Friday, January 13, 2012

Bila seorang perempuan meng'unfriend' lelaki

Bismillahirrahmanirrahim.
Post ini. Untuk kita yang menerima ujian serupa.

Petang itu kantin agak riuh dengan suara pelajar-pelajar seusai usrah beramai-ramai di dewan As-Syafie. Aku berjalan beriringan dengan dia ke bangku besi sebelah dataran. Bunga-bunga berwarna oren yang tumbuh berkumpul-kumpul bersama batang dan daun menjalar itu sangat menyejukkan mata aku. Aku suka melihat bunga-bunga itu. Bagai membentuk satu jema'ah, akur pada sunnatullah. Seakan hidup mereka penuh ukhuwwah. Rapat, kukuh, tak pernah goyah. Langit Maahad masih cerah bersama kepulan-kepulan awan putih menghiasi. Hampir separuh dataran dipenuhi kereta ibu bapa yang ingin menjemput anak mereka. Sesekali terasa angin lembut menyapa pipi. Kami berbual, ada gelak tawa, ada sebak, ada sayu.

Demi Allah, aku tak tahu di mana silapku. Saat dia bercerita, aku mengangguk dan bercerita juga. Mungkin aku tak diduga sehebat dia, tapi kisahnya cukup buat aku faham apa dia rasa. Maruah seorang perempuan itu... terlalu mahal harganya. Tak ada wang ringgit yang mampu membeli apatah lagi memborong sesuka hati macam beli barang dekat jualan lambak.

Aku tahu berkecil hati itu salah. Kerana itu ertinya kita kecil hati dengan Allah. Allah yang mendatangkan ujian itu kerana kasih dan cintaNYA pada kita. Dia mahu kita muhasabah, semak semula prestasi iman dalam jiwa. Inilah sunnahnya. Sunnah setiap orang yang berjuang. Cuma kadang-kadang, lemah itu perkara biasa untuk insan yang imannya masih belum teguh terbina. Aku, dia dan kawan-kawan kita yang serupa, semua berkongsi rasa yang sama.

Aku bersalaman dengan dia sebelum pulang. Madah dan bait-bait kata mula bermain difikiranku. Sejak kebelakangan ini aku sering termenung. Mungkin kerana tanggungjawab yang agak berat digalas tahun ini. Meninggalkan baju putih kain biru buat aku rindu. Baju kurung dan tudung peach ini benar-benar buat aku risau melanggar peraturan. Alhamdulillah setakat ini aku belum dimerit kerana datang lambat (haha).

Untuk awak, terutamanya untuk dia yang berbual dengan saya di bangku besi tadi :)

Bila seorang perempuan meng'unfriend' lelaki 
Di laman burung biru, muka buku atau yang sewaktu dengan itu
Bukannya bererti dia bajet hot. Bukan bermakna dia sombong membuta
Dia cuma tidak mahu fitnah-fitnah hati bertandang lagi
Dia cuma tak sanggup lagi maruahnya diperendah, dipandang murah bagaikan sampah
Dia hanya mendambakan ketenangan jiwa dan keredhaan Allah

Salahkah?

Di sebalik kutukan, hinaan dan umpatan lelaki lain terhadap dirinya
Tak siapa tahu dia sedang cuba berubah. Dia sedang cuba menjadi wanita solehah.
Kamu mungkin boleh ketawa terbahak-bahak sambil berkata;
" Wanita solehah? Kau buat lawak?? Dia langsung tak layak ! "

Ketawalah. Persendakanlah.
 Kalau kau rasa mengejar cinta Allah itu adalah perbuatan yang SANGAT KELAKAR.
Dia takkan lari dari jalan hijrah ini. Dia sedang memperbaiki semua yang salah
Siapa yang masih setia mengutuknya, mengumpatnya, merekalah yang sebenarnya bermasalah
Hati mereka kosong, jiwa mereka tandus, ego mereka tinggi dan selalu TAKUT kalah
Walau nampak puas dan gembira, sebenarnya merekalah orang yang paling gelisah
Mereka tak ada sesiapa, sedangkan dia ada sahabat-sahabatnya. 
Yang paling utama, dia sentiasa ada Allah. 


Jom kita jadi macam ni :')



Wassalam, Musirrah.





.

Friday, January 6, 2012

SAYA SUKA ADD MATHS

Bismillahirrahmanirrahim

NAMA SAYA NUR JEHAADA. SAYA PELAJAR KELAS 5 IBNU SINA. SAYA SUKA BELAJAR ADD MATHS KERANA IA ADALAH SUBJEK YANG SANGAT MUDAH. TAMBAHAN PULA, RAKAN-RAKAN SAYA BANYAK MEMBANTU SAYA MENYELESAIKAN SOALAN LATIHAN ADD MATHS. KAMI SELALU BELAJAR BERSAMA-SAMA. SAYA SERING MEMPEROLEH A+ PADA SETIAP PEPERIKSAAN. MARKAH ADD MATHS SAYA TIDAK PERNAH KURANG DARIPADA 90%. CIKGU ADD MATHS SAYA SEMUANYA BAIK-BAIK BELAKA. MEREKA SERING MEMUJI SAYA ATAS KECEKAPAN SAYA MENGUASAI SUBJEK YANG SANGAT MUDAH INI.  WALAU BAGAIMANAPUN, SAYA TIDAK PERNAH SOMBONG DENGAN KELEBIHAN INI SEBALIKNYA CUBA SEDAYA-UPAYA MEMBANTU RAKAN-RAKAN SAYA YANG LAIN AGAR KAMI BOLEH BERJAYA BERSAMA-SAMA. SAYA BERAZAM UNTUK MENGEKALKAN KEPUTUSAN INI SEHINGGA SPM NANTI. ADD MATHS SAYA SELALU A+. DENGAN IZIN ALLAH, SAYA YAKIN ADD MATHS SAYA AKAN SENTIASA A+.


WASSALAM, NUR JEHAADA BT IBRAHIM.
PELAJAR CEMERLANG SUBJEK MATEMATIK TAMBAHAN, 2012.

 .

Sunday, January 1, 2012

Cinta Wajhul Kitab

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah. Terima kasih pada semua yang membantu. Siap jugak :)



Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar pesan dan minta aku membimbing kamu Oooo..
Hatiku rasa sesuatu..

Namun pesananmu ku balas hanya apa yang perlu
Ku katakan yang ku juga masih kurangnya ilmu Oooo..
Tak mungkin membantu kamu..

Kau kata kita bisa kongsi bersama
Nasihat dan kata-kata yang berguna
Aku hanya acuh tak acuh saja
Kerana kau hanya bagai teman biasa...

Hari berlalu janji makin tak serupa
Kau hantar macam-macam aku dalam dilema
Iman kata jangan Nafsu pula kata ya
Hidup celaru harus ku pulang padaNYA

Masih jauh lagi perjalanan hidup kita
Jauh lagi pernikahan di pandangan mata
Rasa yang kau kata cinta itu bukan cinta
Hanya mainan perasaan zaman remaja

Bukan ku tidak punya perasaan sama padamu
Tapi tidak akan aku senang-senang mengaku Oooo..
Kau belum halal buatku..

Dan pabila kau katakan sombongnya aku
Ku terpaksa jelaskan padamu satu persatu Oooo..
Itulah cinta yang satu... Cinta pada TUHANKU..

Wassalam, Musirrah.



.
Hidup ini adalah keyakinan dan PERJUANGAN.. dan PERJUANGAN mukmin yg sejati tidak akan berhenti kecuali kedua tapak kakinya, TELAH MENGINJAK KE PINTU SYURGA...

-Imam Ahmad ibn Hanbal-