Sunday, August 26, 2012

kerana Allah sayang

Bismillahirrahmanirrahim

aku sedar, aku bukan perempuan macam tu..
kau tak perlu jadi perempuan macam tu. kekalkan sahajalah menjadi siapa diri kau.
entah.. prejudis orang..
aku kenal kau dah lama. sejak bila kau pernah kisah prejudis orang ?
tapi kadang-kadang..
jangan banyak melayan bisikan mcm tu. 
berbahagialah kita menjadi orang-orang yang asing, sahabatku.


tak semua orang ada rezeki untuk hidup dalam kehidupan yang dia impikan. tak semua orang diizinkan Tuhan untuk bersahabat dengan org-org yg ingin dia dekati. tak semua orang mempunyai kekuatan untuk bertahan. dan kerana itulah Allah sentiasa menurunkan halangan. kerana Allah sayang. bunga masih segar mengharum sudah makin menghilang. jangan biarkan hari ini, ada sekuntum lagi yang layu menyembah bumi, melupakan cinta yang kekal abadi. kerana itulah Allah tak mengizinkan. kerana Allah sayang.

hari ini aku kian memahami, kalamullah yang kerap kali ku dengar itu menjadi seakan pertama kali, berdesing mengambil ruang di pancaindera pendengaran yang dipinjam dari Tuhan.

Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, 
padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya),
 jika kamu orang-orang yang beriman.”  [Ali ‘Imran: 139]








 .
" berbahagialah kita menjadi orang-orang yang asing, sahabatku, "
ya, aku berbahagia. kerana takdir yang berlegar dalam kisah hidup kita jauh berbeza dari mereka.

kerana Allah sayang kita
wassalam, Musirrah.


.

Thursday, August 16, 2012

detik-detik akhir ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim

1. Kegilaan hari jumaat bersama puteri 5 rusyd



 
2. Motivasi Kak Intan Ijazza
(akak ni style sangat !)
 siap ambik gmbar pengetua and the gang, bajet bwk kamera dapat kebenaran je kan, HAHA

 wanna be like her one day :)

3. Iftar 5 Ibnu Sina
Restoran Syarifah, Syeksyen 7, Bdr Baru Bangi
13 Ogos 2012, 5.00-10.00pm
 Sumayyah adik farisha








.
 4.  Perfect score Chemistry
 Hari terakhir Ramadhan di Maahad Hamidiah : [
yang ni bukan -,-



Nina, tablemate pertama aku kat Maahad waktu form1 dulu :)

cg rohayati a.k.a cg roha a.k.a cg roy :)


 
Epilog


Oh Tuhanku tiada indah di malam yang hening melainkan dengan bermunajat kepadaMu
Tiada indah suatu hari yang aku lalui kecuali dengan patuh kepadaMu ~
Oh Tuhanku tiada indah hidup didunia melainkan berzikir dan menyebut namaMu
Tiada indah tiba diakhirat yang abadi kecuali dengan keampunanMu ~

Ya Allah Tuhanku yang merubahkanku, tetapkanlah hatiku
Moga sentiasa dalam agamaMu jua taat akan perintahMu ~

jom qiyam :')
wassalam, Musirrah



 .

Saturday, August 11, 2012

mereka lagi

Bismillahirrahmanirrahim

Dahulu, ada seorang ustazah pernah bersuara tegas siapa yang ada friends dengan kaum berlawanan jantina di facebook, unfriend la semuanya demi keselamatan iman.
Ramai pulalah yang berbincang tentang isu tersebut.

Bagi ana, kalau unfriend, iman akan selamat, memang akan selamat.
Tapi selama mana?
Iman itu bukan akan duduk dlm pagar sekolah agama ini je selama-lamanya. 
Iman itu esok akan keluar menghadapi dunia luar, dunia yang kejam, penipu. Kalau hati dan akal tak tahu tentang taktik tipu daya dan kelicikan dunia tu, mana mungkin iman reti berjuang sendirian ?







" Beruntunglah kamu !
Tatkala Allah memilih kamu untuk menyedari 
hakikat perhubungan antara lelaki dan perempuan.." 
[ kak aisyahshakirah ]


Vaksin. kita dedahkan diri sendiri kpd virus tu sikit untuk belajar lawan dia. Supaya bila esok2 datang yang brutal, kita boleh lawan dah sebab badan dah faham mcm mana nk fight.The same goes dalam hubungan lelaki dn perempuan. Go and expose yourself so that you'll understand hows human like. You may attract sometimes but at least you'll know how to stand back, you'll understand life more. But then dont ever forget to BRING ALLAH ALONG throughout the journey.

btw thanks to my dearest Nur Allyana, thanks for yesterday.

That's what a friend's for :)
Wassalam, Musirrah.



 .


Friday, August 10, 2012

alhamdulillah

Bismillahirrahmanirrahim

" Tuhan... usah bebankan kami dengan bebanan yang berat
Seperti yang pernah Kau berikan kepada umat yang terdahulu dari kami..
Tuhan... jangan pikulkan kami yang tidak kami terdaya
Maafkan salah kesilapan, ampunkanlah dosa-dosa.. rahmatilah kami.. " 
Devotees-Tika Dinihari




whatever it is,
Aieshah, 5 Ibnu Sina and others, thanks
Allah bless you, Thanks for everything..

Alhamdulillah...
Wassalam, Musirrah.



.



Tuesday, August 7, 2012

nak pakai pakai la

Bismillahirrahmanirrahim

Ada satu hari tu ana tengah duduk ah depan cermin en try-try pashhy lama punya baru jumpa. Bosan buat nota punya kes, buang tebiat la sorang-sorang kejap en kat bilik. Pastu tetiba en en en tersergahlah aku oleh abang yang temokk dengan wajah kerutnya.


Abang: amende doe, buruk ahhh. Tak payah ar pakai camtu, buruk
Adik: ...............
Abang: tak payah ahh, tak payahh.
Adik: ehh , skati orang ahh nak pakai camne pun.
Abang: Tak lawa la, tak cantik langsung.
Adik: Sape pakai sebab nak lawa? Orang pakai sebab org nak pakai la, bukan nak lawa.
Abang: Buruk laaa, macam pakai topi
Adik: kalau macam  tu pakai tudung apa pun macam pakai topi
Abang: Sebelum org lain ckp, baik abang ckp dulu
Adik:  Orang nak pakai sukahati ahhh, kesah pulak lawa ke hodoh ke ?
Abang: Daaahh tak payah, tak payah
Adik: --"


Pakai tudung labuh, budak-budak tusyen kata topi. Pakai tudung bidang, kawan-kawan lama kata topi. Pakai pashhy, abang kata topi. Aku tak tahu ahh wei agak-agak aku kena pakai tudung siti tak pun turban yuna kot lepas ni baru orang tak panggil topi.
Overall ana mcm offended sikit banyak. Ya, ana pakai apa pun memang tak lawa. 


Ingat org nak nampak lawa sangat ke pakai benda belit-belit tu ? Orang pakai memang sebab nak pakai.

"Sukahati kita la nak pakai apa pun, saya nak pakai saya pakai la
Bukan nak orang nampak lawa, tapi untuk kepuasan diri sendiri,"
 Cikgu Ezana, 2012

Look, it's kinda kau baca Al-Quran kat kelas memang sebab kau nak baca, bukan sebab nak orang tengok kau macam budak alim. Ataupun kau main cellphone memang sebab kau nak balas message, bukan sebab kau nak show off iphone ipod kebende kau tu. Kau memang nak buat, bukan nak orang menilai. 
Tapi hanya sebab something yang kau buat tu macam upgrade sikit, orang mula la mengeluarkan justifikasi lulusan Istana Kehakiman Negara masing-masing.

As for me, ana memulakan pemakaian tersebut dgn harapan dan niat untuk reveal kat sahabat-sahabat ana especially kat tusyen la, yang kalau nak belit-belit pun boleh je cover your chest, follow the islam rules. Dan alhamdulillah Allah telah membuka hati-hati beberapa orang yang suka dengan cara belit-belit ikut syariat tu. So akhirnya daripada shawl pendek nipis mereka dah mula berhijrah kepada pashhy tebal labuh.

Kadang-kadang kalau kita berdakwah dari luar tak berjaya, kita kena 'masuk' dalam dorang dan tunjukkan cara yang betul, BETUL TAK ? Sebab saya tak sehebat Asiah Yusra yang mampu mendekati sesiapa sahaja dalam keadaan kekal dengan tudung labuh bulatnya :[
SAYA FLEKSIBEL. Aku pakai semua kowt, seriously. except kotak tu, theehehehe

Ana tak nak cakap banyak la, kita pun bukan budak-budak lagi hoho.
Nak pakai apa pakai la, suka hati je janji tak langgar guidelines Allah bagi sudah.
Kesahh ke orang kata buruk, hodoh, topi, khemah wateva.
Conclusionnya, pakai la selimut ke, kotak ke. janji tutup aurat dengan sempurna. SEMPURNA.

Wassalam, Musirrah. 





.

Sunday, August 5, 2012

today

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah akhirnya siap jugak and dah tunjuk kat lab haritu.




Btw tadi jumpa video akak ni, perhaps kawan MrTheAllShared kot. Akak ni mcm perfect habess tahu tak, dah la cantik, alim pulak tu, pandai lagi.



"Why  I have to be successful in SPM ?
You want to make your mum and your dad feel happy. And when your mum and your dad feel happy to you, Allah SWT will be happy to you too. You have to have this feeling in your heart to prove to all that Muslims can be successful. Islam teaches Muslims to be successful for your bright future.

"But now, for those who are not yet SPM, don't give up at first before trying ! Man Jadda wa Jada. Everyone who takes effort in doing something so hard, they will get what they want. Rasulullah SAW says that in everything we do, we have to do it in excellent manner. 

"Kita kena buat baik pada ibu bapa walaupun susah walaupun terpaksa berlawan dgn minda dan hati kita,"

"Remember there's nothing impossible with Allah's love ,"

Seriously bergenang air mata.. nak jadi anak yang dpt banggakan mak ayah jugak.
Walaupun mungkin tak mampu jadi sehebat dan seperfect kak nadia ni,  tapi untuk beberapa bulan tersisa ini.. aku akan cuba berjuang sehabis mungkin dan buat yang terbaik. Banteras sifat Malas !
InsyaAllah... dengan izin Allah.










.
Instead of judging people by their past, stand by them and help repair their future.
Help me. Salam Nuzul Quran  :)
Wassalam, Musirrah.


.

Thursday, August 2, 2012

beza

Bismillahirrahmanirrahim

" Setiap manusia pasti punya pemikiran yang saling berbeza
Tapi janganlah cuba untuk memaksa yang lain jika tidak sekata
Usah taksub tafsiran sendiri, pandanglah dari sudut yang lain
Mungkin ada benarnya kata mereka, andainya berfikiran terbuka
Renungkanlah bersama.... "

-Pejuang Agama-

Kalau hal-hal remeh pun nak kecil hati, susahlah macam ni.
Esok bila ambil Pengajian Islam di U, raaaaaaaaaamaaaaiii lagi orang yang berbeza-beza pendapat dengan kita. Tahu-tahu je la khilaf dlm agama di akhir zaman ni mcm mana. InsyaAllah, didik jiwa. Allah Maha Baik.

Btw tadi kan haishhh... pantang betul la carot-carot ni. reject.

"Tidak lurus iman seseorang hamba itu sehingga lurus hatinya 
dan tidak akan lurus hatinya sehingga lurus lidahnya."
( Hadith riwayat Ahmad)


berubah la weh...
Wassalam, Musirrah.




.
Hidup ini adalah keyakinan dan PERJUANGAN.. dan PERJUANGAN mukmin yg sejati tidak akan berhenti kecuali kedua tapak kakinya, TELAH MENGINJAK KE PINTU SYURGA...

-Imam Ahmad ibn Hanbal-