Tuesday, April 16, 2013

beberapa hari ni


Bismillahirrahmanirrahim
 

Pen hitam Faber-Castell CX5 bermata roller itu menari mengikut rentak jari jemari aku. Mata kiri yang sakit dan bengkak sejak dua tiga hari ini berkedip-kedip menahan pedih, ku gagahkan jua untuk menatap helaian borang-borang yang minta diisi. Sekali-sekala aku mengerutkan dahi dan kadang-kadang tersenyum sendirian. 
HP Deskjet 2520 printer bajet yang berusia hampir dua bulan itu setia menjalankan tugasnya di sisi, mencetak dokumen-dokumen yang diarahkan oleh pihak MARA untuk dilampirkan bersama borang permohonan. Habis menulis, aku mencapai glue stick dan melekatkan gambar berukuran pasport di ruang tersedia. Selesai. Aku tersenyum puas.

Aku melunjurkan kaki yang sejak tadi duduk bersila. Kebas. Lutut yang terhantuk di bucu meja siang tadi ku urut perlahan. Merenung borang yang baru sahaja selesai diisi itu, ingatanku melayang jauh.

*Flashback* Sepanjang tahun di 5 Ibnu Sina, setiap kali peperiksaan atau ujian, akulah orang yang biasanya akan menyelamatkan kawan-kawan lain daripada mendapat tempat terakhir di dalam kelas. Hidup aku dikelilingi oleh mereka-mereka yang sentiasa mendapat keputusan warna-warna berterbangan. Mereka yang apabila berbual, banyak berbicara tentang membandingkan result, tentang biasiswa, tentang cita-cita, tentang course yang market dipasaran.

Oh aku tak reti. Most of the time, aku merasa terasing dan kerdil di hadapan mereka dari sudut itu. Perasaan tu berterusan sampai sekarang walaupun dah habis sekolah, dah habis SPM dan dah dapat result pun. Dannnn aku tak tahu sampai bila hahaha. *Sudah-sudah pergi masuk tidur* 

Ahad 14 April , aku dan Fairuz ke Majlis Diskusi Lepasan SPM 2012 khas untuk pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran di bidang agama. Speaker utama adalah Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman, tak sangka boleh jumpa beliau depan-depan. Others were IM Asyraf, Ustaz Abdullah dan Ustaz Husni comel, haha XD
Thanks Fairuz sebab sudi tumpangkan. And sorry Diyana sebab tak perasan your presents :(
Overall talk ni best gila sampai aku tak tahu nak share apa sebab semua macam berguna. But things that trigger me disebabkan aku minat Usuluddin, tak berapa minat Syariah sangat. Ustaz kata;

"Jangan hanya ambil kos yang kita minat sahaja. Yang kita tak minat pun boleh ambil juga, didorong oleh rasa tanggungjawab dan usaha. Minat boleh datang kemudian," -Ustaz Zaharuddin

"Sekali kita jadi Ustaz/ Ustazah, orang akan tanya belaka. Semua benda orang akan tanya. Waktu tu takkan nak cakap "ohhh saya belajar Usuluddin je, tak tahu sangat Syariah2 ni," -IM Asyraf

"Waktu menuntut ilmu, pastikan kita cari sebanyak mungkin ilmu yang boleh. Sebab bila dah tamat zaman belajar, dah kerja, kita akan sibuk. Jangan apabila kita dah dikenali orang, baru kita nak terkial-kial membelek kitab mencari hukum dsb,"
-*tak igt ust mana ckp, hehe*

Yang paling paling paling penting adalah NIAT dan KEIKHLASAN. Musuh utama ahli agama adalah satu benda ni yang bernama: RIYA'.

Interview MARA aku 18 April ni sama dengan Allyana, Aieshah, Zuher, yang lain siapa 18 jugak aku tak tahu. Aku tak pernah pergi interview, tak boleh bayang macam mana dan rasa , urm, takut sangat sikit. Kalau dapat cantek ah, dua tahun kat Malaysia, dua tahun kat Jordan. Twinning program, that's cool enough untuk dapat dua-dua pengalaman, tempatan dan oversea. Entah lahh.. Aku dah lama tak buat macam ni; meletakkan harapan yang sangat tinggi. Selama ni aku jenis tak kisah. Tapi kali ni... 

Masa ini betul-betul menguji, keyakinan pada Allah Taala. Hasbunallahu wa ni'mal wakiil.
Doakan mata kiri aku sembuh sebelum interview. Huhu. 




ALL THE BEST KAWAN-KAWAN !
Wassalam, Musirrah.

2 comments:

Anonymous said...

salam musirrah, nak tanye. apa status organ donation / transplant ? halal or haram. and some explanation please :) ty eventhough lari topic. hehe.

Bukan Bidadari said...

wassalam, ya Allah sori dah sebulan bru nk balas. tak perasan . sori2. setahu sye donate organ halal, tak de apa yg haram pun. bahkan organ yg diderma akn mjd saham kita di akhirat esok. setahu sye la, hee.

Hidup ini adalah keyakinan dan PERJUANGAN.. dan PERJUANGAN mukmin yg sejati tidak akan berhenti kecuali kedua tapak kakinya, TELAH MENGINJAK KE PINTU SYURGA...

-Imam Ahmad ibn Hanbal-