Friday, October 30, 2015

flights

Bismillahirrahmanirrahim

Aku sangat ingin satu gerabak denganmu.
Satu pasukan dalam perjuangan.
Pasukan berkuda mungkin? Ya, aku suka pasukan berkuda.
Sangat ingin bersebelahan denganmu dalam satu penerbangan.
Yang kita boleh berkongsi segalanya tanpa ketidaksefahaman
Sangat ingin.
Berada dekat dengan orang yang dekat di hati aku.

.........

Namun aku harus menerima hakikat
Aku tak dapat menafikan
Bahawa keperluan hati setiap manusia itu berbeza
Keperluan perjuangan setiap manusia itu beda
Pelaburan akhirat setiap insan itu menurut jiwanya tidak sama.

..........

Maka di sinilah kita.
Di gerabak berlainan.
Pasukan berlainan.
Hatta penerbangan.
Beda.
Aku tak dapat menafikannya.

..........

Biarkan sayang.
Aku sedang cuba meyakinkan diri
Bahwa haluan kita itu masing-masing Tuhan bimbing
Bahwa pelangi di hadapan itu benar wujud
Menanti keindahannya tersergam

Maka aku meredhai
Biarkan kita tidak begitu sepasukan di dunia
Biarkan aku tidak berdamping denganmu dalam penerbangan yang sama
Kerna bagi aku yang paling penting
Kelak aku bisa bersebelahan denganmu di dalam syurga.

.....

Uhibbuki Fillah.
Selamat Berjuang <3 p="">
Wassalam, Musirrah.






Bismillah..


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.
Yang mencipta kau dan aku
Dan mencipta kasih kita.

Mungkin di sebalik gunung ganang itu
Ada terlukis kisah perjalanan kita
Saat Tuhan mendidik seorang demi seorang dengan tarbiyahNya
Saat itu ramai yang pergi
Meninggalkannya yang lemah tak berdaya
Namun kalian,
Kalian tegar menanti sehingga tiba saatnya
Dia bisa benar-benar berdiri semula
Thabat atas jalan tarbiyah ini
Dan meneruskan pendakian bersama..

Di sana ada seorang manusia yang sangat mencemburui
Kedamaian jiwa dan ketenangan hati yang kalian miliki
Walaupun berkocak namun masih tabah
Walaupun ada amarah namun kekal solehah
Betapa dia sayu
"Aku juga menginginkan lautan hati setenang itu"
Namun betapa Tuhan sahaja tahu
Ia ibarat mencecah kaki ke sebuah perjalanan
Dihampar serpihan duri dan tajam kayu-kayu.

Rindu
Saat kalian benar-benar mengangkat dia menjadi mad'u
Terasa dicintai Tuhan
Melalui kasih yang dipinjamkanNya kepada kalian

Kalian itu
Dalam doanya tak pernah bosan dia bercerita
Tak pernah bosan dia mengisahkan
Kadang dengan tawa gembira
Kadang dengan air mata
Wahai Allah, inilah insan-insan yang Kau hadiahkan
Inilah mereka yang tak pernah melepaskan tanganku
Yang tak jemu mengingatkan aku kepadaMu
Sehingga kini..
Kau ganjarkanlah mereka kehidupan yang bahagia
Di dunia,
Dan pada hari tiada naungan selain naunganNya.




Irbid
171015
Hidup ini adalah keyakinan dan PERJUANGAN.. dan PERJUANGAN mukmin yg sejati tidak akan berhenti kecuali kedua tapak kakinya, TELAH MENGINJAK KE PINTU SYURGA...

-Imam Ahmad ibn Hanbal-