Thursday, May 31, 2018

Cermin #unpublishedDraft

Bismillahirrahmanirrahim


Bila kita buat target or tetapkan satu matlamat, kadang-kadang (or most of the time) memang payah gila nak push diri untuk ikut perancangan yang kita dah buat.

Tengok cermin.

Haihh. Tak bergerak kau ni.

orang lain dah berjaya.
yang target hadith mana nak hafal dah hafal.
yang target juz mana nak hafal dah hafal.
yang target kitab mana nak khatam dah khatam.
yang nak jadi penulis dah jadi penulis.
yang nak jadi designer dah jadi designer.
yang nak jadi public figure dah jadi public figure.
yang nak bukak syarikat dah bukak syarikat.
yang nak buat bisnes dah buat bisnes.
yang nak pergi Rusia dah pergi Rusia.

jahh. kau pe cerr ?

dua benda kau kena belajar urus lagi; DUIT dan MASA. 

Lek je. Tak perlu dress lip lap lip lap.
Tak perlu motor power2. Tak perlu makan mewah
Cukuplah apa yang boleh pakai.
Cukuplah motor boleh gerak walaupun kapcai harhar
Cukuplah makan kenyang walaupun biasa-biasa je.

survived. Takde hal.

About the blog lewat setahun lebih ni..  Beri nafas baru.
Stop tulis benda sedih-sedih or merapu. Ganti dengan something yang benar-benar boleh memberi manfaat kepada orang. Sesuatu yang orang faham. Ilmu-ilmu yang belajar sepanjang Degsya ni, share kat blog. Revision jugak tu. Kalau bukan sekarang kau nak share bila ?

Ingat janji dengan diri sendiri bukak Sem 2 ,
Sibukkan hidup dengan ilmu. Sibukkan hidup dengan amal.

خيرالناس ينفع الناس


Senyum kat cermin.
*bisik* semangat semangat hoyeahh ! Jedda cool B-)


Besok start kelas.
Wassalam, Musirrah.

No comments:

Hidup ini adalah keyakinan dan PERJUANGAN.. dan PERJUANGAN mukmin yg sejati tidak akan berhenti kecuali kedua tapak kakinya, TELAH MENGINJAK KE PINTU SYURGA...

-Imam Ahmad ibn Hanbal-