Wednesday, April 18, 2012

lupa

Bismillahirrahmanirrahim

Sejak dua tiga hari ni Ustaz Jamal suka cerita tentang cabaran lelaki dalam menghadapi kaum wanita. Cara ustaz cerita tu sangat menakutkan, macam lelaki ni seriously lemah dengan kelembutan wanita. Kami yang perempuan ni dengar risau betul..  lalu masing-masing pun menyingkap kembali tabir masa lampau.. kalau-kalau dalam urusan kita dengan putera sebelum ni ada terlebih lembut ke.. Risau sangat sebab jujur la, at certain time, kita TERtreat putera mcm kita treat kawan-kawan perempuan kita.  
Kita lupa yang dia tu lelaki. KITA LUPA.

Beberapa hari ni juga kami Pandu Puteri start kawad di court Bola Keranjang depan blok F5. Dan kemudian argh berlakulah sedikit pertikaian antara kami dan insan-insan lain yang juga mahu menggunakan court tersebut untuk bermain bola apa ntah. Ok, kami tahu kami berlatih kawad hanya untuk peringkat sekolah sahaja.. habis kau main bola tu untuk antarabangsa sangat ke?
Ya.. maaf.. walaupun saya dah tingkatan 5, saya masih ada satu lagi batch senior.. SAYA LUPA.




"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." [Al-Baqarah: 45]
Wassalam, Musirrah.



.

Wednesday, April 4, 2012

boba laling

Bismillahirrahmanirrahim

Some people.. they don't believe in themselves. 
They think they cannot do it. But everybody is giving them chances and opportunities..
While some others.. they really think they can do it. Their spirit and confidence is high. 
But nobody trusts them. Nobody is giving them chances..
[Musirrah, 1 April 12]

Masuk sampai pusingan kedua. Kalah mati. Dan ya, KALAH dan MATI.
Sampai ke pusingan kedua pun dah cukup hebat sangat. Hebat untuk orang yang berlatih dalam masa seminggu, hebat untuk orang yang tak ada coach, hebat untuk orang yang tak ada sokongan.

Asiah, Nadhrah, Aliya, Mariam, Ilani, Farah Farzana, Faridah, Amni, Aiesya, Jehaada, Farah Adibah, Dalila..

Cikgu ini inform lambat. Tapi cikgu itu tak bagi cancel penyertaan. Kemudian cikgu itu pula tak benarkan kita berlatih waktu PnP. Cikgu ini tak ambil tahu pun tentang training kita. Cikgu itu tak kisah pun apa jadi. Cikgu ini kadang-kadang tak memahami. Kita semua dianaktiri.

Tiga empat hari sebelum tournament, datang lah seorang 'penyelamat' (ahaks) a.k.a Imran Top si kapten menjadi coach tak bertauliah berkongsi ilmu mana yang perlu. Awalnya kekok tak tahu nak kata, gila ke apa main bola dengan putera? Ya Allah lindungilah kami dari sebarang malapetaka -,- .Kalau tak difikirkan kekangan masa yang merantai dan persediaan kami yang macam orang bodoh kat padang, dah lama idea ini ditentang.

Alhamdulillah, 'coach' tak bertauliah agak membantu walaupun penjelasan kadang-kadang tak difahami sampai memerlukan sesi kelas Bola Baling outdoor tersohor di whiteboard padang sebelah bilik persalinan. Dia garang, serius macam mafia kata orang. Biarlah. Dia tak penting, yang penting bola baling.

Ana rasa.. seminggu ini ana lebih belajar banyak tentang realiti kehidupan daripada sukan bola baling itu sendiri. Persahabatan, persefahaman, kerjasama. Pengharapan kita pada Allah, kebergantungan kita pada Allah. Bila di padang untuk berlawan baru mahu ingat Allah.. Di luar perlawanan, kita lalai, lupa terus pada Sang Pencipta. Itulah kita, dasar manusia, selalu leka dan lupa.

Sekolah Agama. Seperti biasa kita menghadapi diskriminasi kaum tak bertamadun yang bersikap pilih kasih. Kesalahan orang berpakaian tetapi hakikatnya 'tidak berpakaian' hanya bagaikan angin lalu TAK TERLIHAT di mata mereka. Tapi kesalahan kita setiap inci diteliti. Inilah dia, dugaan kita dalam menjulang syariat agama.

Peluang yang Allah beri sampai pusingan kedua itu sebenarnya dah terlalu berharga. SAM10 dan SMAP juga melalui takdir yang sama, cuma mungkin perjalanan kami berbeza. Keluar melihat suasana sekolah luar sering membuat ana kembali bersyukur berada di Maahad. Bumi ini sering hujan dengan ujian, kadang-kadang gersang tanpa kasih sayang, namun tetap ada secebis nilai keimanan dicelah rekahan bangunannya, di setiap selirat akar kayunya.

                                 bola baling = boba ... laling ?                              


pics from Dalila Najwa.
Standing from left: Faridah, Jehaada, Asiah, Farah Adibah, Illani, Maryam, Farah Farzana
Sitting from left: Alia, Dalila, Aiesya, Amni, Nadhrah






"Yakin pada Allah itu 
bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan.
Yakin pada Allah itu adalah..
meletakkan keredhaan pada setiap ketentuan-Nya,"

Fair and Lovely dan.. Fair and Lovely? Hitam -,-
Wassalam, Musirrah.




.
Hidup ini adalah keyakinan dan PERJUANGAN.. dan PERJUANGAN mukmin yg sejati tidak akan berhenti kecuali kedua tapak kakinya, TELAH MENGINJAK KE PINTU SYURGA...

-Imam Ahmad ibn Hanbal-