Sunday, February 28, 2010

Tersungkur dlm kenangan

Bismillahirrahmanirrahim..

Biarlah..
Dah Faham..
Kita jadi diri sendiri je kan..
Tak pyh berubah sbb org lain..

Sori.. 2-3 hari ni ana xde mood sgt kot..

Friendship::
Jumaat lepas bwk nasi goreng.. heh.. kelakar pulak.
Dah la bekas besar.. hak3..
Classmate tolong habiskan.. pya, zana, aimi. pelahap btul. xde la, guro jer..

Balik naik bas..
Sya iz.. Bella... korg mcm kuang asam ar..
Saba je la.. gtaw last menet.. seb bek den penyabar.
Tak pe la tu.. pedulikan org sekeliling.

Sampai rumah..

Mak: Nasi goreng habis tak?

Anak: Oh, habis, Alhamdulillah.. Diorang kata sedap.. hee~ [smbil mengeluarkan bekas yg menyebabkan beg kembung]

Mak: Ha.. bekas tu basuh ek

Anak: Okeh.

Mak: Makan dengan sape tadi? Osheen?

Anak: [terbahak2 ketawa.. cayalah mak ak, osheen gk yg dye igt]

Mak: Laa.. nape gelak?

Anak: [terdiam dn berubah air muka..]

Anak: Tak lah.. makan ngan classmates la.. Osheen abk.. Lama dh x makan ngan diorang... Budak2 abk bz selalunya...

Mak: Laa.. sian.. tak pe la, janji habis.. Dah gi basuh bekas.

Anak: ye... [agk kecewa dgn mak yg bersahaja]


Iztasyaha.. rindu kalian... lama x kudap2 mknn time cg ngaja.
Lama x lepak2 ngan kalian.. wat kontra kt blakang kelas.

Ntah.
Syema, jmpe mu xtw nak bicara apa..
Ngan sya iz byk je cter..
Tasha? Ceritanya tak tercerita.

Oyy..kita kan kawan? ^^

Ok, dah... x boleh selamanya hidup dlm memori, kan?
Kadang2 memori tu boleh melumpuhkan perjuangan kita.

Okey2... cheer up, cheer up... Allah ada disisimu..
Sambung sn.. Mak nak tgk sy dpt 9A.. haha..

Lalala~


jgn klik kt gnba ni, nnti korang terkezut.

till then.. wassalam..


Tuesday, February 16, 2010

Dia pilihanku..

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku sedang menanti dia
Seorang lelaki yang akan bergelar suami
Seorang mukmin yang merindui syahid di jalan ALLAH
Seorang hambaNYA yang senantiasa zikrullah
Dia seorang lelaki yang tegas dan berani
Dia tidak pernah takut untuk berkata benar
Dia tidak pernah gentar melawan nafsu yang ingin menguasai diri
Dia sentiasa mengajak aku berjuang berjihad fisabilillah
Dia selalu menghiburkan aku
Dengan alunan ayat-ayat suci Al-QuranDengan zikir-zikir munajat
Dengan surah-surah rindu yang dihafaznya

Ketika aku leka diulik mimpi indah duniawi
Dia menasihati ku supaya mengingati mati
Ketika aku sedang asyik terpesona dengan buaian cinta dunia
Dia menyedarkan aku betapa lazatnya lagi pesona cinta Yang Maha Esa
Dia memang sentiasa kelihatan penat
Matanya penat kerana membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Badannya letih kerana bermunajat di malam hari
Dia sentiasa mengingati mati
Baginya,dunia ini adalah pentas lakonan semata-mata
Kita hambaNYA adalah pelakon
Hasil keputusan lakonan kita akan diputuskan di padang Mahsyar nanti

Dia sentiasa menjaga matanya dari berbelanja perkara-perkara maksiat
Dia sentiasa mengajak aku mendalami ajaran Islam
Dia seorang yang penyayang dan taat akan kedua ibu bapa
Dia juga sentiasa berbakti untuk keluarga
Dia sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan
Baginya, dugaan-dugaan itulah yang akan menjahit semula
Sejadah imannya yang terkoyak
Lantaran mungkin kerana kekhilafannya sendiri..

Dia sentiasa menjaga solatnya kerana itulah maruah dirinya
Dia sentiasa bersedia menjadi imam dan pemimpin keluarga
Dia tidak pernah berasa malu mempertahankan agama IslamNYA
Kerana Islam adalah addin ALLAH yang sebenar-benarnya
Dia sentiasa ingin mencontohi sifat-sifat mulia Rasullullah S.A.W.
Dia juga sentiasa berusaha mencintai kekasih agungnya
Kekasih sejatinya dan kekal abadi
Iaitu ALLAHURABBI

Dia selalu berdoa dan mengimpikan syurga
Dia ingin mengajak aku ke sana sekali
Kerana, di situlah tempat pertama wujudnya cinta
Dia ingin bawa aku ke syurga yang abadi dan hakiki
Aku mencintai dia kerana agamanya dan kerana cintanya kepada Maha Pencipta
Andai dia hilangkan agamanya, maka hilanglah cintaku pada dia
Cinta dia terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku padaNYA
Cinta Illahi jugalah yang menyebabkan aku memilih dia

Siapakah dia..?

Aku juga tidak mengetahui siapakah dia..
Aku juga tidak mengetahui apakah aku sempat bertemu dengannya..
Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala sesuatu
Doaku, semoga dia tercipta untuk ku..
Semoga aku bertemu jodoh dengan dia
Kerana..
Dia pilihan ku..



copy paste. found it. like it.
till then, wassalam.




Sunday, February 7, 2010

Senja di Kuala Lumpur..

Bismillahirrahmanirrahim..

Jumaat.. 5 Feb 10
Balik skola, makan, mandi, tertidur..
Kul 6.15 bangun...[lmbat nya]
Lalu bersiap untuk ke Kuala Lumpur [apa kes g KL memalam ni]
Tader ar.. kami orang mengikut ibunda terchenta utk menonton teater.
Bukan saja2.. ni utk mak punya assignment.. so ana ngan kakak kne la ikut skali..
Dalam kereta, ana termenung je..
Bila dh smpai.. jam dlm pukul 7 mcm tu...

Cantekk.. banyak vandelisme.. syaima msti suka! hak3..

Tapi serius.. alam semakin rosak...
Dari dlm kereta, nmpak manusia lalu lalang..
Dah la pemandu semua tak beradab..
Pakaian... astaghfirullah...
Lagu2 syaitan kedengaran..
Jerit sana sini..
Kata ayah, macam jeritan dalam neraka..
Tiba2 ana teringat kat kawan2 kat maahad..

~Na'uzubillah...

Erm...
So tengok teater kat lot10..
Pandai mereka berlakon.. heh..
Habis pukul 1o.. Kami pun pulang..

Dalam studio..

Sis n mum

Kenal sweater tuh?

'Sayangi' Kuala Lumpur


Epilog
Rasa berat sgt bahu..
Besarnya tanggungjawab seorang khalifah utk ubah dunia..
Kenapa Pemimpin Malaysia tak buat apa2..
Esok dia kena tanggung semua dosa rakyat dia..
Tak termasuk dosa dia lagi..

Hijjaz-Debu2 Dosa..

Kearah mana halanya bagi insan yg terleka..
Mengejar nikmat dunia bagaikan hidup selamanya..
Tak peduli dosa noda.. siksa azab neraka..
Hidup jauh dari rahmatNYA...

Terpedaya pada dunia.. pentas ciptaan manusia..
Terlupa pada segala.. ditipu nafsu semata..
Membiar syaitan beraja di hati dan juga jiwa..
Mengejar dunia penuh DEBU DOSA...



Pen off..
Wassalam..




Hidup ini adalah keyakinan dan PERJUANGAN.. dan PERJUANGAN mukmin yg sejati tidak akan berhenti kecuali kedua tapak kakinya, TELAH MENGINJAK KE PINTU SYURGA...

-Imam Ahmad ibn Hanbal-