajaib!

Tak perlu bicara soal kewibawaan Saidatina Khadijah, kecerdasan Saidatina Aisyah, pengorbanan seorang Khaulah Al-Azwar, hati yang penuh kehambaan milik Rabi'ah Al-Adawiyah, ataupun kekuatan jiwa seorang sheikhah bernama Zainab Al-Ghazali. Tak perlu bicara itu. Jauh.

Aku, aku dengan seorang ukhti bernama Zakiyah di hadapanku itu sahaja sudah terlalu jauh.

Ku hela nafas berat. Panjangnya jalan ini. Kenapa belum sampai-sampai?

"Kita cuba habiskan tepat pukul 7 insyaAllah," ujar ukhti tadi, menerbangkan lamunanku pulang ke realiti. Lagi sepuluh minit menuju jam 7 malam. Sebentar lagi jam 7.30 ada daurah di mujamma'. Menuntut semua bergegas menyelesaikan taklifat masing-masing dalam meeting terakhir ini. Tersusun, kemas gerak kerja. Itu yang aku lihat dari mereka.

"Lagi satu, pasal yuran amilin," mas'ulah membuka perbincangan yuran. Semua tekun mendengar.

"Yuran amilin belum ditetapkan lagi tapi ia akan lebih mahal la daripada peserta. Peserta bayar 3 JD, kita mungkin akan bayar dalam 8 JD. Kalau macam tahun lepas, amilin bayar 13 JD, tapi tahun ni ana yakin insyaAllah yuran kita takkan lebih dari 10 JD, insyaAllah," ujarnya. Aku terpana sebentar.

Seketika kemudian, dalam hati, aku ketawa pada diriku sendiri.

'Aku ingatkan jadi amilin tak payah bayar apa-apa. Sekali kena bayar lebih. Hahaha. Tu la, murah gila mentaliti perjuangan kau, jedda,' tawaku sinis pada diri sendiri. Tidaklah merasa berat pun. Adapun aku rasa kelakar memikirkan betapa aku ini mengharapkan perjuangan yang mudah-mudah sahaja terbentang depan mata. Sikit pun tak terfikir untuk infaq lebih walaupun tahu defisit bajet untuk program nampak tidak boleh ditampung mengikut logik akal. Teruk juga common sense aku.

Masih banyak yang aku perlu pelajari. Tentang erti-erti sebuah pengertian itu sendiri.

"Ana mintak maaf kak, salah silap. Harap semua akhowat beri ana peluang untuk belajar lagi. Banyak sangat kesilapan ana ni," teringat coretanku di tetingkap Whatsapp dahulu kepada seorang akak yang sangat aku hormati, Kak Hanifah.

"Kenapa mintak maaf? Akhowat takde cakap apa-apa pun. Awak tak silap pun jedda," balasnya penuh dengan emoji senyuman.

"Ana rasa ana tak beri yang terbaik. Zahir batin,"

"Jedda. Masih ada masa untuk beri yang terbaik dari segi batinnya. Dan dari segi zahir dan batinnya, Allah je yang layak menilai awak dah bagi yang terbaik ke tak. Yang penting, kita always look forward and positive," pujuknya dengan hikmah.

Alhamdulillah seminggu yang lalu, IOS '16 telah berlangsung dengan jayanya. Seronok rasanya dapat buat orang seronok.

"Ukhti, enti masyaAllah sangat," ujar Kak Han padaku usai sesi fotografi beramai-ramai. Kak Han peluk erat aku. Sehingga bila pelukan dileraikan, aku rasa hati dan jiwaku sudah tertinggal di hatinya dia. Akhowat ni rata-rata memang pandai ambil hati orang.

"Alhamdulillah kak," hanya itu yang mampu aku balas. Rasa terharu. Sebab masih ada insan-insan yang Tuhan hantarkan untuk membuat diri ini rasa dihargai. Memberi diri ini harapan untuk terus mendaki ke puncak sana.

Maha Baik Tuhan kita.


# Salamun, Salam Media! :: Of Ikhwah & Akhowat ::

"" Dan tidakkah engkau (Muhammad) berada dalam suatu urusan, dan tidak membaca suatu ayat Al-Quran serta tidak pula kamu melakukan suatu pekerjaan, melainkan Kami menjadi saksi atasmu ketika kamu melakukannya. Tidak lengah sedikit pun dari pengetahuan Tuhanmu biarpun sebesar zarrah, baik di bumi ataupun di langit. Tidak ada sesuatu yang lebih kecil dan yang lebih besar daripada itu, melainkan semua tercatat dalam Kitab yang nyata (Luh Mahfuz)," Surah Yunus, ayat 61,"

Ukhti itu mengangkat pandangan menatap wajah-wajah dihadapannya usai membacakan sepotong ayat dari mushaf yang dipegang. Masing-masing menanti huraian yang bakal dikongsi. Bulatan kecil pada hari itu melibatkan lima orang akhowat semuanya. Kak Hana yang ditaklif untuk memberi iftitah, Kak Tiqah, Kak Fa, Kak Izzah, dan aku. Terasa menguncup sangat, bersama gerangan yang hebat-hebat.

"Ana suka sangat ayat ni sebab ia mengingatkan ana yang sekecil-kecil perkara itu Allah akan catat di Luh Mahfuz. Kita bekerja dalam media ni, kita cuma berada di sebalik tabir. Orang tak nampak apa kita buat. Orang tak nampak kita berjaga malam untuk buat video, untuk buat poster. Orang tak tahu kita yang menulis status untuk page tu. Orang takkan berterima kasih pada kita pun. Cukuplah Allah sahaja yang menilai kita untuk semuanya. Kadang-kadang bila kita handle page FB, kita diuji dengan 'like', 'views', yang Allah tak pandang pun semua tu. Kita kena belajar betul-betul ikhlaskan niat kerana Allah," hurai Kak Hana panjang lebar. Aku tersentap. Masuk sangat dalam hati.

"Jadi sama-samalah kita menggunakan keupayaan kita ini untuk menyentuh hati-hati manusia, dalam masa yang sama melatih hati kita untuk ikhlas juga dalam beramal ni, insyaAllah," sambungnya sebagai menutup agenda iftitah. Jiwa-jiwa tertunduk membiarkan diri dimuhasabah.

Meeting kemudian berlangsung selama hampir satu jam. Ahli-ahli baru Salam Media diberikan penerangan ringkas tentang organisasi dan gerak kerja dari side akhowat.

"Dalam masa terdekat ni insyaAllah akan ada meeting dengan ikhwah. Kita akan muhasabah sesi lepas punya strategic planning," ujar Kak Atiqah, mas'ulah yang lama. Semua mengambil perhatian.

*********

"Kak, ana tak cam Darul Fitrah ni kat mana," aku menghubungi Kak Atiqah sambil tergesa-gesa berjalan menuju ke kawasan Athar Irbid. Aku mempercepatkan langkah, menyelit di celah-celah lelaki-lelaki arab yang memenuhi laluan pejalan kaki di hadapan kedai-kedai. Bila tiba waktu malam di sini, memang susah mahu melihat wanita Arab berjalan melainkan bersama mahram mereka. Kerana itu wujudnya sistem murokib yang dikuatkuasakan oleh persatuan di sini. Aku yang malas mahu meminta syabab untuk murokib semalam, kemudian menggelabah apabila terserempak sekumpulan syabab di hadapan ATM. Biasanya akhowat yang berjalan tanpa murokib melebihi waktu qarar yang ditetapkan oleh persatuan, pasti akan dipandang 'slek'. Ah, tak ada masa lah. Dah lambat.

Sampai ke bangunan yang dituju, aku mendaki anak tangga. Buat pertama kalinya aku menapak ke markaz yang sebenarnya adalah rumah ikhwah itu. Sebaik sahaja aku masuk, aku nampak beberapa orang akak-akak yang sudah sampai, dan aku nampak penghadang.

'Wahhhh,' teruja sangat aku dalam hati.

'Ada penghadang,' keterujaanku masih belum hilang.

Pernah sahaja aku dengar perihal meeting ikhwah akhowat yang dipisahkan dengan tabir dan sebagainya, tapi mengalaminya sendiri buat pertama kali buat aku cukup teruja. Rasa malu menerpa ruang hatiku. Malu kenapa? Malu tiba-tiba memikirkan begini rupanya cara sebenar menjaga adab antara lelaki dan perempuan. Ini rupanya 'bercakap di sebalik tabir' yang sering diperkatakan. Segan sendiri memikirkan betapa selama ini aku ni terlalu selamba nak bergurau dan berbual dengan berlawanan jantina.

Aku pernah dengar cerita tentang pensyarah di Universiti Yarmouk ini yang memberi pesanan di dalam kelasnya. Kata sheikh itu, adab bertamu di rumah orang, perlu dipisahkan tempat berkumpul kaum lelaki dan perempuan. Supaya jika ada suami isteri yang datang bertamu, si isteri tidak akan mengagumi suami kepada wanita tuan rumah, ataiupun si suami yang datang bertamu itu tidak ada ruang untuk mengagumi isteri kepada lelaki yang tuan rumah itu.

Sehingga begitu sekali sebenarnya islam menjaga adab selagi boleh.

Menarik sangat memerhatikan cara perbincangan antara ikhwah dan akak-akak akhowat. Professional sangat. Dan penghadang yang berada di tengah-tengah itu cukup sangat untuk meng'cover' segala gelak tawa terkekeh-kekeh kami yang muncul kadangkala. Aku rasa banyak belajar tentang teknik komunikasi dalam meeting tu. Berbeza sangat dengan meeting-meeting persatuan atau program lain yang pernah disertai. Aku kagum juga kerana tarbiyah begini tidak pun menjadikan mereka orang-orang yang awkward atau jumud bila berdepan dengan realiti sebenar masyarakat . Mereka masih hebat dalam skill berkomunikasi sesama berlawanan jantina apabila keluar dari 'lingkungan tarbiyah' ini.

Mantap.

Teringat Mak Cik Zarisyah bercerita di IOS tempoh hari, aku kurang ingat slot apa, tapi berkenaan komunikasi antara ikhwah dan akhowat. Mak cik bercerita tentang seorang ikhwah (kurang pasti siapa sebab sibuk handle PA sistem di belakang jadi tak dapat tumpukan perhatian sangat). Tapi aku masih ingat jelas ayat ini:

"Mula-mula saya tak tahu pun dia tu ikhwah. Lepas dah lama-lama, bila saya tahu dia tu ikhwah, barulah saya macam 'Oh, dia tu ikhwah rupanya,'. Bila dah tahu dia ikhwah, barulah saya faham, kenapa dia adalah dirinya. Kerana dia seorang da'ie,"

Rupanya tarbiyah sememangnya perlu memantulkan peribadi kita. Apa bezanya kita mengikuti tarbiyah dengan tidak, jika kita sekurang-kurangnya kalah apabila RA menilai melalui first impression ? Dai'e itu seperti rama-rama. Tanpa suara atau bunyi, dia bisa membuat manusia tertarik dengan kecantikan yang ada pada dirinya; kecantikan Islam itu sendiri.


Wallahu'alam.
Lega rasanya dapat menulis.

Baru nak ambil mood semester baru, Moga lebih juhud lagi. Bittaufiq!

Wassalam. Musirrah.


Monday, February 8, 2016

remove

Bismillahirrahmanirrahim.

It must be so hard to tell the same story as usual, but need to remove a certain character in it. A character with a big role. Don't ask me why. Some characters are just not meant to last in your life. But it ain't a simple task. I've experienced tho. Removing certain people from your story. Either you don't have the guts to mention their name or you'll be a dead meat if you dare mentioning that name in front of someone. Like one telling her children about the moment she gave birth to them and how she used to raised them but have to remove the character of their father from the story. Some others experienced it in kinda friendship version.

"Aku rasa je la apa dia rasa. Bila orang tanya kenapa pindah rumah? Tak tahu nak cakap apa," when girls with housemates problems speak out their heart. I nodded. After a while and give myself a deep sorrow smile.

"Macam orang tanya aku dulu kenapa pindah Banting. Aku tak tahu nak cakap apa,". Those days.

Removing is so hard.

Doesn't matter if you gotta remove something or someone for what sake.

Like removing every character of your dad when having throwing back conversations with your mum.
Or removing someone and the memories away from your thoughts because you believe being disconnected is the best decision.

As an easily-attached person, I found removing is a very challenging task. But I know it's harder for mum.

Some people they are actually willing to gave out their best in a relationship. But when these people met wrong mates, those who broke their trust, those who never ever willing to do the same sacrifice, they become scared then. They thought they're just being insane. They thought that loyalty is nonsense. That the society does not practice loyalty for real. They thought they're the only one who struggles to bring the idea of loyalty into this world, while in reality, other people are just doing shits.

When they failed to met someone like them, they slowly changed. Their willing to love at their best, sacrify at all guts they'd ever have, being loyal like hell, fades. It faded away. For the sake of those wrong people they met at the first place. Those people really are those who ruined hopes in every single soul they hurt and betray. They ruined the idea of loyalty in the society with every soul they 'killed'.

And slowly the world become a real scary place that loyalty or honesty does not actually exists.

Doesn't it? Not yet, maybe.

What do I do, when you're thinking of mum and dad, you can't help not to relate them to marriage. Even if you don't really think of yourself that much.

We need more people to prove that loyalty ain't a piece of crap fairytale sold everywhere. After all, I don't even want to imagine myself in years to go in a situation that I have to remove a certain character in every stories and history I retell. Na'uzubillah.

When we have the guts to believe in love again,. Don't be scared. If we don't want to think about ourselves, think about the future generation. The future ummah. They have the rights not to be raised in a broken home tho.

Randomly written. Missin' home I guess.



Pejamkan matamu untukku,
Dengarlah dunia berkata-kata,
Usah kau ragu di sini tempatmu,
Walau berubah di mata kita tetap indah,
Selagi kau masih percaya..

Ketawa, kecewa, terpisah,
Jalan yang lurus kian berhalang,
Adakah semua ini yang ku inginkan, 
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata,
Ku harap ku masih percaya..

Buka matamu,
Biar aku memelukmu,
Kita bersama masih muda, masih mentah,
Ku harap kau masih percaya.

Sungai Lui- Aizat Amdan.


Wassalam,
Musirrah.

Thursday, February 4, 2016

tarbiyah yang dirindukan (2)

Bismillahirrahmanirrahim.

Haa berlagak penulis kejap kita buat episod dua. 

Suatu masa dahulu sewaktu zaman persekolahan aku tak suka bicara soal jemaah. Bagi aku semua tu mengarut. Kenapa perlu ada banyak jemaah. Berpecah. Bergaduh. Jemaah tu semua bukan bawa kepentingan islam, tapi hanya bawa kepentingan masing-masing. Ah, aku tak akan join mana-mana jemaah. Aku boleh kira someone yang jemaah-phobia juga la.

Sampailah aku masuk IKIP di Pahang. Pertama kali aku keluar dari negeri kelahiran aku, Selangor, membuatkan aku jumpa lebih ramai orang, banyak latar belakang. Episod tajmik bermula bagi kawan-kawan yang sedia mengikuti jemaah tertentu. Aku join usrah waktu tu sebab aku nak usrah je. Aku tak tahu pun aku join usrah apa. Lepas aku tahu pun, aku masih ignorance lagi. Menafikan aku sebahagian dari mereka. Tapi waktu itu hati tak sekeras dulu. Waktu tu aku mula kagum dengan mereka yang memilih untuk berjemaah.

Kagum. Sebab mereka macam bersungguh sangat. Aku selalu fikir, apa yang mereka dapat? Habis duit, habis tenaga, habis masa. Untuk apa? Bukan ada orang kenal pun. Lain lah kalau berpersatuan. Boleh riya' sikit. Aku tak faham. Hanya mampu kagum. Setidaknya mereka dah ada medan beramal soleh. Medan yang jelas. Berbanding orang yang memilih untuk bergerak tanpa jemaah, medan beramal kadang nampak kabur. Macam aku. Dulu.

Lama-kelamaan, aku mula faham, bila aku jatuh jauuuhh dalam kegelapan, mereka inilah yang selamatkan aku. Mereka inilah yang gigih mencari aku kehulu kehilir naik motor sampai jumpa aku di surau gelap sendirian. Mereka inilah yang cancel plan makan-makan liqo sebab nak pujuk aku yang teresak-esak bawah langit malam dekat dengan jalan raya suram, nak hormati adik mereka yang sedang bersedih. Mereka inilah yang pegang tangan aku suruh tengok bintang-bintang yang Tuhan jadikan untuk teman aku. Mereka inilah yang tak pernah lepaskan aku, menangis sama-sama sebab tak mampu buat aku berhenti menangis. 

Aku rasa mereka pun dah lupa apa yang mereka pernah buat pada aku, mungkin mereka semua ni sendiri dah lupa betapa bermaknanya mereka dalam hidup aku, betapa aku takkan lupakan semua tu. Qudwah dan akhlak mereka, aku tak faham. Macam mana boleh jadi baik sampai macam tu?

Setelah beberapa tahun bersama, sampai aku sekarang izzah menjadi sebahagian dari mereka. Aku semakin faham hakikat berjemaah yang sebenar. Untuk level-level kita. Yang penting adalah kau miliki akhowat fillah sebagai kekuatan, iaitu kekuatan ukhuwwah. Yang jelas, wadah yang jelas, untuk kau berpaut, untuk kau hulurkan tangan, untuk kau dakap, andai kau hampir tergelincir atau terjatuh. Siapa lagi yang nak ingatkan kau yang hidup ni satu perjuangan yang perlu diteruskan? 

Aku belajar. Yang dalam dunia ni bukan hanya dunia aku. Aku berkongsi dunia dengan semua orang. Aku belajar buka mata lihat dunia, lihat lebih luas seluasnya. Dan aku melupakan dunia aku sendiri setelah itu.

Nokhtah prolog kisah tarbiyah aku.

Bila berada di bab pertama, di garisan permulaan larian. Aku sangka aku akan lari kencang. Ujub gila.

Lari-lari, jatuh. Menangis. Weh bosan lah hidup aku ni penuh dengan air mata. Nak buat macam mana. Memang macam tu. Aku mengalami masalah self esteem yang takde la serius mana. Aku terlalu rendah diri, terlalu takut akan semua perkara, kadang-kadang menyakiti diri sendiri sebab striving hard to be perfect sampai everything ruined. Ayat.

Worst thing ever bila aku rasa aku banyak sangat su'uzhon dengan akhowat. Walaupun aku tak berniat macam tu. Aku sempitkan semula dunia ni menjadi hanya dunia aku. Apa beza aku sebelum tarbiyah dengan aku selepas tarbiyah? Aku rasa tak guna sangat bila menyedari hakikat ni. Kenapa senang sangat aku break down bila datang masalah. Tengok akhowat lain tenang macam mana sampai kau tak sangka dorang dah worn out dah pushing their every effort untuk kerja dakwah ni.

"Ummi jedda mintak maaf tau kalau asyik kena tengok fon ni sebab tengah uruskan program and jawab message orang," serba salah aku susun ayat. Ummi angguk. Nampak faham. Seketika dia berlalu pergi, katanya mahu ke tandas. Aku sambung kerja. Lama. Ummi tak datang semula ke ruang tamu. Aku cari di bilik. Lihat dia sedang berbaring. Ada sisa air mata. Berdebar hati.

"Ummi menangis?" takut-takut aku bertanya.

"Ummi balik esok je la," ujarnya menahan suara. Nada lain. Luluh berderai hati aku. Pecah empangan air mata. Sudahlah rasa diri ni macam akhowat yang menyusahkan semua orang, sekarang rasa macam anak yang tak kenang jasa ibu. Tak mampu nak beri yang terbaik pada dua-dua pihak pun. 

"Sedihnya, sampai hati ummi cakap macam tu, jedda mintak maaf," tak mampu buat apa selain duduk di tepi katil memaut lengan seorang ibu.

Aku tahu ummi berbulan-bulan menabung untuk beli tiket untuk melawat aku. Ummi bukan ada simpanan tetap. Gaji pun seribu lebih kurang sahaja sebulan. Tolak sewa rumah bil api air. Berapa sangatlah yang dapat dikumpul. Sudahlah matawang jordan mahal. 

Aku tersungkur. Perang dalam hati rasa nak tarik diri dari jadi amilin, tapi aku taknak pentingkan diri. Sekarang waktu genting, semua akhowat saling memerlukan. Aku patut faham mereka yang lain lebih berganda sibuk dari aku. Aku hanya perlu belajar seni menyelami dan menyantuni hati seorang ibu, seni membahagikan tugas yang banyak dalam satu waktu, setelah itu semuanya patut baik-baik sahaja.

"Ana rasa teruk sangat,"

"Huhu, takpe. Enti pon baru betul-betul nak belajar mcm mana amal jamaie,"

"Rasa tak beri yg terbaik pun,"

"Takpe, jedda tengah belajar. And by time jedda boleh improve apa yang kurang,"

"Allah je yang boleh balas semua pengorbanan entunna. Suatu hari nanti ana nk jadi kuat macam entunna jugak,"

"InsyaAllah jedda,"

Dan sekarang. Aku rasa semula apa yang aku rasa awal-awal dahulu. Kenapa mereka bersungguh sangat? Apa yang mereka dapat? Habis duit, habis tenaga, habis masa. Untuk apa? 

Lontar persoalan dalam benak, macam orang tak pernah dapat tarbiyah.

"Hati-hati tangga tu takde lampu," ujarku separa menjerit. Seketika kemudian terlihat kelibat ukhti itu berhati-hati menaiki tangga, dengan lampu suluh handphone nya. Menggendong beg kamera dan tripod aku. 

"Maaf tau tak boleh lama ni. Ana kena jumpa makcik. Mak enti ada ke tu?" ujarnya ceria sambil menghulur beg-beg kepada aku. Cuba untuk tidak nampak penat, mungkin. Aduh, kenapa kau tak pernah merungut, ukhti? Bezanya aku dengan kau.

"Aah. Ummi dalam bilik rehat," jawabku sambil meletakkan beg-beg di tepi pintu.

"Nak salam," dia senyum.

Kami bersalaman. Laga pipi. Kemudian kala berpelukan, aku biarkan diri aku dalam dakapan dia. Lama. Entah kenapa rasa selamat. Rasa tenang. Damai.

"Kuatlah. InsyaAllah ada ganjarannya. Melayani mak enti pun satu amal juga," dia gosok belakang aku.

"Ana mintak maaf. Ana betul-betul minta maaf," 

Tak ada apa yang aku rasa melainkan akulah akhowat paling kerdil kat Irbid ni.

"Takde apa lah. Okey je. Jangan lupa tawakal pada Allah tau. Enti buat semua ni untuk Allah, bukan untuk ana pun, bukan untuk akhowat lain pun. InsyaAllah Allah ada jalannya," lembut dia membisikkan ke telinga. Masuk ke hati. 

"Terima kasih ukhti,"

Kemudian pelukan dileraikan. Dia perlu cepat kerana masih punya urusan lain. 

Ah, hebatnya mereka!
Kencang, sangat kencang. Orang-orang seperti ini tak memikirkan diri sendiri seperti aku. Mereka cuma fikir dakwah dan tarbiyah. Biar sampai mereka pengsan, barulah mereka yakin telah mencuba sehabis baik. Aku pula semput di awal pelarian.

Rugilah. Apa hasilnya 2 tahun ditarbiyah, Nur Jehaada? Perjuangan baru sahaja bermula!


"Duhai yang akan dituntut sebab amalnya,
Yang akan dimintai pertanggungjawaban atas perbuatannya,
Yang tertulis lengkap segala ucapannya,
Yang akan diselidik segala keadaannya;

Kelalaianmu atas hal ini sungguh menakjubkan!"

(Ibnu Al Jauzy)


Suatu hari nanti, Jehaada pasti bisa jadi seperti mereka. Walaupun mengambil masa yang sangat lama, yakin pada Tuhan, suatu hari nanti pasti bisa. InsyaAllah!

Wassalam, 
Musirrah. 


Wednesday, February 3, 2016

lalala~

Bismillahirrahmanirrahim.

Kadang-kadang aku geli sendiri baca semula apa yang pernah aku tulis dahulu kala. Muntah pelangi ukhti. Tak kesah la pasal cinta halal ke cinta tak halal ke. Seawal usia empat belas tahun, aku boleh menulis pasal kahwin muda. Muntah pelangi sekali lagi. Mohon siapa yang baca ni sediakan baldi kat sebelah.

Memikirkan betapa merepeknya kau boleh fikir mudah-mudah pasal benda paling berat dalam dunia. 'Amaliyat yang menyempurnakan separuh daripada agama. Boleh bayang betapa beratnya ujian-ujian yang akan menanti untuk menyempurnakan separuh daripada agama kau?

Banyak sangat benda mematangkan yang Tuhan dah hadiahkan pada aku. Sampai mentaliti aku jadi firm macam ni.

Sampai.. Ya, sampaikan kalau kau cakap pasal topik ni, jiwa aku jadi kosong. Tak rasa apa-apa. Walaupun aku bergurau pasal ni macam biasa je, standard la level akhowat bergurau pasal BM harhar, hakikatnya aku takde la rasa apa pun dalam hati ni.

Sampai aku kena tanya kawan aku; "Aku ni normal tak weh?"

Semua angan-angan puteri salju aku dulu macam hilang ditelan awan cewah. Dalam impian hidup aku sekarang ni hanya ada mak aku, kakak-kakak aku, abang aku, kakak ipar aku, anak-anak buah aku, dan emm yeah ayah aku skali mungkin. Aku cuma nak balik Malaysia, sambung belajar, pastikan family aku boleh baca Al-Quran betul-betul, ajar dorg bahasa arab mana yang aku mampu, dan kalau Allah izin nak ajak dorg berada dalam gerabak tarbiyah yang sama.

Kalau ada aku fikir pasal BM pun, aku mesti fikir sebab aku nak orang tu tolong aku realisasikan impian dan harapan aku pada keluarga aku. And of course it's about give and take walaupun aku yang tak ada apa-apa ni, tak tahu la apa yang aku boleh sumbangkan pada keluarga orang lain kan. Dah la tak qowiy, thaqofah pun level baru kena tajmik lol. Amal fardhi pun malas-malas lagi nak istiqamah erk.

Dulu zaman sekolah boleh la kau cucuk-cucuk kawan; "Elehh mustahil la ko takde suka siapa-siapa. Mesti ada punya someone yang ko suka nii,"

Tapi bila dah besar ni aku rasa logik je kau takde perasaan apa-apa macam tu. Sebab tanggungjawab dah banyak. Sampai certain people malas nak fikir apa perasaan sebenar dia pada certain someone, then apa-apa yang datang pun macam angin lalu je.

Well aku rasa takde la sampai tak normal kot sebab fitrah terusik tertarik terkagum tu ada je (boleh manfaatkan baldi disebelah anda sekarang), tapi just macam tu je la. Takde pun sampai nak terharap bagai. Kalau ada pun kejap-kejap je. Lepas tu hilang. Hmm. Macam tu lah. Entahlah.

Lagipun aku malu lah cakap pasal ni. Bukan malu-malu kucing puteri gunung ledang tu. Malu sebab aku ni kualiti muwasafat tarbiyah masih macam apa, takde hak dan tak layak pun nak cakap pasal BM weh serius la. Bukan setakat malu nak 'cakap', kalau aku 'fikir' pasal ni pun kadang-kadang aku dah malu dengan Allah.

Berubah seratus lapan puluh darjah sangat aku ni.

Fasabbih bihamdi rabbika wastaghfirh.

Aku harap apa pun yang mendatang dalam hidup ni, Tuhan akan mudahkan jalannya. Kita taknak lah benda-benda mahal ni kita dapatkan dengan cara yang murah-murah. Kalau ada rezekinya, biarlah yang boleh bawa kita dekat dengan Tuhan. Bukannya menjauhkan. Biarlah yang boleh sama-sama menguatkan di jalan tarbiyah. Bukannya melemahkan. Siapa pun, tak kisahlah dari pelusuk mana pun. Kita takkan tahu siapa yang Tuhan nak hantar untuk kita. Kerana itu, jagalah diri anda wahai ikhwah dan akhowat sekalian, takde siapa nak orang yang offer murah-murah, takde siapa juga yang suka dirinya di-offer dengan cara yang murah-murah.

Bukankah hadafnya syurga Allah dan syurga Allah itu terlalu mahal?

Ahaks ada gaya APG tak, tak langsung.

Dah belakang cerita.

Esok-esok ajal datang melamar dulu siapa yang tahu?

Sekarang Muwasafat Tarbiyah mantapkan pembinaan individu muslim yoshhh!

Boleh basuh baldi.

Wassalam.
Musirrah.

Tuesday, February 2, 2016

tarbiyah yang dirindukan

Bismillah.

"Mana perginya semua yang mendakwa merekalah harun-harun kepada seorang musa?" ~

********

"Ana tak tahu nak masukkan ayat-ayat apa, ana bukannya pandai nak pilih ayat-ayat best, nak cari quotes yang sesuai dengan tarbiyah kita, nak pick ayat Al Quran pun ana bukannya reti nak pilih yang mana,"

Sebetulnya aku nak keluarkan ayat "Saya masih baru lagi, dah la dalam barisan bawah amilin saya je yang sorang-sorang macam ni. Saya tak qowiy macam akak-akak, saya lost nak bawakan idea macam mana dalam poster-poster dan video-video yang diminta untuk disiapkan. Saya baru je sampai sini, takde connection yang banyak dengan akhowat KIJ, jadi tak tahu nak approach siapa untuk minta idea dan sebagainya bla3, team pun asyik bertukar, yang ada kadang-kadang busy, semua orang sibuk travel, ana kat sini tersepit nak settlekan taklifat program dengan nak menyantuni ummi yang datang berziarah ke Irbid,". Nampak macam pentingkan diri kan?

Tapi tak keluar. Yang keluar cuma air mata.

Berganda lagi sebak. Pusingkan wajah. Menangis diam. Okey, ni bukan tempat meluahkan perasaan rupanya. Semua akhowat yang aku percayai aku cuba cerita tapi respon mereka bagaikan 'Kenapa jedda rasa content tu satu masalah yang besar sangat? Tulis je la, pick anything, as long as hadafnya sampai nak menyeru semua orang ke program kita,'

Sebab apa tau.

Sebab diri ana ni sendiri kosong. Takde content.

Sebab tu nak memikirkan content video or poster tu satu masalah yang besar buat ana.

Rasionalnya, sepanjang ana buat kerja multimedia, ana akan pastikan bukan ana yang akan cari details untuk dimasukkan dalam sesuatu poster atau video tu. Dan kalau ana bagi orang bawah ana buat kerja design poster or buat video pun, ana akan pastikan bukan dia yang kena cari sendiri every details tu. Because designing and buat video is already a heavy thing. Nak mula cari idea is ain't a simple thing. Satu hari membazir masa depan laptop searching and everything. How do we expect things will not go technically? Sampai satu tahap aku rasa, dah lah, memang aku buat kerja ni sebab aku nak siapkan je. Aku tak nampak kat mana kerja ni boleh suntik tarbiyah dalam diri aku pun. Tapi, kalau macam tu apa beza aku buat kerja persatuan dengan buat kerja untuk program akhowat?

Aku korbankan semua keinginan aku untuk pegang jawatan dalam persatuan atau kelab dekat sini, sebab aku nak menyumbang dalam wadah KIJ secara berfokus dan bermatlamat. Jadi rugilah kalau aku tak berjaya dapatkan hadaf tarbawi tu kan.

Walaupun aku takde gambaran hadaf tarbawi tu macam mana. Macam ni ke? Melalui ujian hubungan dengan akhowat?

I tried to overcome everything by trying to express what I feel to beberapa akhowat yang aku percaya. Technically mereka sangat berusaha membantu, aku hargai sangat, tapi dalam hati aku masih kosong tak terisi, sampai aku dah takut nak cerita kat siapa-siapa lagi.

Takut kena cakap lembik lagi emm.

Tengah menulis ni pun, menangis lagi.

Lembik ke?

Kadang-kadang aku malas berlagak sado. Dah memang hati aku jenis macam ni. Fragile. Menangis tu je sumber aku nak recharge kekuatan aku. Yes I'm a type of person that easily cries. Lagi-lagi kalau aku PMS (sorry to say), kalau orang yang jenis cepat annoying dengan expressive person macam aku, don't bother la nak rapat dengan aku or thinking you can handle my dark side. Tapi tu lah, bukan depan semua orang aku menangis. Bukannya aku ni cengeng sangat sampai tak tahu apa erti professional. Kalau aku nangis depan someone, maksudnya aku percaya dia boleh buat air mata aku berhenti dan rasa kuat selepas tu. Tapi kalau kau letak kepercayaan dekat manusia, walaupun akhowat, hatta kakak atau mak kau sendiri pun, kadang-kadang memang tak ada siapa yang akan faham. Sebab manusia bukan Tuhan yang boleh mengerti sedalam-dalamnya isi hati kau.

Kenapa aku tulis kat sini?

Entah. Saje nak ingatkan diri sendiri. Agar esok bila aku baca balik semua ni, aku boleh faham perasaan adik2 yg lost di tahun-tahun awal tarbiyah. Sebab aku pun pernah rasa. Kadang-kadang dah takut nak cuba luah pada manusia, walaupun murobbi sendiri. Padahal murobbi aku lah manusia paling malaikat yang aku pernah jumpa.

But sometimes kita just rasa kita kena survive this phase, and everything will be just fine. After all, kau berada dalam jalan tarbiyah ni bukan sebab murobbi atau ahli liqo atau akhowat lainnya, tapi sebab nak islah diri kau sendiri. Mungkin ini lah jalannya Tuhan nak tunjuk kot mana tarbiyah tu boleh masuk dalam diri kau.

Aku rindu, zaman semua orang manjakan aku. Waktu aku baru nak dapat tarbiyah. Kau mengadu je la apa pun, semua orang beri perhatian. Sebab taknak kau pilih jahiliyyah daripada tarbiyah. Tapi sekarang, siapa je yang nak tanya kau okey tak bagai. Siapa je yang nama dia tiba-tiba naik kat tetingkap Whatsapp kau, tanya keadaan kau macam mana. Siapa je yang betul-betul kesah bila kau sedih. Kadang aku tak faham jugak, memang kalau dah makin lama dalam jalan ni, dah tak boleh bermanja-manja dengan akhowat dah ke?

Apa definisi ukhuwah tu sebenarnya?

Para sahabat dahulu bukankah selalu dipujuk dengan penuh kasih dan cinta oleh Rasulullah bila waktu-waktu perjuangan menjadi terlalu sukar untuk mereka. Ke macam mana?

Aku tak berniat nak susahkan sesiapa. Cuma ada fasa-fasa dalam hidup ni yang aku perlukan masa untuk faham. Setiap orang ada personaliti masing-masing. Mungkin aku sensitif sangat macam ni pun, aku dah menyinggung perasaan orang yang hati kental. Entahla labu. Agaknya aku la akhowat yang pentingkan diri tu. Huhu teruknya aku.

Hmm awal-awal menulis post ni aku menangis.
Tapi sekarang ni aku tergelak pulak.

Sebabnya sekarang aku boleh menangis sebab susah perit buat kerja tarbiyah. Bukan sebab benda-benda bodoh lagi macam dulu.



May Allah ease everything.

"Walau kau tiada lagi berjuang di sisi, jalanku takkan berubah,"

Wassalam,
Musirrah Naim.



Hidup ini adalah keyakinan dan PERJUANGAN.. dan PERJUANGAN mukmin yg sejati tidak akan berhenti kecuali kedua tapak kakinya, TELAH MENGINJAK KE PINTU SYURGA...

-Imam Ahmad ibn Hanbal-