Monday, December 30, 2013

we don't play surrender,




Bismillahirrahmanirrahim.

Balik hostel ngantuk gila. Dalam otak berkira-kira, nak tidur dulu ke nak buat assignment terus?
Duduk depan meja study. Tekan butang on laptop. Termenung.

2.05pm, 27 Dec.
Usai Kuliyah Banat dan Salam Jamaie terakhir untuk Sem ini. Dia menuju ke arah seorang mu’allimah yang sedang berbual dengan pelajar-pelajar. Dia berdiri di hadapan pensyarah muda itu, segan.

“Ustazah..” perkataan pertama yang meluncur keluar. Ustazah tersebut berpaling dengan wajah cool masih tak berubah. Dia tersengih tawar sambil menghulur tangan untuk bersalam. Segan masih menebal. Perasaan serba salah yang merantai hati sejak semalam belum hilang. Ustazah menyambut huluran salam, lalu digenggam tangannya dengan sangat erat.

“Mintak maaf Ustazah..” ujarnya bagai melepaskan satu beban di jiwa. Ustazah menepuk bahunya. Mungkin faham maksud di sebalik lafaz maaf yang terluah.

“Usahakan untuk dapat 4.0 flat sem 1 ni,” balas pensyarah itu kepadanya. Air muka dia jadi bertambah mendung.

“Boleh lagi ke ustazah? Tinggal Final je ?” tanyanya merujuk kepada carry-marks yang seakan-akan hidup segan mati tak mahu. Ustazah tersenyum. Sejenak kemudian dia dan beberapa orang rakan lain menjadi mustami’ tazkirah tak dirancang oleh Ustazah.

Rasa semangat sikit. Sebab ustazah juga pernah gagal. Tapi tengok sekarang ustazah berjaya.
Pulun. Juhud. Usaha. Allah tengok semua tu. Bukan natijah.
Ustazah juga pernah lalui benda yang sama. Ustazah juga pernah rasa peritnya mujahadah.
Ustazah juga pernah mengalirkan air mata dalam perjuangan menuntut ilmu ini.
Ustazah kata jangan tinggal solat malam, beri manfaat pada manusia, mudahkan urusan orang dan Allah akan mudahkan urusan kita.

Mudahkan urusan orang dan Allah akan mudahkan urusan kita.

Tersentak.
Earphone yang terpasang ditelinga mendendangkan sebuah nasyid yang menanggung terlalu banyak memori untuk dia kenang lagi.
Ingatannya yang dari tadi terawang-awang, kini terbang lebih jauh merentasi masa lampau. Ustazah bukan orang pertama berpesan macam tu. Ustazah bukan orang pertama beri nasihat begitu. Ada insan-insan lain yang pernah berpesan perkara yang sama. Suatu masa dahulu. Dia pejam mata rapat-rapat. Basah.

Permata Ayah Bonda by Firdaus.

Wajah disembam ke meja belajar yang bersepah dengan buku dan barang-barang lain.
Hati yang penuh parut-parut lama itu memang senang berdarah kembali, lagi-lagi bila waktu tertekan dan emosi yang tidak stabil begini.
Telefon yang berada dalam genggaman serasa nak di hempas sekuat hati, nak baling sejauh mungkin. Seketika kemudian, ia vibrate dengan bunyi kicauan. Dengan malas dia membuka tetingkap whatsapp message yang baru sahaja bertamu.

Sigh. Hatinya mula membebel sendirian membaca pesanan ringkas itu.

Coz I don't do ithar with boys, mind you.

Nafas dilepaskan berat. Seberat bebanan yang berkecamuk dalam fikiran dan jiwa.
Final dah nak dekat. 3 hari lagi. Final Semester 1.

Semester 1 Ijazah Sarjana Muda Syariah Ekonomi dan Perbankan Islam, Yarmouk University, Jordan.

Laptop terpasang. Spontan mata tertancap pada desktop background.

…………………………..

.Rindu.



Teruskan perjuangan. Teruskan kehidupan.
Sekarang ni bukan Maahad lagi. Sekarang ni DegSya.

Ya Allah berikanlah kami kefahaman para nabi, ingatkan kami apa yang kami lupa.
Berilah kami kekuatan YA ALLAH.

Post terakhir 2013.

FINAL  SEM  1

02 JAN 2014-13 JAN 2014

We don’t play surrender, remember?
Wassalam. Musirrah. 



Monday, October 14, 2013

Kejar

Bismillahirrahmanirrahim


Zahirnya duduk diam. 
Tangan ligat bermain pen dan kertas. 
Kadang-kadang bercakap sorang-sorang. 
Hakikatnya sedang mengejar dua benda yang jauh di hadapan; 
Masa dan cita-cita.


" Batch akak ramai tak dapat Mumtaz waktu Sem 1 ?" tanya Anis Suhailah, roommate aku.  Kak Mardhiyah membetulkan duduknya. Aku menatap kemas wajah Kak Mardhiyah, senior yang kini berada di semester ke-3, pernah menjadi fasilitator kumpulan aku sewaktu orientasi KIBA empat bulan dahulu. Siapa tahu rupanya dia orang hebat, kini memegang jawatan Timbalan Presiden dalam persatuan PERMAIYA kami. Sue mesti bangga digelar 'Junior Mardhiyah' memandangkan mereka belajar di sekolah yang sama dahulu.

"Ada la 6 orang rasanya," ujar Kak Mardhiyah. Aku menghela nafas berat mendengar kata-kata itu. Satu senyuman sinis aku ukir untuk diri sendiri. Sue aku lihat turut terdiam.

"Semester 1 memang kena struggle. Kalau tak Mumtaz Sem 1, macam mustahil la nak CGPA mumtaz walaupun Sem 2 dapat Mumtaz. Katakanlah, ikut Yarmouk, mumtaz 84%. Kalau sem 1 korang dapat 82% (jayyid jiddan), sem 2 baru 84% (mumtaz), CGPA dapat 83%, tak mumtaz jugak," sambung gadis kelahiran Terengganu itu lagi.

"Bapak ahh powernya siapa yang Mumtaz," Aku memicit kepala yang tidak pening. Sue dan Kak Mardhiyah hanya tertawa.

"Sebenarnya tak ada yang mustahil," kak Mardhiyah cuba menyuntik semangat. Perbualan malam itu agak panjang. Satu persatu cabaran yang terbentang membawa aku berfikir lebih jauh.

***********************************************

"Kenapa aok letak nama dorang? hahaha," Wardah masih belum selesai ketawa melihat kertas yang kutampal dihadapan meja study, satu 'senarai' nama yang tertulis di atasnya; " Kalahkan Dorang !!" Aku turut sama ketawa melihat dia terhibur.

"Hahaha. Sebab aku tak suka dorang haha," ujar aku dengan tawa yang masih bersisa.

"Akhofff," Wardah membuat mimik muka ketakutan. Aku menampar bahunya sambil terkekeh-kekeh ketawa lagi.

"Mana adalah. Ni sebagai garisan target je," Aku tersenyum. Wardah ku lihat mengangguk-angguk. Housemate ku yang juga Perwakilan Semester 1 itu, sumpah orangnya lawak gila. Aku tengok muka dia sahaja aku boleh ketawa walaupun tanpa sepatah kata. Selain Sue, Nadiah, Diyana, dialah antara sahabat yang selalu aku buat tempat merengek kalau tak faham tentang subjek yang dipelajari. Aku senang, punya kawan-kawan yang suka berkongsi ilmu dan kefahaman.

"Aok tyme belajar serius lah kome takut kadang-kadang," sambung anak jati Pahang itu membuatkan aku tersengih. Sue juga pernah mengatakan perkara yang sama.

"Hahah biasa je la.. Kalau pandai takpe. Macam aku ni.. sepatutnya payah lah kalau main-main lagi. huhu," perlahan aku menuturkan ayat.

Next week Test 1. Allah mudahkan kami, aminnn.. 


"Umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara,"
[Imam Hassan Al-Banna]



























Selamat Hari Raya AidhilAdha. Kullu 'aam wa antum bikhair :')
Wassalam, Musirrah.




Tuesday, September 24, 2013

Bismillahirrahmanirrahim




Jangan ditanya mengapa kita semakin jauh
Tak usah dihairankan mengapa kita tak lagi seperti dulu
Tak perlu disoal akan jurang yang tercipta
Kalau kehadiran tidak disenangi, apa guna kita terhegeh di situ lagi
Andai kewujudan hanya merimaskan, apa guna kita berada dalam satu kumpulan
Ini juga tentang maruah dan nilai diri
Sahabat itu yang menerima diri kau seadanya
Sahabat itu, tak mengawal hidup sahabat lain dengan syarat-syaratnya.

Melukut tak berharga, masakan orang terasa kehilangan bila ia tiada
Orang tak rasa rugi walau sesen
Rindu apatah lagi, mustahil mungkin.
Bukan niat memburukkan, ini hanya luahan..
Yang mendekatkan kita pada Allah dan pertemuan denganNya, 
yang masih setia menjadi payung kita tatkala hujan terlalu lebat,
Barulah kita panggil sahabat.

Entah keberapa kali kunukil sendiri..
Sejujurnya sepanjang persahabatan kita hati ini banyak terluka
Namun kerana sebuah ukhuwwah aku gagahkan jua
Kerana hubungan sesama manusia itu tanggungjawab masing2 dengan Pencipta,
Senyum ini tetap aku cuba maniskan walaupun rasanya semakin tawar
Kerana hati ini tak mampu berdusta lagi yang ia telah sekian lama tercalar, 
Tapi bagaimana mungkin persahabatan ini dibaikpulih
Jika tembok antara kita semakin tinggi kalian bina,
Dan hanya aku seorang yang terkial-kial cuba meruntuhkannya
Dengan linangan air mata.


Wassalam, Musirrah. 





Thursday, September 12, 2013

Kuantan panggil balik oiii

Bismillahirrahmanirrahim


Dah nak balik Pahang. Mintak halal semua. Doakan :')

Wassalam. Musirrah.

Sunday, August 11, 2013

Bismillahirrahmanirrahim


"I'm walking in my memories with you. 
the tears fill even the deepest area of my heart, what should i do?" [Kim Yoo Kyung- Starlight Tears]

still long way to go. see that new header.  
one day we will find the place, where our dreams and reality collide :)



Friday, August 9, 2013

short stories

Bismillahirrahmanirrahim

90 darjah

"Kau memang rukuk tak habis ke?" bisik sahabat disebelahnya perlahan. Dia yang sedang membelek telefon bimbit pintar mencari apps Zikir Ma'thurat, menoleh dengan wajah kosong. Masing-masing masih bersarung telekung usai solat asar berjemaah bersama-sama dengan yang lain.

"Eyh?" hanya itu respon spontan yang mampu keluar dari bibirnya, hairan dengan pertanyaan itu.

"Kau rukuk tak cukup 90 darjah tu,"  ujar sahabatnya lagi, memberi huraian kepada soalan yang dikira masih belum terjawab sebentar tadi.

"Ohhhh," dia tergelak kecil, memahami maksud temannya.
"Ha'ah, setakat tu je boleh. Sakit," dia menyambung, tersenyum sambil sebelah tangan kanannya dilipat, mengusap bahagian belakang badan sendiri.

"Oh yeke.. Sori," balas sahabatnya dengan wajah serba salah sambil memegang bahunya lembut. Dia hanya menggeleng dengan senyuman yang tak lekang dari bibir. Kemudian masing-masing mula membaca zikir ma'thurat dalam suasana petang yang redup itu.
Seketika dia termenung, memikirkan keputusan x-ray tempoh hari, tentang tulang belakang yang sedikit membengkok dan tidak normal itu.
'Tapi doktor cakap tak bahaya,' bisik hatinya. Dia kemudian menjungkit bahu untuk diri sendiri lalu kembali memberi perhatian kepada bacaan Ma'thurat yang terganggu.


Pelangi Senja

Malam itu langit dilitupi angkatan awan mendung. Bulan gagal bersinar hebat seperti selalu. Dari tadi, kedengaran suara sahabat-sahabatnya dari tingkat bawah. Meriah sungguh. Namun kemeriahan itu tidak menarik perhatian dia untuk turut serta. Pena yang rancak menari dari tadi setia menyumbangkan dakwatnya dek catatan seorang anak rantau. Tingkat atas rumah Semi-D model baru itu sedikit suram, hanya diterangi nyalaan sebuah lampu kalimantang. Sesekali hembusan angin malam meniup masuk melalui celahan ruang tingkap besar yang terbuka.

"Weh raya mana tahun ni? Korang balik kampung bila?"
"Tema baju raya korang warna apa tahun ni??"
Kedengaran suara-suara mengajukan soalan dalam keriuhan itu. Dia tersentak. Pen ditangan berhenti kaku. Saat kegamatan suasana di ruang tamu bawah tidak berubah, dunia tiba-tiba terasa sunyi untukknya.

Lama fikirannya kosong sebelum tersentak sendiri. Jam menunjukkan hampir pukul 1 pagi. Dia bangkit menutup buku tulis lalu menghayun langkah lesu menuju ke bilik yang dikongsi bersama tiga orang kawan lagi. Malam ini nampaknya dia yang paling awal masuk tidur. Setelah katil double-decker itu dipanjat dengan berhati-hati, dia duduk dibirai katil yang berhampiran dengan tingkap. Langsir diselak. Cahaya neon dari lampu-lampu jalan masuk menerangi sedikit bilik yang gelap itu. Dingin bayu malam menyapa wajah.

"Dik, balik awal lah. Kita mana ada kampung," suara berusia hampir separuh abad itu terngiang-ngiang seakan berbisik disebelah telinganya. Dia menghela nafas perlahan. Ingatannya memutar kembali apa yang berlaku di masjid tadi;

Usai solat tarawih lapan rakaat disusuli witir, mereka ramai-ramai bergerak keluar untuk menunggu bas kolej datang menjemput pulang ke asrama. Masjid Sultan Ahmad Shah atau lebih dikenali sebagai Masjid Negeri Pahang itu sememangnya menjadi tumpuan ramai memandangkan ia terletak betul-betul ditengah pusat bandar. 
Ketika berjalan ditengah-tengah kumpulan sahabat-sahabatnya, matanya terhenti pada dua susuk tubuh yang sedang duduk bersama-sama di salah sebuah pondok rehat di perkarangan masjid. Seorang lelaki dan seorang perempuan lewat 70-an, mungkin suami isteri. Dalam cahaya lampu jalan yang samar-samar, dia melihat mereka menjamah moreh bersama-sama sambil bergurau senda. Perempuan tua itu sesekali menyuapkan makanan kedalam mulut suaminya, masing-masing berbual rancak seakan tak habis cerita untuk dikongsi. Setiap garis kedutan di wajah keduanya seakan melakar kisah tentang hidup mereka. Wajah yang semakin dimamah usia, usia yang terlalu senja. Tetapi senyuman mereka nampak.. bahagia.

Dia terkaku dihadapan pondok itu dari jauh. Di kotak fikirannya lantas terbayang satu persatu daripada dua 'wajah kesayangan hamba'. Kedua-dua insan yang jasa-jasa mereka tak mungkin terbalas. Kedua-dua insan yang terletak redha Allah atas redha mereka.

Manik-manik jernih bergenang dikelopak matanya, semakin sarat, lalu mengalir sepi. Langit Kuantan mula menyimbah gerimis ke bumi, seakan turut berkongsi kepiluan hati. Dentuman halus guruh sayup-sayup kedengaran. Dia melontar pandangan jauh sejauh-jauhnya keluar, memerhatikan resmi rintik-rintik hujan yang gugur menjadi wasilah rahmat Ilahi. 

Aku selalu fikir itu kisah dongeng. 
Kerana di perjalanan ini aku tak pernah mengalaminya. 
Pelangi kutemu cuma tahan sekejap pagi atau tengahari. 
Sekali hilang, tak pernah kulihat semula. 
Sebenarnya, pelangi di waktu senja itu bernarkah ada ?







Tertutup jangan jumud. Terbuka jangan hanyut.

Ramai para da'ie atau orang-orang belajar agama yang berfikir mereka sudah selamat daripada ikhtilat. Walhal ikhtilat itu bukan sekadar tepuk tampar lelaki perempuan, duduk rapat-rapat atau berpegang-pegangan. Ikhtilat itu juga adalah tentang cara bergaul dan berkomunikasi antara berlainan jantina. Apakah atas dasar urusan atau berbual meleret-leret tanpa ada isu yang jelas. [kopi dan pasta]

"Konsep yg kak pegang lebih kurang macam ni, kita berkawan dan kita bergaul bila ada urusan. Dalam urusan tu yang tak salah kalau nak bergurau senda untuk menghidupkan suasana atau orang sebut, cipta chemistry. Lagipun ramai-ramai macam sekelas atau sekumpulan tu takpe sgt. Tapi, pandai-pandailah jaga," "Kerana percayalah, bagaimana kamu menjaga dirimu dengan ikhwan sekarang adalah cerminan bagaimana suamimu menjaga dirinya dari akhawat juga," - anonymous

_____________________________________________________________________________________

Kalam Penulis  #eheh XD

fuh marathon. lamanya tak menulis ! PUAS.
Aku ingat kisahnya dah boleh bermula. Tapi, belum apa-apa lagi tamat macam tu je. Haha sad life of me ^^ takpelah Allah ada perancangan sendiri untuk kita. Kalau dia-dia taknak kawan dengan kite, ramai lagi yg nak kawan dgn kite. Appreciate kay. Life's simple chillax yo. Aduii keyboard lappy hurup F buat problem laa gigih aku nak nekannya tahuuu.

Alamak KIBA dah nak habis. Aku nak ikut bebudak denstost gi Mesir boleh tak huhu. Weh aku slalu pikir apsal la aku tak masuk UIA je haritu huhu tapiiiii , haaa haa ! tak elok sesal mendua LOL ok2 Allah knows best :3

"Hopefully raya ni raya paling best untuk Jedda!," 12.37am
ohmyy this message is really haha patut hantar skali dgn sekotak tisu. oh dan sekotak milo
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN :D
aku happy tengok korang happy eh seryes ni hahaha *kesat air mata*

they said craziness wipe out the tears. hmm it actually works. *for a while
well, how about a try? :P

stay strong and study
wassalam, musirrah.


 

Monday, July 8, 2013

strength; buffering

Bismillahirrahmanirrahim

Sekarang perjalanan sebagai pelajar, yang cuba menjaga niat untuk menuntut ilmu kerana Allah, mungkin lebih mencabar dari zaman Maahad dulu. Setelah Allah dah tambahkan lagi satu bab lain dalam cerita kehidupan ini. Bab yang aku kira, muka-muka surat nya paling basah dengan air mata, hingga dakwat kisahnya kembang, tak boleh lagi dibaca, tak mampu lagi difahami oleh sesiapa..

Takdir yang Allah hantar selepas selesai zaman persekolahan.. Mustahil disini mampu melupakan apa yang berlaku dihadapan mata. Tatkala tembok kebahagiaan runtuh sekelip mata, kasih sayang hancur berkecai seperti kaca.. kerana egois dan hasad manusia. Atau mungkin, semua itu memang rapuh dari awal, aku tak mengerti..
Semenjak nya, ruang penulisan kehilangan jiwa. Andai ada tawa, semuanya palsu belaka. Andai ada senyuman hanya direka-reka. Andai ada yang lawak, cuma dipaksa.
Hingga kini tiada pelangi yang muncul lagi.. awan tetap mendung.. di mata aku sudah hampir setahun awan mendung. Di mata mereka mungkin lebih lama..

Aku fikir nak berubah cuma semudah tu.. Rupanya tak..
Mesti ada turun naik, takkan pernah selamanya berjaya je..

Kadang aku terfikir, kenapa mana-mana tempat aku pergi, mana-mana bumi aku berpijak, benda yang sama berulang. Ujian persahabatan dan perasaan yang sama akan dilalui, cuma dengan orang-orang yang berbeza..
Aku tengah mengisi borang MARA ni haha.. tensen dengan aggreement yang perlu di settle kan. Oh ha'ah.. aku pilih tawaran MARA. Aku pilih Syariah Ekonomi dan Perbankan Islam.

Semua ni tak mudah. Tak ada yang mudah kat dunia ni. Disitulah mahalnya syurga Allah.

Kita hidup bukan untuk please orang lain. Asalkan jadi diri sendiri, aku bahagia.
Kat sini aku ada housemates yang dah macam adik-beradik aku sendiri :') 
Aku selalu harap dorang tak pergi Mesir, aku harap kita tak berpisah, tapi itu mustahil kan..




" Esok nak settlekan masa depan.. Jalan hidup ni masih jauh.. 
Banyak benda lagi penting nak fikir. Kita kejar cita-cita dulu ya :') #BeStrong ," 


Cerita jodoh bertasbih bersujud ke apa-apa, sudah-sudahlah. Habiskan belajar 4 tahun ni dulu..

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN :')
Wassalam, Musirrah. 

Tuesday, May 21, 2013

dua laluan

Bismillahirrahmanirrahim


Haritu check UPU. Harini dapat pulak result MARA. Maka apa yang berlaku ialah:















































Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Tahniah jugak kepada semua kawan-kawan. Dapat ke tak dapat tak kisah, cheer up, tempat bukan penentu apa-apa. Kat bumi mana pun kita tercampak, yang penting kena rajin belajar. Itu je. Rezeki kita lain-lain. Yakinlah ada sebab kenapa Allah buat semua ni. InsyaAllah..

Hmmm. Berbalik kepada kes aku. Disebabkan result MARA yang asyik tangguh-tangguh tu, aku pun terkejut bila dah keluar result. Harhar. Menjerit lama kejap lepas tu bila tengok tarikh, senyap. Kalau nak terima MARA, ada 2 hari je lagi untuk sedia. That was too soon.
Pasal ni aku cakap dengan Sya iz, barang boleh sedia, takpe. Tapi hati ni, aku takut hati ni masih tak bersedia lagi.. Yela kau bayangkan berapa bulan duduk rumah bukak ladang anggur. Tiba-tiba baru tahu, lusa kau kena sambung belajar dah. Silibus oversea pulak tu. Jauh kat Kuantan Pahang lagi. Ohoiii awai nau. Lagi awal dari Aieshah -.-
Untuk orang-orang yang tak pernah duduk asrama macam aku, semua ni memang mencabar hahah.
The only solution yang semua orang pun cakap benda yang sama is; ISTIKHARAH.


Ya Allah, hari ini Kau telah membuka dua laluan untuk aku menuntut ilmu. Maka di saat genting ini bantulah aku ya Allah untuk memilih laluan mana yang terbaik untuk diri, ummah dan agama ini. 
Amin ya rabbal 'alamiin.

Tadi borak chat/comment/wasep dengan Allyana, Aieshah, Farisha, Diyana, Syaima', Bishot, Capek, Hajey, Kak Thoba, Kak Wafa... Rasa sebak sangat. Rasa macam rindu, sayu, yang campur-campur macam sayur campur *okay dah merepek mungkin aku perlu tidur*

Kakak interview RISDA esok. May Allah assists her.
Wassalam, Musirrah.


Thursday, May 16, 2013

first past the post

Bismillahirrahmanirrahim

Cuba la kalian baca ni : http://zul4kulim.blogspot.com/2013/05/first-past-post.html
(sila ambil maklumat, abaikan kutukan dan kekasaran)
Ini lah maksud aku, demokrasi terbuka itu memang tak adil, takkan pernah adil.
Semua sistem manusia memang tak adil, banyak cacat celanya, membawa pergaduhan.
Tambahan lagi sistem yang diperkenalkan oleh Barat dan Yahudi.
Hanya sistem Allah yang paling adil dan paling layak memakmurkan dunia.

Nak buat macam mana ? Tegakkan islam dalam diri, nescaya tertegaklah islam di muka bumi.
Allah buat sesuatu ada sebab, bukan suka-suka. Sudah-sudah la tu.

wallahu'alam.
Wassalam, Musirrah.

Tuesday, May 14, 2013

democrazy

Bismillahirrahmanirrahim



My black. Honestly, is not for opposition. Neither for the blackout.
It’s for the rights that’ve been stolen. For the corruptions. For the sins permitted; bad side of film industry, casinos, clubs, conserts. For the identity cards given easily just like that.
They’re selling this country, feeding their wallets to obese. They made this country pitch black.
I forgot. People don’t understand. I made us apart, join the crowds, making fraud.
I forgot this is not the way and it’s not used to be my way.

Don’t you think GE13 is not the problem ? It’s democracy. It’s crazy.

I saw fights. ­Peers among them, mum and child, teacher and students, preachers and communities, generations and generations.
I saw them fight for a fully islamic country. But most of them curse, talk behind, burst out harsh words, sarcasm. They talk rudely, damn rude like seriously.

"Berlaku adillah meskipun kepada insan yang paling kita benci. Ia lebih dekat kepada taqwa. 
Kita daie, bukan penghukum, " -Fatimah Syarha

Maybe we can stop being judges and start our so-called daawah all over again, just maybe.
Nabi Muhammad pbuh will not put his smile seeing we are still bubbles.
Yeah a bubble that collides harshly with another bubble and poppp! they explode. they dissapeared. 






Oh Allah please bring us back the Khilafah. Amiin..
Wassalam, Musirrah.

Saturday, May 4, 2013

may

Bismillahirrahmanirrahim








Faraway is getting closer.
Kau mainlah gula-gula tu aku dah tak heran haha.

April has made it. Finally, it's May :)
Wassalam, Musirrah.

Monday, April 22, 2013

smile

Bismillahirrahmanirrahim










i'm going to smile and make you think I'm happy.. i'm going to laugh so you don't see me cry.
i'm going to let you go in style..
 




And even if it kills me, I'm going to smile..



Wassalam, Musirrah.

Tuesday, April 16, 2013

latest info cehh

Bismillahirrahmanirrahim

Tahu tak, 3 hari ni test je bukan interview lahhh. Except for those who applied for MARA-JPA.
Untuk budak2 MARA nya kalau dah pass test tu baru akan dipanggil untuk interview. 
That's as far as I know from Hajey's story.

"Haiyoo takde interview pun tadi, buat ujian je. Okjektif 100 soalan ngan esei 50 words,"
-Hajar Abdul Ghani , 16 April. haha.

Allyana pulak kata maknye call MARA and they said if the course does not have high amount of applicants, no interview will be constructed. Ohoiiii harap-harap Syariah tk ramai yg mintak, hehe tak baik betul aku ni :3

Anymore additional info ?

phewwww kus semangat ^0^"
Wassalam, Musirrah.

beberapa hari ni


Bismillahirrahmanirrahim
 

Pen hitam Faber-Castell CX5 bermata roller itu menari mengikut rentak jari jemari aku. Mata kiri yang sakit dan bengkak sejak dua tiga hari ini berkedip-kedip menahan pedih, ku gagahkan jua untuk menatap helaian borang-borang yang minta diisi. Sekali-sekala aku mengerutkan dahi dan kadang-kadang tersenyum sendirian. 
HP Deskjet 2520 printer bajet yang berusia hampir dua bulan itu setia menjalankan tugasnya di sisi, mencetak dokumen-dokumen yang diarahkan oleh pihak MARA untuk dilampirkan bersama borang permohonan. Habis menulis, aku mencapai glue stick dan melekatkan gambar berukuran pasport di ruang tersedia. Selesai. Aku tersenyum puas.

Aku melunjurkan kaki yang sejak tadi duduk bersila. Kebas. Lutut yang terhantuk di bucu meja siang tadi ku urut perlahan. Merenung borang yang baru sahaja selesai diisi itu, ingatanku melayang jauh.

*Flashback* Sepanjang tahun di 5 Ibnu Sina, setiap kali peperiksaan atau ujian, akulah orang yang biasanya akan menyelamatkan kawan-kawan lain daripada mendapat tempat terakhir di dalam kelas. Hidup aku dikelilingi oleh mereka-mereka yang sentiasa mendapat keputusan warna-warna berterbangan. Mereka yang apabila berbual, banyak berbicara tentang membandingkan result, tentang biasiswa, tentang cita-cita, tentang course yang market dipasaran.

Oh aku tak reti. Most of the time, aku merasa terasing dan kerdil di hadapan mereka dari sudut itu. Perasaan tu berterusan sampai sekarang walaupun dah habis sekolah, dah habis SPM dan dah dapat result pun. Dannnn aku tak tahu sampai bila hahaha. *Sudah-sudah pergi masuk tidur* 

Ahad 14 April , aku dan Fairuz ke Majlis Diskusi Lepasan SPM 2012 khas untuk pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran di bidang agama. Speaker utama adalah Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman, tak sangka boleh jumpa beliau depan-depan. Others were IM Asyraf, Ustaz Abdullah dan Ustaz Husni comel, haha XD
Thanks Fairuz sebab sudi tumpangkan. And sorry Diyana sebab tak perasan your presents :(
Overall talk ni best gila sampai aku tak tahu nak share apa sebab semua macam berguna. But things that trigger me disebabkan aku minat Usuluddin, tak berapa minat Syariah sangat. Ustaz kata;

"Jangan hanya ambil kos yang kita minat sahaja. Yang kita tak minat pun boleh ambil juga, didorong oleh rasa tanggungjawab dan usaha. Minat boleh datang kemudian," -Ustaz Zaharuddin

"Sekali kita jadi Ustaz/ Ustazah, orang akan tanya belaka. Semua benda orang akan tanya. Waktu tu takkan nak cakap "ohhh saya belajar Usuluddin je, tak tahu sangat Syariah2 ni," -IM Asyraf

"Waktu menuntut ilmu, pastikan kita cari sebanyak mungkin ilmu yang boleh. Sebab bila dah tamat zaman belajar, dah kerja, kita akan sibuk. Jangan apabila kita dah dikenali orang, baru kita nak terkial-kial membelek kitab mencari hukum dsb,"
-*tak igt ust mana ckp, hehe*

Yang paling paling paling penting adalah NIAT dan KEIKHLASAN. Musuh utama ahli agama adalah satu benda ni yang bernama: RIYA'.

Interview MARA aku 18 April ni sama dengan Allyana, Aieshah, Zuher, yang lain siapa 18 jugak aku tak tahu. Aku tak pernah pergi interview, tak boleh bayang macam mana dan rasa , urm, takut sangat sikit. Kalau dapat cantek ah, dua tahun kat Malaysia, dua tahun kat Jordan. Twinning program, that's cool enough untuk dapat dua-dua pengalaman, tempatan dan oversea. Entah lahh.. Aku dah lama tak buat macam ni; meletakkan harapan yang sangat tinggi. Selama ni aku jenis tak kisah. Tapi kali ni... 

Masa ini betul-betul menguji, keyakinan pada Allah Taala. Hasbunallahu wa ni'mal wakiil.
Doakan mata kiri aku sembuh sebelum interview. Huhu. 




ALL THE BEST KAWAN-KAWAN !
Wassalam, Musirrah.
Hidup ini adalah keyakinan dan PERJUANGAN.. dan PERJUANGAN mukmin yg sejati tidak akan berhenti kecuali kedua tapak kakinya, TELAH MENGINJAK KE PINTU SYURGA...

-Imam Ahmad ibn Hanbal-