Bismillahirrahmanirrahim
Pen hitam Faber-Castell CX5
bermata roller itu menari mengikut
rentak jari jemari aku. Mata kiri yang sakit dan bengkak sejak dua tiga hari ini
berkedip-kedip menahan pedih, ku gagahkan jua untuk menatap helaian
borang-borang yang minta diisi. Sekali-sekala aku mengerutkan dahi dan
kadang-kadang tersenyum sendirian.
HP Deskjet 2520 printer bajet yang berusia
hampir dua bulan itu setia menjalankan tugasnya di sisi, mencetak dokumen-dokumen yang
diarahkan oleh pihak MARA untuk dilampirkan bersama borang permohonan. Habis
menulis, aku mencapai glue stick dan melekatkan gambar berukuran pasport di
ruang tersedia. Selesai. Aku tersenyum puas.
Aku melunjurkan kaki yang
sejak tadi duduk bersila. Kebas. Lutut yang terhantuk di bucu meja siang tadi
ku urut perlahan. Merenung borang yang baru sahaja selesai diisi itu, ingatanku
melayang jauh.
*Flashback* Sepanjang tahun
di 5 Ibnu Sina, setiap kali peperiksaan atau ujian, akulah orang yang biasanya akan
menyelamatkan kawan-kawan lain daripada mendapat tempat terakhir di dalam
kelas. Hidup aku dikelilingi oleh mereka-mereka yang sentiasa mendapat
keputusan warna-warna berterbangan. Mereka yang apabila berbual, banyak berbicara
tentang membandingkan result, tentang biasiswa, tentang cita-cita, tentang course yang market dipasaran.
Oh aku tak reti. Most of the
time, aku merasa terasing dan kerdil di hadapan mereka dari sudut itu. Perasaan
tu berterusan sampai sekarang walaupun dah habis sekolah, dah habis SPM dan dah
dapat result pun. Dannnn aku tak tahu sampai bila hahaha. *Sudah-sudah pergi
masuk tidur*
Ahad 14 April , aku dan Fairuz ke Majlis Diskusi Lepasan SPM 2012 khas untuk pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran di bidang agama. Speaker utama adalah Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman, tak sangka boleh jumpa beliau depan-depan. Others were IM Asyraf, Ustaz Abdullah dan Ustaz Husni comel, haha XD
Thanks Fairuz sebab sudi tumpangkan. And sorry Diyana sebab tak perasan your presents :(
Overall talk ni best gila sampai aku tak tahu nak share apa sebab semua macam berguna. But things that trigger me disebabkan aku minat Usuluddin, tak berapa minat Syariah sangat. Ustaz kata;
Overall talk ni best gila sampai aku tak tahu nak share apa sebab semua macam berguna. But things that trigger me disebabkan aku minat Usuluddin, tak berapa minat Syariah sangat. Ustaz kata;
"Jangan hanya ambil kos yang kita minat sahaja. Yang kita tak minat pun boleh ambil juga, didorong oleh rasa tanggungjawab dan usaha. Minat boleh datang kemudian," -Ustaz Zaharuddin
"Sekali kita jadi Ustaz/ Ustazah, orang akan tanya belaka. Semua benda orang akan tanya. Waktu tu takkan nak cakap "ohhh saya belajar Usuluddin je, tak tahu sangat Syariah2 ni," -IM Asyraf
"Waktu menuntut ilmu, pastikan kita cari sebanyak mungkin ilmu yang boleh. Sebab bila dah tamat zaman belajar, dah kerja, kita akan sibuk. Jangan apabila kita dah dikenali orang, baru kita nak terkial-kial membelek kitab mencari hukum dsb,"
-*tak igt ust mana ckp, hehe*
-*tak igt ust mana ckp, hehe*
Yang paling paling paling penting adalah NIAT dan KEIKHLASAN. Musuh utama ahli agama adalah satu benda ni yang bernama: RIYA'.
Interview MARA aku 18 April ni
sama dengan Allyana, Aieshah, Zuher, yang lain siapa 18 jugak aku tak tahu. Aku tak
pernah pergi interview, tak boleh bayang macam mana dan rasa , urm, takut sangat
sikit. Kalau dapat cantek ah, dua tahun kat Malaysia, dua tahun kat Jordan. Twinning program, that's cool enough untuk dapat dua-dua pengalaman, tempatan dan oversea. Entah lahh.. Aku dah lama tak buat macam ni; meletakkan harapan yang sangat tinggi. Selama
ni aku jenis tak kisah. Tapi kali ni...
Masa ini betul-betul menguji,
keyakinan pada Allah Taala. Hasbunallahu wa ni'mal wakiil.
ALL THE BEST KAWAN-KAWAN !
Wassalam, Musirrah.
2 comments:
salam musirrah, nak tanye. apa status organ donation / transplant ? halal or haram. and some explanation please :) ty eventhough lari topic. hehe.
wassalam, ya Allah sori dah sebulan bru nk balas. tak perasan . sori2. setahu sye donate organ halal, tak de apa yg haram pun. bahkan organ yg diderma akn mjd saham kita di akhirat esok. setahu sye la, hee.
Post a Comment