Wednesday, July 30, 2014

fight

Bismillahirrahmanirrahim



You can go on long after you think you can't.

Yeah, it's quite long. It took years.

Well.

Aci redah je lah . Sekarang tak pandai nak mengayat sangat. 

Aidilfitri 1435H


"Kau raya mana tahun ni ?"
"Wei tahun ni baju raya warna apa ?"
"Sunyi je FB . Tak share gambar family?"
"Sokmo sharing je kau sekarang. Tak ribut dah ?"
"Asal awal sangat balik Kuantan?"


Haha.

Hanya mampu senyum dan gelak.

Happiness is being content.

Ada je rasa dengki. Tapi Allah akan beri setiap orang tu apa yang dia perlukan, bukan yang orang lain perlukan. Setiap orang keperluannya lain-lain. Allah itu Maha Adil. So ? Tak cukup lagi untuk kau rasa special ?

Adik-adik kat Ghazzah tak beraya pun.

Takkan tertanggung kalau aku duduk tempat mereka. Sebab tu Allah tak uji kita dengan semua tu. Kat sini Allah beri kita ujian lain. Ujian menewaskan hawa nafsu, ujian menuntut ilmu, ujian berdakwah pada masyarakat. Dan mungkin ada sesetengah kita ada ujian yang special untuk kita. Yeah, Allah sangat adil. Setiap apa yang Dia timpakan tu, esok akan jadi satu added value yang sangat bernilai dalam diri kau . Tak perlu cerita kat orang pun. Malu ke adik-adik di Ghazzah. 

Klise kan ?

Haha. 

Kalau benar kau mencintai ummat ini, takkan kau bosan mendengar cerita yang sama tentangnya berkali-kali. Bahkan hati kau akan makin cinta.

Sejak azam Ramadhan, moga berubah wahai diri. Kekasih itu tak tinggalkan kau tanpa amanat dan pesan. Kuatkan hati dan tempuh lah dunia ini dengan syiar Allah. Setiap ujian tu benda kecik je kalau kau pusing dan fikir balik. Bukankah kau mengaku mukmin ? Bukankah kau mengaku beriman ? Bukankah kau mengaku berpegang dengan Al-Quran ?

Lantas Al-Ankabut ayat 2 dan 3 itu kau rasa Allah turunkan suka-suka ?

"...Nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta,"

Na'uzubillah.




Keras.

"Tidaklah akan menyimpang dari jalan Allah sesudah itu kecuali orang yang memang ingin menyimpang,"

....

Packing done. 

Nekad. 
Dengan izin Allah , hari ini akan lebih baik dari semalam.
Bermula hari ini, moga tudung labuh bukan sekadar hijabkan jasad, tapi turut hijabkan hati dengan sesempurna hijab.

Hijabkan hati dari dunia. 

"Bukankah neraka itu dipagari kesenangan, dan syurga itu dipagari ujian? "







Road to Kuantan and now is real war. 
Fight like Palestinians.

Wassalam. Musirrah.



Monday, July 28, 2014

Bismillahirrahmanirrahim



Tak boleh lelap mata malam raya. Fikir terlalu banyak benda, mungkin.
Sesal dalam hati seakan belum habis. Entah bila baru boleh lupakan segala penyesalan ni.
Entah bila bayang-bayang semalam akan berhenti mengekori.

Hela nafas.

Berat.

Kalau lah masa itu boleh diundur. Akan aku undur jauh-jauh. Sejauh hampir dua tahun yang lalu. Sejauh hari kejadian. Sejauh hari pertama semua ini berlaku. Sejauh itu.
Akan aku tukar pilihan aku kepada sebuah keredhaan, bukannya putus asa. Akan aku pilih simpang akhirat, bukannya dunia.
Dan kemudian semua yang pernah berlaku ini takkan berlaku. Dan pasti semua yang memberatkan fikiran sekarang takkan terjadi. Dan pastinya tak ada rasa bersalah yang mengejar ke mana sahaja aku pergi, seakan cuba mengawal masa depan nanti. Dan pastinya sekarang boleh hidup tenang. Dan pastinya diri tak terasa kotor seperti ini.

Tapi Allah kata semua ini perlu berlaku.
Aku tak tahu kenapa. Aku nampak hikmahnya, tapi hati masih meronta-ronta.
Masih sesal yang tak terhingga.

Menabur kata-kata yang memakan diri. Tak mengapa kalau aku yang sakit hati, tapi tak sanggup kalau orang lain yang terluka. Kerana ketidakmatangan aku menyusun kata-kata. Kerana pendek akal aku tak bertunjangkan syariatNya. Ya disiplinnya tiada apa yang terkota, tapi kemanusiaannya, semua ini tetap mengikat kuat. Rasa bersalah ini takkan hilang, aku tak reti jadi kejam.

Perancangan Allah memang penuh rahsia..
Semoga aku terus yakin, tidaklah Tuhan itu bawa kita sejauh ini untuk meninggalkan kita.
Moga kesilapan lalu jadi bekalan menempuh jalan dakwah dan tarbiyah.
Bila sampai masa yang dijanjikan , Tuhan akan jawab semua persoalan kau.
Dan kau akan faham kenapa semua ni perlu berlaku.

It's a part of growing up.




Ramadhan yang banyak mengajar. Alhamdulillah.
Eid Mubarak.

Wassalam , Musirrah.

Sunday, July 27, 2014

cinta dari syurga

Bismillahirrahmanirrahim 

Selama perjalanan aku berpatah balik, mencari jalan keluar dari lorong gelap itu. Samar-samar cahaya kasih Tuhan dihadapan seakan makin jelas dipandangan mata. Hati aku melonjak riang. Sekuat hati aku berlari. Membuak-buak rasa rindu pada cahaya dek terlalu lama berselubung kegelapan dosa. Sampai di sempadan keduanya, antara kegelapan dan cahaya itu, aku terhenti. Aku toleh sejenak kebelakang. Melihat dunia jahiliyyah yang aku tinggalkan. Menular rasa benci. Pada maksiat-maksiat yang pernah bawa aku jauh dari Tuhan. Pada jalan putus asa yang aku pernah pilih mengatasi redha. Kemudian seketika, mata aku tertangkap pada beberapa jasad nun di kejauhan kegelapan  itu. Aku lihat mereka terperangkap di situ. Sama seperti aku dulu. Aku lihat dia.
Cukupkah imaginasi menyedarkan realiti. Semacam tiba-tiba aku rasa sayang sangat kat dia. Padahal kita tak pernah rapat pun. Tapi dalam hati ni meronta-ronta, nak ajak dia pulang sama.

Awak, jom lah. Cukup lah tu. Bukan ini tujuan Allah beri pinjam dunia pada kita. Jom la kita balik, ya?

Tangisan tak dapat lagi aku bendung. Teresak-esak aku bagai anak kecil di hadapan cahaya Tuhan itu, aku adukan segalanya. Ya Allah.. Panggillah dia pulang seperti Kau panggil aku.. 

Semacam rasa sayang yang sukar dicerita.
Mungkin memang ini, cinta dari syurga.

Teringat dulu di Maahad kalam-kalam ukhuwwah yang sering dialunkan.
"Manisnya sebuah persahabatan terpancar dari manisnya iman, bukan kerana aliran darah tetapi dipateri kerana ALLAH.. Mampu memaafkan ketelanjuran dan bersabar dengan karenah insan. Menegur dengan penuh kasihan kerana tak mahu terpisah di hari pembalasan, "

"Memang seperti itulah dakwah.
Dakwah adalah cinta. 
Dan cinta akan meminta semuanya dari dirimu.

Fikiranmu, perhatianmu. 
Berjalan, duduk dan tidurmu. 
Bahkan ditengah lelapmu, isi mimpimu pun tentang dakwah

Tentang umat yang kau cintai,"
[KH. Rahmat Abdullah] 


Moga Allah bukakan hati kita luas-luas. Aku nak ajak kau pulang sama, dengan izinNya.

Uhibbuki fillah.
Wassalam.
Musirrah.

Friday, July 18, 2014

izinkan

Bismillahirrahmanirrahim

Izinkan aku, Tuhan
memberi perhatian pada kehidupan akhirat
bukan pada penipuan dunia lagi
memberi perhatian pada ummah
merawat luka-luka pada aqidah masyarakat
banyak yang perlu hati ini belajar
belajar jadi tough dan tabah
kerana aku juga sebahagian daripada ummah yang bermasalah

Izinkan aku, Tuhan
menghabiskan sisa-sisa Ramadhan ini
dengan memperbaiki kerosakan hati
mencuci bersih karat-karat yang melekat
jemputku menjadi insan yang Engkau pilih
yang Kau beri peluang menumpang di Ramadhan,
biar keluar daripadanya dengan meraih keampunan

Izinkan aku, Tuhan
mengutip kembali cebis-cebis maruah
menetapkan seteguh-teguh langkah
meneruskan perjalanan menujuMu
yang sering aku tersungkur, tersembam di tengah-tengah

Peganglah aku, Tuhan
dalam hati ini terasa kosong bila jauh dari rahmat
Allah tak pernah berganjak ke mana-mana
Hamba yang sering lari berpaling dariNya.
sangka dunialah kebahagiaan yg dicari
rupanya cuma pasir-pasir tak bererti

Kalut.
huru hara.
bukan sedih. bukan terasa.
cuma rasa macam sedang kusut dalam dada
tapi cuba bertenang
turun naik iman lumrah nya
esok nanti akan pulih dengan bantuanNya
Izinkan aku, Tuhan.
menjadi sebahagian dari orang-orang yang Engkau cinta.


wassalam.
Musirrah.











Hidup ini adalah keyakinan dan PERJUANGAN.. dan PERJUANGAN mukmin yg sejati tidak akan berhenti kecuali kedua tapak kakinya, TELAH MENGINJAK KE PINTU SYURGA...

-Imam Ahmad ibn Hanbal-