Wednesday, September 16, 2020

you're your own superhero

Aku ingat lagi, dalam empat-lima tahun lepas, di Malaysia belum banyak kesedaran tentang penyakit mental. Kebanyakan dari kita berjuang dalam diam, tak tahu di mana nak minta pertolongan, tak tahu mana nak rujuk, bahkan kita tak tahu pun apa yang berlaku dalam diri kita. Kita tak perasan pun emosi kita tidak normal. We didn't even know, that we were something else.

My journey started when I found the campaign of "I Am Not Ashamed". Ada beberapa orang pejuang yang berani berkongsi kisah hidup mereka, membuat aku nekad berkongsi perkara yang sama. Sebelum itu, aku selalu menulis di IIUM Confession sahaja, tak berani nak transparent lagi. Tapi sejak I'm Not Ashamed", aku bercerita buat pertama kali di ruang Facebook sendiri, dan boom. Viral. Aku buat part kedua. Viral juga. 

Sesuatu yang orang tak tahu, selepas aku siap menulis setiap penulisan, aku tak pernah baca semula penulisan tersebut. Kerana untuk mengingati semula terlalu menyakitkan. Aku boleh tulis pun satu perkara yang sangat struggle, memang tak lah aku nak baca balik. Macam tepek kat muka sendiri, "hahh nahh ingat balik semua kesakitan kau dulu". 

Aku cuma baca komen, jawab pertanyaan orang. Masa awal-awal dulu, aku rajin bantu semua orang. Sebolehnya aku nak kawan dengan semua orang, rungkaikan permasalahan semua orang, bantu semua orang cari jalan keluar dari masalah mereka. Sampai satu tahap, I got overwhelmed. 

Aku lupa, yang kehidupan mereka bukan tanggungjawab aku. Aku bukan hero mereka. Aku bukan kaunselor, aku bukan psychologist. 

Masa zaman tu, disebabkan mental health awareness baru nak naik, ramai pejuang yang seperti itu juga. Rasa nak bantu semua orang, nak hentikan penderitaan semua orang. Jadi bila kita nak open up pun, tak ada guideline yang jelas, apa yang akan berlaku dalam hidup kita selepas publik tahu tentang diri kita, setelah masyarakat kenal kita. Tak ada kenalan doktor untuk kita rujuk, tak ada advocate yang kita kenal.

Baru-baru ni ada meeting dengan para panelis program kat UIA nanti. Kami pun sembang-sembang la, berkenalan. Mostly langkah kita bermula dengan cara yang sama. Dan cabaran kita menjadi mental health advocate juga ada banyak persamaan. Yang paling terkesan di jiwa aku:

1) Bila kita bercerita tentang pengalaman melawan sakit mental, ada yang fikir kita punya sakit biasa-biasa sahaja. Tak se-serius mereka, sebab tu kita boleh lawan. Dia punya sakit lagi serius, sebab tu dia tak mampu nak hadapinya. Macam ada orang cakap pada Faris haritu "your demon is an amateur. siap boleh take turn lagi nak bercakap", masa Faris share tentang self talk dia. 
I (being so easily pissed off bila orang cakap macam tu pada Faris) was like: Dude, dia boleh lawan sebab he's not an amateur fighter doe. The demon listens to him because he has lived long enough with 'em that now he controls them, and they don't control him anymore lol.
But I just said that in my mind la. I mean, why would you compare your illness with others like that? You literally know nothing about the person bro seriously i can't even-


2) Ada yang merujuk kita secara personal dan cerita semua perkara berkaitan hidup mereka. I really appreciate their effort to reach out, i know it's not easy and you've tried. But normally the DM's are lottss, and we easily get overwhelmed by reading and replying them all. It requires so much energy and time, which I, personally, never had enough of them. Biasanya mana yang sempat balas, I'll suggest them to seek professional help terus. That's the most important part of recovery. Plus, kita tak pernah lalui apa yang dorang lalui. So kadang kita pun tak tahu nak respon/tolong macam mana.

3) Ada yang mengambil sharing kita 100% sebagai "nasihat dan amalan". Bila kita kongsi recovery journey secara publik, dorang rasa kita bagi 'nasihat' atau suruhan yang dorang kena buat macam tu jugak. NO actually we're sharing just untuk korang rasa yang korang tak bersendiri. Ramai lagi yang struggle, and if they have found their recovery journey, maybe you'll find yours too someday. Bukan kita paksa ikut. Boleh korang nak try, kalau rasa benda tu applicable dengan lifestyle korang dan keadaan hidup korang. Tapi kalau tak applicable, tak perlu la marah, kata kita 'nasihat' sesuatu yang tak membantu, padahal itu cuma sharing sahaja.

4) Ada yang mahu berkawan, tapi kita sebenarnya tak sedia untuk commit sejauh persahabatan. Bagi aku, di usia begini, susah sangat untuk aku commit dengan new friendship. Aku tak boleh nak create instant bond dengan orang yang aku tak pernah jumpa secara berdepan.

5) Ada yang focus on the privilege that you have, sampai dorang belittle your struggle. Contohnya "untungla kau ada isteri yang support" "untungla kau ada kerja, aku dah la takde kerja," padahal every struggle is valid and non comparable between patients. Memang la untung, alhamdulillah, tapi that doesn't mean your struggle is 'less valuable'. Orang expect kita ni tak pernah lalui kesusahan macam dorang, sebab kita public advocates ni jarang sangatlah nak cerita secara detail tentang keperitan dan trauma kita pada orang awam. Pertama, sebab benda tu terlalu menyakitkan untuk ditulis semula dan diingat semula. Kedua, sebab trauma kita kadangkala berkaitan dengan keluarga terdekat (yang mungkin sekarang dah berubah), contohnya mak ayah. Jadi kita tak boleh nak cerita secara detail pasal semua tu pada masyarakat. Orang ingat kita tak lalui kesakitan seteruk dorang, hanya sebab kita nampak kuat dan positif, tapi sebenarnya kita cuma present 10% diri kita sahaja pada dunia.

Semua ni sebenarnya dilema kita. Sekarang ni I'm practising self love first, I couldn't help people when me myself is overwhelmed by my own life, my own unsettled emotion, my own commitments. 

Kesimpulannya, jika korang salah seorang pejuang, and decide to tell the public about your illness, please expect all these changes in your life, and learn from our mistakes. Always love yourself first. It's okay to say no, to not reply messages at all. Don't feel bad if you couldn't help everyone because that's not out job. Our job is to make mental illness a less taboo topic to talk publicly in this country, encourage people to seek professional help and stay alive. Nak bantu orang boleh, tapi jangan sampai terjejas kesihatan sendiri, ANDD better if you do that in groups la. NGO ke.

Dan kalau korang salah seorang diagnosed mental patient yang sedang reaching out, know that you're strong and brave. The first step to recovery is to seek professional treatment. Brace yourself to walk to that clinic, ask for referral letter, and go to the psychiatric department. Doa banyak-banyak supaya dapat doktor yang tak stigma, supaya nurse semua ok takde yang trigger korang. Kalau first appointment is disaster, next appoinment boleh minta tukar doktor. If you wanna make friends, join any community, circle or NGOs. Avoid putting expectation on advocates to always reply to you, because they might look strong and happy but often times they're struggling as much as you too. Find your own self. This is your recovery journey. 

Remember, you are your own superhero :) 



7:08PM
16/10/2020
BBK.


Hidup ini adalah keyakinan dan PERJUANGAN.. dan PERJUANGAN mukmin yg sejati tidak akan berhenti kecuali kedua tapak kakinya, TELAH MENGINJAK KE PINTU SYURGA...

-Imam Ahmad ibn Hanbal-