Friday, November 5, 2010

teguh berdiri!

Bismillahirrahmanirrahim..

mukmin itu jiwanya damai..
tak mudah tergoncang oleh ujian
baginya ujian itu tarbiyah dari Allah
tanda kasihNya jua penghapus dosa.

sedarlah wahai jiwa,,
Allah sedang mentarbiyahmu..
syukurlah wahai diri,,
Allah masih menyayangi dan mengingatimu
kerana itu Dia masih sudi mengingatkanmu..

sabarlah wahai hati,,
jangan lepaskan prinsip yang kau pegang selama ini,
jangan lepaskan walau sekali, walau terdesak manapun,
yakinlah Allah sentiasa bersama kau disisi
takkan pernah Dia membiarkan hambanya berjuang sendirian..

percayalah wahai hati, dengan kekuatan dari Tuhan,
kau mujahidah,
kau mampu teguh berdiri!

wassalam, Musirrah



No comments:

Hidup ini adalah keyakinan dan PERJUANGAN.. dan PERJUANGAN mukmin yg sejati tidak akan berhenti kecuali kedua tapak kakinya, TELAH MENGINJAK KE PINTU SYURGA...

-Imam Ahmad ibn Hanbal-