Monday, September 24, 2012

live the story

Bismillahirrahmanirrahim

mira: kamu dapat berapa addmaths paper 1 jedda ?
jedda: enam belas
mira: hah? per berapa ?
jedda: per lapan puluh lerr (hulur kertas)
ulfa: seriously jedda, rileks gila kau
jedda: aku tgh belajar la ni, haha ..


" Whatever happens to you, don’t fall in despair. Even if all the doors are closed, 
a secret path will be there for you that no one knows.. " [Shams Tabrizi]
 
Nobody knows what happened that morning. Nobody knows about the unwanted battle. Nobody knows how hard it was.. ended up with a conscious mind that failed to work. People will talk. People will judge, people will talk behind. While they have no idea what our journey is all about.

GAGAL is a big word. And it hurts.
But these are experiences. How it feels to be succeed, and how it feels to be a failure.
You've known it all. That's a cool life :)





























spm ada lagi
Wassalam, Musirrah.


.

Tuesday, September 18, 2012

syawal 1434H

Bismillahirrahmanirrahim

Generally ana bukan nak cerita pasal sambutan Raya sebab raya mcm takde life sangat tahun ini dek trial spm yang mencemburui syawal kami. Tahun ni tak balik Kedah.. Financial ada problem sikit, dengan kereta Wira yang accident hari tu tak siap-siap baiki lagi. Yang ada pun kancil 17 tahun bertompok-tompok tu, mana boleh pergi jauh. Jalan pun kedek-kedek.
Tapi ada la keluar jalan-jalan. Gi rumah tok long, tasha, aieshah, kak soti, kak fatihah, rumah NAJIB, haha.
Most of the days ana dengan abang je yg keluar so macam boring tapi kesah pulak janji dapat melantak, HAHA. Gambar pun tak banyak.. (banyak tapi penuh muka aku dengan abang je wtpe)
Kat sini ana cuma nak share dua je gambar yang penuh kisah,
























First day raya pergi rumah Najib. Rumah la sangat. Tengok beliau depan-depan, youu. Eh jangan salah sangka, ini bukan propaganda politik ya. Ktorg datang nak makan dengan ambik kuih raya free je, haha. Orang kata rezeki jangan ditolak kan. Pastu tyme open house ni, ana dgn abg berkenalan dgn sorang makcik Iran, hoho. Bila borak dengan dia, terasa pandai BI pulak.
Mula-mula borak pasal sate je. Dia tanya la apa nama makanan tu en, yg cucuk2 kat lidi tu.
Pastu aku ni dengan bajet minah saleh nye pun berkatalah "Owhh this is sataaaayy,"
HAHA sumpa lawak. Tapi best la, dpt pengalaman.















Yang ni pulak.. em tahniah kepada abang :)
Sweet kan bila kenal dari form 3 pastu even lepas habis skola masing-masing bawak haluan masing-masing, tapi persahabatan still go on macam biasa.
Selama 10 tahun mcm-mcm orang yang datang dan pergi. Jauh merantau, sampai ke utara selatan mencari jodoh yang sejati. Punya cari jauh-jauh, rupanya orang yg ditakdirkan tu ada dekat je dengan kita.
Tak de angin tak de ribut, tak sangka bertemu jodoh dgn sahabat karib sendiri.

Farisha: sweet nya.. last-last kawen dengan kawan sendiri.
Aieshah: Tapi takut jugak kalau esok2 kawen dgn bestfriend sendiri. Tak nak kite.
*senyap jap. (rasanya semua orang tengah terbayang kot)*
Jedda: erk... agak ah.. takut jugak en.

Okay bila fikir balik.. menakutkan ada la. haha.
Wassalam, Musirrah.



Sunday, September 16, 2012

jejak kasih

Bismillahirrahmaniirahim

Pada hari sabtu yang lalu, bertemulah kami enam orang sahabat yang telah berkawan sekian lamanya dari zaman police entry, sepseptomtom, kejar-kejar dan pondok-pondok. Oh sebenarnya tak semua sebab Asma' Zafirah tak, haha. Yes, saya dating dengan budak KAA saujana kononnya la nak belajar bahasa arab sama-sama ye dakk, last-last main je lebih. Saje je nak jumpe dorang sebenarnya, dah 5 tahun tak jumpe rindu sangat. Keluar berjalan sakan kat taman sampai nak maghrib, heehe. Jalan ramai-ramai bajet tengah lepak kat mid je. But then i'm happy, happy sangat :')

presenting you: Diyana, Asma', Kashah, Ili, Nisa





berlakon sebentar, haha. Asma' mcm adik yg kne marah dgn kakak-kakak dia.

style dakk, haha



Disebabkan kejahilanku yang baru belajar menggunakan Canon 500D maka banyak gmbar mcm tak lawa. Tapi tak pe yang ada pun cukup dahh. Entah bila la baru free lagi nk jmpe. Agak2 lepas amik lesen nnti kot, haha. Thanks for the Saturday korang :) sayang korang !

Wassalam, Musirrah.

Wednesday, September 12, 2012

arghh

Bismillahirrahmanirrahim

Ada lagi tiga paper nak habis trial exam. tension. tension sangat. dah lama tak rasa macam ni.
sejak paper sejarah haritu berlalu, takde satu pun paper lepas tu aku target A. 
bahkan lepas check paper 1 sejarah pakai skema kat laman web jps, dengan sejarah-sejarah tu pun aku rasa takde harapan nak A. kau tahu, skema dia keling betul.
okay maybe aku tak pandai physics sangat nak buktikan skema dia ada salah, tapi aku ada buku biology yg boleh tegakkan keadilan ni. hampeh, kalau stakat nak buat orang tension, tak payah nak upload kat laman sesawang sangat ahh weh. 
aku harap cikgu perasan la time tanda nanti.

entah ahh. apa jadi pun jadilah. ye la aku ni kan baru nak bangkit semula cewaahhh takkan terus gempak en result, kenalah sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit gitu.
sejak trial ni aku dah ada momentum nak usaha lebih. entah maybe sebab exam kat dewan bawak 'feel' spm kot, hehe.
ohho, sedih-sedih aku sebab paper sejarahsyariahphysicsbiologykimia pun, sedih ni terubat sikit bila orang bagitahu yang MathMode aku 91 :) Alhamdulillah, Allah maha baik.
aku dah tak kisah dah subjek lain tu ujian macam mana yang Allah akan beri.
sama ada ujian nikmat atau ujian musibah, aku terima. sebab aku masih belum cukup usaha.
apa yang pasti, aku akan struggle, biar kesilapan yang jadi waktu trial ni tak berulang masa SPM.
insyaAllah. ada dua bulan je lagi nak SPM. apa salahnya biar mata sembam sikit, haha.


btw ABANG AKU DAH NAK KAWEN ! abang kau ada ? haha. alhamdulillah *hepi hepi hepi*
wassalam, Musirrah.



.

Saturday, September 8, 2012

aieshahyusof

Bismillahirrahmanirrahim

Dear Cik Shada (nak sangatt kan, haha)
Thanks tiga tahun ni jadi kawan yang terlalu baik. Aku tak boleh lupa tyme kita form 3. First time aku sharing-moments dengan kau waktu koko main badminton. Tapi tak sangka, selain naik bas sama-sama, pasal orang-orang tu kita jadi rapat kan, haha.

Form 4,  kita start jadi tablemate. Dia ni sumpa rajin gilaaaaa. Aku pulak suka tido main borak.
Hari pertama masuk 4 ibs, kau ajak aku cerita pasal diri masing-masing hecewaahhh.
Kita berdua taknak kelas ni tapi terpaksa masuk.. di sini kita berdua survive, and yeah maybe aku macam lagi survive dari kau haha.. tapi tu dulu.

Sampailah kita masuk 5 ibs kita masih tablemate, duduk pun tempat yang sama macam tyme form 4 dulu. (warisi tempat sape ek.. haha ). Tapi apa yang berlaku berbeza antara kita berdua.
Kau survive, dan aku tewas.  Kau boleh hidup dalam kelas tu, sedangkan aku semakin hari makin jatuh.. Betul orang cakap, hidup ni ibarat roda. kejap kita kat atas, kejap kat bawah.

Tahu apa beza Nur Jehaada dengan Siti Aieshah ?
Siti Aieshah ya rabbi raaaaaajinnnnn sangat, tapi dia selalu tak yakin.
Nur Jehaada selalu yakin gilerr amboihh, tapi pemalas ya Tuhan je la tahu. HAHA ^^"
akhir jadinya, aku nasihat kau bila kau patah semangat, kau nasihat aku bila aku malasmalas.

itulah kita selama tiga tahun ni.






 HAPPY 17th BIRTHDAY SITI AIESHAH MOHD YUSOF :)
Semoga rahmat dan kasih sayang Allah ke atasmu sahabatku, semoga ukhuwwah ini kekal hingga ke firdausNya, hehe :P .kita straight A sama-sama tau SPM. 

"Jangan usaha sebab nak berjaya dengan usaha tu. Kita usaha sebab nak dapatkan pertolongan Allah. Kerana dengan pertolongan Allah je kita boleh berjaya. Tapi disebabkan Allah hanya akan tolong orang yang berusaha dan yakin padaNya, sebab itulah kita kena belajar betul-betul dan kena yakin, "

wa man yattaqillaha yaj'allahu makhraja, wa yarzuqhu min haisu laa yahtasib.
wassalam, Musirrah.

 .

Wednesday, September 5, 2012

tiga bulan terakhir

Bismillahirrahmanirrahim

Empat paper dah lepas; BM BI MathMode Sejarah
Ada lagi tujuh. Dalam tujuh tu ada lagi tiga atau empat paper aku target A. InsyaAllah..














































Aku tak tahu macam mana esok aku nak tinggalkan tempat ni. Aku tak tahu.
http://cahayaperjuangan6146.blogspot.com/2012/07/empat-bulan-terakhir.html
http://cahayaperjuangan6146.blogspot.com/2012/09/tiga-bulan-terakhir.html

Tiga bulan terakhir di Maahad Hamidiah,
Wassalam, Musirrah.



.
Hidup ini adalah keyakinan dan PERJUANGAN.. dan PERJUANGAN mukmin yg sejati tidak akan berhenti kecuali kedua tapak kakinya, TELAH MENGINJAK KE PINTU SYURGA...

-Imam Ahmad ibn Hanbal-