Thursday, August 21, 2014

seperti apakah redha itu

Bismillahirrahmanirrahim


Aku buka conversation dengan kau lalu butang voice note aku tekan lama.. mengalunkan sebuah lagu pitching rendah dengan suara yang tak seberapa merdu ini. Berharap ia mampu didengar sebagai suara yang dilontarkan nun jauh dari dasar hati.


Kesekian kali kini ku berdiri
Tulus hati dihadapanmu..
Masih terus merayu dengarkan aku
Jalan yang berliku sepanjang hayatmu
Aku juga merasainya 
Lantas aku mengerti dan memahami..

Lihatlah kedalam hatimu 
Percikan cahaya yang akan membara 
Menjadi penerang segala yang di depanmu

Lihatlah jua ke hatiku
Aku lah temanmu terimalah aku
Kita kan bersama mengharung dunia fana ini



Mengimbau Ahad yang lalu semasa aku cuti kelas driving. Seperti yang dijanjikan, aku ambil peluang bermusafir sesingkat 4 ke 5 jam dengan bidadari tersayang ke INTEC bertemu dengan bidadari-bidadari lainnya yang juga kesayangan hamba. Teman yang sama-sama dibuat meniti pahit maung alam persekolahan dahulu. Ah. Memoir semalam itu. Sesak difikirkan keindahan silam yang takkan mampu aku ulang kembali detiknya.




Mungkin kau tak perasan bila kita dapat tempat duduk agak terpisah dalam KTM waktu perjalanan pergi, mata aku tak lepas dari perhatikan kau. Sebab aku tak tahu bila lagi boleh tengok wajah kau puas-puas. Wajah seorang gadis yang tabah dan cekal. Walau wajah itu kau hijabkan dari pandangan manusia disebalik sehelai kain kecil berwarna cream, menampakkan hanya sepasang mata kamu yang tak meliar pandangannya. Kain kecil itu kau bilang kain ninja sewaktu kita sering bergurau senda. Mungkin kau tak perasan begitu lama aku curi tatap wajah kau sehingga aku sedar mata ini mula menakung sekolam air masin. Aku dongakkan kepala sambil ku kedip-kedip mata, biarkan kolam air itu kering sendiri. Berat rasa hati ini memikirkan segalanya. Berat rasa di jiwa ini, satu beban yang tak tergambar dek kata-kata. Beban kekotoran hati ini malah beban kedewasaan yang sering menghantui. Keretapi lama yang kita naiki itu kemudian berhenti di sebuah stesen sebelum sampai ke KL Sentral menyedarkan aku dari lamunan.

Dalam perjalanan pulang juga kita tak banyak berbual. Aku jadi banyak diam. Terlalu banyak yang ingin dicerita, diadukan, tapi tak mampu aku luah dalam waktu sesingkat itu. Tapi kita pegang erat tangan kita. Aku sandar kepala ke bahu kau. Tenang. Demam dan selsema yang belum sembuh sepenuhnya buat suara aku jadi agak sengau dan serak. Sesekali aku batuk-batuk kerana tekak yang terasa gatal. Kau cuma menggenggam tangan aku dengan lebih kuat. Mungkin kau tak tahu apa harus kau lakukan. Aku pejam mata, mengingati perbualan kita semalam.


"Boleh tolong aku tak.."

"Apa dia? :) "

"Aku nak kuat macam kau. Aku nak solehah macam kau,"

"Ye kau ada aku. Lepas ni kalau tak okay cakap je tau! Tak payah tunggu aku online pun takpe. Kita kan nak jadi solehah sama-sama :') Kau dah dengar cerita aku semuanya sedih gelak nangis semua. It's time for me to be your listener pulak,"

"Janji ea?"

"Janji sayang,"


Dan bila dah sampai stesen komuter Serdang semula, kakak sudah tiba untuk menjemput pulang ke rumah. Di situ kita berpisah buat kesekian kalinya. Sepulangnya ke rumah aku tetap suka berdiam. Penat berjalan mungkin. Penat juga berfikir. Sesekali aku capai tisu dan hembuskan keluar cecair yang asyik menitis keluar dari rongga hidung ini. Kemudian termenung jauh. Terlalu sebentar pertemuan itu. Sebuah rindu yang masih tak terbebas, buat aku sehingga mimpi kamu malam-malam. Lalu aku menyesal aku lupa melakukan satu perkara yang dah terlalu lama aku rindu untuk melakukannya. Menangis dalam dakapan kau. Ya, menangis untuk aku keluarkan segalanya. Kerana luka dalam hati minta dirawat dengan dakapan penuh kekuatan dari seorang sahabat. Ya Allah.. Mungkin setahun lagi baru dua jasad ini akan bertemu lagi dek kekangan waktu dan kekangan benua yang sering memisahkan kita..

Payah sungguh. Payah sungguh menjadi bintang syurga. Payah sungguh menjaga hati. Payah sungguh menjaga diri. Payah sungguh bersabar. Payah sungguh redha itu.

Redha, senang disebut. Tetapi kadang-kadang terfikir, seperti apakah rasa redha itu.

Sepatutnya aku akan menangis pagi esoknya. Tapi entah kenapa tiada setitis air mata pun yang mengalir. Malah tiada kolam air masin yang terbentuk walaupun sedikit. Sebelum mahupun selepas aku dikhabarkan tentang penundaan itu. Dari beberapa hari yang lalu sehingga hari sepatutnya ia berlaku, aku cuma selesa berdiam. Kadang-kadang termenung kosong. Berlagak biasa bila berbual dengan kawan-kawan di Whatsapp. Berurusan kerja dengan ketua juga seperti biasa.

Apa agaknya rasa ini? Sudah kuatkan aku? Aku khawatir ini bukan kuat tapi cuma lelah. Ataukah sebuah kekuatan itu memang tiba saat kita sudah lelah dengan segalanya? Saat nafsu liar yang memberontak ini akhirnya mengalah pada takdir yang berlegar-legar untuk diaturkan segalanya mengikut kehendak Dia. Aku juga tidak tahu.



Memangnya.. seperti apakah redha itu ? ..




Wassalam.
Musirrah.


Friday, August 8, 2014

ibrah

Bismillahirrahmanirrahim


Alhamdulillah dah settle Re-Sit final Sem 2. Allah sahaja tahu macam-macam perasaan bercampur baur. Allah mudahkan kami semua. Soalan semua sama alhamdulillah. But as usual, jawapan kepada "Exam macam mana ?" is "Boleh la,". And yeah, malam tu terus balik Selangor.

Satu ibrah yang Allah hadiahkan pada kami pada hari kedua Exam. Kami dikejutkan dengan berita kemalangan bas IKIP kat Tanjung Lumpur. Lemah lutut bila dengar , Allah lebih sayang kan Pak Wan dalam accident tu. Inna lillahi wa inna ilaihi raaji'un. Macam mimpi nampak semuanya depan mata. Macam mimpi. Budak-budak lelaki mungkin tak rasa sangat sebab tak bergerak naik bas, tapi budak-budak perempuan yang selalu naik bas. Bagi aku sayu sangat. Menyayat hati bak kata Sue. Pakcik yang selalu ambil dan jemput dari KIBA lagi sampailah Final Sem 2 1.0 dulu.

Awal-awal kenal arwah Pak Wan kami selalu kata arwah garang. Kalau naik bas, siapa yang lambat tu mesti WhatsApp siapa yang dah sampai bas, siapa driver ? Kalau Pak Wan or Abang Asri, semua kecut perut. Sebab dua orang ni biasa ada angin dia. Kalau Pak Cik Roy je semua orang selalu rileks. Tapi sebenarnya bila dah kenal, arwah baik sangat. Biasalah bersifat kebapaan, ada la sikit garangnya. Tapi baru perasaan most of the time arwah sabar je tunggu budak-budak ni walaupun lama. Waktu kelas malam-malam and OST pun arwah pernah hantar. Ingat lagi bila turun bas or van akan cakap "Terima kasih Pak Wan, hati-hati !,"

Allahu..



فَإِذَا جَآءَ أَجَلُهُمۡ لَا يَسۡتَـٔۡخِرُونَ سَاعَةً۬‌ۖ وَلَا يَسۡتَقۡدِمُونَ 


“…..Maka apabila telah tiba waktu(yang ditentukan)bagi mereka, tidaklah mereka dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak(pula) mendahulukannya.” – QS An-Nahl:61


Tak sangka. Sungguh tak sangka begitu cara arwah pergi. Waktu lalu jalan balik dari exam tu, nampak polis dengan orang ramai penuh. Nampak depan mata jenazah arwah terbaring di tengah jalan.

Aku punya fobia jatuh motor dulu tak habis lagi. Dah lah selekoh yang sama. Debar gila seryes cakap. Aku dah terbayang macam-macam. Problem dia bukan jatuh motor or apa, problem dia bila kau dah jatuh then kalau kenderaan dari belakang rempuh. Punyalah tak sangka dan tak sangka langsung kan bila Allah nak panggil balik ke Dia. To be honest sampai sekarang setiap kali aku naik kenderaan; bawak motor sendiri, bonceng orang atau naik kereta dengan orang, bila ada kereta rapat kat tepi sipi-sipi , automatik akan terbayang macam mana aku jatuh dulu. Dan still membayangkan what if kenderaan dari belakang rempuh waktu tu. Wal'iazubillah...

Jarang kita nak fikir kan, waktu di jalan raya tu besar kemungkinan ada saat terakhir kita hembuskan nafas. Tapi selama kita selamat ni Allah yang jaga kita. Tapi kita takde nak terfikir nak bersyukur. Satu ibrah yang aku kira sangat menyentak hati. Aku balik Selangor tu pun cam cuak sikit nak naik bas. Ada sekali dua bila bas terhentak dengan ganasnya aku terjaga dari tidur dan aku cuak gila ya Allah. Tapi semuanya baik-baik alhamdulillah. Allah yang jaga. Allah yang izinkan sampai.




كُلُّ نَفۡسٍ۬ ذَآٮِٕقَةُ ٱلۡمَوۡتِ‌ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوۡنَ أُجُورَڪُمۡ يَوۡمَ 

ٱلۡقِيَـٰمَةِ‌ۖ فَمَن زُحۡزِحَ عَنِ ٱلنَّارِ وَأُدۡخِلَ ٱلۡجَنَّةَ فَقَدۡ فَازَ‌ۗ وَمَا ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَآ إِلَّا مَتَـٰعُ ٱلۡغُرُورِ


“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari Kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.” 

– QS Ali-‘Imran:185.




Jika engkau perlukan penasihat, cukuplah mati sebagai penasihat -Ahmad Ammar



Wassalam, Musirrah.






Wednesday, July 30, 2014

fight

Bismillahirrahmanirrahim



You can go on long after you think you can't.

Yeah, it's quite long. It took years.

Well.

Aci redah je lah . Sekarang tak pandai nak mengayat sangat. 

Aidilfitri 1435H


"Kau raya mana tahun ni ?"
"Wei tahun ni baju raya warna apa ?"
"Sunyi je FB . Tak share gambar family?"
"Sokmo sharing je kau sekarang. Tak ribut dah ?"
"Asal awal sangat balik Kuantan?"


Haha.

Hanya mampu senyum dan gelak.

Happiness is being content.

Ada je rasa dengki. Tapi Allah akan beri setiap orang tu apa yang dia perlukan, bukan yang orang lain perlukan. Setiap orang keperluannya lain-lain. Allah itu Maha Adil. So ? Tak cukup lagi untuk kau rasa special ?

Adik-adik kat Ghazzah tak beraya pun.

Takkan tertanggung kalau aku duduk tempat mereka. Sebab tu Allah tak uji kita dengan semua tu. Kat sini Allah beri kita ujian lain. Ujian menewaskan hawa nafsu, ujian menuntut ilmu, ujian berdakwah pada masyarakat. Dan mungkin ada sesetengah kita ada ujian yang special untuk kita. Yeah, Allah sangat adil. Setiap apa yang Dia timpakan tu, esok akan jadi satu added value yang sangat bernilai dalam diri kau . Tak perlu cerita kat orang pun. Malu ke adik-adik di Ghazzah. 

Klise kan ?

Haha. 

Kalau benar kau mencintai ummat ini, takkan kau bosan mendengar cerita yang sama tentangnya berkali-kali. Bahkan hati kau akan makin cinta.

Sejak azam Ramadhan, moga berubah wahai diri. Kekasih itu tak tinggalkan kau tanpa amanat dan pesan. Kuatkan hati dan tempuh lah dunia ini dengan syiar Allah. Setiap ujian tu benda kecik je kalau kau pusing dan fikir balik. Bukankah kau mengaku mukmin ? Bukankah kau mengaku beriman ? Bukankah kau mengaku berpegang dengan Al-Quran ?

Lantas Al-Ankabut ayat 2 dan 3 itu kau rasa Allah turunkan suka-suka ?

"...Nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta,"

Na'uzubillah.




Keras.

"Tidaklah akan menyimpang dari jalan Allah sesudah itu kecuali orang yang memang ingin menyimpang,"

....

Packing done. 

Nekad. 
Dengan izin Allah , hari ini akan lebih baik dari semalam.
Bermula hari ini, moga tudung labuh bukan sekadar hijabkan jasad, tapi turut hijabkan hati dengan sesempurna hijab.

Hijabkan hati dari dunia. 

"Bukankah neraka itu dipagari kesenangan, dan syurga itu dipagari ujian? "







Road to Kuantan and now is real war. 
Fight like Palestinians.

Wassalam. Musirrah.



Monday, July 28, 2014

Bismillahirrahmanirrahim



Tak boleh lelap mata malam raya. Fikir terlalu banyak benda, mungkin.
Sesal dalam hati seakan belum habis. Entah bila baru boleh lupakan segala penyesalan ni.
Entah bila bayang-bayang semalam akan berhenti mengekori.

Hela nafas.

Berat.

Kalau lah masa itu boleh diundur. Akan aku undur jauh-jauh. Sejauh hampir dua tahun yang lalu. Sejauh hari kejadian. Sejauh hari pertama semua ini berlaku. Sejauh itu.
Akan aku tukar pilihan aku kepada sebuah keredhaan, bukannya putus asa. Akan aku pilih simpang akhirat, bukannya dunia.
Dan kemudian semua yang pernah berlaku ini takkan berlaku. Dan pasti semua yang memberatkan fikiran sekarang takkan terjadi. Dan pastinya tak ada rasa bersalah yang mengejar ke mana sahaja aku pergi, seakan cuba mengawal masa depan nanti. Dan pastinya sekarang boleh hidup tenang. Dan pastinya diri tak terasa kotor seperti ini.

Tapi Allah kata semua ini perlu berlaku.
Aku tak tahu kenapa. Aku nampak hikmahnya, tapi hati masih meronta-ronta.
Masih sesal yang tak terhingga.

Menabur kata-kata yang memakan diri. Tak mengapa kalau aku yang sakit hati, tapi tak sanggup kalau orang lain yang terluka. Kerana ketidakmatangan aku menyusun kata-kata. Kerana pendek akal aku tak bertunjangkan syariatNya. Ya disiplinnya tiada apa yang terkota, tapi kemanusiaannya, semua ini tetap mengikat kuat. Rasa bersalah ini takkan hilang, aku tak reti jadi kejam.

Perancangan Allah memang penuh rahsia..
Semoga aku terus yakin, tidaklah Tuhan itu bawa kita sejauh ini untuk meninggalkan kita.
Moga kesilapan lalu jadi bekalan menempuh jalan dakwah dan tarbiyah.
Bila sampai masa yang dijanjikan , Tuhan akan jawab semua persoalan kau.
Dan kau akan faham kenapa semua ni perlu berlaku.

It's a part of growing up.




Ramadhan yang banyak mengajar. Alhamdulillah.
Eid Mubarak.

Wassalam , Musirrah.

Sunday, July 27, 2014

cinta dari syurga

Bismillahirrahmanirrahim 

Selama perjalanan aku berpatah balik, mencari jalan keluar dari lorong gelap itu. Samar-samar cahaya kasih Tuhan dihadapan seakan makin jelas dipandangan mata. Hati aku melonjak riang. Sekuat hati aku berlari. Membuak-buak rasa rindu pada cahaya dek terlalu lama berselubung kegelapan dosa. Sampai di sempadan keduanya, antara kegelapan dan cahaya itu, aku terhenti. Aku toleh sejenak kebelakang. Melihat dunia jahiliyyah yang aku tinggalkan. Menular rasa benci. Pada maksiat-maksiat yang pernah bawa aku jauh dari Tuhan. Pada jalan putus asa yang aku pernah pilih mengatasi redha. Kemudian seketika, mata aku tertangkap pada beberapa jasad nun di kejauhan kegelapan  itu. Aku lihat mereka terperangkap di situ. Sama seperti aku dulu. Aku lihat dia.
Cukupkah imaginasi menyedarkan realiti. Semacam tiba-tiba aku rasa sayang sangat kat dia. Padahal kita tak pernah rapat pun. Tapi dalam hati ni meronta-ronta, nak ajak dia pulang sama.

Awak, jom lah. Cukup lah tu. Bukan ini tujuan Allah beri pinjam dunia pada kita. Jom la kita balik, ya?

Tangisan tak dapat lagi aku bendung. Teresak-esak aku bagai anak kecil di hadapan cahaya Tuhan itu, aku adukan segalanya. Ya Allah.. Panggillah dia pulang seperti Kau panggil aku.. 

Semacam rasa sayang yang sukar dicerita.
Mungkin memang ini, cinta dari syurga.

Teringat dulu di Maahad kalam-kalam ukhuwwah yang sering dialunkan.
"Manisnya sebuah persahabatan terpancar dari manisnya iman, bukan kerana aliran darah tetapi dipateri kerana ALLAH.. Mampu memaafkan ketelanjuran dan bersabar dengan karenah insan. Menegur dengan penuh kasihan kerana tak mahu terpisah di hari pembalasan, "

"Memang seperti itulah dakwah.
Dakwah adalah cinta. 
Dan cinta akan meminta semuanya dari dirimu.

Fikiranmu, perhatianmu. 
Berjalan, duduk dan tidurmu. 
Bahkan ditengah lelapmu, isi mimpimu pun tentang dakwah

Tentang umat yang kau cintai,"
[KH. Rahmat Abdullah] 


Moga Allah bukakan hati kita luas-luas. Aku nak ajak kau pulang sama, dengan izinNya.

Uhibbuki fillah.
Wassalam.
Musirrah.

Friday, July 18, 2014

izinkan

Bismillahirrahmanirrahim

Izinkan aku, Tuhan
memberi perhatian pada kehidupan akhirat
bukan pada penipuan dunia lagi
memberi perhatian pada ummah
merawat luka-luka pada aqidah masyarakat
banyak yang perlu hati ini belajar
belajar jadi tough dan tabah
kerana aku juga sebahagian daripada ummah yang bermasalah

Izinkan aku, Tuhan
menghabiskan sisa-sisa Ramadhan ini
dengan memperbaiki kerosakan hati
mencuci bersih karat-karat yang melekat
jemputku menjadi insan yang Engkau pilih
yang Kau beri peluang menumpang di Ramadhan,
biar keluar daripadanya dengan meraih keampunan

Izinkan aku, Tuhan
mengutip kembali cebis-cebis maruah
menetapkan seteguh-teguh langkah
meneruskan perjalanan menujuMu
yang sering aku tersungkur, tersembam di tengah-tengah

Peganglah aku, Tuhan
dalam hati ini terasa kosong bila jauh dari rahmat
Allah tak pernah berganjak ke mana-mana
Hamba yang sering lari berpaling dariNya.
sangka dunialah kebahagiaan yg dicari
rupanya cuma pasir-pasir tak bererti

Kalut.
huru hara.
bukan sedih. bukan terasa.
cuma rasa macam sedang kusut dalam dada
tapi cuba bertenang
turun naik iman lumrah nya
esok nanti akan pulih dengan bantuanNya
Izinkan aku, Tuhan.
menjadi sebahagian dari orang-orang yang Engkau cinta.


wassalam.
Musirrah.











Saturday, June 28, 2014

Bismillahirrahmanirrahim




" She smiles through a thousand tears
And harbours adolescent fears
She dreams of all that she can never be
She wades in insecurities 
And hides herself inside of me, "






Tuesday, June 24, 2014

Miss Movin' On

Bismillahirrahmanirrahim


I'm breaking down
Gonna start from scratch 
Shake it off like an etch-a-sketch
My lips are saying goodbye
My eyes are finally dry

I'm not the way that I used to be
I took the record of repeat
It killed me but I survived
And now I'm coming alive

Everything is changing and I never wanna go back to the way it was
I'm finding who I am from here on out is gonna be enough
Is gonna be enough

I'll never be that girl again
No oh oh

My innocence is wearing thin
But my heart is growing strong
So call me, call me, call me

Miss Movin' On
Oh oh oh

Yeah, I'm movin' on.

Fifth Harmony - Miss Movin' On



Cool song :)
Wassalam. Musirrah.

Monday, June 23, 2014

Esok

Bismillahirrahmanirrahim

Kadang-kadang aku pelik
Dunia ni penuh dengan kasih sayang yang disalah ertikan
Kasih sayang yang kalah bertemu keegoan
Bila berdepan hujan lebat
Payungnya masing-masing
Aku pelik
"Membuang yang anggap kau permata
Menghargai yang anggap kau sampah,"
Mungkin seseorang perlu mati
Baru manusia belajar menghargai
Mungkin seseorang perlu hilang
Baru yang lain sedar apa itu sayang
Mungkin ada yang perlu pergi
Baru mereka nak cerita apa lagi yang tersembunyi

Aku sendiri tak pasti
Takut dengan masa hadapan yang menanti
Takut dengan esok yang mendatang
Entah sampai bila
Ketakutan dan kesedihan ini akan bertemu ajalnya
Atau mungkin tiada
Dihantui silam yang membayang
Terhakis impian semalam
Terlalu takut mimpi ngeri berulang .

Lama aku bertahan. Tak sangka .
Lepas satu demi satu yang merobek hati
Yang tinggal cuma keyakinan pada Tuhan
Yang tinggal cuma harapan pada Dia
Kerana bahagia itu milik mutlak Dia
Esok bukan milik aku.
Bukan milik kau.
Bukan milik sesiapa.
Esok hanya milik Dia .
Yang kusandarkan segalanya.
























Some things you hope they never happened.
But some things are certain. 

Berdenyut kepala. Mungkin perlu tidur.
Malam, dunia.

wassalam.
Musirrah.

Thursday, May 29, 2014

Wida' Untuk Senior

Bismillahirrahmanirrahim



Dalam menjalani hari hari dalam kehidupanMemikul amanah ilmu, impian dan harapanKadang hati yang lemah terasa ingin menyerahKadang mengeluh; mengapa jalan ini terlalu panjang.


Maka saksikanlah, 

Jalan perjuangan ini tak dihampar dengan karpet merah
Yang ada cuma pasir. 
Kadang berduri, kadang berbatu.
Menuntut mereka yang kental jiwanya, kuat hatinya
Kemas gerak kerja dan menjaga masa
Menjaga hubungan dengan Allah
Menjaga hubungan dengan manusia

Ramai yang lupa
Andai perjuangan ini mudah
Mahar apa yang akan dibawa ke jannah ?

Kerana Tuhan tahu perjuangan ini payah

Tuhan hadiahkan kita sebuah ukhuwwah
Ada sahabat-sahabat yang setia menemani
Setiap detik tangis dan tawa
Menjadi penguat hati dan pengingat semula 
Tatkala diri jauh dari Pencipta

Kerana Tuhan tahu perjuangan ini berat

Tuhan rahmati kita dengan para murabbi
Saf asatizah yang tak pernah lelah mencurahkan bakti
Tabah melayan karenah anak didik tercinta
Demi melihat syabab dan fatayat harapan agama
Membersihkan kembali ekonomi dunia 
Bebas daripada debu-debu  dosa

Pada setiap insan yang pernah hadir dalam kehidupan ini,

Ada meninggalkan pengajaran yang tersendiri
Allah itu mengaturkan pertemuan
Kemudian Allah ajar banyak perkara
Setelah itu Allah takdirkan perpisahan
Untuk kita belajar erti sebuah kekuatan

Moga setiap kenangan yang tercipta

Mahupun setiap kasih yang terbina
Dalam hati ini takkan pudar ditelan masa
Awan mediterranean dan khatulistiwa tak punya banyak beza
Kerana Bumi Syam dan Malaysia
Masih dibawah langit yang sama :')

[Nur Jehaada, 11 May 2014]







End of Second Semester.
End of First Year.

Wassalam. Musirrah

Sunday, May 18, 2014

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah. Dah habis empat paper. Three more to go.
Stakat ni kheyr insyaAllah. Even Accounting Principles. Allahu yusahhil :)
Teruskan berjuang. Fokus.
Things will get better. You'll get stronger.


Proceed with #FinalSemester2
Wassalam. Musirrah.

Saturday, February 22, 2014

bunga kecil yang taat

Bismillahirrahmanirrahim

"Orang mana ?"
"Selangor. Kau?"
"Ehhh ? Aku pun! Selangor kat mana ?" 
"Yeke ? Aku duk Dengkil,"
"Hahh ?? Heii Dengkil kat mana ? Aku duk Banting , Bukit Changgang,"
"Ehh yeke ?? Adik-adik aku sekolah kat Bukit Changgang tu la. Kitorg tinggal kat, kau tahu Taman Arked?"
"Alaa tak tahu. Aku baru sangat pindah Banting tu,"
"Taman Arked tu masuk lorong Paya Indah Wetland tu," 
"Hahhhh. Tu lorong sebelah taman aku laaaa ! Bapak ahh tak sangkaaa,"
"Hahaha serius. Boleh balik kampung sama-sama nanti. Hahah,"
"Berehh.Tak sangka, jumpa jiran kat sini . Haha,"

Ketawa.

Di rantau orang diri ini bermusafir
Tanpa sekuntum bunga kecil ini mungkin hidup tak meriah
Meneguk dan menadah ilmu bersama
Ada dia, bermakna;
Ada yang menampar bahu ini tatkala mula leka,
Ada yang tak jemu mencubit tangan ini bila mata mula kuyu di dalam kuliah
Ada yang boleh dibawa bergaduh bila bosan dengan dunia.
Ada yang boleh dibawa berkongsi. Cerita. Rasa.
Kadang-kadang bercampur emosi.
Bercampur perasaan, bercampur tekanan dan kesibukan
Akhirnya, saling menguatkan.
Memujuk hati , mengingatkan jiwa.
Jangan tewas pada perjuangan yang tak seberapa ini
dibandingkan dengan perjuangan para sahabat bersama Nabi

Di rantau orang yang aneh ini
Ada warna tangis dan tawa yang terus melakar kanvas hidup.
Kita mengisi ruang kosong di lukisan hati masing-masing
Mungkin belum terisi penuh. Mungkin tak sama dengan warna dahulu.
Namun ada keunikannya tersendiri.
Yang Tuhan hadiahkan lewat wasilah cintaNya.
Sehingga sepuluh bulan ini di kepingan hati terlakar indah,
Abstrak seni sebuah ukhuwwah..

Esok jika masih diizinkan Rabb
Lebih jauh lagi rantau yang bakal dijelajah
Angin Mediterranean dan debu Syam mula melambai dari jauh
Menyapa kita para penuntut ilmu tinggalan para Nabi.
Memerlukan jiwa yang kental untuk kaki tetap teguh berdiri.
Semoga akar bunga kecil terus kuat mencengkam bumi.
Makin hebat mekar, makin harum mewangi.






21 Febuari 2014 .
Sanah Helwah 
Zuhairah Musz'inah :)


Wassalam. Musirrah.


Monday, February 3, 2014

Bismillahirrahmanirrahim


Tomorrow start Sem 2.
Allah.. Allah..



Kuatkan hati.
Wassalam , Musirrah.
Hidup ini adalah keyakinan dan PERJUANGAN.. dan PERJUANGAN mukmin yg sejati tidak akan berhenti kecuali kedua tapak kakinya, TELAH MENGINJAK KE PINTU SYURGA...

-Imam Ahmad ibn Hanbal-