Saturday, May 28, 2011

a tale of a cat

Bismillahirrahmanirrahim

Dah genap sebulan tak update blog. Alhamdulillah, peperiksaan pertengahan tahun 2011 dah selesai diduduki. Bermula 9 Mei berlangsunglah peperiksaan Sumatif 1 menengah atas sehingga 25 Mei 2011. Tiga minggu tu lama benar. Dah cuba yang terbaik.. tak tahu la natijah mcm mana.. insyaAllah yg terbaik juga.. Tanggal 15 Mei yang lalu pula, meningkatlah usia ana setahun lagi. Terima kasih Allah kerana memberi hamba peluang untuk bernafas di bumi ini selama 16 tahun.. Mei terlalu laju berlalu. Mei juga merakam satu hari yang takkan pernah ana lupa..

*****************

"Kenapa dia muntah-muntah ni.. Berbuih pulak tu.." kataku risau. Kucing kacukan Siam itu merebahkan dirinya disisi kakakku. Angin petang itu lembut menyapa pipi.. Bulu halusnya beralun perlahan dek hembusan angin Tuhan. Kakak turut menyuarakan kebimbangannya.
"Muntah lagi ke?" tanya ummi yang tiba-tiba muncul menjenguk dari dalam rumah. Aku dan kakak hanya mampu mengangguk.
"Basuh dulu la yg dekat karpet tu," kata ummi. Kakak akur lalu masuk ke dalam rumah. Be-on bangun lalu berjalan ke bahagian tepi rumahku. Baru sahaja aku ingin mengekorinya, terdengar suara kakak memanggil aku untuk membantu membersihkan muntah Be-on di dalam rumah tadi. Aku masuk lalu membantunya.

Selesai kerja membersih, aku keluar semula mencari Be-on. Di bahagian sisi rumahku yang sempit, kulihat dia duduk membulat ditengah-tengah himpunan dedaun kering menghadap dinding. Pokok hutan yang agak besar yang tumbuh sendiri dari celah-celah simen yang merekah itu menjadi teduhannya daripada matahari petang. Dia bagai ingin berseorangan, terasing dalam dunianya.
"Kakak tengok Brown.. nape dia duduk cmtu.." luahku pada kakak di dalam rumah. Kakak keluar bersama ummi.
"Cuba bagi dia minum air gula. Rasa mcm termakan racun ni," kata ummi memberi petua. Aku masuk membuat air gula sementara kakak mengambil Be-on dan meletakkannya di dalam besen biru tempat dia sering beradu. Be-on kelihatan lemah. Langsung tak berdaya. Aku keluar dengan air gula. Menggunakan tisu, kakak buka mulut dia dan perah air gula itu kedalam mulutnya. Hanya dua titis, dia meragam. Tak benarkan mulutnya dibuka lagi. Aku dan kakak mengeluh.
"Ummi dia tak nak dah.." kata Kakak menghantar laporan kepada ummi.
"Tak pe, rasa nanti ok lah tu," jawab ummi.

Tatkala senja datang bertamu, Be-on tak ditemui. Aku mula risau. Kedua orang kakak kembarku pergi mencarinya sementara aku tinggal dirumah bersama ummi dengan mata berair. Lima belas minit kemudian kakak2ku pulang membawa be-on yang lemah. Kami membawa dia masuk ke dalam rumah. Badannnya yang kelihatan cengkung mengingatkanku pada Bulat, seekor kucing yang datang menghiasi hidup kami di rumah ini ketika aku masih di sekolah rendah. Hari terakhir Bulat datang, dia muntah-muntah dan sakit. Melihat keadaan Be-on yang tidak jauh bezanya dengan arwah Bulat, aku risau..
"Jumpa dekat depan rumah hujung sana," kata kakakku.

Malam melabuhkan tirainya. Aku mengulangkaji Physics di ruang depan. Be-on dijaga oleh kedua orang kakakku namun tidak dibawa masuk kerana dia asyik cirit-birit. Sebelum tengah malam, Be-on asyik memanjat grill untuk masuk ke dalam rumah namun kami meletakkan dia di besennya semula. Jam 12, kakak-kakak dan ummi terlena di ruang tamu. Aku juga terlelap bersama timbunan buku Physics yang bersepah.

Keesokan harinya, Rabu 25 Mei 2011, aku bangun seperti biasa, solat, lalu berkemas untuk ke sekolah menghadapi kertas peperiksaan terakhir Sumatif 1 iaitu PHYSICS 3 dan SIVIK.
"Pukul 2 pagi semalam ummi bangun tengok Brown tak ada kt besen," kata ummi kepada aku. Aku diam. Buku Physics masih diselak-selak lantaran terasa langsung tak bersedia walaupun malam tadi sudah membaca.

Pulang dari sekolah, ummi memberitahu bahawa Be-on tidak pulang lagi sejak pagi. Setibanya di rumah, aku mengajak kakak mencarinya namun masih gagal ditemui.
"Masuk makan dulu," kata ummi kepada kami.
"Jakgi kita cari lagi kay," Janji kakak kepadaku.

Selepas makan, aku dan kakak berehat sebentar sebelum berhasrat untuk keluar semula mencari si kucing kesayangan. Tiba-tiba pintu rumah diketuk oleh jiran kami, seorang nenek tua berbangsa cina yang giat bercucuk tanam disekitar perumahan ini. Aku memulas tombol pintu.
"Itu blakang lumah ada kucin itu lu punya ka?" soal si nenek dengan slanga cinanya.
"Kat mana?" soalku semula.
"Lu ikut saya, sini ikut,"

Aku menuruti langkah si nenek tua menuju ke belakang rumah yang terletak di hadapan rumahku. Hanya Tuhan yang tahu debaran di hati ini. Tanganku mula menggigil. Terbayang-bayang di minda keadaan Kechik, seekor kucing yang pernah hidup bersama Be-on dulu. Namun dia pergi dulu, mati di dalam longkang ketika sedang sarat mengandung. Tangan inilah yang menarik keluar Kechik dari dalam longkang kotor itu lalu mengebumikannya di tanah terbiar di hujung perumahan ini. Kechik juga seperti Bulat, muntah-muntah. Cuma mungkin Kechik sakit bersalin, atau diracun, tiada siapa tahu. Langkahku terhenti. Nenek tua mengangkat sekeping zink yang tersandar di dinding. Ku lihat sekujur jasad makhluk Allah terkulai di atas simen batu itu. Jantungku berdegup laju.

"Suta mati wo?" tanya nenek tua. Aku diam. Perlahan-lahan tangan lemah ini memegang jasadnya. Keras. Aku sebak. Dalam keadaan ku rasa duniaku gelap, ku lari pulang ke rumah. Kakak yang sedang berdiri di hadapan pintu bagai dapat mengagak takdir Tuhan yang diqadarkan pada saat itu. Dari jauh kakak menjerit
"Kenapa dengan Brown??!" Aku diam. Langkahku terus menghampiri rumah dengan air mata yang mengalir laju.
"Kenapa dengan Brown???????!!!" desak kakak sambil mula tersedu.
"Brown dah mati!!" aku melaung. Terasa marah dengan diri sendiri kerana tak memberi sepenuh perhatian kepada si kucing itu selama ini. Ya Tuhan.. terlalu cepat Kau mengambilnya dari kami.. Innalillahi wa inna ilaihi raji'uun.. Daripada Allah kita datang dn kepadaNya kita akan dikembalikan..


Kadang-kadang aku rasa dunia menjadi semakin kejam. Manusia semakin tidak bertimbang rasa. Zalim. 
Tak berhati perut.
Petang itu merakamkan satu kenangan yang tidak dapat dilupakan oleh kami sekeluarga. Bertemankan ayah dan kakak, kami pergi mengebumikan jasad Be-on di tanah terbiar di hujung taman, tidak jauh dari tempat aku mengebumikan Kechik dahulu. Mungkin jasadnya telah bersemadi, namun kenangan dan memori si kucing ini bersama kami selama dua tahun akan kekal abadi..


Bonie the Brown a.k.a Be-on
22 Mei 2009- 25 Mei 2011


wassalam, Musirrah..


 
Hidup ini adalah keyakinan dan PERJUANGAN.. dan PERJUANGAN mukmin yg sejati tidak akan berhenti kecuali kedua tapak kakinya, TELAH MENGINJAK KE PINTU SYURGA...

-Imam Ahmad ibn Hanbal-