Friday, February 20, 2015

home at last

Bismillahirrahmanirrahim.





"Macam mana boleh selesai?" tanya gadis itu. Kami bermalas-malasan di atas katil. Seharian kuliah sangat memenatkan.

"Well. I chose to forgive. And that was because of you," ujarku sambil menatap wajahnya.

"Why?" Dia ketawa kecil. Masih ceria seperti selalu. Tak berubah.

"Sebab aku nampak kau tabah sangat. Aku malu dengan diri aku sendiri. Aku nak jadi macam kau juga. Jadi aku nak mulakan hidup baru, lebih dekat dengan Allah,"

"Subahanallah,"

"Aku tak dapat jaga Allyana waktu dia perlukan aku dulu. Sekarang aku nak jaga kau. Huhu,"

Berpandangan. Saling bertukar senyuman. Fa wasthiqillahumma rabithataha. 

Lebih kurang dua minggu yang lalu...

Dahulu dialah yang di situ, tatkala aku menyampaikan khabar dukaku dan dunia terasa kelam, saatcuma tinggal mata yang bengkak dan air mata yang kering sudah, lelah. Dia mengingatkan semua itu perancangan Allah.

"Jed, thanks for being stronger,"

Semalam juga dialah yang di situ, mengusap perlahan bahu ku yang terhenjut menahan esak tangis kerana luka yang berdarah kembali. Menggenggam tangan menyalur secebis kekuatan.

"Aku teringin nak jadi kuat macam kau,"
Dia hanya senyum. Kami buang pandangan ke luar tingkap bas. Sejenak kemudian dia bersuara.

"Kadang-kadang baru kita sedar, kekuatan tu memang Allah yang bagi kan?" jawabnya tenang. Aku mengangguk lesu. Pagi tadi dia bertolak lebih awal daripada perancangan. Aku sunyi duduk bersendirian di dalam bas.

"Assalamualaikum. Dah kat mana? Ok tak semua?"
"Ok je. Dkt hospital ni. Tgh jalan-jalan cari buai,"
"Oh ok2. Siapa ambil tadi?"
"Naik teksi,"
"Fi hifzillah.. I wish you were beside. Nope, I wish I can be there beside you,"
"Me too.. Sokay. Allah is besides us right. Close and near. Safe and sound,"
"Subahanallah,"

Aku terhibur. Terpujuk. Punya seorang sahabat se-solehah itu. Sekuat itu. Dia sangat tenang. Walaupun sehingga perkhabaran berat tadi, dia tetap tenang.

"Doakan ye. Mekaseh Jed,"
Dia sangat tabah ya Allah. Dia sangat tabah.
Semoga ruh makcik ditempatkan bersama ruh orang-orang muttaqin dan para pencinta Tuhan.
Al Fatihah.

Selesai menaip, aku kesat air mata yang tersisa dengan hujung lengan baju. Sebak menebal di dalam dada. Bagaimana ada insan sekuat itu? Wujud juga heroin seperti yang dicerita dalam novel-novel dan filem? Ah, lantas aku, mengapa begitu lemah. Masih terbayang senyuman yang menyambut aku dan Nadiah sewaktu bertemunya di hospital tadi. Walaupun aku sedar matanya menanggung sebak yang tak dapat diungkap, dia tetap kuat berdiri. Aku terimbau lagi, sepanjang arwah Mak Cik ditimpa sakit kuat, aku lihat dia tak pernah sekali pun mengeluh, jauh sekali menyesali takdir. Dia juga bukan pengadu domba di laman-laman sosial tentang kisah hidupnya. Dia melalui hari-hari dengan tenang dan ceria. Sehingga orang-orang yang tidak mengenalinya bahkan pasti tidak menyangka dia punya sebuah ujian berat yang sedang dilalui. Satu-satunya hanyalah status WhatsApp nya "Allahumma isyfii ummi" yang masih belum berganti. Aku muhasabah sendiri. Siapa sangka segala yang berlaku di hadapanku ini memberi kesan yang sangat besar kepada misi memperbaharui hati.

Perlahan lahan aku nukilkan padanya di tetingkap WhatsApp.

"Anis Suhailah, terima kasih ajar aku cinta Tuhan,"

Beberapa hari kemudiannya..

"Is your heart at ease? Or does it feel more burdened?" ujar seorang sahabat yang ku minta bantuannya. Aku menarik nafas dalam-dalam. Udara pinjaman Tuhan yang disedut masuk ke saluran pernafasan itu bagai jadi tarbiyah kepada sebuah kehidupan di dunia. Tidak kekal. Suatu hari nanti akan luput semuanya. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?

"I'm at ease, alhamdulillah," Balasku, sebelum menyambung. Tenang.

"It was such a long journey, to return Home,"


Rupanya jiwa itu
Jadi lebih tenang bila ia melepaskan
Rupanya jiwa itu
Jadi lebih bebas bila ia memaafkan
Jadi lebih mudah perjalanan menuju Tuhan
Jadi lebih laju ayunan langkah yang dahulunya perlahan
Rupanya jiwa itu
Tak dicipta untuk berkesumat dendam
Jika dipaksa melakukan sesuatu yang tak selari dengan penciptaannya
Ia takkan tenang


Jiwa itu
Fitrahnya suci
Fitrahnya dicipta untuk mencintai yang kekal abadi
Kerana itu dunia yang sementara, sangat lelah jiwa yang bermatlamatkannya
Kerana itu hanya syurga, yang jiwa takkan derita bila mendamba
Kerana itu hanya Allah, yang hati takkan sakit mencinta.

Terima Kasih sahabat-sahabat, ajar aku cinta Tuhan.





"Aku berpendapat setiap orang akan ada zaman kejatuhan masing-masing. Sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Waktu itu kita akan betul-betul jatuh ke dasar yang paling dalam. Dan kemudian kita akan bangkit semula dengan izinNya," Sue memuntahkan kata-kata. Aku tersenyum. Aku kira zaman itu dalam hidupku sudah berlalu. 


Kami bercerita dari tadi, membuka kembali lembaran hidup masing-masing selama ini, terlalu banyak yang dipelajari tentang sebuah kekuatan dan ketabahan. Hidup kita. Ya, tidak seperti orang kebanyakan. Some people are born to be lucky, some are born to be fighters kata orang putihAku renung jauh lautan di hadapan. Lautan yang bagiku sarat dengan rahsia. Angin di persisiran pantai Kampung Anak Air petang itu seperti biasa, melambai kuat namun tetap mendamaikan. Kami yang asalnya duduk di pangkin kemudian berlari-lari anak ke arah sebuah buaian usang di bawah pokok. Milik orang kampung juga. Dari jauh kelihatan anak-anak kampung sedang bermandi-manda di laut. Aku suka kedamaian di sini. Sejak tahun pertama lagi, di sinilah tempat aku membawa diri apabila tertekan atau mencari ketenangan. Kini kami sudah menjejaki semester terakhir di Malaysia. Cuma ada beberapa bulan sahaja lagi sebelum meninggalkan Darul Makmur ini. Pasti aku akan merindui tanah bertuah ini, yang banyak mengajar aku erti kehambaan dan rasa bertuhan. 

"Alhamdulillah. Aku dah lama tak rasa macam ni," ujarku usai menyelesakan diri di atas buaian. Pepasir pantai memenuhi kasut kuliah yang dipakai. Aku menepuk-nepuk kasut membuang pasir. Kasut baru, haha. 

"Rasa apa tu?" tanya Sue.

"Rasa bersyukur dengan apa yang aku ada," 

"Alhamdulillah," Giliran dia mengukir senyuman. Sesekali tudung labuh yang dipakai kami ikut berkibar mengikut rentak angin. Ranting pokok sedikit terhenjut-henjut mengikut gerakan buaian.

"Perasaan dicintai Tuhan itu sangat indah. Kalau tak pernah ditimpa ujian maha dasyat dan kemudian diselamatkan oleh Allah, pasti susah mahu dapat perasaan ini. Subahanallah aturanNya sangat sarat hikmah dan cinta," sambungku. Sebak. 

Sebuah ketenangan hati. Yang masih sudi Tuhan pinjamkan. Prof. Muhaya sering berpesan dalam ceramah-ceramah motivasinya; orang yang bahagia adalah orang yang bersyukur.

Bila kita kejar ekspektasi manusia, kita akan penat. Penat sangat. Bila kita kejar pandangan Allah, semuanya akan pulih, sempurna. Bahagia. Kerana Tuhan tak pernah ingkar pada janji Dia. Mencintai Sang Sempurna itu, tak akan kecewa. Cukup bahagia dalam ketaatan. Terima kasih Tuhan.



Allah, I wanna thank You
I wanna thank You for all the things that You've done
You've done for me through all my years I've been lost
You've guided me from all the ways that were wrong
I wanna thank You for bringing me home

All praises to Allah.
Alhamdulillah.







Home at last.
Wassalam. Musirrah.

Hidup ini adalah keyakinan dan PERJUANGAN.. dan PERJUANGAN mukmin yg sejati tidak akan berhenti kecuali kedua tapak kakinya, TELAH MENGINJAK KE PINTU SYURGA...

-Imam Ahmad ibn Hanbal-