Sunday, March 24, 2013

back to the future

Bismillahirrahmanirrahim

post ni macam self-centered sikit hahaha sorie for that .


alhamdulillah. as expected , paling kurang 7 paling banyak 9. Last2, 8 :)
8a 3b alhamdulillah. Tahniah semua orang ! Tahniah tahniah.
SPM bukan penghujung, ia baru permulaan. Kita sama2 mulakan hidup baru, lepas ni kita belajar rajin-rajin, baiki kesilapan kita selama ni.
InsyaAllah, ada rezeki yang besar Allah sediakan untuk kita di masa akan datang.
Sekarang masanya untuk menggodek segala isi internet dan laman sesawang untuk mengetahui siapakah yang sudi menerima diri ini.

Dulu aku teringin nak belajar jauh sikit tak keluar mesia keluar selangor pun jadilah. 
Serius do aku nak blaaaaaaaahh jauh2. 
Tapi U yg ada pengajian islam semua banyak kt selangor. Maka aku pun cubalah tolerate dgn sains hayat, sains bla2. At least boleh la aku ke sabah serawak ke. 
Sehinggalah aku pergi Karnival Pendidikan MARA dgn Farisha tempoh hari , jumpe pakcik GMI ni.

"Jangan pilih course sebab ia nampak hebat and cool, sebab mak ayah suruh, sebab ikut kawan. At the end you yang akan tanggung semua beban tu. Belajar tak pe lagi, semua orang boleh belajar. Tapi bila kerja esok, sanggup ke nak tanggung 20-30 tahun bekerja dengn benda yg kita tak minat? Pilih course tu bukan stakat apa yang kita minat BELAJAR, tapi apa yang kita minat dan bersedia untuk APLIKASI dlm kehidupan kita kelak untuk diri dan masyarakat ,"

Pakcik GMI, PWTC, 17 Mac '13


Berinspirasi kan kata-kata ini, semangat aku untuk menggapai bintang kini telah kembali membara (subahanallah ayattt) . Aku pun meng-kansel-kan segala pilihan berkaitan sains kat borang upu-online aku. Betul ckp pakcik tu, belajar semua orang boleh belajar. Tapi nak kerja esok ? Aku tak dpt bayang 20-30 tahun aku nak habiskan hidup aku mcm mana dgn sijil Sains sedangkan impian aku selama ni memang Pengajian Islam. 
Mengumpul sebanyak mungkin ilmu agama kemudian menyebarkannya kepada masyarakat . 
Kalau ditanya tentang target matlamat dimasa depan , itulah sahaja jawapan aku.



 
Asasi, Diploma, Ijazah kt luar negara . Mana-mana yang Allah hadiahkan, insyaAllah aku tak kisah.
Walaupun dalam hati teringin ke luar dari Malaysia, tp yang aku cari sekarang adalah ilmu.
Itu yang aku cuba bisikkan pada hati aku.

Moga dengan ilmu itu, aku dapat meyakini bahawa benarlah Islam is perfect but Muslims are not. Moga dengannya aku dapat memahami benarlah ada keindahan disetiap takdir Allah. Moga dengan ilmu itu dapat aku pulang kepada Allah dan membawa lebih ramai lagi manusia pulang kepadaNya.

Aku tak ada cita-cita hebat untuk kerja dengan gaji besar. Asalkan aku bermanfaat pada masyarakat cukuplah.
Aku tak ada cita-cita untuk pagi keluar kerja petang baru balik selama 5 hari seminggu.
Aku prefer bebas, kerja dengan orang tapi jadual sendiri.
Penulis, penceramah. Aku tak tahu. Allah akan tunjukkan jalannya. Aku yakin.
Future itu simple bagi aku. Follow the flow, if its meant to be, it will find its way.

He gave you dreams for you to share,
So that you may benefit the Ummah by making it come true. -afiqsazlan.

Wassalam, Musirrah.



yang dipilih Allah

Bismillahirrahmanirrahim


Buat awak yang masih menangis disana,
Saya juga tahu bagaimana rasanya terluka, kecewa, disakiti dan apatah lagi merasa dizalimi. 

Seluruh hati ini terasa begitu pedih dan sakit sehingga jasad turut lemah tidak berdaya. Semahunya menangis sepuasnya dan ingin sekali mengkhabarkan ke seluruh dunia betapa hati telah remuk dan berhenti berharap.

Kala itu jiwa bercampur dengan rasa sedih, marah dan seringkali dendam itu datang memujuk. Saat itu,orang diluar sana samaada teman karib mahupun saudara terdekatmu sama sekali tidak akan memahami dirimu. Bercakap itu selembut-lembut lidah,tapi hati yang merasai jauh lebih mengerti. Hatimu terasa sungguh sunyi. Dunia bagaikan kosong.

Kenapa mesti aku yang rasa semua ini? Persoalan itu kerap muncul menerpa fikiranmu.

Ya,buat awak yang masih mahu membaca ..
Dunia ini tidak pernah menjanjikan bahagia buat penghuninya,

Hidup kita jauh berbeza walaupun dibawah langit yang sama. 
Awak dengan hidup awak. Saya dengan hidup saya.
Mungkin awak rasa hidup awak paling malang.

Tapi saya juga nak awak tahu,
Suatu hari nanti awak akan rasa betapa bertuahnya diri awak.
Awak akan sedar betapa beruntungnya awak diuji sebegitu.
Cuma awak kena bangun dan teruskan hidup terlebih dahulu,
Pandanglah dunia dengan sederhana,
Berdoalah sesungguhnya dan menangislah kala sujudmu.
Pasti jiwamu ringan dari segala beban.

Pasti tiap tangisan mendamaikan,
Kerana Allah adalah jawapan dan sandaran terbaik buatmu malah pada seluruh hamba-hambaNya.
dan tadbir dan takdir Allah tidak pernah tersilap!

Jadi buat awak yang telah dipilih Allah,
La tahzan,innallaha ma’ana. =)




COPY&PASTE

aku suka.
wassalam, Musirrah

Sunday, March 17, 2013

weeks of march

Bismillahirrahmanirrahim

Baru 3 bulan cuti selepas tamatnya Sijil Pelajaran Malaysia 2012 .
gelak, nanges , kerja, makan, tido, online, kemas rumah. MASAK je tak reti-reti lagi hehe.
Eh tapi tadi aku buat ais-krim goreng resepi Farisha bagi, sedap kottt,
alhamdulillah, masuk bakul angkat sendiri pun boleh heee.
haishhh makan banyak , aku dah expand ni, kena buat sit-up ni tak boleh jadi ni.

Khamis depan keluar result ! ohohhh tiba-tiba je. apakah ini semua.

Haritu kan pergi qiyam dengan Syaima' kat Keramat, KL. Hikhik ktorg kat sana paling muda sebab yang lain semua akak-akak Universiti . Erm, best la , rse mcm kat asrama.
Pastu Ahad keesokannya ktorg chau awal, pergi KLCC yeahhh.
Akhirnya hajat untuk bertamu ke Sultans of Science terkabul jua.
Exhibitors kat situ banyak yang sebaya kita, memang buat member la.
Sumpa besttttttt sesangat weh rugi 99 petala langit ah kau tak pergi.
Petang sabtu hingga petang ahad yang gempak , 24 jam bersama Syaima' , haha :)


Kat Kajang ada Metro, cziplee , coolblog, KTM. kat Banting ada apa ?
keluh seorang budak bandar. hahah.
tp seriously la kalau aku melesen takpe gak boleh gerak rata-rata , ni lesen beskal je ade pe cite -..-
Dah la rumah takley pasang internet lagi , TV pun belum kasi pasang.
Died of boredom like seriously.

Eh uolls tau tak haritu i pergi pasar malam Bukit Changgang. Aku tak tahu la semua pasar malam kat banting memang pelik atau yg ini je. Tak pernah2 aku gi pasar malam org jual novel, promote astro, ada gerai ikan tengah2 lot kedai baju.
what the fish. haha.
Tapi yang best ni ada ice blended Razif D' Blend kebende ntah lebih kurang la.
Aku rse lagi sedap pulak dari coolblog. Adakah memang begitu atau tekak yang haus ini kadang2 menipu ,



Kenapa kau pindah Banting ?
soalan simple tapi... mungkin aku boleh tulis novel setebal Tautan Hati pasal ni. hahahahha.
hahaha.
haha.
ha. ha.









" usah kau ragu disini tempatmu ,
walau berubah , di mata kita tetap indah ,
selagi kau masih percaya ,"

wassalam, Musirrah.



Hidup ini adalah keyakinan dan PERJUANGAN.. dan PERJUANGAN mukmin yg sejati tidak akan berhenti kecuali kedua tapak kakinya, TELAH MENGINJAK KE PINTU SYURGA...

-Imam Ahmad ibn Hanbal-