Wednesday, August 16, 2017

perjanjian yang berat

Bismillah.

"What do you expect, from a person you never knew? Hopes and dreams, scars and fears. Never meet, in fact. Never heard of. We're both unsung. Ever since then, I can't feel anything. Not in love. But yes, in deep thinking. Like the deepest ocean. And kinda lost too. How can you love someone you never knew? She told me: 'Aaayaatullah,'. That's the sign of the Almighty Allah,"

15.08.17  |  9.55PM

Well the very previous post in this blog is about him. And five months later as in now, it's about this stranger again, to the new level. Isn't that.................... awkward ?

************

"Miithaqan ghaliza. Perjanjian yang berat. Dalam Al-Quran ada tiga tempat Allah sebut tentang perjanjian yang berat ni. Yang pertama, perjanjian Allah dan RasulNya. Perjanjian yang dah pun termeterai. Kedua, perjanjian Bani Israil dengan Allah, perjanjian yang tak tertunai pun akhirnya kerana kedegilan kaum tu. Ketiga, perjanjian dalam sebuah pernikahan. Yang ini, kita yang menentukan untuk menjalankannya ataupun tidak selepas bernikah nanti. It's on us," panjang Nada menghuraikan. Sepanjang hari ini aku cuma banyak mendengar dan bertanya. Selebihnya dialah yang banyak mengutarakan nasihat dan pesanan.

Siapa sangka aku akan memikirkan semua ini pada usia 22 ? Lima tahun lebih awal daripada perancangan asal. Dalam bayangan aku, I get to choose ikhwah first. Not they choose me. But somehow it doesn't work that way..? Plus, a person who never know you, and you never know them? At least aku membayangkan ikhwah yang kerja satu team dengan aku or whatsoever. But here is this ikhwah, never heard my voice and intonation even once, never meet me in person, never saw me working or chatting, and neither did I. Yes, and here is this ikhwah, struggling his life with Bipolar Disorder.

"Kenapa kita kahwin sebenarnya? Selain jawapan sunnah," antara soalan yang aku tanya Nada semalam.

"Tiga sebab. Fitrah, perintah Allah dan sebab dakwah," jawabnya tenang. Aku bersedia mendengar dia memuntahkan lagi segala isi ilmu yang berjaya dia kutip dari program Gerbang Mahligai semalam.

"Allah sebut dalam Al-Quran yang manusia ini diciptakan berpasangan. Lalu dalam Islam, kita bernikah untuk mencapai stability, jasmani, emosi, rohani tu sendiri. Kau faham kan maksud aku?" tanya Nada. Aku angguk.

Ini aku paling faham sebab aku sangat nampak ketidakstabilan hidup bila tiada lelaki dalam keluarga. Tambahan pula kita bukan superwoman. Walaupun aku selalu mengaku diri sendiri independant, bold, tapi aku tak pernah nafikan bahawa aku bukan Nurul Izzah Anwar. YB Izzah sendiri ada ayah dia di sisi, walaupun takdir memisahkan dia dan suami. Hidayu Hatta, Yuna. Semua wanita hebat yang menjadi inspirasi aku, sekurangnya ada seorang lelaki yang mengimbangi hidup mereka. Apatah lagi Dr. Har atau Dr Fauziah !

Aku sering fikir mencari pasangan itu tanda kau lemah, tak mampu berdiri sendiri. I was always thinking that love was wrong. Hakikatnya, Allah yang Maha Menciptakan itu paling tahu tentang ciptaanNya. Kerana itu Dia mengkhabarkan berita tentang fitrah ini di dalam kitabNya. Supaya hati kau terbuka, ini bukan lemah, ini tanda kebesaran Dia. Mengimbangi manusia dengan cara yang menenangkan.

Justeru, ia kemudian menjadi perintah Allah.

"Menjaga pandangan dan kehormatan. Merasai sebuah ketenangan yang kau takkan pernah rasa sebelum ni," ujar Nada. Aku diam mendengar.

"Apa maksud khalifah?" tanya Nada, menguji aku.

"Hm.. pemimpin?"

"Khalifah itu sebenarnya 'pengganti'." Nada tersenyum.

"Kita semua adalah pengganti kepada generasi lampau. Dan esok lusa, kita harus mencari pengganti untuk diri kita juga, untuk menyambung agama ini atas bumi. Cara paling terhormat untuk kita menyediakan pengganti, adalah dengan zuriat itu sendiri. Seorang khalifah (pengganti) itu perlu ada gantiannya. Akhirnya itulah yang menjadi pahala yang mengalir untuknya walaupun setelah dia meninggal dunia," cerita sahabatku itu panjang lebar.

"Ayat-ayat Al-Quran tentang hal ini, Allah selalu sertakan dengan ayat ini semua tanda-tanda kebesaran Allah. Aayaatullah. Merasakan kasih pada orang yang tiada pertalian dengan kau, merasa kasih pada seseorang secara tiba-tiba sebaik sahaja sah akad, Allah lah yang menyatukan hati,"

"Macam ukhuwwah juga kan,"

"Yup, betul,"

It's about relationship after all. Dalam ukhuwwah pun, kau berbuat baik kepada sahabat adalah kerana itu perintah Allah, tanggungjawab kau dengan Allah. Bukan kerana manusia. Begitu juga dengan pernikahan. Segala kebaikan itu adalah kerana kau taat pada Allah. Bukan semata taat pada suami kau tanpa asas akhirat.

"Pasal dakwah pulak. When you're married, you're like being officially accepted as a member of a society. Cuba kau bayangkan, bila ada family pindah rumah sebelah. People like 'Oh a bunch of family just get in,' rather than 'Siapa pindah sebelah?' 'Oh just a single girl,'. When you're married, you've got a teammate. You're not marching as an individual anymore. And, having a team mate is important untuk kau diiktiraf menjadi sebahagian daripada masyarakat, yang didengari,"

"Yes, that's mindblowing," balas aku. Puas hati.

"Satu lagi tentang ayat arrijalu qowwamuna alan nisa'. Ramai orang lelaki suka gunakan ayat ini untuk buktikan bahawa mereka lagi superrior dan kuat dari perempuan. Tapi cuba tengok balik apa maksud 'qawwamun' di situ. Ia adalah tanggungjawab untuk melindungi. Jadi sebenarnya perempuan lagi beruntung, sebab kita ada pelindung. Like, guys were obligated by our Creator to protect us. It's a great honour,"

Aku tulis di sini supaya aku tak lupa.

"I haven't settle down with myself yet. So it's not fair to proceed or rush sedangkan orang tu dah bersedia. Macam menzalimi dia la kalau kita tak salim dengan diri sendiri lagi,"

Yes, it's not fair for the other dalam keadaan kau belum salim dengan diri sendiri. I can't remember feeling more matured than having to face this phase. I haven't make doa about this thingy for quite some time. Lowering down my ego. Too much sins and fears. Everyone has their own past. Do not questioned them. Just be a good girl, Jed.

But, it's hard.

16.08.17
0356AM
Sepang.




Wednesday, April 12, 2017

rakan baru

I asked him lots of questions.

Then suddenly I was like; Stop it, Jed.

So I stopped. I search those things myself instead. I found it.

Takkan bercampur yang haq dengan yang batil.

Bagaimana pendapatmu tentang orang yang membawa manusia dekat kepada Tuhan dalam keadaan dirinya sendiri semakin menjauh dari Tuhan?

Aku pejamkan mata. Aku harap ini lahir dari hati yang tulus.

Aku pulang ke landasan.

Aku cumalah seorang akhowat yang tak terjelaskan keyakinan dan semangatnya. 

Dan kadangkala keduanya cabaran yang sangat besar untuk aku menjaga yang namanya malu seorang wanita. Tiada dapat ku bezakan. 

Maafkan aku khilaf.

Selamatlah dengan kehidupanmu, akh. 


Friday, March 3, 2017

diari BFG (part 1)

Bismillah.

Sudah sebulan rupanya aku menempuhi semester akhir pengajianku di Jordan ini. Cepat sangat masa berlalu. Masih aku ingat lagi minggu pertama yang sangat bersemangat. Aku sediakan hashtag untuk diri aku sendiri sejak hujung semester lepas; #jeddasifarghiab . Alhamdulillah setakat ini tak ada kelas yang aku ghiab, bahkan aku rasa ralat kalau aku cuba berkira-kira dan membuat alasan untuk tidak ke kelas. Aku tak lagi membenarkan kesalahanku sendiri, tak lagi memenangkan alasanku. Setakat ini aku belum ghiab kelas ijbari, tapi ada dua ghiab kelas techno, satu ghiab kelas fannu, satu ghiab kelas huquq insan, kerana aku sakit tempoh hari. Hashtag kedua aku adalah #jeddatakmainfondalamkelas haha. Dan setakat ini alhamdulillah aku tak main phone dalam kelas. Great improvement, jed.

Minggu pertama semester haritu juga aku sibuk ke hulu ke hilir menyelesaikan urusan markah subjek Tarbiah Watoniah aku yang bermasalah sejak semester lepas. Dari Qabul Tasjil ke Kuliah Adab, bilik dukturah, bilik dekan, setiausaha dekan, bilik duktur. Akhirnya aku dikehendaki menduduki peperiksaan akhir subjek itu sekali lagi. Dan alhamdulillah semuanya dah selamat sekarang, aku dah mendapat markah dan muaddal aku untuk semester lepas. Maka bermulalah aku fokus pada perjuangan akhir aku dengan tujuh subjek semester ini. Tarik nafas, lepas.

Liqo' Maadin dah selesai setelah kami bersama sejak Februari 2015 dahulu. Selepas ini kami masing-masing akan ada liqo' baru. Aku tak pasti akan berubah murabbi sahaja atau berganti ahli liqo sekali. Pasti perasaannya lain. Aku selalu berkeluh kesah dalam hal ini. Aku selalu tak dapat menerima kalau orang yang aku kenali itu menjadi murobbi aku.  Tapi aku rasa telah tiba masanya aku membuka hati. Teringat aku temui tempoh hari yang aku tak pasti di mana, kata-kata seorang pakcik. Nanti akan terjadi suatu waktu, mutarabbi kita adalah ahli liqo' kita sendiri. Situasi itu akan berlaku di Malaysia. Jadi menurut aku, aku perlu membuat persediaan daripada sekarang, untuk keluar dari zon selesa.

Ya, zon selesa. Aku maklum bahawa aku adalah seorang yang sangat sukar melepaskan zon selesa aku. Selesa dengan duit yang masuk setiap bulan, selesa dengan suasana tarbiah yang sangat ideal, selesa punya akhowat-akhowat yang sangat memahami dan mencintai aku disisi. selesa dengan rutin yang bebas. Bebas tidur bila masa aku suka, bebas bergerak ke mana aku mahu, bebas berbelanja. Dan aku tahu semua ini sudah tidak akan ada lagi bila aku pulang ke Malaysia nanti. Pulang sebagai graduan, kembali berada di sisi keluarga, zon selesa takkan wujud lagi.

Maka percaturanku kini adalah, aku perlu mengubah rutinku mulai sekarang. Aku perlu berlatih dari sekarang. Aku perlu elakkan diri daripada bersenang-senang. Tambahan pula aku nak membawa ummi ke Mekkah. Kadang-kadang lemah juga semangat aku memikirkan belanja. Kerana Ummi tidak punya simpanan lagi. RM7K adalah jumlah yang terlalu besar bagi keluarga aku. Maka akulah yang perlu menggali tabungan aku untuk menampungnya. Tabungan aku yang di dalam Bank Islam itu pula tak dapat dipastikan lagi statusnya. Jadi aku tak tahu adakah lagi peluang untuk aku bawa Ummi bersamaku ke Mekkah. Yang pasti, aku nak menjadi seorang perempuan yang cakna akan kewangannya, cakna dengan mahal murah barang-barang yang dibeli. Kerana di Malaysia nanti akulah yang perlu bekerja keras untuk mengisi poket aku sendiri. Tidak ada lagi senang-lenang kemudian duit masuk setiap bulan. Tidak ada lagi boleh bangun tidur bila-bila aku suka, pergi mana aku suka.

Atas semua sebab di atas lah, walaupun asalnya aku langsung tidak suka berniaga dan mengira wang, aku keluar dari zon selesa aku dan mula berjualan kuih bakar. Lagipun aku dah lama menyimpan niat untuk jual kuih bakar, kerana ramai yang apabila merasa kuih bakar aku, mereka kata sedap dan galakkan aku jual. Alhamdulillah rezeki Tuhan. Perasaannya seronok juga bila merasa sedikit susah. Korbankan tidur untuk beli barang dan masak kuih, tausil ke rumah pelanggan tengah-tengah hujan musim sejuk, sehingga pulangnya aku selesema.

Agaknya beginilah ibu ayahku berbelas tahun dahulu ketika berjaja karipap, air, donut, kaset nasyid. Demi untuk mencari sesuap nasi buat kami empat beradik. Kakak dan abangku pernah merasa zaman ini. Bahkan sehingga kini aku lihat kedua kakakku bekerja sangat kuat dengan gaji mereka yang tak seberapa banyak pun. Cukup untuk membayar sewa rumah, api air, duit lauk. Televisyen pun sudah tidak ada di rumah kami lagi. Sepulangnya aku nanti, aku nak menjadi yang meringankan mereka. Aku nak menjadi yang bijak mengatur impian, agar dapat ku sumbang keselesaan untuk mereka.

Aku dah lama je berfikir tentang ini. tapi tak sedikit pun aku bergerak untuk melatih diriku ke arah itu. Sekarang aku kira adalah masanya. Sedikit sebanyak aku seronok dengan perubahan diriku ini dalam dan luar. Walaupun ia mungkin kecil dan picisan bagi orang lain, atau mungkin orang tak terperasan pun, aku sangat merasakan nilai tambah dalam diri. Dan semoga Allah juga menilai usahaku ini menjadi seorang muslim yang lebih baik terutama dari segi disiplinnya. Walaupun begitu, aku tahu masih terlalu banyak lagi bahagian dari diriku yang masih terpenjara dalam zon selesa. Sedikit demi sedikit akan kucuba menyahkan kuncinya. Pelajaran, keluarga, masyarakat.

Semester akhir pengajian ini, ramai yang punya azam masing-masing. Ada yang bertekad untuk aktif menyertai program persatuan, ada yang giat mengumpulkan wang, ada yang mahu pulun habis-habisan pelajarannya. Sekadar yang aku bualkan dengan ramai orang, itulah buah fikiran mereka. Kita sudah mahu pulang, dan ketakutan aku yang paling besar adalah andai aku yang pulang nanti tiadalah lebih baik pun daripada aku yang berangkat pergi dahulu. Aku kira itulah kegagalan paling besar dalam hidupku kalau ianya terjadi. Semoga Tuhanku melindungiku darinya.





"Perempuan yang begitu banyak impian seperti itulah. Dicubanya setapak-tapak. 
Dibuatnya berani-berani. Dilagaknya seperti tidak tertakutkan langsung. 
Tidaklah sesekali tujuannya meraih mata hati sekalian manusia, 
tapi cukup untuk merangkul jiwanya sendiri, sampai hujung usia," -Musirrah



2:06PM
030317
Irbid
Jordan.



Saturday, February 18, 2017

Rumah Islam.

Bismillahirrahmanirrahim.


Rumah Islam adalah rumah yang ahlinya saling menguatkan untuk sama-sama memperbaiki amal.

Bila kau belum pulang dari luar dan ahli rumah menelefonmu, bertanya apakah kau akan solat di rumah? Kerana jika kau akan pulang solat, mereka mahu menunggu kau untuk solat berjema'ah. Agar sama-sama bisa mendapatkan 27 kali ganda pahala yang dijanjikan.

Seperti sahaja menunggu semua ahli rumah bersiap setiap kali waktu solat agar kita bisa mengangkat takbir bersama. Kebahagiaan itu bagi aku apabila bahu aku tertegak kemas disisi bahumu. Memberi salam pertama dan melihat kau juga melakukan yang serupa. Seperti saf muslimin di sisi nabi 1400 tahun yang lalu. Ah, ajaibnya.

Juga aku abadikan alunan maathurat dan bacaan Riyadhus Salihin pada waktu yang kita sepakati. Gelak terkekeh kita pada terjemahan indonesia kitab hadith yang kadang lucu, dan sejenak kemudian kita diam menghayati pelajarannya. Kalau ada yang kakak antara kita, pasti dilaungnya "Haa semua orang ikut ana baca matan ni !" Terkebil-kebil yang lain, yang mengantuk jadi bulat semula mata. Kemudian usai tasbih kaffarah kita bersalaman. "Minta maaf," kita ucapkan sesama kita. Kadang merengek. "Sejuknya tangan enti! Taknak salammm!". Senyum.

Rumah islam adalah rumah toleransi, kasih sayang dan cinta.

Bila seorang ukhti yang sangat pengemas, pantang sepah, mampu berlapang dada dengan saudaranya yang tak reti membahagi masa untuk mengemas.
Atau ukhti yang tidak suka barang-barang bukan kepunyaannya memenuhi ruang. Tapi dia berlapang dada apabila rumahnya penuh dengan barang-barang program dan aset jemaah, menjadi tempat pengumpulan.
Apabila ahli rumah tidak membasuh pinggan dan cawan dia berlapang dada melakukan semua itu untuk mereka.
Kalau menegur pun dia tidak menegur dengan angkuh, bahkan dengan hikmah seperti yang kita diajarkan. "Enti jangan lupa basuh pinggan tu ya!" "Enti sakit tangan ke? Nak ana tlg basuhkan?"
Dia berlapang dada bila tiada siapa yang tahu pun apa dia telah lakukan untuk ahli rumahnya, berapa banyak barang rumah sebenarnya dia telah infaq dengan wangnya sendiri.
Kerana dalam fikirannya, setiap orang lain pasti ada melakukan amal yang tidak dia ketahui atau sempat dia lihat kesannya juga.
Dalam fikirannya cuma ada keyakinan bahawa keikhlasan amal itu dijaga Tuhan, lantas Tuhan balasinya dengan kasih sayang, cinta dan kedamaian hati sesama akhowat ahli rumahnya.

Apabila akhowat dari teritori lain datang menginap di rumah mereka ukhti itu menerima tetamunya dengan kasih sayang dan lapang dada.. memberi mereka keutamaan tidur di bilik, sementara ukhti itu dan ahli rumah lain tidur di ruang tamu. Menjaga segenap kebajikan mereka sebagai tetamu yang dimuliakan.

Apabila ahli rumah semua sakit, setiap ukhti itu memberi keutamaan kepada ukhtinya yang lain dahulu. Seperti kisah tiga sahabat sewaktu ghazwah Badar al Kubra yang disuakan air, tetap sahaja mereka masing-masing mahu sahabatnya yang meneguk dahulu. Bukan dirinya. Bukan dirinya. Bukan dirinya. Tidak ada ruang dalam ukhuwwah untuk mementingkan diri dan memikirkan diri sendiri berbanding saudaranya yang lain. Bahkan apabila membaca artikel yang menyedarkan, pikirannya tertancap pada dirinya sendiri dahulu, bukan ahli rumahnya yang lain.

Ya mungkin acap kali kita akan terfikir tentang ahli rumah yang lain dahulu. 'Dia ni lah, tak pernah sekali pun aku lihat bawa sampah keluar'. Atau cuci bilik air. Atau sapu laman. Tapi ukhti itu tatkala pikirannya mula mengeluh tentang ahli rumahnya yang mungkin belum cukup kesedaran tentang amal jamaie, dia terus sahaja menitipkan doa untuk saudaranya itu. Agar hatinya tidak dipenuhi ketidakpuasan atau pertikaian, hanya doa yang bisa mendamaikan. Bukankah doa itu adalah kita berbual dengan Tuhan?

Rumah islam bukan milik mana-mana kelompok. Asal sahaja rumah itu disirami ukhuwah, ketidakpentingan diri, toleransi, kasih sayang, cinta dan lapang dada. Itulah rumah islam. Rumah islam adalah rumah yang mengalu-alukan kehadiran semua saudara muslimnya.

Inilah rumah islam bagi aku.

180217
1:21PM
Bayt Kahfi,
Irbid, Jordan.

Thursday, January 26, 2017

Aku fikir bila aku bersendiri, segala selirat dalam kepala selama ini akan bisa aku lerai dan bisa kumuntahkan segalanya melalui tulisan, biar lega, biar terhasil satu karya yang sejak kurun lamanya berlegar di ruang angan. Karya aneh yang aku bisa buang ke laut dalam, agar ia ditemui orang-orang lemas di dalam sana. Kerana seseorang perlu memberitahu mereka bahwa telah ada kaum mereka yang berjaya pulang ke daratan dengan izin Tuhan. Seseorang perlu menyampaikan khabar bahawa daratan itu wujud, dan laut dalam itu bukan tempat kita. Namun yang paling aku takuti adalah jariku yang menari tanpa arah tuju. Jari yang masih belum mampu melerai selirat ini agar ia menjadi bukan lagi angan si gila. Jari yang menulis dan padam, hingga matahari dan bulan juga bosan melihat kanvas itu masih kosong tiada nyawa. Membawa manusia menuju Tuhan dalam keadaan sang pembawa juga meninggalkanNya. Apa katamu? Ada yang masih belum selesai. Boleh jadi kau masih di entah pulau mana, belum lagi di sebenar daratan.



Tersadai.

3:12 am
Trondheim Lufthavn Værnes
Sør-Trøndelag, Norway.

Sunday, January 1, 2017

Aku cuba


Aku cuba. 
Menapak ke langit yang diimpi.
Aku cuba bersedia
Untuk kehidupan yang lebih baik. 
Memberi diri aku ruang
Untuk melangkah lebih jauh. 
Memberi hati aku peluang
Untuk kembali mempercayai. 

Hanya sahaja aku khabarkan
Supaya kau simpan dalam ingatan
Bahawa semua ini tak senang
Untuk perempuan yang pernah kemalangan. 
Tak singkat masa
Untuk patah-riuk jadi elok. 

Tapi aku cuba
Untuk sekali lagi. 
Siapa tahu hanya tinggal sehasta. 
Untuk sampai kepada cita
Yang diburu sepanjang usia. 

11.25am
010117
Irbid, Jordan.

 
Hidup ini adalah keyakinan dan PERJUANGAN.. dan PERJUANGAN mukmin yg sejati tidak akan berhenti kecuali kedua tapak kakinya, TELAH MENGINJAK KE PINTU SYURGA...

-Imam Ahmad ibn Hanbal-