Wednesday, March 16, 2016

Bismillahirrahmanirrahim.

Hampir sebulan.
Lebih sebulan.
Rasa macam sudah lama.
Walhal baru sebulan.

Ada tempoh lain rasa macam hanya sebentar.
Walhal sudah bertahun-tahun lamanya.

Manusia begitulah.
Semakin hari perjalanan makin dekat kepada pengakhiran.
Kadang-kadang kita terlalu singkat fikiran
Merisaukan destinasi-destinasi kecil yang duniawi

Mengimpikan muaddal tinggi.
Setelah itu apa?
Mengimpikan segulung ijazah,
Setelah itu apa?
Mengimpikan sebuah rumah tangga,
Setelah itu apa?
Mengimpikan rumah dan kereta sendiri,
Atau profession impian,
Setelah itu apa?

Setelah berhasil mendapatkan semuanya,
Apa yang akan memenuhi fikiran kita lagi?

Aku tak tahu.
Sehingga kini belum ada jawapan.
Kerana belum pernah melalui.

Kalau ditanya ibu-ibu pastilah mereka hanya memikirkan anak-anak.
Atau ayah-ayah.
Aku tak pasti.

Apa yang kita akan fikir bila kita semakin tua?
Semakin sibuk dengan tanggungjawab yang tak berpenghujung.
Apakah semua itu akan Tuhan kira sebagai amalan?

Aku merasakan hidup aku sia-sia.
Bahkan menulis sebegini pun,
Bagai sang munafik menghayunkan jemarinya.

Mengapa kau menulis benda-benda baik sedangkan kau masih jahat?
Hanya supaya aku tidak menjadi lebih jahat.

Setiap hari fikiran dipenuhi cita dan cinta duniawi
Tidakkah itu jahat?
Setiap hari tewas pada nafsu sendiri.
Tidakkah itu jahat?
Setiap hari entah berapa saat sahaja fikir dan menungkan kebesaran Tuhan.
Apakah lagi yang lebih jahat?

Munafik.
Kalau Tuhan buka aib kau, kau pasti takkan mahu hidup lagi.

Kadang-kadang rasa mahu tampar nafsu sendiri
Kalau dia punya jasad berasingan
Lunyai aku kerjakan
Degil. Lemah. Dengarkan kata syaitan.
Pemalas. Tak berdisiplin.

Aku tak mahu mencela diri.
Kuatkan aku untuk terus meminta padaMu semua yang kelihatan mustahil
Kuatkan aku untuk tidak segan merayu memohon semangat dariMu
Lihatlah imanku yang kembali camping ini,
Aku harus bagaimana?

Oh Tuhan!




Hidup ini adalah keyakinan dan PERJUANGAN.. dan PERJUANGAN mukmin yg sejati tidak akan berhenti kecuali kedua tapak kakinya, TELAH MENGINJAK KE PINTU SYURGA...

-Imam Ahmad ibn Hanbal-