Sunday, July 29, 2012

PLKN

Bismillahirrahmanirrahim
 
Orang kata senarai tak habis keluar lagi, lepas raya baru habis keluar.
Orang kata sekarang dah takde 1st batch 2nd batch 3rd batch dah. yang dapat kena pergi jgk.
Orang kata itu, orang kata ini .. em.. plkn nak test2 access internet ? ada ek cmtu ?
Kawan-kawan.. macam-macam reaksi.. ada yang dapat seronok, ada yang dapat nangis.
Ada yg tak dapat monyok, ada yang tak dapat sujud syukur terus.

Dulu la kan, akak ana yang kembar tu, dua-dua dapat.
Kak Mina dapat offer letter, tapi buat surat hospital atas sebab masalah kesihatan tulang belakang beliau.
Kak Oda' pulak sihat walafiat, takde alasan la tak pergi. 
Tp offer letter tak sampai-sampai. Kwn2 dia pun ada yg cmtu. Last2 tak pergi sampai lah panggilan matrik.
Smpai sekarang, mcm takde apa jadi, lepak je.
Em.. anak last ni? Kalau betul la senarai tak habis keluar lagi, tiba-tiba dapat pulak, memang buat surat hospital la jawabnya. Nak berperang kat dapur pun seksa, inikan nak berperang kat pusat latihan tu.

Khidmat Negara. Mungkin satu keseronokan, mungkin juga satu ujian.
Terutama untuk perempuan.. nak jaga aurat, nak jaga pergaulan, nak jaga segala-galanya.
Bukan mudah dalam suasana yang tak tersemai dengan ruh islam di sana.
Yang tak dapat, ertinya Allah nak selamatkan.. sebab Allah tahu kita tak mampu.
Yang dapat inilah orang-orang hebat, DUTA yang Allah hantar untuk menyebarkan islam disana.

Bukan tak ada, yang bertudung labuh, kekal dengan penampilannya dari awal hinggalah ke ke akhir program. Bukan tak ada, yang tegas dalam pergaulannya dan kekal begitu sehinggalah berakhir latihan.
Katanya PLKN membentuk jati diri, ha, inilah dia, jati diri seorang Muslim/Muslimah sejati.
Mungkin, yang sekolah agama akan menjadi bualan dan sasaran dari segenap aspek.
Asalkan yakin Allah tak pernah tinggal kita sorang-sorang, kita akan lebih kuat dari orang lain.

Laaa yukallifullahu nafsan illa wus'ahaa
Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya [2:286]

Apa yang Allah takdirkan bukan suka-suka tapi ada sesuatu yang Allah nak sampaikan, ajarkan pd kita.
Dalila, Ayuni, jangan sedih lagi. Yang Mencipta lebih mengetahui tentang ciptaanNya, okey :')

Kalau ada Program Latihan Khidmat Agama, kan best.. em PLKA ? Punn boleyyy.
banyak pulak la aku membebel bulan2 puasa ni -,-
Wassalam, Musirrah.



.

empat bulan terakhir

Bismillahirrahmanirrahim

"Sebulan lagi nak trial. Tiga bulan lagi dah SPM," tersentap hati mendengar bicara dia.
"Ada masa empat bulan lebih je lagi.. nak merasa jadi pelajar sekolah,"  perlahan ana menuturkan, ayat paling berat untuk dilafazkan.

Ya, betapa ana mengharapkan pengulangan memori dari tingkatan satu hingga kini. Empat bulan bukannya satu tempoh masa yang lama, sedangkan lima tahun juga terlalu laju meninggalkan kita.
Sebulan trial, dua bulan sekolah, sebulan lagi Sijil Pelajaran Malaysia 2012. Lebih kurang.
Dah banyak tension, dah banyak ketawa, dah banyak nangis, dah banyak main... dah banyak berangan -,-
Empat bulan ini, ketepikan semuanya, ganti dengan doa, munajat dan usaha.
Empat bulan masih ada, sampai minit terakhir di dewan periksa.




Empat bulan terakhir di Maahad Hamidiah.
Wassalam, Musirrah




.

Saturday, July 21, 2012

style ke ?

Bismillahirrahmanirrahim.

Kesah pulak Bapak ar Gempak owt Lawakkk ke 
Memang aku kesah Lepak ahh Giler arr

Style ke ? Nampak hebat dan cool ke kalau guna ayat-ayat kontemporari gini ?
Ana tak tahu.. ana guna jugak certain time.. Pengaruh rakan sebaya ke ?
Selagi tak mencarut, menghina atau mencaci orang lain, salah ke ?
Adakah semua ni memang tak bagus atau hanya mainan suka-suka je yang esok-esok akan lupus jugak.
Yelah, takkan sampai esok-esok dah jadi  suami/isteri/mak/ayah  orang pun nak cakap gaya ni lagi.
Semua ni cuma mainan budak-budak muda je kan. Makin kita tua nanti mesti kita makin jaga bahasa kita.

Kadang-kadang kita buat lawak je, bergurau sesama kawan-kawan, bukan maksudkan pun apa yang kita cakap tu. Kadang-kadang tambah nak sedapkan ayat je, bukan serius sangat pun.
Yang pasti memang tak ahh nak borak pakai ayat mcm ni dgn orang yang lebih tua dari kita.
Selalu pakai main-main dengan kawan-kawan je. Dengan yang tua kita tetap jaga bahasa.
Tapi boleh ke tidak guna ayat-ayat ni sebenarnya ? Kasar sangat ke ?

Esok zaman anak-anak kita akan wujud pula revolusi bahasa-bahasa baru. Apa yang patut kita lakukan untuk didik mereka kelak? Elakkan bahasa-bahasa begini, atau biarkan, atau haramkan terus ?
Apa kata anda dan apa pula kata mereka-mereka yang lebih berilmu tentang isu ini dari perspektif agama?
Pandangan kalau sudi.


































.




Btw, Malam Rindu Illahi memang FIVE STAR ! Tiada yang setanding dengannya ar sepanjang 5 tahun membesar kat maahad ni. Tabik semua artis-artis amatur, mirwana tua-tua dan Eminent Crewz.
Undi unofficial terbaik, 'Abang' Izzat Mahadi. Ya Rabbi Ya, hey ! Tengok video ni
GarisanMu by Izzat Maahadi at Maahad Hamidiah Kajang (MALAM RINDU ILLAHI)
Hahhah. Memandai je lah putera batch aku ni tambah-tambah 'hey' kat lagu orang. Tapi best ar.
Apa-apa pun beli album Izzat Mahadi eh beli beli :D
Nak tahu cerita lanjut baca blog Nazirul Sarah Ishak dan Syaza Izzati Azman okaiii.

Selamat Menyambut Ramadhan Kareem !
Wassalam, Musirrah.


.


Tuesday, July 17, 2012

Kejohanan Olahraga Tahunan SMKA MH 2012

Bismillahirrahmanirrahim

10 minit sebelum masuk trek, ana tak boleh, jantung ana laju sangat.
Tak lari lagi dah berdegup selaju ni.
Dengan taraf kesihatan yang tak berapa nak baik lagi sejak demam 3 hari lalu
Segala bendalir-bendalir tak sihat rasa penuh je dalam paru-paru ke tak tahu la dia duduk mana
Nak beli Mucinex tadi tak sempat pulak
Allahumma solli 'alaa saiyidina Muhammad.... tenang kan hati aku ya Allah
jantung kalau tak tenang, lari nanti cepat pancit, ana rasa la
ana carik Allyana di barisan 100m P1... peluk-peluk

"all doakan kite"
"mestilah doa ! mesti ! jedda boleh buat ! "

" P1 4X400, masuk trek !"
Ana melangkah perlahan.. QM serahkan baton
Terngiang-ngiang orang kata kalau baton jatuh, larian batal. Seluruh larian.
Ana tak pernah lari dengan baton. Ye, memang tak pernah lari pun selama ni waktu kejohanan.
Cuba try test. Ingatkan baton tu licin HAHA jahilnya -,-
Genggam, biar selesa. Sekali dengan tudung, macam sho selalu buat.
Elak sebaik mungkin daripada terselak mana-mana yang tak patut.
Jaga setiap aurat yang ada sebaik mungkin. 
Nak lari laju-laju, nak mudahkan urusan Kak Mira, Wani dan Qeha.
Tak mahu dorang penat lebih atas kepenatan yang sepatutnya ana bayar awal-awal larian. InsyaAllah.

Ke garisan....
Sedia.........
PRETTTT !

Jedda, aku doakan kau dah sihat Ahad ni, kau kena sihat jugak, aku nak tengok kau lari
Jedda buat elok-elok,  kuning boleh !
Kau yang kata kita tak boleh cuak, tak boleh risau kan ??
Kau kan selalu cakap kat ktorang Allah ada, Allah bantu !
Jehaada bila lari bayangkan ada A besar kat depan tu, hehe, ummi sentiasa doakan
Kalau akak lari, akak bayangkan semua masalah akak tinggal kat belakang.. 

Kak Miraaaaa, baton ! Ana cuma mampu jerit dalam hati.
First runner, kuning sampai dulu. Ana tak tahu apa jadi lepas tu.
Ana terjelepok kat situ jugak. Sama, sama macam apa yang ana rasa lima bulan lalu
Sampai-sampai sekolah lepas merentas desa..

Hasbunallahu wa ni'mal wakiil 
Cukuplah Allah sebagai penolong bagi kami dan Dialah sebaik-baik pelindung.
 




Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Benarlah doa seorang ibu sangat penting dan terlalu besar maknanya.
Benarlah pemikiran dan hati ada peranannya dalam mengawal kekuatan jasad.
Benarlah solat mampu menyembuhkan kembali otot-otot dan saraf yang tak berapa sihat.
Benarlah setiap apa yang ditentukan Tuhan itu ada hikmah dan pengajarannya.

Seronok bila cerita macam ni
Tahun pertama tak pegang kamera jerit-jerit sebelah padang dari pagi sampai tengahari
Tahun pertama masuk padang menyumbang pingat
Itu cuma penyedap hati, walhal tahun pertama itulah
tahun terakhir
tahun terakhir merasa semua ini
ana tak kisah Kejora tak menang,
kesian Zuhal, biarlah diorang merasa juara
Kejora dah dua kali rasa, cukup hebat dahh tu
tapi kan.. ketua Zuhal.. em.. seriously kau kena bersyukur budak-budak puteri kat baris belakang ni semuanya masih berakal waras. Kalau tak memang kau dapat banyak kasut free tengahari tu.
Aku kena letak sepuluh hengget kot kat tabung MISKAT selasa ni.

ktorang rumah Kuning macam teruja dapat perbarisan nombor dua
Padahal rumah ktorang lah guna kos paling sikit untuk perbarisan
Dengan salotep, peniti bersepah-sepah kat kostum
Barner pun tahun bila-bila ntah punya 
Tertanya-tanya kenapa boleh menang.. mungkin sebab lain dari yang lain ?
Ktorang macam apa ek, robot? penjenayah ? superhero ?
Lawakkk, memang betul lah tu, lain dari yang lain, haha
Apa-apa pun, alhamdulillah, tak sia-sia la tido 3.30 pagi menjahit..


Wassalam, Musirrah.



Monday, July 9, 2012

helmet

Bismillahirrahmanirrahim




Helmet ni cool gila kan ?
Dah la islamic-themed, warna purpleputihhitam  pulak tu.
Smart kowwwwwwwwwwwt. 
Dah tak heran pasal motor dah wei sekarang ni NAK HELMET NI JE !
Kalau dapat en, naik kereta pun ana sudi pakai, haha.

Tah pape kan. Tengah buat video chemist senanya -,-
Wassalam, Musirrah.



.

anak soleh

Bismillahirrahmanirrahim


Sifat anak yang soleh, mentaati ibu ayah
Tidak membantah, malah mentaatinya

Halus peribadinya mencontohi Rasulullah
Tingkah lakunya dijaga akhlak dipelihara
Segala amalan dijaga hanya kerana yang Esa

Hormat pada yang tua, kasih pada yang muda
Sayang pada ibu ayah dan juga keluarga
Hidupnya rajin berusaha, tidak pernah berputus asa
Di dalam kehidupan penuh pancaroba

Tiada cinta di hatinya hanyalah cinta Allah
Ada rasa rindu hanyalah untuk Rasulullah
Kasih dan sayang hanyalah pada ibu ayah

Hormat menghormati sesama insan berbudi
Guru dan teman-teman sentiasa dikasihi
Itulah di antara sifat anak-anak yang soleh


 .
" Tiada cinta di hatinya hanyalah cinta Allah
Ada rasa ri
ndu hanyalah untuk Rasulullah
Kasih dan sayang hanyalah pada ibu ayah, "

Wassalam, Musirrah



.

Hidup ini adalah keyakinan dan PERJUANGAN.. dan PERJUANGAN mukmin yg sejati tidak akan berhenti kecuali kedua tapak kakinya, TELAH MENGINJAK KE PINTU SYURGA...

-Imam Ahmad ibn Hanbal-