Bismillahirrahmanirrahim.
Aku tak tahu, kenapa Tuhan selalu letak aku ditengah-tengah. Kenapa Tuhan selalu menyepit aku dicelah-celah. Aku tahu Tuhan susun cerita ini bukan sebab suka tengok hati sesiapa pecah.
Aku rasa semua tu memang dongeng lah. Kenapa manusia suka menjual cerita dongeng?
Kebahagiaan tidak pernah wujud. Manusia harus sedar itu!
Salah aku kah, aku jadi begini?
Persetankan.
Kau boleh pergi jauh-jauh kalau kau sudah tak mahu berkawan sama aku.
Kau boleh pergi.
Akhirnya, kebahagiaan itu memang tak pernah wujud. Sama sekali.
Anak-anak ditakdirkan untuk terbiar.
Ibu bapa ditakdirkan untuk merancang lakonan paling besar atas pentas rumah tangga. Ditakdirkan untuk bertopeng senyuman kaburi mata dunia.
Aku boleh pilih untuk jadi gila.
Drafted: 19/3/2016
No comments:
Post a Comment