Sunday, March 7, 2010

Gadoh

Bismillahirrahmanirrahim..

GADOH sebuah filem arahan Brenda Danker bersama Namron yang di barisi Namron, Zahiril Adzim, Nicholas Liew Davis dan Amerul Affendi.


Gadoh mengisahkan sekumpulan remaja lelaki yang masing-masing mempunyai pelbagai masalah dalam kehidupan dan permasalahan mereka terbawa-bawa ke sekolah sehingga terjadinya suatu perkara yang tidak diingini. Kenakalan golongan remaja di dalam Gadoh di paparkan secara realiti di mana setiap perlakuan mereka adalah berpunca daripada persekitaran sekolah yang menjadikan mereka terlalu agresif. Permasalahan ini cuba dirungkaikan semula oleh pihak sekolah dengan mewujudkan satu komuniti baru, tetapi akhirnya ia menjerat sesebuah perhubungan sehingga tercetusnya suatu kejadian yang menggemparkan. Apakah kejadian dan peristiwa tersebut?. Mampukah mereka berubah demi bangsa dan impian sesetengah pihak?. Adakah ia sebuah angan-angan atau keinginan mahupun impian?

My play review:

Cerita tentang pergaduhan dan ketidak sefahaman antara melayu dgn cina.
Budak2 ni, dah di ajar untuk membenci antara satu sama lain.
Masalah yang mereka hadapi di rumah, menyebabkan dyorang berontak kt sekolah.
Tambahan lg, pengetua sekolah adlh org yg berfikiran sempit.
Gedik ar.. dia fikir dia betul semua. Tak pernah nak cuba dgr suara hati murid2 dia.
Senang2 dia je nak hukum sesuka hati. Padahal setiap manusia ada hak nak bersuara, kan??
Huh.. kan dh emo..

Tapi Cik Azman tu hisap rokok jgk.. spoil betul la..
Katanya dia nak buat sesuatu utk bangsa dia, Bangsa Malaysia.
Kalau cerita ni ajar dyorang berenti merokok, sure smart.

Cerita ni unik sangat. Memang, skrip nya sangat kerek dan kadang2 rasa mcm.. biar betikk penulis skrip dia. Berani betul.. terus terang semua.
Budaya, agama, politik, segalanya.
Tapi cara dyorang berlakon sgt real. 100% dpt gmbarkan realiti yang berlaku dlm sekolah2 sekarang. Smart jgk la cter ni.

Tapi cerita ni 18-PL kott.. ganas sgt ar. Dialog dia kurang ajar sket.
Budak2 jgn tengok. Rosak minda nanti. Dyorang ni bukan ley cayer. Semua benda nk ikut.

And cerita ni tak berunsurkan islam pun. Tak da sebut lgsung.
Tema nya pasal "Bangsa Malaysia"

Tapi ada satu babak. Dialog sorang budak perempuan ni.

"Aku pergi sekolah nak belajar. Tapi dyorang semua sibuk fikirkan tentang rating sekolah. Nak jadikan sekolah nombor satu konon. Heh, nombor satu untuk siapa? Untuk dyorang atau kitorang? Aku tak suka hidup aku di tentukan. Aku nak tentukan hidup aku sendiri. Dekat sekolah, aku dilarang untuk berfikir. Tapi aku diajar untuk mengikut. Ini bukan sekolah namanya, ini penjara!"

~best ar dialog ni..




Apa2 pun, perlu di ingati.. setiap masalah akan selesai kalau kita pulang pada Allah..
Masalah itu dari DIA, dan hanya Dia shj yg ada jln penyelesaiannya. Oleh itu, mintalah pd Tuhan.. penekanan begini tak di selitkan dalam jalan cerita, so ana selit kat sini ye..

p/s: jgn tgk la..spastik sket cter dia..
till then, wassalam

No comments:

Hidup ini adalah keyakinan dan PERJUANGAN.. dan PERJUANGAN mukmin yg sejati tidak akan berhenti kecuali kedua tapak kakinya, TELAH MENGINJAK KE PINTU SYURGA...

-Imam Ahmad ibn Hanbal-