Wednesday, December 21, 2011

tagged: saya ada seorang kawan...

Bismillahirrahmanirrahim..

....nama dia Syaza Izzati dia yang tag saya kat benda ni suruh saya tulis kat blog saya ohoh baguslah sejak kebelakangan ni saya memang lack of idea nak tulis apa kat blog and yeahh syaza izzati telah beri saya idea yg agak merepek tapi tak apa la saya suka sebab you see at my blog archive biasanya December banyak post but then December 2011 dua post je mungkin saya sibuk belajar kot HAHA kelakar sangat lah tu kononnya. Release !

Di sini ade beberapa soalan wajib jawab utk tuan punyer blog

[1] warna favourite and why?
[2] perangai orang yang paling anda menyampah sekali. explain skit
[3] benda yang anda teringin nak buat tapi blom kesampaian
[4] makanan yang anda rasa pelik
[5] favourite quote
[6] situasi di mana anda teringin nak terjun dari pokok tauge bangunan klcc
[7] anda skema atau jenis yang suka rebel?
[8] asal perempuan suka gossip eh?
[9] kalau ada time machine, anda teringin hidup di zaman mana?
[10] 3 benda wajib bawak kalau keluar jalan2
[11] anda rasa pelik bila...
[12] binatang yang anda rasa comel/hensem
[13] ada bebelan ikhlas buat pakcik/makcik yang gatal2 tag anda?

# sila jawab soalan-soalan yang x berapa maut di atas
# lepas tu,anda dikehendaki tag kawan2 anda yang ada blog dengan meletakkan link mereka di bawah


[1] Warna favourite and why?

Okayy ana paling suka warna BLACKWHITE. Sebab smart sangat sangat. Ana punya barang barang banyak warna hitamputih kalau awak perasan la. Dan ana jugak suka warna-warni tapi ranking nombor dua. Oh yes, to be honest, pink is a no. Kalau awak tengok ada yang warna PINK semata-mata tu maknanya bukan ana la yang beli, sama ada mak atau ABANG ana belikan =,=
-Bukan mixpod kau warna pink ke? Ego en kau? Err *bunyi cengkerik*

[2] Perangai orang yg paling anda menyampah sekali. Explain skit

Tak reti nak terima pendapat orang lain ! Yeah I know sometimes I did that too unconsciously but then kalau dah tiap tiap waktu kau nak berbalah boleh jalann la. Benda kecik pun nak kecowwwhhh pahal bro. Okay, tapi orang-orang beginilah yang ajar ana erti sebuah kesabaran dan prinsip kalah tak bermakna lemah. Seriously.  (I noticed that everyone who answered this question will get emotional all of sudden )

[3] Benda yang anda teringin nak buat tapi belum kesampaian

Of course pergi MEKAH ! Teringin sangat ! Dan beruntunglah orang-orang yang pernah menjejakkan kaki ke tanah suci itu. Tiba-tiba teringat lagu Irfan Makki:
Oh Allah, I'm waiting for the call 
Praying for the day when I can be near the Kaabah wall ~

[4] Makanan yang anda rasa pelik

Is there any? Oh yes, certain Malays' cooking such as gulai ikan masin, tempoyak, petai dan adikberadiknya. Maaf la ana membesar dengan seorang ibu yang bukan berketurunan Melayu jadi ana tak biasa makan these kind of cooking. Kalau esok mak mertua suruh masak those stuff pun memang ana gagal terus.
(kalau mak mertua ana Melayu la). I was hoping for a Chinese mixed sebenarnya, haha. Sepet. By the way I would like to share a quote from Imam Ghazali in his Kitaab Ihya' Ulumuddin, about food:

"Apabila sesuatu makanan yang dihidangkan itu tidak disukai, tidak sedap, tidak menyelerakan, maka janganlah makanan itu dicela. Cukuplah sekadar diam ataupun tidak memakannya," -Imam Al Ghazali


[5] Favourite quote
 
"Giving up doesn't always mean you're weak, 
Sometimes it means that you're strong enough to let it go"


 [6] Situasi di mana anda teringin nak terjun dari pokok tauge bangunan KLCC

When I have been trying to solve an Addmaths' question for two hours but still couldn't get the answer as written in the answer scheme. And suddenly My sister come and said:
"Hey you are referring to a wrong answer scheme !"
-If I know how to drive, I will drive to death. 

[7] Anda skema atau jenis yang suka rebel?

Ikut keadaan. Well sometimes people know you better than you know yourselves.

[8] Asal perempuan suka gossip eh?

I have no idea, perhaps they prefer gossiping than sharing Islamic knowledge.
Really hope my friends and I are not included, na'uzubillah.

[10] Tiga benda wajib bawak kalau keluar jalan-jalan

 Entah lah, lenggang je kot.. Kadang-kadang bawak novel, kadang-kadang bawak phone.

[9] kalau ada time machine, anda teringin hidup di zaman mana?

I badly wish to stay in times of ISLAM was conquering the world ! 2/3 of the world. The Muslimin's faith was very strong at the time, they fear Allah, the lower their gaze, they respect people. It's opposite from now.
Now is like hell MasyaAllah.

[11] Anda rasa pelik bila...

Orang lelaki buat benda yang mereka rasa macho padahal nampak macam orang tak skola je. Contohnya comment tak sudahhh gambar perempuan kat Facebook, bercakap guna ayat taiko kononnya tapi orang tak faham apa pun dia cakap, letak DP pelik2 scremo la korea la awek la amende bagai.
And obviously tak skola, MEROKOK. Hoho pantang pantang.

[12] Binatang yang anda rasa comel/hensem

Of course la kucing !

[13] Ada bebelan ikhlas buat pakcik/makcik yang gatal2 tag anda?

 Haha nothing else besides thanks syaiz and I love you lillahi ta'ala, that's all :)

___________________________________________________________________________________
Siapa siapa mahu buat anda di alu-alukan ya. Specifically ana nak tag
Aieshah Yusof (link dia mahal), Nurdiyana, Ain Natasha, Dalila Najwa, Anis Farhah, Ayuni Mahirah.
Norsyafiqah dan Baiti Fauzi nak buat pun boleh juga, segan saya nak tag awak berdua la hehe.

Wassalam, Musirrah.
___________________________________________________________________________________





.

Tuesday, December 6, 2011

Arus ukhuwwah kita - biarkan ia mengalir..

Bismillahirrahmanirrahim..
Kepada Girlfriends saya.. Kalau awak rasa kita kawan satu sekolah, bacalah. 
Ni untuk awak, saya dan kita. Kita semua :)
___________________________________________________________________________________

"Sedihnya.. Kenapa tak bercampur kan. Macam berpuak-puak je," keluh seorang sahabat seorganisasi ketika kem di Pusat Pemantapan Akidah tempoh hari. Ana diam. Cuba menangkap asbab sedihnya. 

"Dah memang ada dua dorm je kan. Takkan semua nak sumbat dalam satu dorm," Ana cuba berseloroh membuatkan dia tergelak kecil sambil menepuk lembut paha ana.

"Ye la.. Tapi.. Nampak sangat assobiyah kan.. Dorm sini ramai blok MN je.. Dorm sana ramai blok KL je," keluhan dia masih tak mahu mengalah. Ana angguk mengakui situasi itu memang sedang berlaku. Tapi ana tak mahu merasakan ia satu masalah. Tak mahu.

"Ini bukan assobiyah, bukan berpuak-puak. Cuma memilih kawan mengikut keselesaan. Kalau berpuak-puak, dah lama kita dan mereka tak berkawan antara satu sama lain. Tapi kita semua bukan macam tu. Dah selesa dengan kawan tu, mestilah nak sama dorm dengan dia. Tapi dalam masa yg sama, dengan orang lain kita kawan juga. Itu benda biasa lah, sayang. Kita takkan mampu rapat dengan semua orang," ana balas. Jawapan yang buat dia terdiam. Entahkan diam berfikir atau diam terasa, ana tak tahu.
____________________________________________________________________________________

Ya, kita takkan mampu rapat dengan semua orang. Satu prinsip persahabatan yang ana genggam erat hingga kini untuk memaksa diri menjauhi buruk sangka dengan sahabat sendiri. Paksa diri.
Seumur hidup pun belum tentu dapat menggambarkan keindahan makna ukhuwwah. Ana tak tahu nak menghurai dari mana. Tentang lautan ukhuwwah kita yang nampak tenang permukaannya, namun hakikatnya bergolak hebat jauh di dasar jiwa.

Assobiyah. Ana pasti perkara ini yang sering dibangkitkan dalam mana-mana group usrah. Betul tak? Isunya pasti tentang sikap berpuak-puak yang kononnya terjadi antara pelajar asrama blok KL, MN dan pelajar luar. Bagi ana, ada beza assobiyah dengan berkawan rapat. Tapi kita sekarang, tengok rapat sikit, assobiyah. Berkepit sikit, assobiyah. Banyak gambar sama-sama, assobiyah. Aduhai.. Semudah itukah seorang pejuang agama membuat kesimpulan?

Sewaktu ana tingkatan satu dahulu, ana antara salah seorang yang keliru dengan persoalan ini. Sebagai pelajar luar, ana memahami apa rasanya dipinggirkan sebagai golongan tersisih di Maahad, kononnya. Tapi bila ana masuk ke tingkatan dua, tafsiran ana mula berevolusi. Bersahabat rapat dengan Syaima' dan Sya Iz membuatkan segala spekulasi negatif ana terhadap pelajar asrama MUSNAH sama sekali. Lebur. Tiada satu pun tinggal.  Tingkatan tiga seterusnya banyak mengajar ana tentang tanggungjawab dalam persahabatan. Belajar menerima. Ya, jika ada sahabat yang mengguris hati kita, fikirkanlah, adakah kita yakin yang kita ni tidak pernah mengguris hati dia? Entah-entah lebih banyak lagi. Disitulah terletaknya tahap terendah ukhuwwah; Bersangka baik.



Kadang-kadang ana tengok, masalah yang kecil dibesar-besarkan. Contoh, contoh:

1. Apa pasal budak asrama je banyak dapat jawatan?
    Apa pasal budak kelas Ibnu Sina je banyak menang?

Apa sahaja yang Allah beri dalam hidup kita adalah di tahap kemampuan setiap daripada kita. Mungkin kalau kita dapat jawatan tu, result kita susah nak cemerlang. Mungkin kalau kita pegang tanggungjawab tu, kita tak tergalas. Sahabatku, ingatlah.. Tidak dipilih menjadi badan kepimpinan adalah satu rahmat yang sangat berharga kerana sekurang-kurangnya kamu takkan hampir selangkah ke neraka. Maka bersyukurlah.. Ana faham, mesti rasa teringin nak berbakti dengan sekolah. Tapi mungkin rezeki kita untuk berbakti pada Maahad bukan sewaktu zaman persekolahan tetapi selepas kita menamatkan pelajaran di Maahad. Sentiasalah bersangka baik dengan Allah.. Kenapa kita perlu menghukum orang lain atas ketentuan takdir yang berlaku? Seorang sahabat yg baik akan turut sama gembira dengan kejayaan sahabatnya.. Kan?
Baru itu dinamakan ukhuwwah. Huhu..

2. Minggu lepas kan balik wajib, apasal tak fotostat time tu? Menyusahkan je.

Haha, benda kecil je tak perlulah dibesarkan, cik adik manis. Eh, best apa, tuu namanya Allah nak bagi pahala tolong sahabat. Takkan lah kita tak nak pahala kan? Allah redha tau kalau kita tolong sahabat kita. Memanglah minggu lepas balik wajib.. Tapi mana tahu balik kampung atuk sakit, mak ayah penuhkan schedule dia sampai tak sempat nak fotostat. Atau dia lupa. Okay, cuba letak diri kita kat tempat dia.. Apa kita rasa? Mestilah desperate gila nak orang tolong.. We treat people like how we people to treat us, remember?  Tapi, kalau memang susah sangat, minta la dia cari orang lain. Buat apa kita setuju tapi di belakang dia kita marah-marah. Cakap lah elok-elok yang kita memang tak dapat tolong..
Mesti tak susah kan nak cakap elok-elok :)

wajib dengar tau

Kita semua dah meningkat dewasa, ada setahun lagi sebelum kita berpisah dan bawa haluan masing-masing. Takkan nak biarkan masalah kecil ini berlanjutan? Laaa.. kalau macam tu sia-sialah selama ni Allah temukan kita sebagai kawan. Lima tahun pun belum cukup untuk mencapai tahap tertinggi ukhuwwah nampaknya.. Ya, ini tahapnya; Melebihkan sahabat dari diri sendiri.
Janganlah berkata aku tak rapat dengan dia, kesah apa. Kan Allah suruh kita bersaudara dengan semua orang.. Jadi, rapat ke tak, hati semua orang kita kena jaga tau...

Okay okay, sekarang semua orang bukak Quran tafseer, tengok surah Az-Zukhruf ayat 67. Ha, ayatnya berbunyi begini:

Ha, tawaran Allah, naunganNya di hari tiada naungan selain naunganNya.
Ini eksklusif untuk mereka yang bersahabat kerana Allah sahaja,
Tak mau rebut peluang ke? Penyertaan dalam kumpulan ni. Jom ! :D

Yang namanya persahabatan, memang kadang-kadang menyakitkan. Di satu masa buat kita rasa pedihnya hati bagai ditoreh sembilu yang baru diasah. Di satu masa lain pula buat kita rasa sangat gembira, bagai akan selama-lama berada dalam redhaNya. Persahabatan itu kadang-kadang buat kita jadi kanak-kanak, kadang-kadang pula buat kita jadi matang dan dewasa. Yang namanya persahabatan itu jugalah yang buat kita tahu jahat baik sisi hidup manusia. Itu semua biasa, kenalah terima.

Jadi lepas ni tak mahu dahh kita cakar-cakar lagi hanya sebab kita budak asrama atau luar, hanya sebab kita kelas lain atau jawatan tinggi rendah atau tiada jawatan. Biarlah di mata manusia kita tak ada apa-apa, tapi di pandangan Allah kita tinggi darjatnya. Kita dah matured kan, mesti faham la semua ni. Hehe.

Mungkin kepahitan kisah persahabatan ana dengan kawan-kawan tak nampak dek orang lain sebab ana tak suka bercerita tentangnya. Bagi ana kita tak ada masa untuk ingat benda buruk orang buat kat kita sebab kita ada tanggungjawab dakwah yang lebih berat untuk difikirkan. Tak ada masa nak fikir yang tak baik tentang sahabat kita.

Biarlah senyum kita tidak berbalas, salam kita tidak berjawab, persahabatan kita tidak disambut.
Pastikan arus ukhuwwah itu terus mengalir, kalau bukan dari mereka, maka biar DARI KITA.
Ini perintah Allah, biarlah dari kita, sampai bila-bila.


Habibi, Janganlah membenci... Hentikan dari saling menyakiti
Habibi, Hanya jikalau bersatu... ummatmu akan lebih maju
Temanku, bersabarlah selalu.. Hormati mereka di sekelilingmu
Temanku, marilah kita bersama... Menjadi PEJUANG AGAMA !!

Imam Muda - Pejuang Agama
   
  

Tears rolling down for you. Mean it.
Jom, aku nak capai tahap tertinggi ukhuwwah dengan korang. Aku sayang korang. Kita kan kawan? ^^

Wassalam, Musirrah. 



 .

Sunday, November 27, 2011

The past leads to better future :)

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, here goes the whisper of 1 Muharram 1433Hijriyyah. An infinity great thankful to The Almighty Allah for giving us chance to live till this seconds. It is oxygen I am using to breath, dear Allah. I need it, but since the oxygen is Yours, I need You more.

Let's hope everything will be better than before. Time runs too fast (I have been saying this for thousands).
There are too many things happened in a sudden and unpredictable. With a blinking of the eyes, suddenly
A YEAR had passed, too quick. Many things I've went through lead me to maturity. There are moments that

 happy, curious, suspense, embarrassing, fearful, overjoyed, hurting  

I believe, the past always give us ideas on how to perform for better future. Allah fated everything for reasons. Sometimes we'll never have the chance to know what are the reasons. However, having faith that Allah's plan is always the best, is enough for a Muslim to smile in turbulence :)

"Verily, along with every hardship is relieve," [Al-Insyirah, 5]

Without including my SPM year, I have around five more years to.... get married? forget it for now... to end my studies ! I mean until my first degree.. in Jordan InsyaAllah. Ameen ! How about second degree? Becoming a freelance preacher or a novelist/writer will need a big trust from society. If having MA is the only way of gaining more knowledge as well as society's trust, I will consider it. But then, I better get ready for my SPM first, lol.

  So whatever it is,  HAPPY NEW YEAR OF 1433 HIJRIYYAH to all my fans !  
(bajet dah jadi terkenal )



Wassalam, Musirrah.


.

Tuesday, November 22, 2011

SEA games 2011 - Final Football Match [ Malaysia vs Indonesia]

Bismillahirrahmanirrahim..

GARUDA DIBAHAM HARIMAU

Alhamdulillah ! Malam tadi sungguh bersemangat. Pertama kali rasa berdebar tengok football match. Waktu Baddrol nak sepak penalti terakhir tu, rasa nak gugur jantung. Sipi-sipi lagi kot Meiga boleh tangkap bola tu. Tapi alhamdulillah kena kaki dia je. Dan lepas Meiga rebah, bola tu pun bergolek dengan tenangnya masuk ke gawang gol. Huahahaha. Part tu paling best. MALAYSIA MENANG !!

Tabik ar Baddrol ! Khairul Fahmi pun sama. Dua insan yang memegang tampuk harapan terakhir kemenangan pasukan Harimau Muda. Alhamdulillah, rezeki kita. Terdiam penyokong-penyokong pihak lawan. Itulah, hari tu bukan main lagi. Ganyang Malaysia KONON. Lain kali jangan hina orang. Kan Allah dah makbulkan doa orang yang teraniaya. Sebenarnya tak faham la, apa yang mereka benci sangat dengan kita ni ya. Kita cool je apa. Apa-apa pun, ana salute rakyat Indonesia yang berfikiran matang dan terbuka. Semoga Allah merahmati kalian kerana masih sudi bersahabat dengan kami rakyat Malaysia.

Dengan kemenangan ini, ana harap satu hari nanti Allah beri mereka kesedaran untuk menutup aurat dengan sempurna sebagaimana wajibnya tuntutan itu terhadap setiap lelaki yang beragama Islam. Insya-Allah, aminn.

Baddrol Bakhtiar Jersey no. 10 TERBAIK !





GEMURUH SUARA, jadi bangsa berjaya
GEMURUH PERKASA, bawah satu bendera
Nama kita bina diseluruh benua rasa BANGGA
Genggam amanat wira, julang PANJI MALAYSIA

MALAYSIA ! MALAYSIA ! MALAYSIA !
Wassalam, Musirrah.


.

Maahad Memories - 4 Ibnu Sina 2011

Bismillahirrahmanirrahim

On the first day of school, everything went as I expected. Class streaming took place again without any tolerate. I knew that, some teachers will never do as they promised us to. I still remember my happiness when I was informed that I was placed at 4 Razi for 2011 class. But then, Allah has His own plan for me and my friends. The happiness didn't stay long as I was transferred to 4 Ibnu Sina, the so-called-first-class.
The faraway Ibnu Sina.  Thus, here started my journey as one of the residents of the new block.



As days passed, I still can't make myself to love this class. I am okay with the classmates indeed I'm happy to be with them. But the location of the class itself tensed me and even the high expectation of the teachers. In fact, most of the members of 4 Ibnu Sina went to this class unwillingly. Yes, we were forced to.
Early of the year, I faced some problems in my studies and my social life. Friends hurt sometimes. But perhaps I hurt them more, I don't know. I've thrown that out of my mind. We got new friends in the class;
Baiti, Nasirah, Irfan, Aiman, and Atef. Welcome to Ibnu Sina, we said.


It happened in months when we were given some task to be completed, we became closer with each other. The class members became united in a sudden. I have no idea about that. The drama competition witnessed us as the first place winner and also patriotic class competition. Some people questioned about our class' winning. I know, the first class students will always be facing these kids arguments and complaint. Well, I did it before, I always complained about 3 Abu Bakar on my 2010 days. I'm sorry for my immature attitudes.

When the last week of school arrived, we played together, having useless chat just as the SPM had finished. No more studying after final exam. No more teachers scolding here and there. No more asking have you finished the homework?. Everyone was not in class but everywhere to be found. It's a normal phenomenon every year indeed. So the last week of school, I started to realize. I will not studying in this class with my classmates anymore as before.

Our class farewell party was held at Ayuni's house on 18 November. On this day my heart told me something my mouth never admit before. An answer to my confusion.

Thank you Siti Aieshah for being a good listener, for being the best tablemate ever
Thank you Dalila and Izni for your non-stop laughing that brightened up my days
Thank you Farisha for your every brilliant crazy ideas in solving my problems

 Thank you Timah for being my classmate since our childhood days
Thank you Raihanah for your silly funny face expression that throws away my tense
Thank you Aina for teaching me Patience and Thankful

Thank you Ulfah for the courage and miracle words that keep me strive
Thank you Syafiqah and Baiti for your opinions and knowledge shared
Thank you Nasirah and Faridah for patiently laughing on my not-funny-at-all jokes
 
Thank you Aisyah and Nazifah for being the best news reporter
Thank you Ayuni for being a super duper nice and polite assistant monitor
Thank you Amirah for telling me my mistakes and correct me when I'm wrong
Thank you Aida, Afiqah, Wardah, Alia, Ilmi and Tengku for teaching me happiness

Thank you Islahuddin for being the coolest but weird class monitor I've ever had
Thank you Arif Hakimi for being a loyal storry-teller to me and Aieshah 
Thank you Amir Ridwan for being the most strict PIC for 5s. And for keep spelling my name wrong =,=
Thank you Aiman and Farhan for your funny selamba jokes that cheers up members of 4 Ibnu Sina 
Thank you Atef, Irfan and Syazni for all the wisdom and religious knowledge shared
Thank you Firdaus for teaching me interpreting data skills due to your hard-to-understand sentences.
Thank you Harith and Adam for being patient with the born-to-be-noisy we, girls of 4 IBS.

Thank you for everything you did all these while.
I love 4 Ibnu Sina. I should have realized it before, shouldn't I ? Will be missing the moments damn much :')







Photos taken everywhere from: Norsyafiqah, Raihanah, Baiti, Dalila, Arif Hakimi and myself

I'm sorry for my wrongdoings throughout the year and the days.
We may be facing our last day as classmates, but I really hope our last day as friends will never come.
Thank Allah for this friendship <3
Wassalam, Musirrah.



.

Sunday, November 13, 2011

waktu yang pantas berlalu

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah kita masih diizinkan Allah untuk merasai nikmat Aldiladha tahun ini. (Alamak dah lewat sangat la ni.. Najib pun dah balik dari haji dah, haha) Tapi tak pe la, still want to wish you Selamat Hari Raya Korban, semoga kita berjaya mengambil iktibar dari kisah Nabi Allah Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail yang rela berkorban nyawa demi redha Allah.

Dah lama sungguh tak menulis kat sini. Nak masuk pertengahan November pun. Exam final dah habis, result dah dapat sikit sikit dah. Erm, boleh lah. Ana rasa impian nak masuk 5 Rusyd semakin cerah. I'm demanding Ibnu Rusyd but it won't be a problem for me if I get Khawarizmi. Sedar tak sedar ada seminggu lagi nak sekolah, kemudian cuti panjang. Dah nak dekat habis tingkatan empat dah kita kan.. Ahli Jawatankuasa dah mula diatur untuk uruskan orientasi adik-adik Form 1 dengan Form 4 tahun depan. Nampak gayanya makin bertambahlah tugas-tugas yang akan diamanahkan. Tahun depan ana dah menginjak Tingkatan 5. Terlalu cepat masa berlalu Ya Tuhan..

Ana teringin. Nak lanjutkan pelajaran dalam bidang Pengajian Islam. Banyak perkara yang ana lalui menguatkan semangat untuk teruskan cita-cita Pengajian Islam ni. Bahas manusia yang tiada penghujungnya. Ana geram, kadang-kadang darah rasa tersiarap ke kepala, geram dengan diri sendiri sebab tak mampu menegakkan perkara yang benar akibat ketandusan hujah.

Teringin nak belajar di Yarmouk University, Irbid, Jordan. Afiqah pun teringin nak ambil Medic kat situ sementelahan Sya Iz mahu further Islamic Banking. Kalau akak-akak senior boleh kenapa kami tak boleh? Yeah chaiyok2! Kena mula dari sekarang. Ana kena belajar bahagikan masa dengan baik macam waktu Tingkatan 3 dulu. Kena usaha lebih baru Allah bantu. Cuti ni tak boleh tinggal buku, jangan makan mi segera dah, bla3. Lalu bermulalah kembali episod pantang larang dalam kehidupan seorang calon SPM 2012. Ditambah berat dengan tugas sebagai seorang ahli badan kepimpinan. Dah tak ada masa untuk main-main lagi. Ana akan usahakan untuk penuhi syarat-syarat kelulusan nak ke Jordan tu. Fighting A for Addmaths!

Baru-baru ni banyak event occurred. Haa gambar graduation Kak Oda' kat UPM 15 Oktober haritu tak letak-letak lagi kan. Biasalah, I'm busy person you know. Pastu ada jamuan pelajar puteri Luar dekat rumah Dinie malam semalam. Ana paling awal datang, ana jugak la paling last balik. Okay la tu, best sangat alhamdulillah. Thanks kepada semua kawan-kawan especially tuan rumah si Dinie. Luv you all <3

Photo from Dalila Najwa

Oh yeah, KEM KEPIMPINAN!!
22-24 Oktober seingat ana. MasyaAllah weyhh best gila tak yah cakap lah. Rindu sangat-sangat kem tu! Dekat Pusat Pemantapan Akidah, Jelebu, Negeri Sembilan. Seriously dari fasi sampailah ke DM dia (apa kena mengena fasi dengan DM) semua TERBAIK arh. Sukses Luar Biasa! Tiga hari tu sangat semangat, sangat bermakna. Tiga hari tu itulah ana lepaskan rindu dekat kawan-kawan yang lama gila tak spend time with. Kawan2 asrama la ramai, Husna, Aimi, Ayan, Fairuz, Nadrah, Izzati, and especially Syaza Izzati Azman (kalaulah boleh tag dia kat sini). Sedih je Syaima' Malek tak ikut, kalau tak mmg dia pun jd mangsa aku.
Malam buat persembahan ikut group tu memang paling best. Group ana kena wat persembahan slowmotion. Aduhai lawak sangat kot. Serious, itulah perkara paling pelik yang ana pernah buat depan putera -_-"
But what ever pun sumpa best sangat lahhhhhhhh!!

Pics from Faridah and Nadia




Makin lama makin banyak ana belajar tentang persahabatan. 
Wassalam, Musirrah.



.

Saturday, November 5, 2011

Saat Allah menyayangi

Bismillahirrahmanirrahim

Demikianlah tajuk forum yang ana ikuti di Surau TKP pada 27/10/11 yang lalu, berpanelkan seorang moderator bernama Ustaz Riduan dan ahli forum yang juga seorang pelakon bernama Catriona Bahrin Ross.

Berbincang tentang isu penghijrahan golongan selebriti dalam industri seni, Catriona memulakan bicara dengan bercerita tentang kisah keluarganya. Ibunya seorang berbangsa Melayu sementara ayahnya adalah seorang muallaf dari Scotland. Pernah dibesarkan di tiga wilayah di Arab Saudi sewaktu kecil sebelum menetap di Malaysia pada umur 7 tahun dan mula bersekolah rendah. Catriona asalnya membesar dalam sebuah keluarga yang amat mementingkan agama, namun dia tewas dalam melawan pengaruh rakan sebaya ketika usia remaja. Mula menjadi pelakon selepas berjaya menggenggam segulung ijazah setelah mendapat keizinan ibu yang tersangat berat hati untuk berbuat demikian sebenarnya.

Menjadi artis membuatkan dirinya semakin jauh terpengaruh, semakin jauh tersasar. Sehinggalah rahmat hidayah Tuhan datang menghinggapi mengusik hati kecil yang sekian lama kemarau tanpa hujan iman. Tahun 2007 adalah titik permulaan yang mengubah segalanya.


" Tuhan beri peringatan pada saya, kerana mungkin Dia melihat saya sudah terlalu lama berjalan, 
sudah terlalu jauh berlayar, tapi tak berpaksikan Dia,"


Pada tahun itu dia terlibat dalam satu kemalangan yang menyebabkan kedua-dua belah kakinya patah atau multiple fractured. Kata doktor, dia tidak boleh berjalan seperti biasa lagi, hanya boleh menggunakan tongkat atau kerusi roda. Masa paling singkat yang boleh diramal jika menggunakan tongkat pun adalah setahun setengah.

Walaubagaimanapun, Catriona tidak patah semangat dengan khabar itu sebaliknya mula memohon dan berdoa kepada Allah lantas berjanji bahawa jika kakinya kembali pulih seperti sediakala, akan dia buktikan satu perubahan nanti. Allah mendengar doa dan janji Catriona. Dengan izinNya, Catriona berjaya berjalan seperti biasa selepas 8 BULAN sahaja, jauh berbeza dengan ramalan doktor; bertongkat selama setahun lebih. Catriona kemudiannya menjalani hidupnya seperti biasa, berkahwin dan mempunyai anak (sedangkan doktor mengatakan bahawa dia tidak boleh mengandung akibat komplikasi kemalangan pada rahimnya).

Tahun berganti, sehinggalah 2010. Dia mengikut rakannya ke butik untuk menemani mereka membeli tudung. Lantas apabila melihat tudung yang dipamer kan di situ, Catriona yang masih belum bertudung teringat pada janjinya pada Allah tiga tahun lalu. Saat itu lah, hidayah Allah yang telah lama hadir mengetuk pintu hatinya akhirnya dibenarkan juga memasuki ruangan hati sepi itu. Tanggal 16 Julai 2010, bermulalah harinya sebagai seorang wanita yang berhijrab. Hari dia membeli helaian tudung pertamanya :)




"Hidayah Allah itu sentiasa ada, cuma kita nak terima atau tidak, itu sahaja,"
Subahanallah..
Wassalam, Musirrah.




.

Wednesday, October 5, 2011

Graduation UUM

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah kakak di UUM dah Graduation. Pagi-pagi buta Ahad lepas bertolak ke Penang. Sampai USM dalam tengah hari. Ambil abang kat Desa Siswa Aman Damai dia tu, then terus pergi rumah Mak Lang Rosni di Jitra, Kedah and bermalam di sana. Malam tu belajar Fizik dengan abang kejap sebelum akhirnya terlelap. The next morning, Isnin 3 Oktober siap-siap, straight away go to Universiti Utara Malaysia. Kak Oda', ummi dengan abuya je yang masuk. Ana dengan abang jalan-jalan kat luar pergi ekspo yang tak berapa nak jauh tu. Dalam jam 12 fuction habis, tangkap gambar jap sebelum pulang jubah balik. Lepas tu pergi Penang nak hantar abang balik. Kat situ singgah pantai dan abang belanja makan. Abang baik oh hari tu, belanja itu ini. Sementara ada duit lebih, katanya. Sampai USM dah lewat petang. Farewell abang and gerak balik ke Kajang. Dalam kereta tidur punya lah tidur, tiba-tiba dah sampai rumah rupanya. Dah lewat pagi buta, ahh tak nak fikir pasal sekolah esok. Rebah, tidur. Sedar-sedar, dah dua hari tak datang sekolah. Hehe.


.

 Gambar tak reti reti nak tegak


 Dewan .... (fill in the blank with the correct answer)





 Baju tu OMG lawaaaa kottt sape kaya belanja la aden bday tahun depan. RM55
Stickers tu pun lawa jugaakk, abang beli yg 'tutup aurat' tu.



 Bum of mine

 Argh wrong focus

 Kak Zaty , Kak Mina, Abuya, Ummi and Mak Kak Zaty

 Menggelebehh kot. Dah la Kak Mina kecik orangnya.

 Family <3



 Kat pantai 

 Restoran ni tepi jalan je you know tapi grand bagai
Bekas Chef hotel yang buat sebelah rumah dia

 tengok air yang keluar dari meja dia tu




Karet susu abang =.=

 Mee basah

Ok tak tahu anak siapa tapi yang pasti dia comeeeeeellllllll sangat sangat macam baby doll!



Acctually I better get ready for exam next week kan.
Escaping from Ibnu Sina doesn't mean I'll perform my worst, hehe. STUDY.
Wassalam, Musirrah.




.

Tuesday, October 4, 2011

National Horse Carnival

Bismillahirrahmanirrahim

At last I managed to steal some time to write about the day that burned our Raya Perdana at school. The National Horse Carnival was held on 23rd to 25th September and I do not know WHY should they chose 24th as the day of result announcement. We managed to get consolation prize, alhamdulillah. Anyway it happened last week so let bygones be bygones. Here's photos, thanks for Baiti for some of them, really appreciate it dear :)  Oh one thing, Tuanku Sultan Mizan and Tuanku Nur Zahirah came but they were just too far for even a single photo. How disappointing.

From left: Baiti, Farah, Teng, Ulfa, Jedda, All, Nina [Form 4]

 From left: Aliff, Cg Shahrul, Hidayat, Alimi [Form 2]

 Kaji peta dulu



 The first place winner :/


Tarian Kuda Kepang dia macam pemujaan pun ada jugak









 Bunga Butang [said Allyana]

 Senoneh la berniaga makanan kat kandang kuda. Luckily washed.


 All dapat crayon. Kelakar betul.


 Clay made

 Soaps 

Wish I have enough money



We got Yakult coupon. If that was a promotion, I told you, they've succeed in trying me.

Thanks Allah for everything. Though I heard that weird people is starting again, asking for that RM1K.
Whatever. I was angry at first but kakak told me that who knows that money came all over an illegal way. Try a positive minded that Allah wanted to save us from using it for ourselves. But as Allyana and Baiti said, we can still considered it IF they once give us encouragement and support. Sad to say, they never.

Money is not everything. But everything needs money. Agree me?
Wassalam, Musirrah.


.
Hidup ini adalah keyakinan dan PERJUANGAN.. dan PERJUANGAN mukmin yg sejati tidak akan berhenti kecuali kedua tapak kakinya, TELAH MENGINJAK KE PINTU SYURGA...

-Imam Ahmad ibn Hanbal-