Monday, June 20, 2011

Selangkah ke Menara Gading (SeMeGa) 2011

bismillahirrahmanirrahim

Sabtu lepas ada semega untuk form 4, form 5 and form 6. Tipu la tak best!
Akak-akak dengan abang-abang alumni Maahad terangkan pasal courses yang boleh di ambil lepas habis SPM, cara nak apply biasiswa, kuota untuk dalam dan luar negara, U mana yang strategik.
Serius weh siapa ponteng memang kesian la. Ada banyak booth untuk diziarahi. Bidang Education, Architecture, Computer Science, Pengajian Islam, Medic, Science Technology, Law dan macam-macam lagi lah. Booth undecided pun ada jugak untuk kaunseling orang dilema, haha.

Ana pergi booth Education mula-mula. Sekali dengan Baiti. Pastu tanya la abang tu macam mana nk jadi lecturer. Abang tu kata lepas grad kena mengajar sekolah at least 3 years, baru boleh apply jadi Pensyarah Muda kt mana2 U. Then bila dh mula jadi staff U baru senang susur galur nya nk jadik Pensyarah. Dengar je kena mengajar kat SEKOLAH dulu, cancel Education..

Pastu teman Baiti pergi booth Architecture. Tengok macam best je akak-akak tu tunjuk projek dorg time kat matrik. Mula-mula igt senang, tapi bila tengok Abang Ehsan punya lakaran projek dengan diari lawatan dia, ahhh! Surrender2. haha. Lagi pun Abang Ehsan kata Architecture adalah bidang kedua tersusah selepas Medic.
Tapi suka ayat dia: Architecture is not about drawing, it's about sketching :)
Lepas tu ada sorang abang bulat [Baiti panggil Abang Bob, memandai dia je, hak3]
Abang tu ambik Interior Designing. Baiti teringin nak ambil ID. Comel je abg tu bawak baju pengantin yang dia design. Dia kerja wedding planner sekarang. Dia tangkap gambar lawa. Album gmbar dia meletup ar. Alang-alang tu tanya Abang Bob tu nak jadi Photographer macam mana. Abang tu kata kalau nak ambik Photography better kat UiTM. Emm,, cancel la Photography... never UiTM la..

Next pergi Computer Science. Dekat sini abang-abang tu semua kerek2. Hacker la katakan. Under course ni ada macam 2. Software Engineering, Information System, Computer Network and Security, Graphic and Multimedia dan lain2. Kalau nak jadi Graphic Designer kena ambik Graphic and Multimedia. Kat sini akan belajar buat kartun macam upin ipin, buat game, design web, bla2. Teringin TAPI, again UiTM :[ Jadi cancel la Graphic and Multimedia... huhu..

Last sekali, Pengajian Islam.. Under Pengajian Islam ada Usuluddin, Usul Fiqh, Quran Sunnah, Syariah Undang2, Fiqh Fatwa, Ilmu Wahyu, Bahasa Arab, Tahfiz Wal Qiraat, Ekonomi dan Perbankan Islam. Kalau nak ambik pengajian islam di UIA, SPM sekurang2nya A- untuk Bahasa Arab, C maths and Addmaths, syariah, tasawwur, quran sunnah. Bahasa Inggeris dapat D pun tak pe haha. Tapi kalau nak pergi Timur Tengah untuk 4 tahun ijazah, sekurang-kurangnya A- dalam: BM, SEJ, QS, SYARIAH, MMODE, ADMATH, BA.

Lepas habis round booth, pastinya semua orang dalam perasaan dilema yang teramat..
Ana stay di sekolah sampai Ahad petang sbb ada kem kepimpinan BADAR/PRS.
Ahad tu balik rumah tanya pendapat ummi dengan abuya.
Mereka kata Photography tak sesuai langsung sbb nak jadi Photographer Profesional ni kena orang yg kuat fizikal mental. Berjemur tengah2 panas nak dapatkan gambar yang terbaik dan berkualiti. Ohh,, berjemur tengah panas?? Alamat kemaraulah kulit ana yg dah sedia kering ni.
Kalau macam graphic designing pun tak berapa sesuai sebab persaingan besar dan bidang kerjanya tak luas sangat. Abuya kata ambillah Pengajian Islam, mcm2 boleh jadi. Boleh jadi pendakwah melalui bidang penyiaran. Saham akhirat pun dah tentu dapat insyaAllah. UIA pun menanti.. huhu.. nak UIA!

Jadi insyaAllah ana berkeputusan nak ambil Pengajian Islam dalam Pengkhususan Ilmu Wahyu di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia.. Sekarang ni masih istikharah, tengok Allah kata apa.. betul tak target ni. Mungkin pengkhususan tukar tapi insyaAllah Pengajian Islam dalam matlamat :)
Sekurang-kurangnya Pengajian Islam kt UIA tk pakai Addmaths sgt, hahaha :P

wassalam, Musirrah


1 comment:

Unknown said...

kta pun nak study kat UIA jugak ! hehe :) prnah juga tanya kat mama,
"boleh x klau kakak nk study kat luar lps spm?" msa tu mama kta hanya mendiamkan diri. menyokong pun tidak, membantah pun tidak. sampailah satu ketika mama kita kata, klau kakak nak belajar Bahasa Arab, baik study kat sini jer. UIA pun bgus juga. x payah susah2 pergi jauh2. Cuma masa itu kita tengah keliru. tp, Alhamdulillah, bila kta fikir balik, ada betulnya jugak kata mama. :)
Semoga target jedda dapat dicapai & mendapat keredaan Nya. kirim salam kat ummi ya. :)

Hidup ini adalah keyakinan dan PERJUANGAN.. dan PERJUANGAN mukmin yg sejati tidak akan berhenti kecuali kedua tapak kakinya, TELAH MENGINJAK KE PINTU SYURGA...

-Imam Ahmad ibn Hanbal-