Sunday, May 22, 2016

presents

Bismillahirrahmanirrahim.  

Sebenarnya aku nak tulis pasal benda lain haha. Tapi tba-tiba waktu nak menulis ni akak rumah pasang nasyid Hijjaz-Permaisuri Hati, pastu aku pun fefeeling la layan. 


Di antara kekasih pilihan di hati
Punyai budi penghias diri
Wajahnya lembut biasan pekerti yang tinggi
Indahnya perhiasan duniawi

Di antara diriku jua dirimu
Hanya mengharap cinta yang satu
Ku binakan mahligai impian mu
Oh sayang ikhlaskanlah hati mu

Malumu bernilai
Katamu berhikmah
Hatimu tulus suci dan murni
Hanya diri yang halal
Engkau serahkan segala
Untuk mencari redha Ilahi

Benarlah! cinta buta melalaikan
Tanpa memikirkan batas syariatnya
Semuanya itu hanya ujian di dunia
Ia adalah mahar untuk kita ke syurga

Kau permaisuri di hatiku
Di dunia ini kau penghibur
Menjunjung kasih amanah Ilahi
Ku pasti akan terus menyayangi
Terima kasih ucapan ku beri
Kau hadiahkan ku cahaya hati
Ku pimpin tanganmu oh kasih
Meniti hari
Semoga kita dapat bersama
Sampai kepadaNya
Di syurga sana

Tuhan kekalkanlah
Permaisuri hatiku
Untuk menemani
Dalam menggapai cintamu


Nasyid ni ada sejarah sendiri untuk aku. Ingat lagi antara video pertama yang aku pernah buat awal-awal zaman baru nak up dulu, aku guna lagu ni. Aku tak ingat waktu tu aku Darjah 6 atau Tingkatan 1. Video slideshow je pun. Hahaha. Zaman excited gila explore transition kat Windows Movie Maker. Buat video untuk anniversary dua pintu syurga aku. Lepas tu burn dalam CD, bagi sekali dengan kad ucapan. Bapak la.. rindu gila. Hahaha. Mimpi je la nak ada lagi semua tu sekarang. 

Sebenarnya aku nak tunjuk hadiah hari jadi aku. Haha. Berlagak.


Everyone's being so sweet like heaven 

Dapat new baby and now I can wake up every morning with another smile by my side hehe

I got a lot of chocolatess I just looovee chocolatesss :D

After 5 days pun still dapat birthday cake haha why everyone comel sangat I pun tak tahu :3
Alhamdulillah ala kulli hal.. 

Andai kata suatu hari nanti aku dah tak ada, (it's something yang pasti berlaku, kan?) Aku nak korang tahu yang aku sangat menghargai semua ni. Untuk orang-orang macam aku, benda sekecil sticky note yang korang bagi pun aku akan sayang sangat. Thank you for making me feel like I'm really somebody. 

Mungkin aku bukanlah orang yang memudahkan jalan dnt korang pun. Bukan pun tempat korang berkongsi rasa, bukan orang yang korang akan pilih kalau nk cerita apa-apa, tapi korang sayang dan jaga aku dari dulu mula-mula sebagai mad'u korang, sekarang mungkin kita dah bergerak sama-sama walaupun aku masih rasa belum bersedia dan tak layak. Paling-paling pun aku gembira sebab dapat menjadi sebahagian daripada kenangan dnt korang. Terima kasih untuk segalanya <3 div="">

****

Harini aku pergi maktabah, then maktabah tutup so aku pergi Cuzins. Cari semangat nak belajar. Okey la, haha. Boleh start something. Aku nak juga dapat result cemerlang macam orang lain. Huhu. Doakan aku.

Okey nak tutup dengan nasyid yang akak rumah tengah now playing sekarang. Haha. Esok nak pergi maktabah lagi. Semoga Jehaada kembali bersemangat, yoshhh!


Engkaulah ratu di mahligai permata 
Istana bayangan syurga 
Harta dan takhta mengaburi mata 
Tersesat dikau di terang cahaya 

Langsung tidak kau endah kata bicara 
Utusan hud-hud yang benar 
Seruan mengajakmu taat Yang Esa 
Tinggalkan menyembah tuhan sang suria 

Balqis, kau bijak dalam menilai dan membuat pemilihan 
Di antara yang sementara dan yang kekal buat selamanya 
Keindahan dunia yang hanya pinjaman untuk seketika 
Atau kebahagiaan hidup di akhirat yang dijanjikan-Nya 

Tak perlu kau singkapi labuhan kainmu 
Ketika kau melangkah ke istana Sulaiman 
Bukannya air yang kau pijak tapi kaca 
Terpedaya dikau dek kemilauan sinarnya 

Hanya sekelip mata mahligaimu pun beralih 
Abid memindahkannya tanpa kau sedari 

Kebijaksanaan Sulaiman telah merubahi sekeping hati 
Akhirnya Balqis akur jua akan kelemahan pada diri 
Kau kutip iktibar dari apa yang telah engkau lalui 
Menjadikan kau isteri yang taat kepada seorang nabi 

Pangkat dan jua harta tak menjamin bahagia 
Cantik dan keayuan wajah kan pudar akhirnya 
Kemiskinan di dunia tak bererti kau terhina 
Itu hanya di pandangan mata 
Kemewahan tidak bermakna hidupmu akan sentosa 
Kesempurnaan, Tuhan menilainya... 



Wassalam. Musirrah Naim.






Wednesday, May 18, 2016

Bismillah.



"Tarbiyah ini, mengilaj (memperbaiki) kesalahan. Sepatutnya, sesiapa sahaja yang dah berendam dan bermandi dengan tarbiyah, dia meninggalkan jahiliyah dan dosa-dosa kecil. Apatah lagi dosa besar. Yang berada di jalan ini, menjadi kewajipan baginya perkara-perkara sunat dan haram baginya perkara makruh"

-quoted-


Wassalam, Musirrah.
Bismillah.

Dah hampir sebulan lebih, sejak banyak benda berlaku. Aku tak tahu perlu coretkan bagaimana. Semester ini aku tak punya sebarang semangat pun untuk belajar. Jujur. Aku juga tak tahu harus bagaimana. Semester ini aku sudah kurang atau tak belajar langsung dengan mereka yang selalu aku buat rujukan. Entahlah. Aku rasa macam terlalu banyak menyusahkan orang lain. Jedda always have this kind of feeling yang terlalu low self esteem etc.

23/4 yang lalu berlangsungnya program FEMES di Amman. Aku dah prepare for the worst untuk keputusan SFC. Sehingga bila diumumkan Talam Pictures mendapat tempat ketiga, aku masih boleh tersenyum dan meraikan semua orang di sekeliling walaupun hati aku rasa agak kosong waktu itu.

Keesokan paginya, aku berkejaran ke kelas jam 8 pagi. Namun aku terlewat satu dua minit, Dr sudah tak izin masuk ke kelas. Ramai juga yang berada di luar kelas itu bernasib seperti aku, mereka cuba memujuk Dr. Semua risaukan markah kehadiran. Dalam keadaan emosi aku yang agak bercelaru, aku menghayun langkah pergi. Aku malas. Biarlah. Dr selalu begitu. Pernah suatu hari, aku datang awal seperti biasa. Namun, sewaktu Dr mengambil kedatangan, aku tidak mendengar namaku dipanggil kerana suara pelajar-pelajar arab yang berbual menenggelamkan suara Dr. yang sudah berusia. Bila aku jumpa Dr untuk memaklumkan kedatanganku, Dr tak mahu mengambil kira kehadiranku.

"Doktor, saya datang awal kot tadi," kataku sewaktu berjumpanya di biliknya.

"Saya tak tanda pun nama awak," balasnya acuh tak acuh.

"Saya tak dengar Dr panggil. Lain kali Dr sebut la kuat sikit,"

"Bukan masalah suara saya, awak tu yang jasad dalam kelas tapi fikiran tempat lain," ujar beliau marah. Aku tersentak. Geram. Mata mula berair.

"Okey, ikutlah. Assalamualaikum," aku terus berlalu pergi. Berlari menuruni anak tangga dengan purdah aku mula basah, aku ingat lagi.

Entahlah. Nak aku jujur lagi, aku bukannya jenis yang bersemangat sangat dalam perkara-perkara akademik ni. Jadi bila aku berusaha sehabis baik tapi tak dihargai, aku akan rasa sangat sia-sia semua yang aku lakukan.

Berbalik pada kelas yang Dr tak izin masuk itu, aku bawa diri pergi. Aku ghiab juga dua lagi kelas selepas kelas itu. Aku duduk sekitar jamiah, berjalan dengan jiwa kosong. Duduk study sebentar untuk exam Usul Fiqh petang itu. Selepas exam, aku bawa diri lagi. Pergi jauh berjalan kaki. Ada bangku-bangku kosong tepi jalan, aku berhenti duduk sebentar, melihat kereta dan manusia yang lalu lalang. Kadang-kadang aku coretkan nota di dalam phone, seperti biasa.


Aku tahu kau teringin nak mengisahkan semua ini pada seorang lelaki. 
Lelaki biasanya punya sudut pandang berbeza. 
Yang biasanya akan bawa kau keluar dari kepompong perasaan kewanitaan kau sendiri yang menyempitkan duniamu

Namun lantas, 
Apa posisi Tuhan dalam hatimu? 
Apakah Tuhan sudah tidak cukup untuk memenuhi kelongsong aneh dlm hatimu ? 
Andai suatu hari seorang perempuan ditakdirkan menikah pun
Lelaki itu bukanlah orang yang akan memahaminya setiap masa
Bukanpun orang yang boleh diceritakan semua duka lara tanpa sempadan
Sedangkan ibu yang melahirkan pun punya keterbatasan itu
Inikan manusia asing yang tautannya tiada darah sama

Ayah, abang, kawan lelaki, suami, 
Mungkin akhirnya bukan keperluan asas pun dalam kehidupan sesetengah perempuan 
Jangan menyalahkan 
Jika kalian yang mencorak hatinya jadi begitu
Jadi lelah terbuang sendu
Suatu saat nanti mungkin akan sekeras batu. 

Ah, campakkan jauh semua kecelaruan identiti 
Yang memamah jiwamu setiap hari

Dongak lah ke atas
Langit hari ini masih tetap biru
Untuk kau
Pepohon hari ini masih kekal hijau
Untuk engkau
Bebunga hari ini masih kembang mekar 
Untuk engkau
Mengapa hari ini langit itu masih belum runtuh? 
Mengapa hari ini bumi kau berpijak masih belum pecah hancur? 
Semuanya mengikut arahan Tuhan 
KehendakNya. 
Dan sekalian alam ini, 
Tuhan tundukkan untuk siapa? 
Untuk engkau. 
Untuk engkau manusia terus berjuang.

Irbid, 24/4/16


Ada banyak jenis rindu di dalam dunia ini.
Ada rindu yang terlalu banyak diucapkan, sehingga akhirnya semakin pudar dari kata2, kerana sepi bagai tak bersambut. Ada rindu yang harum mekar sehingga ke nafas terakhir. Ada rindu yang cuma pada kenangan, pada wataknya? Masih keliruan. Ada rindu yang terlalu ingin dikhabarkan pada dunia, namun tak bisa kerana dunia pasti jelek & bilang kau pengadu domba, sempitkan dunia, anak derhaka. Ada rindu yang lemas lelah dihimpit kemarahan dan kasih jauh di sudut hati.
Ada rindu yang hari demi hari memakan diri. Sehingga yang tinggal cuma jiwa berjasad namun sudah kosong. Diri sendiri pun ibarat suatu kejahatan yang hanya tunggu masa untuk mengkhianati.
Rumit.
Apa yang paling jauh dari manusia? 
Masa lalunya.


Hari aku bawa diri itu, adalah hari lahir seseorang. Aku cuba telefon. Tak berangkat. Dua tiga hari kemudian aku tinggalkan pesanan di WhatsApp. Hanya berbalas sekali cuma. Aku jadi letih. Seminggu terasa kosong. Mungkin kerana benak terlalu sarat memikirkan pelbagai hal. Dua tiga minggu berlalu sehingga tiba ulang tahun kelahiran aku sendiri. Kawan-kawan semua menyambut dengan meriah, beri coklat dan hadiah. Aku terhibur. Terlupa kesakitan sebentar. Walau dia masih sepi. Tiada khabar. 

Kadang sakit hati ini seakan belum hilang. Pada kata-kata hipokrit yang pernah terlontar. Pada semua yang pernah buat zaman muda aku hancur, jatuh dalam lembah hina. Aku terperangkap sendiri antara kasih dan marah. Hasilnya, hanya air mata yang berbicara. Sekarang aku sudah jarang menangis di hadapan orang. Nanti dibilang lemah. Biarlah. Aku tahu, aku maklum aku tak kuat seperti mereka.

Kadang rasa mahu mengungkit semua benda. Kenapa aku, Tuhan? Apa yang patut aku lakukan sebenarnya? Apa peranan aku usai semua ini berlaku? Aku tak mengerti.

"Study untuk exam esok kan?" tanyanya.

"Aah.. Tak suka la exam waktu birthday. Sebab mesti sedih. Pastu tak boleh study. Haha," 

"Laa kenapa sedih. Don't tell me sebab clash dengan Hari Nakbah?" dia cuba bergurau. Aku ketawa. 

"That's a good reason thou. Entah la, fikir banyak benda kot. Kadang aku rasa aku sorang-sorang. Aku tak jumpa kawan yang experience apa yang aku experience,"

"Aku faham, apa yang kau alami mungkin lebih menyakitkan daripada isu mak atau ayah meninggal," dia utarakan hipotesis yang aku pernah terfikir dahulu. Mana yang lebih menyakitkan?

"Tak lah.. Kedua-duanya ada sakit tersendiri. Tak boleh dibandingkan," itu jawapan yang aku jumpa dalam diri aku sendiri. Tak boleh dibandingkan. Titik persamaannya hanyalah kehilangan. Selain itu, bebanannya berbeza. 

"Memang betul sangat. Org yang pernah alami kehilangan ni.. Sama ade kehilangan kekal atau tak. Memang akan selalu ada crying moment dia.. Puncak dia rasa sedihh. Tetibe akan rasa nak nangis. Padahal tak ada apa pun yang berlaku. Semua tu memang kita insan-insan yang Allah pilih je akan tahu," pujuknya. 

Lama aku curah. Malam tu aku cuba study tapi gagal. Mata aku terlalu pedih untuk berjaga menghadap buku. Keesokan paginya aku bangun dan cuba untuk cover mana yang sempat. Mata masih sembap, bengkak sedikit mungkin.

Melangkah ke exam pun dalam keadaan sugul. Aku tak tahu kalau ada rezeki, najih la aku. Kalau rasib pun, aku prepare sahaja lah kalau perlu repeat subjek itu. Salah aku sendiri. Semester ini aku gagal merancang dengan baik segalanya. Pengajaran untuk aku. Moga Allah mengiringi.


"Langit malam bercahaya
Yang terlihat limpahan sinarannya
Takkan jemu tangisan rindu
Bagai dekat getaran panggilanMu

Pada mikraj cinta.ada rahsianya
Pada mikraj cinta.ada jawapannya
Pada mikraj cinta berbahasa agung kalimahNya

Tuhan tetapkanlah jiwa hati kami semua
sehingga bertemuMu
menatapMu nanti disana

Tuhan temukanlah pengakhiran yang terindah, sehingga bertemuMu menghadapMu di syurga.

Takkan jemu tangisan rindu
bagai dekat getaran panggilanMu

Pada mikraj cinta.ada rahsianya
Pada mikraj cinta.ada jawapannya
Pada mikraj cinta berbahasa agung kalimahNya

Bukalah mata hati
Bukalah cermin mimpi
Moga jalanku tidak keliru berkelana mencariMu

Tuhan temukanlah pengakhiran yang terindah sehingga bertemuMu menghadapmu di syurga
Ya Tuhan, sembuhkanlah jiwa-jiwa yang berduka kembali berbicara kan mengukir senyuman.

Tuhan temukanlah dengan hikmah mikraj cintaa ♥




Wassalam. Musirrah.

Hidup ini adalah keyakinan dan PERJUANGAN.. dan PERJUANGAN mukmin yg sejati tidak akan berhenti kecuali kedua tapak kakinya, TELAH MENGINJAK KE PINTU SYURGA...

-Imam Ahmad ibn Hanbal-