Sunday, January 24, 2016

semoga

Bismillahirrahmanirrahim.

23 Jan 2016.

Hari ini gempar tentang berita kemalangan di Mafraq sehingga mengakibatkan tiga orang akhowat dipanggil menghadap Ilahi. Cuti semester jadi suram bila ada berita tak diingini. Tuhan lebih tahu. Hari ini semua orang berbicara soal kematian. Yang meninggal itu sebaya, 21 tahun. Terasa dekat. Walau tak pernah kenal, walau nama mereka hanya didengari setelah mereka tiada lagi.

Sejenak rasa indah bila semua orang saling mengingatkan kepada kematian. Tiada hari ini di muka buku perihal jodoh. Atau perihal dunia. Semua berbicara soal kematian. Kematian yang pasti tiba.

Mati muda. Mungkin sebahagian dari impian. Tapi aku sangat takut jika ia datang tanpa petanda, seperti ber-illah-kan sebuah kemalangan, atau apa-apa kematian mengejut, aku sungguh-sungguh minta dijauhkan. Pantaskah? Atau seharusnya aku fokus berdoa mengemis Husnul Khatimah, tanpa perlu merisaukan illah apa pun yang mendatang. Ya, itu nampak lebih menyeluruh.

Adapun kita semua yang pelupa ini, bila didatangi berita kematian khususnya orang-orang yang bukan terdekat, seminit dua kita akan bersedih dan cuba mengambil pelajaran, sebelum kemudian meneruskan rutin kita kembali sebagai pemuda yang lupa tujuan sebenar kehidupannya.

Payahnya. Sumpah payah.

Nak menjadi orang paling bijak; mengingati pertemuan dengan Tuhan pada setiap detik kehidupan. Menulis ini sahaja aku rasa hipokrit. Hampir mustahil dalam fikiranku. Susah apa senang sebenarnya untuk capai Husnul Khatimah? Satu sudut membentangkan dosa dan hutangku dengan Allah yang menggunung, satu sudut pula Dia bilang rahmatNya selalu terbuka luas untuk sesiapa yang memohon keampunan.

Kebelakangan ini aku rasa aku sombong dengan Tuhan.

Saat tiba nafas di hujung hela
Mata tinggi tak sanggup bicara
Mulut terkunci tanpa suara

Bila tiba saat berganti dunia
Alam yang sangat jauh berbeda
Siapkah kita menjawab semua pertanyaan

Bila nafas akhir berhenti sudah
Jantung hatipun tak berdaya
Hanya menangis tanpa suara

Mati tak bisa untuk kau hindari
Tak mungkin bisa engkau lari
Ajalmu pasti menghampiri

Mati tinggal menunggu saat nanti
Kemana kita bisa lari
Kita pastikan mengalami.. mati..

Ungu- Bila Tiba

Semoga Tuhan terus sudi memperingatkan.
Wassalam, Musirrah.




Saturday, January 9, 2016

hati.

Bismillah.

"Aku dah tahu kenapa hati kau tak tenang,"

"Huh?"

"Kau tahu apa beza kau dengan Rabiatul Adawiyah?"

"Mestila banyak beza.."

"Bukan, beza kau tak nak kahwin, dengan Rabiatul Adawiyah tak nak kahwin,"

"....."

"Kau tipu diri kau sendiri,"

Bergema.

Hening.

"Kau takut nak kahwin sebab kau takut disakiti. Sebab kau takut hilang apa yang kau ada dipertengahan jalan. Sedangkan Rabiatul Adawiyah takut berkahwin kerana takut perkahwinan itu akan menjauhkan dia dari Rabbnya. Kau takut berkahwin kerana takut hilang dunia. Sedangkan Rabiatul Adawiyah takut berkahwin kerana takut kehilangan Tuhannya!"

Seakan sedas tembakan tepat menembusi jantung. Bergema bunyinya dalam ruang ilusi. Jasad rebah. Darah merah mengalir perlahan dari luka tembakan. Air mata ukhti jatuh. Berjuraian. Suara tak mampu keluar untuk meraung pedihnya kesakitan. Wasangka dan ketakutan datang menghurung ukhti itu. Ruginya kelukaan, kegelisahan dan ketakutan ini, sebab tidak disandarkan pada Tuhan.

"Rupanya kau menghurung sebuah ketakutan jika kehilangan dunia yang sangat besar dalam jiwa kau, ukhti. Rupanya hati kau karat dengan wahn. Hati kau memang patut mati!"

Teriakan itu bergema lagi. Dan darah terus mengalir.

"Pintalah hati baru daripada Tuhan, ukhti. Dia akan beri. Walaupun telah berkali-kali Dia beri kau hati yang baru, Dia akan beri lagi dan lagi. Selagi kau tak jemu meminta, berharap, merayu dan mengemis, Dia akan beri," suara itu mula menangis hiba. Melihat kematian hatinya sendiri.

"Tuhan, matikan sahajalah aku setelah taubatku Kau terima dan setelah Kau sucikan segala dosaku... Aku sudah malu mahu meminta hati yang baru.." terdengar esakan perlahan menanggung kesakitan. Sayu. Memanggil Tuhan. Dalam hela nafas di pengakhiran.

Tersentak.

Hening masih membaluti ruangan mimpi.

Hanya keseorangan. Tiada suara aneh. Tiada tembakan. Tiada darah. Tiada luka.

Entah kematian bagaimana yang terbaik di sisi Tuhan untuk kita. Aku mahu mati sebaik sahaja Tuhan memberi aku hati yang sudah bersih lagi. Aku mahu jasad ini mati sebaik sahaja hati ini hidup kembali, sebaik sahaja ia bersedia untuk sebuah kehidupan yang abadi.





إلـيــك إلـــه الـخـلـق أرفــــع رغـبـتــي
Ku persembahkan kepada Mu tuhan sekelian makhluk, harapanku
وإن كـنـتُ يــا ذا الـمــن والـجــود مـجـرمـا
Sekalipun aku seorang yang berdosa wahai yang Maha pemberi dan pemurah
ولـمــا قـســا قـلـبـي وضـاقــت مـذاهـبــي
Tatkala keras hatiku dan sesak perjalanan hidupku
جـعـلـت الـرجــا مـنــي لـعـفـوك سـلـمــا
Ku jadikan rayuan daripada ku sebagai jalan mengharap keampunan Mu
فـمـا زلــتَ ذا عـفـو عــن الـذنـب لــم تـزل
Maka bilamana Engkau yang memiliki keampunan menghapuskan dosa yang berterusan ini
تــجــود و تـعــفــو مــنـــة وتـكــرمــا
Kurniaan Mu dan keampunan Mu adalah rahmat dan kemuliaan

ألــســت الــــذي غـذيـتـنـي وهـديـتـنــي
Bukankah Engkau yang memberi aku makan dan hidayah kepadaku
ولا زلــــت مـنـانــا عــلـــيّ ومـنـعـمــا
Dan janganlah Engkau hapuskan kurniaan anugerah dan ni'mat itu kepadaku
عـسـى مــن لــه الإحـســان يـغـفـر زلـتــي
Semoga orang yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku
ويـسـتــر أوزاري ومــــا قــــد تـقــدمــا
Dan menutup dosa2ku dan setiap perkara yang telah lalu

فــإن تـعـف عـنــي تـعــف عـــن مـتـمـرد
Sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan
ظــلــوم غــشــوم لا يــزايـــل مـأتــمــا
Kezaliman, penganiayaan yang tak akan terhapus di hari berhimpun kesedihan
و إن تنـتـقـم مــنــي فـلـســت بــآيــس
Dan jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa
ولـــو أدخـلــوا نـفـسـي بـجــرم جـهـنـمـا
Sekalipun dosa2ku itu memasukkan diriku ke dalam neraka

فصيـحـا إذا مــا كــان فـــي ذكـــر ربـــه
Dia adalah seorang yang fasih ketika menyebut/mengingati tuhannya
وفيما سواه في الورى كان أعجما
Dan bilamana dia bersama selain tuhannya di dunia ini dia membisu
يـقــول: حبـيـبـي أنـــت سـؤلــي وبغـيـتـي
Dia berkata: Kekasihku, Engkaulah tempatku meminta dan berharap
كـفــى بـــك للـراجـيـن ســـؤلا ومـغـنـمـا
Cukuplah Engkau bagi yang berharap sebagai tempat bergantung dan memohon

أصـــــون ودادي أن يـدنــســه الـــهـــوى
Kupelihara kasihku yang dicemari nafsu
وأحــفــظ عــهــد الــحـــب أن يـتـثـلـمـا
Dan aku jaga janji kasih yang telah tercalar
فـفـي يقظـتـي شــوق وفــي غـفـوتـي مـنــى
Di saat ku jaga, aku rindu, dan di saat ku lelap aku berharap
تــلاحــق خــطــوي نــشــوة وتـرنــمــا
Mengiringi langkahku dengan penuh semangat dan berulang2

فـجـرمـي عـظـيـم مـــن قـديــم وحــــادث
Maka dosaku adalah besar dari dulu dan kini
وعـفــوك يـأتــي الـعـبـد أعـلــى وأجـسـمـا
Sedang keampunan Mu yang mendatangi hamba adalah lebih agung dan lebih mulia





Musirrah Naim.
Irbid
090116





Friday, January 8, 2016

In the name of Allah the Most Gracious the Most Merciful





O' Allah..
I know the moment I said I want to repair my heart and I seek forgiveness from You, You won't leave me walking on an easy path. You'll send me tests to complete my way.
O' my Lord forgive me when I used to rush in something that I forgot You're the only one who has the power to decide everything that happens in my life.
O' Allah forgive my arrogance and idiocy.

"Let the snow fall, hide my footsteps, bury my heart,"

Irbid.
070116

Monday, January 4, 2016

Bismillahirrahmanirrahim.
Ajari aku menggunakan pena, akan kutulis gemercik air
Udara dingin kabut senja sampai daun gugur
SESEORANG YANG NANTI DATANG

Kalau kamu sudah bangun dan membaca tulisan ini, ada satu hal menarik di dunia ini yang mungkin perlu kamu ketahui. Bahwa mungkin seseorang yang datang ke dalam hidupmu nanti bukanlah orang yang baik. Baik dalam arti yang sebenarnya. Ada bagian-bagian yang tidak terpisahkan dari dirinya yang telah menjadi masa lalu. Pun setiap orang merasa ingin mengubur masa lalunya. Ia ingin berbagi denganmu. Mengawali sesuatu dengan kejujuran, bukan kebohongan.

Mungkin ia baru saja beranjak setelah sekian tahun bergelut dengan dirinya sendiri. Bertanya ke sana kemari hanya untuk mengetahui apakah Tuhan itu masih mungkin mengampuninya atau tidak. Dan rasa khawatir atas pengampunan itu senantiasa menyertai langkah kakinya. Hidupnya kini sangat hati-hati.

Ia mungkin bukan orang baik. Tidak sebaik sebagaimana pengetahuanmu tentangnya selama ini. Ia akan datang menjadi ujian bagimu. Ia tidak berharap diterima, tapi ia senantiasa mengusahakanmu. Ia bahkan sudah bersyukur karena mengenalmu membuatnya berusaha menjadi lebih baik. Ia sudah ikhlas dengan keputusanmu bahkan sebelum dia mengutarakan keinginannya.

Andai kamu berada di posisi hidupnya, bagaimana perasaanmu?
[Suara Cerita]
Suara : @dokterfina
Cerita : @kurniawangunadi

Sunday, January 3, 2016

hey it's 2016!

Bismillah.

2016.

Azam?

Aku cuma berazam untuk terus bermujahadah dengan azam-azam lama aku. Menarik tak?

Oh ya and aku nak tambah, aku nak jadi positif ! Positif dalam semua perkara. Ameen.

Masuk tahun ni, genaplah tahun ke lapan kewujudan blog kerdil aku ini. Tahun ke lapan aku menulis dan menulis sebagai diri aku sendiri, tapi of course ada dikit-dikit hipokrasi ahaks. Jom let me payung a few throwbacks. Disebabkan aku nak jadi positif tahun ni, aku nak tulis semua yang happy happy je haha. Macam tu ke cara nak jadi positif? Aku pun tak tahu. Takpelah kita cuba.




Okey let's start all over again.

It's quite funny to remember how childish 2009 was when everyone was in Blogging phase. Hahaa. Stalking each other back then was through Blogs and chatting was through Yahoo Messenger. Some of us got Myspace accounts too. What a memory! :'D

Serius kelakar sebab everyone was like;

"Weh kau dah baca blog dia tak?"
"Eh dia ada blog ke??"
"Bagi link weh bagi link," *copy past link ke YM*
"Ok2 aku follow blog kau,"
"Blog kau berapa followers dah?"
"Macam mana kau boleh baca blog akuuu segan laaa,"

Hahah. I think member 2 Abu Bakar a.k.a ABUA mesti paling faham apa aku maksudkan. Sampai set-set yang crush senior pun pergi cari blog senior tu haha kelakar sangat okey. Hashtag bukan aku. Okeh tu perencah cerita je zaman kecik-kecik biasa la uhuks. Kiddies!

Masuk zaman Form 3 ramai dah ada Facebook. Lepas tu semua orang buat Facebook. Ada yang di bawah pengawasan mak ayah. Macam aku, ummi memang tak bagi buat Facebook sampai habis PMR. Start 2010 ni ramai dah slow in blogging, and ada yang dah stop terus, ada jugak yang delete terus.

Those two years I was still finding my identity in writing. Cari nama pena yang menarik tapi tak kunjung tiba. Pernah guna nama 'sirapbandung100pluss' & 'rotisosej' despite my addicction pada makanan dan minuman terbabit. (Yang ni aku memang takleh bla, betul la orang kata if you didn't do stupid things when you're young, you'll have nothing to laugh when you're old). Haha. Sampailah kematangan menemukan aku dengan nama yang aku guna sekarang. Musirrah, Musirrah Naim.

Musirrah tu penggembira. Naim tu gabungan nama mak ayah aku. Sakinah+Ibrahim.
Dengan harapan dapatlah aku ni menjadi penggembira kepada mak dan ayah aku. Ameen.

Zaman Form 4 Form 5 zaman sibuk menulis nak tegur member jangan addict dengan Korea, jaga ikhtilat, jaga aurat, ukhuwwah semanis kurma bagai semua tu la. Solehah gile aku waktu ni. Acah-acah dah jadi BADAR kan uhuks. Hashtag sis tak riya'.

Years passed. Kawan-kawan boleh bilang je siapa yang masih setia ber-blogging. And kat sini la aku, masih menulis, bende-bende yang aku nak tulis kat Facebook tapi merasakan ia tak sesuai di-terlalupublic-kan, atau aku yang takut sangat dengan pandangan masyarakat sebab aku rasa hipokrit bila tulis benda baik sangat padahal aku tak buat pun. Aku pun tak tahu mentaliti ni bagus ke tak. Aku pun tak tahu siapa yang baca blog aku lagi.

Aku suka sangat menulis. Tapi semenjak beberapa tahun merasakan tak cukup kata-kata nak menggambarkan apa yang aku nak sampaikan. Nak tahu apa puncanya? Haip aku bukan nak buat drama ya. Puncanya, aku rasa aku belum banyak membaca! Kadar aku membaca masih sama macam waktu sekolah. Mana boleh. Makin tua makin banyak la kena membaca. Esok nak didik anak-anak pakai apa kalau bukan pakai ilmu. Kalau banyak membaca mestila banyak ilmu dan ibrah yang nak sampaikan pada masyarakat kan.

Ni pun aku tak tahu macam mana nak ending-kan post ni.

Just nak lari topik sikit, mungkin syarah kepada azam aku.
No girl wanna be an easy girl. I mean you dah dress up in outfit macam apa yang Allah perintahkan kepada perempuan-perempuan beriman agar mereka dikenali sebagai perempuan-perempuan yang baik. Tapi tak cukup outfit je, kena jaga akhlak dan peribadi sekali.

Tapi I can say rasa malu aku semakin bertambah la sekarang (macam pelik pulak ayat aku). Tapi serius aku dapat la rasa mungkin tu juga salah satu kesan rezeki kemanisan iman yang Allah beri. It's exciting to feel that usaha aku dalam mengubah penampilan do help a lot in reducing my ego and increasing my haya' as a muslimah. Bukannya aku maksum sampai tak buat langsung benda tak thiqoh bila berurusan dengan syabab, tapi rasa malu aku bila tersalah langkah dalam pergaulan tu, lain la, pendek kata. Pernah aku tulis 'haha' lepas tu menyesal sebab dah lama gila tak buat 'haha' dengan syabab. Kalau dulu zaman jahiliyyah haram nak rasa segan mende pun.

Hmm macam tu la cerita aku. Ni semua kurniaan Tuhan atas doa orang-orang yang sayangkan aku. Aku harap prinsip ni tak goyah dah sampai bila-bila. Sakit weh duduk dalam jahiliyyah, aku dah taknak masuk dunia macam tu lagi. Aku nak jadi solehah yang tinggi ilmu, wara', ayu, sopan santun macam Asiah Yusra bagai, tapi aku bukan orang personaliti macam tu. The least I can do is di sebalik keramahan aku dengan semua orang ni, aku kena belajar mendinding dengan rasa malu sebagai seorang muslimah tu sendiri la.

Aku malas la nak tulis pasal so-called hujah bajet sweet; "Kau kena jaga maruah kau sebagai seorang perempuan. Kalau kau kahwin nanti kau nak ke suami kau tu orang yang tak menjaga bila berurusan dengan akhowat blabla," .

Yeah it's true je tapi motivasi ni untuk orang yang baru nak faham tarbiyah boleh la. Kalau kau dah lama dalam tarbiyah tapi kau still fokus pasal kahwin semata, tak maqbul sangat kot. Melainkan kau jenis betul-betul melihat perkahwinan dari kaca mata akhirat (aku sendiri belum ada kefahaman tu lagi sampai sekarang). But I think the main thing is to focus on Fafirru Ilallah tu sendiri. Kau kahwin ke tak, tu rezeki dari Allah. Nombor dua. Sekarang ni nombor satu, kau jaga Tuhan, Tuhan akan jaga kau. Fullstop.

I'm going to keep walking in this path dengan izin Allah. Cita-cita nak jadi solehah buat la cara solehah kan. Well I don't say it will be easy for me, especially when someone is a good old friend, but we have to admit that sometimes growing up means growing apart.

Just, may Allah ease.

"Mintalah fatwa dari hatimu. Kerna hati yang suci takkan menipu,"

Wow this post is really an achievement after years. Bravo :3

So, do pray for me, ya! Ma'assalamah ;)

Wassalam,
Hujan Batu dari Irbid, Jordan.
Musirrah Naim.
Hidup ini adalah keyakinan dan PERJUANGAN.. dan PERJUANGAN mukmin yg sejati tidak akan berhenti kecuali kedua tapak kakinya, TELAH MENGINJAK KE PINTU SYURGA...

-Imam Ahmad ibn Hanbal-