Saturday, June 23, 2012

ubat

Bismillahirrahmanirrahim

Di keheningan malam.. tafakur di kesyahduan. Merindui janjiMu Tuhan, bantuan di perjuangan.
Ku titiskan air mata taubat segala dosa. Moga terangkat penghijab qalbu, antara Kau dan aku..
[Tafakur- Zikraa]

Dari Abu Hurairah ra, ia berkata : Nabi saw bersabda : Allah swt berfirman :
"Aku adalah menurut sangkaan hambaKu kepadaKu, 
Aku bersamanya apabila ia ingat kepadaKu.
Jika ia ingat kepadaKu dalam dirinya, maka Aku mengingatinya dalam diriKu.

Jika ia ingat kepadaKu dalam kelompok, 
maka Aku mengingatinya dalam kelompok yang lebih baik dari kelompok mereka. 
Jika ia mendekatiKu sejengkal, maka Aku mendekatinya sehasta. 
Jika ia mendekatiKu sehasta, maka Aku mendekatinya sedepa. 
Jika ia datang kepadaKu dengan berjalan, 
maka Aku datang kepadanya dengan berlari."
[Hadis Qudsi- Bukhari, Tarmidzi dan Ibnu Majah]











Manusia selalu 'sakit' sebab mereka tak guna 'ubat' yang Allah dah sediakan.

Lalu apa yang telah aku lakukan selama ini ya Allah.
Ampuni aku untuk setiap pandangan yang tidak terjaga, untuk lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab.
Astaghfirullahal 'azhiim..

Wassalam..Musirrah.



.

Saturday, June 16, 2012

actual causes

 Bismillahirrahmanirrahim



Seminggu ni.. ana rasa hilang semangat. Dengan 2A minus menghiasi senarai keputusan, i'm okay.
Dah cukup banyak tu. Em, alhamdulillah. Allah beri yang terbaik.

Ana rindu Izzati. Ana rindu 3 Ali. Entah kenapa dalam banyak-banyak kelas tiba-tiba ana rindu kelas ni.
Mungkin sebab ana baru tengok ni :
http://cahayaperjuangan6146.blogspot.com/2010/05/pameran-kebudayaan-kaum2-di-malaysia.html

Ana rindu Cikgu Shamsiah. Ana tak tahu kenapa tapi setiap kali lalu sebelah kelas Cikgu Shamsiah tengah mengajar, mesti ana rasa sebak. Ana rindu cikgu. Sangat.

Mungkin ana perlu berhenti bercakap dengan mereka. Buang masa.
Walaupun ulang seratus kali, orang takkan berubah. Orang tak sangka diri mereka yang kita maksudkan.
Kita share dengan harapan mereka faham apa kita maksudkan,
But at the very end, everything turns their impression into negative, and that hurts you even more.
Bila jiwa tak serasi, otak tak mampu bertemu, inilah yang berlaku. Mana nak bercampur minyak dgn air.
 
" Sometimes people simply give you advices without realizing 
they are the actual causes of all the pain  
you've been going through all this while, "

I don't hate you, I just feel better when you're not around.
Wassalam, Musirrah.



.

Monday, June 4, 2012

Muzium Kesenian Islam dan Istana Negara

Bismillahirrahmanirrahim

Ada dua tempat sahaja yang menjadi persinggahan sebagai cuci mata di waktu cuti persekolahan yang tak macam cuti ni. Ya persinggahan yang boleh juga dikatakan "lawatan sambil belajar" kerana destinasi-destinasinya adalah.........

Pertama, Muzium Kesenian Islam.

Siapa yang belum pergi Muzium Kesenian Islam ni, pergi laaaaa tak rugi kowt.
Quran-quran kat situ bersejarah habiss pastu ada buku Maths orang dulu-dulu, buku anatomi dorang.
Hebat betul. Di samping merungkai kembali fakta-fakta sejarah dalam minda, bahan-bahan purba di muzium ini juga sangat menakjubkan. Mungkin sebab semuanya pasal islam sebab tu best sangat.
Anda akan merasakan kegembiraan berkunjung ke sebuah MUZIUM buat pertama kalinya seperti yang telah saya alami :D



 Kompleks Masjid Sheikh Zayed

 Masjid dan Makam Khodja Ahmad Yassaviy

 Masjid Nabawi

 Masjidil Haraam *menitis air mata kot tgk walaupun replika je.. entah bila baru ada rezeki ke sana*

 Masjid Agung Umayyah

 Masjid Lorong DaXuexi




 Yang ni bilik untuk saudagar2 yang dtg berdagang, tp tak igt la khilafah apa tyme tu.


Manuskrip Matematik zaman Uthmaniyah Syria

Al Kiswah ! Kain pintu Kaabah. Ni baru pintu, besar betul.

Anatomi Badan. Comel je kan, hehe





 Kalendar Turki Uthmaniyah

 salasilah keluarga khalifah apa .. tak igt . Tapi benda ni panjangggg sgt, adelah 4 meja kat skolah tu.

 Mana-mana pun boleh bawa dan baca Quran :)


 Ni islam di India


Duit zaman dulu









Oraittt... Kedua, Istana Negara. 

Haha memang eksotik betul la kan tempat 'bercuti' kali ni.
Hangpa tau dakk ada pameran Raja Kita kat Istana Negara hak lama punya?
Haa tak de lah best mana pergi sini tapi banyak buat lawak sendiri je la. Hoho.
Pameran ni dicampur dengan Pameran Sultan Brunei, Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Lepas melawat Istana, pergi ushar Al-Hijrah jap. Pastu baru balik. Waktu menghala ke Sungai Besi tu, kereta capuk tu buat hal lagiiii... last2 balik naik towing. hmphhh, dasar proton.



 wow wow. pinar pinar mata.










Ohohhh sultan Hassanal. Baginda (ceh baginda bhaii) buat ana rindu kat Sultan Mizan & Tuanku Zahirah la..
Muka lebih kurang je. :'( Isteri pun cantikk sgt.

YOU HAVE TO READ THIS seriously you gotta read this one. Sultan Hassanal jadi imam, jadi khatib.
Wuuuuu nak pindah Brunei nak pindah Brunei.


ok dalam kereta atas towing. dah la tingkap kereta rosak. Mahu nak grill microwave duduk dalam tu -.-



  
“Katakanlah: mengembaralah kamu di muka bumi kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang telah lalu (yang telah dibinasakan); kebanyakan mereka adalah orang-orang musyrik,"
[Ar-Rum : 42]

Boleh A++ Sejarah macam ni.
Wassalam, Musirrah.



.

tablemate

Bismillahirrahmanirrahim


She's cute and kind but most of the time with her clumsy acts, she's deadly annoying.
But once she's not beside, the world will stay silent. Guess why? Because when she's not there, from where else can I hear the sound of someone opening a packet of biscuits in the class?
.
.
.
.
.
.
.
.

Siti Aieshah Mohd Yusof , budak spastik :P
aku minta maaf, aku byk wat salah kat kau.. tapi aku syg kau ok, 
Thanks for everything , two-years-tablemate :')


Wassalam,
Musirrah.



.

Sunday, June 3, 2012

for once

Bismillahirrahmanirrahim




For once you just want it to be easy, to be simple, to be helped, to be saved.
But you know you won't be.

Wassalam, Musirrah.



.

kisah daurah

Bismillahirrahmanirrahim

Daurah Ilmiah berjalan dengan lancar selama empat hari (ceh ayat gaya report persatuan pulak)
Sumpahhh best tinggal kat asrama. Petang-petang main badminton dengan Aieshah pastu dia menang.
Cisss faktor angin je tu, haha. dengki dengki. Makan pun sedap-sedap, malam-malam tengok TV ramai-ramai. Jerit-jerit tu satu kewajiban la, hehe. Tapi part yang paaaaaaling best tak lain dan tak bukan pastinya solat jemaah, zikir dan ma'thurat sama-sama.. huhu. Will be missing that moment...
Thanks warga MN + Aieshah, aku sayang korang.

Walaubagaimanapun....
Hidup, tak lengkap tanpa air mata.


Ibarat melukut di tepi gantang,
Masuk tak lebih, keluar tak kurang.




Wassalam, Musirrah.




.

peachoren

Bismillahirrahmanirrahim

Beberapa hari yang lalu ada spotcheck di sekolah. Hati ana mengerti dua jiwa yang berbeza. Jiwa seorang pelajar biasa yang memberontak dan jiwa seorang pengawas yang menjalankan amanah. Walhal apa sahaja penguatkuasaan yang berlaku, kita hanya menurut perintah mereka yang mentadbir sekolah.

Ana mengaku, dahulu ana juga seorang pelajar yang sangat tak suka pada pengawas sebelum ana sendiri akhirnya dilantik sebagai ahli golongan berbaju peachoren itu. Walaupun hanya pengawas BADAR, bukan pengawas sekolah atau asrama, kepincangan masalah disiplin yang berlaku sedikit sebanyak memberi kesan di jiwa ana. Mungkin kerana hampir tiap hari ana melihat wajah penat sahabat-sahabat yang berada di pangkat atas. Setiap hari ana melihat kerutan di raut wajah mereka dek terlalu banyak memikul beban. Setiap hari juga ana melihat mereka cuba tersenyum walaupun nampak dari mata mereka, sebuah dilema yang tak tertanggung.

Ana simpati. Jujurnya sehingga kini masih banyak peraturan sekolah yang ana sendiri tak suka. Tapi tahun-tahun yang berlalu buat ana makin faham. Lalu ana pun akur pada peraturan, bukan kerana suka pada peraturan tersebut, tetapi kerana hormat pada sahabat-sahabat yang kerjanya menguatkuasakan peraturan itu. Mungkin ini yang orang kata umur yang semakin meningkat buat kita semakin matang.  

Baiklah, kepada adik-adik junior yang masih berbaju putih dan mempersoalkan peraturan adalah hobi anda, akak cabar, sila isi borang permohonan sebagai calon Badan Kepimpinan tahun 2013. Pergilah merasa susahnya menjaga dua hati dalam satu masa. Pergilah merasa susahnya menghadap amarah orang-orang tua. Daripada asyik membunyikan mulut, pergilah jadi pengawas yang hebat dan ubahlah peraturan. If posibble, perjuangkan semula ikrar kita dahulu yang ada 'insan rabbani, beramal soleh dan bertakwa'. GO !


Play the game, juniors.
Wassalam, Musirrah.




Hidup ini adalah keyakinan dan PERJUANGAN.. dan PERJUANGAN mukmin yg sejati tidak akan berhenti kecuali kedua tapak kakinya, TELAH MENGINJAK KE PINTU SYURGA...

-Imam Ahmad ibn Hanbal-