Thursday, January 20, 2011

mengetuk hati

Bismillahirrahmanirrahim..
Sudah tiga minggu sesi persekolahan 2011 berlalu. Selama tiga minggu ini jugalah aku bergelar pelajar tingkatan empat. Jujur, aku rindu zaman PMR. Termasuk papan countdown PMR yang sering menghantui kami dulu. Aku rindu Izzati Amran. Dia yang banyak memberi semangat dan mengetuk-ngetuk aku setiap kali aku lemah.


“Ati aku harap kau boleh tolong aku tau. Kita belajar sama-sama, kalau aku malas tegur la aku,”
“Ha kau pun tau. Aku tolong kau, kau tolong aku. Kita dapat 9A sama-sama ek,”
“InshaAllah,”

Tapi hidup perlu kehadapan. Tak mungkin kita boleh memutar kembali masa yang telah berlalu. Hakikatnya sekarang kami telah menginjak ke tingkatan empat. Harapnya lebih matang, lebih memahami norma kehidupan.
Kelas aku tahun ini jauh diperantauan. Terletak searas dengan kelas tingkatan lima di blok baru. Padan muka aku. Tapi mungkin ada yang Allah mahu aku pelajari di sebalik ketentuanNya. Siti Aieshah adalah tablemate aku tahun ini. Bising macam aku jugak (:P). Menyusuri kehidupan sebagai pelajar tingkatan empat setakat ini tidaklah terlalu menyeronokkan. Ingatkan life-schedule tahun ini boleh di kosong-kosongkan. Rupanya tak ada beza dengan life-schedule tahun lepas ketika bergelar calon PMR yang sinonim dengan hectic life. Tahun ini juga sangat sibuk. Homework menggunung seperti biasa ditambah dengan Add Maths si bestfriend ku yang bagai tak puas hati melihat aku hidup senang. Apa-apa pun, aku tak nafikan aku mula jatuh cinta dengan subjek-subjek tingkatan empat. Biology terutamanya, bagai membuka satu tirai yang memperlihatkan aku betapa agungnya kehebatan Al-Khaliq. Rough Endoplasmatic Reticulum, ribosome, mitochondrion, nucleus, nucleoplasm, chromosome, . Subahanallah.. hebatnya Allah.. iyyaka na’budu wa iyyaka nasta’iin..

Tawaran Sekolah Berasrama Penuh telah keluar beberapa hari lalu. Aku tidak ditawarkan ke mana-mana kerana aku tak mengisi borang pun. Beberapa orang rakan sudah tidak kelihatan lagi kelibatnya atas beberapa sebab masing-masing. Aisyah Jalal, Liyana Malek, Syafiqah Kamil, Ikmal Hafiy, Fakhri, Khairul Imran dan beberapa orang lagi. Kepada yang telah berpindah, selamat maju jaya. Jagalah akhlak dan iman, jadilah qudwah kepada mereka yang memerlukan. Kepada yang masih dalam dilema, nasihat aku STAY lah di Maahad. Tahun depan sudah tahun terakhir, habiskanlah detik-detik sementara bergelar pelajar sekolah ini dengan rakan-rakan seperjuangan yang telah berjuang bersama-sama sejak tingkatan satu lagi. Dua tahun tak lama. Bumi Maahad apa kurangnya. Make a wise choice for once you did as you decide, there will be no way to turn back. Aku faham kadang-kadang sekolah ini memang meyakitkan hati, tapi ke mana lagi ingin dihayun langkah tak matang ini. I don’t love my school but I love my journey of life through it.


Mengimbas jalan kenangan, bagai terputus tasbih zikrullah, bagai terkoyak hamparan sejadah iman, bagai beku air mata keinsafan, bagai berhabuk surat cintaNya. Lalu muhasabah datang berkunjung ke taman hati yang kian suram tak bercahaya. Tahun ini usiaku akan melangkah setapak lagi. Entah bila akan dipanggilNya, hanya Dia yang tahu. Sejak kebelakangan ini pintu hatiku selalu diketuk-ketuk muhasabah yang datang memberi salam dan bertanya, di mana zikrullah, sejadah iman, air mata dan surat cintaNya telah kusimpan? Lalu terkocoh-kocoh lah aku mencari mereka dalam kegelapan taman hati aku yang samar-samar cahayanya.

Lumrah kehidupan seorang junior,
“Alaa akak tu pun buat macam tu, apsal kita buat tak boleh pulak?”
Seakan apa yang dilakukan akak itu betul semuanya sampaikan yang tidak elok pun dijadikan ikutan. Bukannya tidak tahu betul dan salah, tapi manusia akan mancari seribu satu alasan untuk membela kesalahannya. Atas lumrah inilah perlunya seorang senior menjadi qudwah kepada adik-adiknya. Lalu aku tertanya;
Bagaimana mungkin aku menyumbang untuk kebangkitan islam andai sejadah iman aku sudah koyak dan kusam. Bagaimana mungkin aku merasai kemanisan ukhuwwah bersama sahabat-sahabat andai hatiku hujan mazmumahnya masih lebat. Bagaimana mungkin seorang naqibah akan mentarbiyah adik usrahnya andai air matanya sendiri sudah lama beku dihadapan Pencipta.

Astaghfirullahal’azhim..
“Tunjukkanlah kami jalan yang lurus. Jalan orang-orang yang Kau beri nikmat. Bukan jalan mereka yang Kau murkai dan bukan juga jalan mereka yang sesat,”

Hidup bertemankan kasih sayang ibu bapa, guru-guru, sahabat-sahabat, bersandarkan rindu pd Rasulullah, bertunjangkan cinta dan taqwa kpd Allah, mesti tenang dan indah :)


wassalam, Musirrah.



Sunday, January 9, 2011

healer that hurts

bismillahirrahmanirrahim..


towards maturity,
wassalam. Musirrah~


Saturday, January 8, 2011

the faraway ibnu sina

bismillahirrahmanirrahim..

Bahasa Melayu + Bahasa Inggeris + Bahasa Arab + Sejarah+ Mathematics + Additional Mathematics + Biology + Chemistry + Physics + Syari'ah Islamiah + Quran Sunnah

first week of 2011 school session, see?
i gave u my word, u should believe me. i can view the future la HAHA.
i told u they are totally wierd.
so at the end, i am a part of 4 Ibnu Sina.
padan muka last year gedik sgt nk explore blok baru, ha amik hang dpt terus kelas kt situ

it's okay, alhamdulillah i can open my heart to this class, banyak jugak keistimewaannya.
well, IBS is just like a desa permai yg kau boleh dgr bunyi kipas pusingpusing bila cg mengajar.
westerner said, we can hear the sound of a pin dropping,
so i added we can hear the sound of the fan spinning.
sebelah kanan banyak sumber oxygen, angin sepoi sepoi bahasa sangat mengantukkan.
perjalanan nak pergi toilet memang perlukan ketabahan. tapi dekat dengan makmal.
try not to be fussy. Allah knows best, we know nothing. so, always thank Him for everything :)
dulu taksuka 2abk, masuk 2abk. takmahu 3 ali, dapat 3ali. taksuka 4IBS, masuk 4IBS.
em, kalau kata next year taknak 5IBS, should i say i demand that class so that i will get the opposite?

7.1.11
walk forward and never look back.

till then, wassalam.
Nur Jehaada Ibrahim,
4 Ibnu Sina 2011,
SMKA Maahad Hamidiah.

* delete ar post only razi tu. bkn kelas aku pun, menyampah je ak tgk HAHA.



Sunday, January 2, 2011

nothing stays the same forever

bismillahirrahmanirrahim..

so tomorrow will be going back to school. back to school. to school. oh no, school.
em, i need to gain back the lost courage then.. mix feelings, perhaps..
starting tomorrow, everything will be different.. no more this, no more that..
reminds me of the memories of form3
siti aieshah, i bet after this there will be no more "alamak, betul tak tudung?
well, nothing stays the same forever.
next; 11A+ SPM, be Quran's best friend, be more decent, no useless talking,
no even little mengumpat, no silly tears, cool.
dakwah, qudwah, akhlaq, ukhuwwah, ghadul basor, inshaAllah..
sebaik2 wanita adalah yg tidak memandang dan tidak dipandang ~ saidatina aisyah.



till then, wassalam.
Musirrah~


Hidup ini adalah keyakinan dan PERJUANGAN.. dan PERJUANGAN mukmin yg sejati tidak akan berhenti kecuali kedua tapak kakinya, TELAH MENGINJAK KE PINTU SYURGA...

-Imam Ahmad ibn Hanbal-